24 Jun 2009

Saf kepimpinan PAS P.Pinang 2009-2011

PULAU PINANG, 23 Jun : - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berharap perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri sessi 2009-2011 semalam dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Kemenangan bagi PAS di negeri ini amat penting kerana satu kerusi yang di menangi oleh bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir tidak mencukupi.


"Kita perlukan kepimpinan yang dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Jadi, semuanya harus menyasarkan program ke arah itu di samping turun padang selalu, " kata Ustaz Saleh ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Menurut beliau antara mereka yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Haji Mohamad Sabu dan seorang tokoh muda, Rosidi Hussain.

Jawatan Setiausaha Perhubungan dikekalkan kepada Fazhil Kemi manakala Ustaz Taqiudin Hamzah diamanahkan sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri diserahkan pada bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak.

AJK Tambahan ialah Mohd Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Bukhari Ghazali, Jamaludin Said dan dua orang muslimat yang belum dilantik.

Pada mesyuarat ke dua nanti katanya, semua lajnah akan diberikan kepada individu yang difikirkan sesuai dan mampu membawa anjakan serta perubahan terhadap PAS selari dengan perkembangan terkini.

Bukan itu sahaja malahan PAS Pulau Pinang juga mahukan persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP diperkemaskan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

"Kita mahukan kemenangan maka kesatuan tenaga antara Pakatan Rakyat akan diperkemaskan. "Rakyat akan menilai sekiranya kita bergerak bersama bukanya berpecah dan mementingkan diri sendiri, " tegasnya. Harakahdaily/-

3 ulasan:

pis berkata...

orang islam bukan ulama ingin bertanya dengan cina islam apa hala tuju pas sekarang. tumbangkan umno dan berkuasa atau menegakkan negara islam.bolehkah negara islam ditegakkan dalam pakatan rakyat. ana jadi betul-betul binggung.sila comment wahai pembaca!

member pencen keramat berkata...

Kepada penjawat Jawatan diminta bekerjalah dengan bersunggoh kerana Allah Taala,Insya Allah kemenangan akan tiba satu masa nanti bersabarlah dan sekarang pun kita boleh dikatan dan memerintah P. Pinang.

Tanpa Nama berkata...

kepada PIS
Insyallah boleh kerana selama ni pun dah 50tahun umno memerintah ajaran ISLAM makin di pinggirkan.Manakala dalam Pakatan Rakyat PAS telah berusaha bersungguh memberi pemahaman apa itu ISLAM kepada rakan2 bukan ISLAM..sebagai contoh dalam PRK Bukit Gantang YB Nga Kor Ming telah memetik sepotong ayat al Qur'an dalam ucapan kempennya...

Ada satu cawangan PAS telah mengadakan usrah yang mana turut di hadiri oleh kaum india dan cina.Banyak lagi contoh2 lain kalu tuan teliti dengan sewajarnya..