22 April 2009

Toyota Camry yang diguna Exco Pakatan Rakyat Perak dilelong

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan Rakyat ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. Mstar.

16 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

lelong kereta EXCO yang dibuat oleh kerajaan BN baru Perak itu tidak lain dan tidak bukan hendak tunjuk baik kepada rakyat.

Rakyat Perak sudah sedia maklum dengan lakonan Dr Zambry Abdul Kadir yang baru dapat gelaran Datuk Seri pada 19 April 2009.

Inilah masanya hendak raih sokongan rakyat. Rakyat yang bodoh bolehlah tipu. Tapi rakyat kini sudah dapat menilai siapakah yang boleh percaya dan siapa pula yang tidak boleh percaya.

Jangan tunjuk baiklah dengan rakyat. Rakyat Perak sudah peka dengan apa yang berlaku sejak dahulu hingga kini.

Soal kampung baru dan kampung tersusun. Lima puluh tahun. Ada yang sudah meninggal dunia tidak ada niat untuk menyelesaikannya.

Setelah PR memerintah dan berusaha untuk menyelesaikan kampung baru dan kampung tersebut, BN tangguk air keruh.

Kata macam macam termasuk kita akan selesai konon. Tenguk, apakah BN kota apa yang dr Zambry katakan.

Pasal kereta EXCO juga tangguk diair keruh apa tah lagi lain lain perkara. tenguk. sama kita tenguk.

mat armum berkata...

boleh ke suka2 nak lelong kenderaan baru????? tak sampai setengah tahun pun gunanya,apa alasan depa yea????banyak duit kerajaan yea,nanti beli lagi kenderaan baru untuk EXCO yang baru pulak yea,itu cara terbaru nak jana ekonomi negeri Perak kot???ada sape2 boleh tolong jawap...musykil2...

Abdullah Ngah berkata...

lelong kereta exco tidak lain dan tidak bukan hendak tunjuk baik kepada rakyat.

Rakyat sedia maklum mana ada orang umno baik kepada rakyat. Baik ada udang diseblik batu, adalah.

Jangan tunjuk baiklah

Modern Talking berkata...

ini tandanya DUN perak akan terbubar kerana DUN gagal bersidang... Mereka tahu kerana selepas ini mereka akan menyerahkan kembali perak kepada PR. Mereka tidak akan dpt menggunakan lagi kereta tersebut.. dan mereka juga tidak mahukan PR menggunakan kereta tersebut juga.

mat_terab berkata...

belum lagi makamah selesai memutuskan siapa MB yang sah si mamak ni dah gila kuasa, dengan melelong kereta baru yang di beli oleh exco yang lepas, lepas tu pecat jkkk sesuka hati....nampak sangat la puak-puak ni begitu angkuh..........

Awanama berkata...

kerajaan haram perak dah maharajalela.. ada sesiapa bolih jelaskan siapa kah yang berkuasa mengeluarkan arahan untuk menjual/lelong kenderaan kerajaan ini? tak kira siapa pun yang mentadbir negri ini.kenderaan ini satu keperluan.
untuk kegunaan rasmi.dendam bn kpd pr!! sedang bermula!!

Awanama berkata...

Kerajaan Kudeta Zambry mane boleh nak terima yang kerajaan Pakatan Rakyat buat...semuanya tak betul..tapi kalau kerajaan BN buat semuanya betul... apa jenis makhluk.

Awanama berkata...

Kerajaan Kudeta Zambry mane boleh nak terima yang kerajaan Pakatan Rakyat buat...semuanya tak betul..tapi kalau kerajaan BN buat semuanya betul... apa jenis makhluk.

mamak roti berkata...

kenapakah bendani boleh terjadi? Ni namanya cuba memijak maruah setiap ahli pakatan rakyat di perakni. Politik balas dendam yg cuba dipermainkan. Percayalah andai dun dibubarkan dan dibuat pilihanraya rakyat perak yg cerdik pandai akan menghukum kezaliman ini. Tunggulah BN (Be Ennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnd)

Awanama berkata...

KERAJAAN NEGERI YG BUAT TENDERNI SAPE PUNYA? MB PERAK YG MANA SATUNI? BOLEHTAK DITUNJUKKAN SURAT ARAHAN DITANDATANGA OLEH SIAPA? BKN APA TAULAH SAPE YG PUNYA ANGKARA SIALNI!

yopnph berkata...

udah le jangan ditipu rakyat nak tunjuk baik,yop rasa lepas ni beli keta mcm mat said nganu pulak.zamri ni jenis "AKU SORANG YG BOTOL"mcm memanda menteri maha.....un.buat malu orang yop je.

Awanama berkata...

Disebabkan Dr Zamri tidak dapat mengunakan kenderaan rasmi MB yang diguna oleh DS Nizar,maka semua kereta "TOYOTA CAMRY" terpaksa dilelong bagi menindakan perkataan "MENTERI BESAR PERAK" yang tertera pada AGS 10.
Lepas apa pulak dah.....tanah pulak kot....

anak berkata...

diorang takut badi tu...kalo guna kereta tu...diorang memang berfikiran khurafatttt...dulu, kini & selamanya...

BumiPerak berkata...

BETUL KE NAK LELONG..??
Atau ini peluang nak songlap. Siapa tahu tawaran harga terendah nanti akan dapat kepada kuncu-kuncu MB Zambry

Awanama berkata...

Saya sokong dengan penjualan kereta import bukan buatan Malaysia ni berdasarkan sebab dan cadangan di bawah;

1.Bukan buatan Malaysia.(Sepatutnya Pakatan Rakyat tidak beli dulu)
2.Guna semula kereta Perdana V6 (buatan Malaysia)
3.Tender haruslah umum dan tidak memilih bulu.
4.Duit/Hasil jualan dikembalikan/disalurkan kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat Perak secara terus.
5.Dicadangkan supaya semua kerajaan negeri baik kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat gunakan kereta tempatan.(jika dulu masa Proton nak buat kereta nasional, ramai pembangkang mengejek,tapi ramai org2 PKR,Dap,Pas yang pakai waja,wira,Gen-2,kenari,kelisa dan terbaru mungkin dah ada yg tempah ezora)

IRON MASK berkata...

salam....depa mana boleh naik keta camry...tak dak class laaaa..paling kurang pun BMW ker merc ker...volvo ker...korang tgk la nanti...lepas dah lelong ni...mesti beli sorang sebiji merc atau bmw...tak caya...tak pa tak pa...