17 Februari 2014

Kumpulan `tentera' bersenjata tiruan ditahan

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Foto




SENJATA api tiruan yang dirampas daripada sekumpulan lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Segamat.

Segamat: Polis menahan 18 lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an di sebuah ladang kelapa sawit di Jementah dekat sini, selepas dipercayai berlatih menembak menggunakan raifal tiruan, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu, polis turut merampas 14 senjata api tiruan termasuk menyerupai M-16 dan AK-47.

PUM kesal penganjuran seminar 'anti-hadis'

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) melahirkan rasa kesal terhadap penganjuran seminar pemikiran tokoh kontroversi Kassim Ahmad yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya hari minggu lalu.

NGO itu menganggap sikap itu tidak sensitif dan berbeza sekali degan sikap terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di negara ini.

“Tetapi masih ada pihak yang ingin menjadi juara menentang hadis; bahkan ia datang dari institusi perdana.

PKR: Zaid proksi Umno di Kajang

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

PKR mempersoalkan sama ada Umno di sebalik keputusan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim yang secara tiba-tiba menyatakan hasrat bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.

"Persoalannya: Adakah Umno di sebalik Zaid bertanding (di Kajang).

"Sekiranya Umno di belakang keputusan itu, saya cabar Umno letak calon mereka daripada menghantar Zaid Ibrahim," kata Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution dalam sidang medianya hari ini.

Kerusi DUN Kajang secara tradisinya ditandingi MCA tetapi beberapa pihak dalam BN sedang melobi supaya kerusi tersebut ditandingi Umno.

Semalam, Zaid mengumumkan hasratnya bertanding calon Bebas untuk menyentap "Langkah Kajang" PKR sekaligus memastikan Tan Sri Khalid Ibrahim akan meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar Selangor sekiranya beliau menang.
Malaysiakini/-

Empat Hektar Kawasan Belukar Di Sering Ukay Terbakar

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar kawasan belukar di Sering Ukay, Ampang di sini terbakar malam Ahad, dipercayai berpunca daripada pembakaran mercun di kawasan itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Anuar Yacob berkata kebakaran pada kira-kira pukul 9 malam Ahad itu menyebabkan hampir empat hektar kawasan berkenaan dilitupi asap tebal dan api tetapi tiada kecederaaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Mohd Anuar berkata panggilan kecemasan mengenai kebakaran diterima pihaknya pada pukul 9.21 malam sebelum empat buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Wangsa Maju, Pandan Indah dan Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

Mangsa Banjir Beaufort Meningkat 2,418 Orang Setakat Tengah Hari

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini meningkat kepada 2,418 orang setakat 12 tengah hari berbanding 2,391 mangsa pagi Isnin.
Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Beaufort, mangsa yang terdiri daripada 709 keluarga itu ditempatkan di enam pusat pemindahan.
"Beberapa kawasan masih dinaiki air dan mereka diarahkan berpindah sejak 10 pagi terutama di kawasan Gadong," katanya.

PKR cabar Khairy bawa calon Umno tulen di Kajang

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KAJANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin membawa seorang calon tulen dari Umno untuk melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memberi sokongan kepada Zaid Ibrahim pada PRK Kajang.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga percaya Umno sebenarnya berada di sebalik Zaid apabila Khairy dilihat begitu ketara menyokong calon bebas bekas Presiden Parti Kita walaupun beliau juga anti Umno.

"Kalau betul-betul anak jantan Umno turun sendirilah di Kajang jangan hantar Zaid Ibrahim," bidas Saifuddin.

Tambahan pula katanya, pengumuman Zaid untuk bertanding bebas dalam PRK Kajang tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat Selangor.

Gajah serang budak datang dari Thailand

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

JELI: Gajah yang menyerang tiga beranak di Kampung Wakaf Zin, Air Lanas dekat sini kelmarin dipercayai berasal dari negara jiran.

Gajah tersebut dikatakan menyeberangi anak sungai di sempadan Kelantan-Thailand di Bukit Bawang yang bersempadan Daerah Weng di Narathiwat.

Timbalan Yang Dipertua PAS Jeli, Datuk Abdullah Yakob berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian gajah mengamuk sehingga memasuki kampung di Air Lanas.

Katanya, kedudukannya berhampiran dengan Thailand dipisahkan anak sungai memudahkan binatang liar menyeberang masuk ke Jeli.

“Berdasar kepada maklumat gajah tersebut dipercayai terlepas daripada sebuah zoo di negara jiran sehingga memasuki kawasan kampung di sini.

Siapa dalang anjur Seminar Pemikiran Kassim Ahmad?

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mempersoalkan bagaimana seminar yang membawa kepada pemikiran songsang lagi sesat boleh dibenarkan untuk diadakan, lebih-lebih lagi oleh sebuah badan yang berkaitan kerajaan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata penganjuran Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Putrajaya semalam sepatutnya tidak perlu memandangkan jelas Kassim Ahmad itu seorang yang menolak hadis, yang bertentangan dengan pegangan umat Islam keseluruhannya.

"Sesiapa yang menolak hadis ini merupakan seorang yang kufur. Jadi, bagi saya tidak perlu perkara yang dibangkitkan di dalam seminar itu perlu dibincangkan secara ilmiah memandangkan ia satu perkara yang merosakkan dasar Islam itu sendiri. Soalnya, bagaimana ia boleh terlepas begitu sahaja?," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Zalim : Mesir musnah 10 terowong rahsia

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -


  • Mesir musnah 10 terowong rahsiaRatusan terowong rahsia yang digunakan untuk urusan harian oleh penduduk Gaza telah dimusnahkan sejak Julai lalu.

KAHERAH - MESIR. Sebanyak 10 lagi terowong rahsia di sempadan Genting Gaza  dimusnahkan tentera Mesir di bawah kempen keselamatan yang turut memberi kesan besar kepada aktiviti harian penduduk Palestin, menurut media tempatan, kelmarin.

Pembinaan KLIA2 Hampir Siap 100 Peratus - Aziz Kaprawi

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Abdul Aziz menunjukkan gambar KLIA2 yang hampir siap sepenuhnya untuk dibuka kepada umum.
BATU PAHAT: Kerja-kerja pembinaan KLIA2 di Sepang kini hampir 100 peratus siap dan kerajaan yakin terminal penerbangan tambang rendah terbesar di Asia itu akan dapat dibuka mengikut jadual pada 2 Mei depan.

Rakyat Malaysia Kehilangan RM1.775 Bilion Tahun Lalu Menerusi Jenayah Komersial

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia kehilangan RM1.775 bilion - hampir sebahagian besarnya dalam bentuk wang tunai - sepanjang tahun lalu menerusi jenayah kolar putih atau jenayah komersial.
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mengesahkan statistik ini menerusi 16,661 kes yang dicatatkan di seluruh negaradari Januari hingga Disember 2013.
Walaupun angka tahun ini sedikit menurun daripada tahun sebelumnya (2012) tetapi jumlah kerugian wang tunai yang mencecah lebih daripada RM1 bilion menunjukkan rakyat Malaysia masih memiliki kesedaran yangrendah tentang jenayah kolar putih yang berlaku di sekeliling mereka.
Pada tahun 2012, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan sebanyak 18,386 kes penipuan kolar putih dengan jumlah kerugian mencecah RM1.619 bilion - juga sebahagian besarnya dalam bentuk tunai.

Gunung Kelud bawa rezeki

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Sidomulyo: Debu, lahar dan dan batu batan yang dihambur Gunung Kelud membawa kematian dan derita. Namun bagi sebilangan besar penduduk, kesan letusan gunung berapi itu, dianggap pembawa rezeki sekali gus mampu menyuburkan tanaman. 

“Inilah rahmat di sebalik bencana,” kata Imam Choiri, petani yang mengaut debu yang melitupi raya untuk digunakan sebagai baja di kebun sayur beberapa kilometer dari kawah gunung yang meletus itu. Choiri berkata penduduk percaya debu itu membantu menghalau serangga perosak dari tanaman. 

12 maut, 1,650 cedera ribut salji Jepun

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

12 maut, 1,650 cedera ribut salji Jepun
Trak dan kereta tersadai tidak dapat bergerak akibat salji tebal di jalan raya di Karuizawa, semalam.
Tokyo: Ribut salji kedua dalam tempoh seminggu melanda Jepun pada hujung minggu, menyebabkan 12 orang terbunuh dan beratusratus cedera, selain melumpuhkan sistem pengangkutan udara, rel dan jalan raya manakala bekalan elektrik terputus.