18 November 2021

Mas Ermieyati calon Ketua Menteri PN

 Mas Ermieyati  dicalonkan sebagai Ketua Menteri Melaka oleh PErikatan Nasional (PN). - Foto NSTP/ Hazreen Mohamad

Mas Ermieyati dicalonkan sebagai Ketua Menteri Melaka oleh PErikatan Nasional (PN). - Foto NSTP/ Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

Pencalonan Mas Ermieyati yang juga Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di pejabat PN, di sini hari ini.

Muhyiddin bersama barisan pemimpin tertinggi PN mengumumkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka. - Foto NSTP/ Hazreen Mohamad
Muhyiddin bersama barisan pemimpin tertinggi PN mengumumkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka. - Foto NSTP/ Hazreen Mohamad

Muhyiddin berkata, pemilihan Mas Ermieyati itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, seorang wanita yang berkelayakan tinggi dalam kalangan professional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri.

Calon KM PN Melaka: Mas Ermieyati miliki peribadi pemimpin

 

Oleh EVA NATASHA SADALI

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menamakan Dato’ Mas Ermieyati Samsuddin sebagai calon Ketua Menteri (KM) Melaka berikutan ahli Parlimen Masjid Tanah itu merupakan seorang yang berkelayakan, profesional, muda dan mempunyai banyak pengalaman.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman itu menjadi bukti bahawa PN sentiasa memberi ruang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina untuk memegang jawatan penting.  

Bajet 2022 lulus: Beri sinar baharu buat Keluarga Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Bajet 2022 peringkat dasar yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini bakal memberi sinar baharu buat ahli Keluarga Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya malam ini, Ismail Sabri berkata kelulusan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini meliputi pelbagai kaum, budaya dan agama dan tiada pihak yang akan tercicir.

Dewan Rakyat: Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 lulus

 

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 atau Bajet 2022 di peringkat dasar.

RUU itu diluluskan dengan undian suara selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa perlu melalui undian belah bahagi.

Mufti patut nasihat Pulau Pinang contohi langkah Kedah

 

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia menerima teguran Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kerana baginya perkara itu hanya sekadar gurauan.

Malah, beliau telah memohon maaf kepada mufti terbabit yang kebetulan pensyarahnya ketika belajar di Universiti Sains Malaysia sebelum ini.

Tabung Haji: Penjualan aset diarah dihentikan

 

PUTRAJAYA: Segala bentuk penjualan aset milik Lembaga Tabung Haji diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV) yang dibentuk semasa pentadbiran kerajaan terdahulu telah diarah supaya dihentikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad memberitahu, tindakan tersebut sebagai jaminan kerajaan terhadap kepentingan aset-aset sedia ada yang belum lagi dijual.

Poster PH dipercayai langgar peraturan pilihan raya

 

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) dipercayai melanggar peraturan pilihan raya dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana menggunakan bahan poster yang boleh mengelirukan pengundi.

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Negeri Melaka, Dr Wan Nik Wan Yusoff berkata, PH seolah-olah terdesak dan tiada integriti sehingga terpaksa memasang poster #Adly Zahari MYCM (Ketua Menteri Saya) untuk mempengaruhi pengundi.