22 April 2009

No 2: Husam, Azizan calon popular di Kedah

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak disebut-sebut antara tokoh popular yang bakal mendapat pencalonan terbanyak dari PAS kawasan di Kedah bagi jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, berkemungkinan menolak pencalonan tersebut kerana mahu menumpukan perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri dan PAS negeri.

Seorang pemimpin akar umbi PAS memberitahu Malaysiakini, penyandang jawatan itu sekarang, Nasharuddin Md Isa tidak lagi popular di negeri itu kerana didakwa "tidak banyak membantu presiden" menjalankan tugasnya.

Setiausaha PAS kawasan Alor Setar, Adnan Saad berkata, tindakan Nasharuddin yang cenderung mengadakan kerjasama dengan Umno atau 'pro-muqabalah' dilihat menimbulkan perasaan tidak selesa di peringkat akar umbi di negeri itu.

Sehubungan itu, tambah beliau, Husam sebagai tokoh dari kem alternatif dilihat semakin mendapat sokongan.

Persidangan tahun ini diramal menyaksikan pertembungan lebih sengit dua aliran utama parti itu - pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") - yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama - bermula awal bulan dan akan berakhir hujung bulan depan.

Mahfuz dicalon naib

Mengulas lanjut pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, Adnan berkata, Azizan pula dilihat tidak tergolong dalam mana-mana kem.

Menurut beliau lagi, Mohamad Sabu pula dijangka dicalon mengekalkan jawatan naib presiden sebagai "jalan tengah" bagi mendamaikan kedua kumpulan berkenaan.

Untuk jawatan naib presiden pula, Ketua Penerangan PAS pusat, Datuk Mahfuz Omar; Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dijangka dicalonkan.

Adnan berkata, pencalonan Mahfuz dilihat agak menarik kerana dikatakan kepimpinannya diterima kedua-dua pihak - sama ada kumpulan pro-muqabalah ataupun kumpulan Erdogan.

"Beliau dijangka mendapat sokongan besar," tambahnya.

Menurut pemerhatiannya, Adnan berkata, PAS Jerlun dan Padang Terap dipercayai penyokong kuat Husam manakala di Kuala Kedah pula, masih 50-50. Alor Star pula dijangka mencalonkan Mohamad Sabu.

'Mahu wakil Kedah'

Difahamkan, semua PAS kawasan di Kedah akan mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengekalkan jawatan presiden.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kedah, Muhamad Yusof Husin ketika dihubungi Malaysiakini yakin Abdul Hadi akan mendapat pencalonan 100 peratus dari Kedah.

Beliau yang ahli Dewan Negara itu menegaskan bahawa PAS Kedah "tidak ada masalah" dengan kepimpinan sedia ada.

"Mereka cuma mahukan seorang wakil Kedah dalam kepimpinan peringkat tertinggi PAS pusat," katanya, sambil mengakui Mahfuz merupakan calon pilihan hampir keseluruhan kawasan di Kedah untuk bertanding jawatan naib presiden..

Setakat ini, hanya tiga daripada 15 PAS kawasan di Kedah - Sungai Petani, Baling dan Kuala Kedah -- yang telah mengadakan menyuarat agung masing-masing.

Ketiga-tiga kawasan tersebut bagaimanapun tidak membuat sebarang pencalonan untuk jawatan tertinggi parti, sebaliknya menyerahkan kepada jawatankuasa masing-masing bagi membuat keputusan. Malaysiakini.

19 ulasan:

Awanama berkata...

Drs,Husam tokoh muda yg bakal menyinar.Meskipun ada pro dan kons tentang beliau trackrecords nya "cantik".Baik sebagai ADUN maupun MP.Kalau kita menyemak hansards Parlimen sewaktu belaiu menjadi MP kita dpt melihat beliau seorg yg matang dan berterampilan.Tentang Kedah semenjak Al Marhum Uztaz Fadhil Noor kembali ke rahmatullah.Imbasan yg terhampir ialah Uz.Azizan.Punbegitu tugas MB menuntut perhatian nya yg bukan sedikit.Hopefully ada yg produk dr Kedah akan muncul nanti.Tentang Perak ,rahmat yg tersembunyi dr krisis yg berlaku,karisma Ir Nizar terserlah.Semoga dgn komposisi pimpinan yg ada hasrat "PAS for ALL" pasti menjadi realiti.InsyaALlah. Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

Teman tak taula posting ni tuan yang tulis atau orang lain. Tapi kalau pun bukan tuan yang tulis, saya sedih sebab tuan pun terlibat sama dalam menyebarkan dakyah-dakyah terhadap PAS yang berpecah dua kem di mana Presiden dah ingatkan supaya kita tak terjebak dalam retorik yang dimainkan oleh media massa untuk menunjukkan dalam PAS ni ada kem-kem. Kita tak perlu poting yang sebegini untuk menguatkan jamaah. Kalau betul Tim. Presiden bukan orang yang layak, selesaikan dia dalam muktamar, tak perlu ditabur kisahnya dalam posting2 sebegini. Dalam PAS sesama ahli dan pimpinan ada adab2nya. Kalau beginilah cara yang ditunjukkan oleh pimpinan macam tuan, saya bimbang yang akan diposting lepas ni bukan tentang Tim. Presiden tapi pasti ada posting yang 'haru' tentang tuan pulak.Apa pendapat tuan? Ke tuan sendiri ada dalam mana-mana kem tersebut dengan perancangan dan strategi tuan sendiri? Harap dapat muhasabah.

ANAK KOMANDO REJ 1 berkata...

BIAR PAS BERTANDING DGN IMEJ PAS YG TERSENDIRI. JGN TERPEDAYA DGN JERAT MUSUH2 YG CUBA UTK MEMPORAK-PERANDAKAN PAS. PAS FOR ALL!

Dato' Drs.Khalil Idham Lim (林川興) berkata...

mohon bertenang dan berfikir secara matang, posting asal dari malaysiakini. sebenarnya ana tidak ada pada mana-mana pihak , yang menang dia tetap jadi pimpinan kita, sebab itu ana rasa kita kena terbuka. Apapun pandangan adalah sesuatu yang perlu kita hormati termasuk penulis yang menulis berita diatas, ana rasa dia sekadar memberitakan maklumat yang diperolihinya.

Awanama berkata...

Harap BN calonkan Tun Mahathir di DUN Penanti. Tun pasti bersedia untuk bela maruah BN...

Awanama berkata...

salam semua....
parti yang menjunjung Islam sebagai wadah perjuangan tentunya wajib bergerak menurut acuan yang dibawa Islam...sebarang perselisihan faham perlu diselesaikan melalui syura spt yg telah ditunjukkn oleh junjungan kita S.A.W...tidak yakinkah kita kpd pimpinan trtinggi yg x mngkin membiar dn membenarkan prselisihan hngga trbntuk apa2 kem?...ALITTIHAAD QUWWAH WATTAFARRUQ HALAAK...

DAMAK....

Awanama berkata...

Drs,Dgn izin pusingan kedua.Kita wajar "memasarkan" calon calon terbaik utk pimpinan masadepan.Bukan "Take side.Let the best man wins.At the end of the day "jemaah" benefits.Sekadar lontaran ide. Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

Mahu PAS yang original yang tiada berpihak mana-mana kem. Tiada kem dalam PAS itulah harapan hamba. Yang penting semua kepemimpinan dalam PAS adalah satu saf yang sehati, kuat dan istiqamah. Saya sayangkan Dato` Seri Haji Hadi, saya juga sayangkan Datuk Haji Husam Musa dan Dato` Seri Ir Nizar dll pemimpin PAS. Kekalkan PAS sedia ada. Kukuhkan PAS melalui tarbiah yang berhemah kepada semua. Berlemah-lembut kepada non muslim senjata ampuh kesinambungan kekuatan PAS. Teruskan jihad and PAS for ALL.

Awanama berkata...

BN ada maruah?

HUSNA berkata...

NAK TANYA HEBAT SANGATKAH HUSAM TU
BERAPA KALI MESYUARAT LAJNAH YANG DIAMANAHKAN KEPADANYA
BERAPA PROGRAM YANG DIBUAT
nampak sangat bila dah pegang pimpinan ORANG LAIN YANG SUSUN PROGRAM
program dalaman .. eleikkkk
kira HANYA ceramah UMUM hanya cari populoriti sahaja

Ubaid Madani berkata...

pandangan peribadi:nak pilih pemimpin yg berwibawa,yg boleh meneraju parti dgn penuh tanggunjawab danberkesan,bukan di ukur dengan populariti...tidak..tapi kemampuan intelektualnya mendepani pelbagai masalah dengan tenang dan matang..ada beza antara pemimpin yang POPULAR dengan pemimpin DINAMIK(tp low-profil)...kalu artis..macam..mawi gitu2...media yg pushup dia giler2..tapi bakatnya....biasa aje...

Awanama berkata...

Jangan terlalu ghairah dengan pemilihan jawatan, jama'ah perlu dimantapkan, kepercayaan pengundi2 perlu dihargai, tunaikan amanah sebaik mungkin, kekalkan apa ada. Tidakkah kejayaan hari ini dengan saf yg sedia ada? PAS FOR ALL

Awanama berkata...

Kepada mereka di saf kepimpinan dan Ahli PAS serta penyokong dibelakang tabir diharap tidak melebelkan mana-mana pihak sebagai kumpulan tetapi yang sewajarnya bermuktamar pemilihan dengan hati yang bersih: Nak calonkan siapa pun calonlah dengan hasrat memperkasakan jemaah bukan menjatuh atau memperlekeh mana-mana pihak dengan melebelkan kumpulan. Biarlah musuh politik sahaja yang mencanang itu ini kerana memang meraka tidak pernah puas tanpa memporak perandakan harakah PAS.

Putuslah pencalonan secara syura kerana nilai PAS adalah disitu. Pemimpin boleh pergi dan datang. Ingat jika tersalah perhitungan bukan individu yang rosak malahan bagai malapetaka yang datang; ingat suasana yang lepas bagaimana munculnya "Partai Berjasa dan Partai Hamim"!...! .. akhirnya PAS jua yang utuh kerana wujudnya diatas paksi yang benar.

Ayuuhai...pejuang-pejuang yang menuntut kebenaran jangan mudah cerca sahabat-sahabat dan yang berjasa takut nanti kata hati ..."kita silap Ooo" ..

Awanama berkata...

Ana sokong kalau Husam tanding Presiden. Mengapa setakat timbalan saja. Mad Sabu dan Mahfuz tak payahlah diangkat untuk mana jawatan tinggi.

PAS Pulau Serai

AnakMaharani berkata...

Salam YB Lim,

Sdr harus lebih teliti dalam memetik sumber dari media lain. Sewajarnya sdr menulis di bawah tajuk 'Petikan/Sumber dari Malaysia Kini'. Jika tidak ia seolah-olah mencerminkan tulisan peribadi sdr yang boleh disalah-ertikan sebagai mewakili PAS kawasan sdr atau lebih teruk lagi PAS Perak. Ingat sdr, cabaran kini diwaktu kita menang lebih dahsyat dari waktu kita kalah. Fitnahnya juga lebih besar, jangan terikut-ikut dengan tulisan media lain. Tidak dinafikan memang akan ada perbezaan pendapat antara pemimpin kita tetapi bukan dalam perkara pokok. Terlalu banyak perkara yang pemimpin kita sependapat, kenapa bukan perkara ini yang kita patut war-warkan. Perbezaan pendapat tidak wajar didebat secara terbuka dalam blogs, di Parlimen atau melalui media (bibit-bibit sudah ada), ia memberi imej yang kurang elok kepada jemaah kita. PAS perlu berganding bahu memacu ke hadapan. PAS kuat kerana jemaah kuat, bukan hanya 1 atau 2 orang yang kuat. Semuanya dari Mursyidul Am, Presiden, Timbalan, Naib dan semua AJK malahan Dewan Ulamak, Muslimat, Pemuda telah banyak pengorbanan dan lebih banyak lagi pengorbanan yang perlu dilakukan. PAS ada cara sendiri dalam pertandingan atau memilih pimpinan, bukan hanya berdasarkan populariti. Kita mesti ingat walau sekuat mana pun parti, kita sentiasa memerlukan petunjuk dan bantuan Allah swt. Jadi anjurkan ahli sentiasa beristighfar, berdoa dan bermunajat untuk memilih pemimpin terbaik untuk jemaah yang boleh terus memimpin PAS ke era baru, dimana kini pintu dakwah dan kerjasama dengan non-Muslim begitu luas terbuka. Mungkin zaman bekerjasama dengan munafik-munafik dari kalangan Melayu perlu dialihkan kepada kerjasama dan dakwah kepada non-Muslims. Insya-Allah mereka mungkin akan lebih baik dari Melayu bila hidayah sudah masuk dalam hati mereka. Peluang terbuka untuk merealisasikan PAS For All. Allahu Akbar.

AnakMaharani

alamalikut berkata...

Salam semua..
Pemimpin ialah manusia yg mampu menunjuk ajar, berhemah dan berani.. bukan pandai berpidato, ckp mcm tong kosong, tapi aspek pentadbiran zero.
Keluar masuk Kemunting bukan tiket nak jadi pemimpin, apa tah lagi mencari publisiti hanya dengan beceramah sana sini...
Sebelum nak duduk dalam majlis tertinggi... lihat dulu cawangannya,kawasanya dan negerinya yg dia menjadi wakil.... kalau dicawangan dah gagal, jg pula berangan-angan nak kepusat.
Sendiri mau ingat,, lebih mulia tarik diri dari menunggu pencalonan. Ingat!!! PAS hidup kerana keikhlasan.. kalau bukan dah lama lingkup dah.

Awanama berkata...

Macam mana ahli dapat buat pilihan yang tepat jika mereka tidak tahu fakta dan situasi yang sebenar?

Awanama berkata...

dulu sibuk nakkan kepimpinan ulama'...sekarang pentingkan kemenangan semata2 sampai prinsip2 agama pun nak dikesampingkan...ingat!matlamat tak menghalalkan cara!!!

pro muzakarah ke apa ke perlu dipandang dari perspektif islam,sebab parti ini asasnya islam...yang nak buat pertimbangan itu mesti ahli nya iaitu ulama' yang ada autoriti ilmu islamnya...bukan sembarangan orang...

kalau sakit,jumpa doktor,bukan jumpa tukang kebun...dalam perjuangan islam ni kena rujuk ulama' bukan TOKEY AYAM!!!...

INI TIDAK,KALAU IDEA YG TAK DISEPAKATI ITU,DIHENTAM SEWENANGNYA...BINCANG LA DULU!!!

KEKALKAN KEPIMPINAN ULAMA'!!! KALAU IKHLAS DALAM PERJUANGAN ISLAM, TAK PERLU HARAPKAN JAWATAN, ALLAH SELAYAKNYA MEMBERI GANJARAN...

JANGAN ROSAKKAN PARTI ISLAM DENGAN PENCALONAN YANG BUKAN2...LIHAT LATAR BELAKANG,BUKAN KEMAHIRAN BERPIDATO SEMATA!!!

PARTI INI MENJAGA ISLAM,BUKAN GILAKAN KEMENANGAN SAMPAI NAK GANDAIKAN PRINSIP ISLAM!!!

ANik berkata...

Saya amat bersetuju dgn pandangan AnakMaharani, biarlah dalam PAS tiada side, sidekick mahupun offside, semua ahli dan pimpinan PAS bersatu utk menegakkan Islam, yang penting barisan pelapis pimpinan dibentuk dan organisasi PAS diperkukuh dan kerjasama dgn PR diperkuat dgn ada mekanisma utk pertukaran pandangan, kritikan dan pernyataan halatuju PR yg jelas.