12 Mac 2010

YB KHALID CABAR YB ZUL DEBAT ISU KALIMAH ALLAH

25 Rabiulawal 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

Dulu, kini dan selamanya bersama PAS....
Dulu PAS, PKR dan kini.....???


BERITA TV BERNAMA malam tadi melaporkan kenyataan YB Khalid, MP Shah Alam tokoh PAS yang kontroversi tentang kesediaannya berdebat secara terbuka pada bila-bila masa dengan YB Zulkifli Noordin, MP Bandar Kulim Baru iaitu bekas MP dari PKR yang baru dipecat berkaitan isu `Kalimah Allah'. Isu ini begitu hangat diperkatakan sebelum ini dengan berbagai hujah dan dalil sehinggakan si jahil pun ingin berdalil tentang isu ini. Isu ini juga menjadi salah satu punca mengapa YB Zul membuat laporan Polis terhadap YB Khalid walaupun pada ketika itu mereka berdua berada di dalam satu kapal iaitu PR.

YB Zul sebelum ini juga sering menimbulkan kontroversi di dalam PKR dan juga PR, begitu juga dengan YB Khalid yang terkenal dengan kontroversinya bersama pimpinan PAS terutamanya di Selangor. Beza antara kedua-dua MP tersebut adalah seorang bertindak bijak, manakala seorang lagi bodoh sombong. YB Khalid bertindak bijak apabila menggunakan hujahnya berdepan dengan sebarang perbezaan pendapat walaupun akhirnya dikenakan tindakan disiplin oleh PAS. YB Zul pula berlagak ego, sombong meskipun tidak secerdik mana apabila hampir setiap hari `meratib' perkataan `Firaun kecil' ditujukan kepada mereka-mereka yang berada di dalam partinya sendiri yang tidak sependapat dengannya. Sehinggakan beliau pernah menganggap DS Anwar selaku Ketua Umum PKR iaitu parti yang didukungnya sebagai menyokong Kristian di dalam isu Kalimah Allah ini. Itu beza YB Khalid dan YB Zul di dalam pendekatan politiknya.

Kemuncak krisis di antara YB Zul dengan YB Khalid berkaitan isu Kalimah Allah ini ialah apabila YB Zul membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. Tindakannya itu kununnya untuk memperjuangkan agama Islam. Tindakan bodoh YB Zul ini amat memalukan PKR kerana PKR sendiri telah membuat ketetapan untuk memegang hujah dan pendapat Ulamak tersohor Syeikh Yusoff Qardawi rentang isu Kalimah Allah ini dan ketetapan PKR itu dipersetujui juga oleh rakan di dalam PR iaitu PAS. Di dalam isu ini, lojikkah PKR dan PAS mempercayai YB Zul lebih daripada Ulamak tersohor dunia itu? Siapa YB Zul? Akibat daripada menanggung malu kerana PKR dianggap memelihara `biawak hidup', maka PKR mengambil keputusan memecat YB Zul atas kesalahan membuat laporan Polis terhadap YB Khalid serta kenyataan-kenyataan `menikam belakang' partinya sendiri dan juga PR sewaktu ditemubual di TV 3.

Mungkin YB Zul anggap PKR tidak akan berani mengambil tindakan disiplin ke atasnya apatah lagi untuk memecatnya memandangkan ketika itu PKR kehilangan beberapa kerusi Parlimen akibat MP yang menjadi `katak' tambahan pula kedudukan kerusi MP dari PKR semasa itu hampir tewas dengan kerusi MP dari DAP. Sekiranya DS Anwar pentingkan kedudukannya selaku Ketua Pembangkang, nescaya YB Zul tidak akan dikenakan sebarang tindakan atau paling maksima adalah amaran. Tetapi PKR tetap tegas demi menjaga keutuhan perjuangan dan kesepakatan di dalam PR, maka YB Zul yang menjadi seperti `kaduk naik junjung' ini mesti dipecat. Alhamdulillah, YB Zul telah dipecat dan beliau kini lebih bebas untuk menggelar sesiapa jua sebagai `Firaun Kecil' asalkan tidak melebihi darinya sebagai `Firaun Besar'.

Setelah YB Zul dipecat dan beliau secara teknikalnya bukan lagi penyokong atau wakil dari PR, maka tibalah masanya untuk YB Khalid menguji kehebatan YB Zul yang terlebih alim dari Syeikh Yusof Qardhawi, Tuan Guru Hj Hadi dan juga Tuan Guru Nik Aziz ini. YB Khalid mencabar YB Zul untuk berdebat secara terbuka tentang isu kalimah Allah ini. YB Zul digelar orang `Ustaz' kerana beliau sering mengajar ilmu-ilmu agama dan juga memberi kuliah di beberapa tempat. YB Khalid tidak digelar orang Ustaz walaupun beliau dijemput juga untuk memberikan khutbah Jumaat di beberapa buah masjid tetapi YB Khalid seorang pejuang Islam yang tegar di dalam PAS. Tidak seperti YB Zul yang dikatakan dahulunya berada di dalam PAS, kemudiannya beralih pula kepada PKR, dan kini langsung tidak berparti setaraf dengan `raja katak emas' dari Pasir Mas itu.

Apakah YB Zul selaku Ustaz yang hebat berani menyahut cabaran YB Khalid yang bukan seorang Ustaz malah memakai kopiah pun jarang sekali? YB Khalid ingin sangat hendak belajar dari YB Zul tentang Islam khususnya berkaitan isu kalimah Allah ini. Jika YB Zul mampu menghuraikan nas atau dalil yang meyakinkan YB Khalid, tidak mustahil YB Khalid juga akan keluar dari PAS kerana PAS juga menyokong prinsip PKR di dalam isu kalimah Allah ini.

Sama-samalah kita tunggu apakah jawapan dari YB Zul. Usahlah YB Zul melalak ke hulu ke hilir mempertahankan perjuangannya yang songsang itu jika tidak berani untuk berdepan dengan YB Khalid bukannya berdepan dengan Syeikh Yusof Qardhawi pun. Jika berani setakat mencabar wanita seperti DS Wan Azizah itu, lebih baik YB Zul menyertai parti Hindraf./wfauzdin.blogspot.com

Populariti Najib menjunam

25 Rabiulawal 1431H
Tun Telanai

Kita berasa amat bersyukur ke hadrati Ilahi kerana seorang PM Malaysia yang baru memegang kuasa tidak sampai satu tahun sudah tidak popular di kaca mata rakyat yang dipimpinnya.

Kita juga turut bersyukur kepada Allah swt dengan tidak popularnya PM, maka secara tidak langsung populariti UMNO yang gah dengan slogan ‘juara rakyat’ turut terjejas. Kita berharap slogan tersebut akan tinggal slogan sahaja. Biar rakyat yang akan menilainya. UMNO telah pun menghampiri hari senjanya.

1 Mei ini usia UMNO semakin tua. UMNO akan mencapai usia ke-64 tahun. Dalam usia itu, UMNO sudah tidak dapat berlari sekuat dulu lagi. Usia tua melemahkan segala urat saraf. UMNO tidak berupaya untuk bergerak cergas seperti ketika usianya masih muda remaja. Walaupun begitu, UMNO masih lagi bernasib baik.

Ia ada tongkat untuk berpaut. Tongkat UMNO ialah institusi Raja-raja Melayu, PDRM, SPRM, SPR, system kehakiman yang tempang dan jentera-jentera kerajaan. UMNO terus bergantung kepada institusi-institusi ini untuk melengah-lengahkan ia ditalqinkan.

Umno juga serupa dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah lainnya. UMNO bersifat baharu. Setiap yang baharu akan tetap menemui ajalnya. Ia tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah swt sahaja.

Berapa banyak kerajaan-kerajaan [bermaksud parti juga] terdahulu dihapuskan oleh Allah kerana sifat tamak haloba meraut kekayaan negara sepuas hati, rakus dengan kuasa, zalim dan penindas rakyat, rasuah, pecah amanah dan menjadikan kuasa sebagai alat untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

GOLKAR,di Indonesia pimpinan Suharto, jatuh. LDP di Jepun turut tumbang. Marcos dan Shah Iran juga ditumbangkan oleh rakyat dengan izin daripada Allah. Parti Baat pimpinan Saddam Hussein juga turut dimusnahkan oleh Allah. Sekarang kita perlu bersabar menunggu detik-detik kehancuran UMNO. Tanda-tandanya mulai jelas kelihatan hanya masa dan Allah akan tentukan harinya.

Najib Tun Razak PM yang bermasalah. Mana ada PM di Malaysia yang perlantikannya dipertikaikan oleh rakyat. Rakyat telah menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong untuk menghalang Najib dilantik sebagai PM ke-6. Najib banyak tercalit dengan tuduh-tuduhan yang amat memalukan. Berbagai skandal melibatkan dirinya. Oleh kerana itulah, Najib menjadi PM yang tidak popular baik di dalam Negara mahu pun di luar negara.

TV3 mengakui hakikat ini. Sumber TV3 menyebut, hanya 270,000 orang menonton sahaja yang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Siapa Pengkhianat Dan Petualang Agama Bangsa Dan Tanahair

Oleh: Nash Array
( www.nasharrwy.blogspot.com /11.3.10 )

Parti perkauman Umno masih giat lagi bermain dengan isu –isu panas perkauman dan menghidupkan api assobiyyah melalui platform lain ( NGO perkauman ) iaitu; Perkasa dan GPMS yang menebal assobiyyah kaumiyyahnya yang menyokong sentimen perkauman Melayu Umno dan mengapi-apikan DAP sebagai anti Melayu untuk meraih undi Melayu pada PRU 13 nanti ; dengan menolak PAS kerna tahaluf siasi dengan DAP.

Politik mutaakhir ini mempamirkan penolakan rakyat ke atas perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan ) dan kaumiyyah ( perkauaman) yang dipelupori UBN. Namun , rata-rata pengundi Islam masih lagi termakan umpan Umno kononnya PAS adalah alat DAP dan tersasar daripada siasah Islam . Sekitar 70 % orang Islam masih lagi ada elemen assobiyah dan perkauman Melayu yang memenangkan calon Umno dan mengalahkan calon PAS dan PKR yang berugama Islam.

Ini bererti hanya sekitar 30% sahaja pengundi Islam yang memahami konsep Islam sebagai “ Rahmatan lil ‘alamiin ‘ . Sebaliknya pengundi bukan Islam yang boleh menerima konsep tersebut dan polisi ‘Justice For All “ dan “ PAS FOR ALL “ sehingga lahirnya di dalam PAS sendiri; Dewan baru yang diberi nama Kongres Penyokong PAS ; membuktikan bahawa Islam memang sistem yang paling kondusif untuk masyarakat majmuk yang memberikan keadilan sejagat , kemakmuran dan kedaimaian ummah.

Sebaliknya, Umno dan BN hanya hidup dengan isu perkauman ; Umno tipu Melayu, MCA tipu Cina dan MIC tipu India . Siapakah yang buang kuasa raja, Bahasa Melayu dan biasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan?. Siapakah yang mengkhianati Perlembagaan Persekutuan ? PAS kah ? DAP kah Bukankah Umno ? ; MELAYU TIPU MELAYU di atas nama Melayu DEB ; memfaraidkan saham bumiputra untuk kroni elit Umnoputra! Yang terkini merompak emas hitam kepunyaan bangsa sendiri demi kepentingan kroni dan politik rakus suku-sakat mereka . Bangsa boleh disayangi tetapi bukan sebagai teras atau tonggak perjuangan kerna TERAS PERJUANGAN adalah ISLAM; yakni Kitabullah dan Assunnah bukan perkauman . Naik Islam maka naik secara otomatis bangsa yang mendukung Islam seperti bangsa Parsi yang digeruni Amerika ; mengusir thoghut Shah dan mustakbirin Amerika ! Bahkan digusari CIA dan KGB . Ini bukti kehebatan Islam. Mana bangsa Arab .? diratahi yahudi dan nasoro kerna assobiyyah Arab yang ditegakkan; bukannya Islam sebagai ‘ Ad –Deen waddaulah ‘ dan ‘ Ad-Deen Wa Syariah “ dalam menegakkan agama dan panji-panji Islam dan memerintah dunia dengannya .

Justeru itu .bukan Islam hendaklah didekati melalui Kongres Penyokong PAS yang sama taraf dengan semua Dewan dalam PAS. Cuma mereka tiada boleh diundi atau mengundi ; tetapi, mempunyai suara dalam Muktamar dan wakil di peringkat pusat . Sementara fahaman assobiyah –kaumiyyah tajaan Umno hendaklah di tangkis secara bijaksana supaya 70% orang Islam yang dikelirukan Umno itu dapat memahami siapakah sebenarnya PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR agar ummah tiada tertipu lagi dengan retorik SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT )

Tegakkanlah roh panji Islam di dalam diri anda, famili, dan komuniti anda, insyaAllah akan tertegak negara “ nafi deenilah hi afwaja “ di dalam negara anda. Yang ada hanyalah Allah dan Rasul sahaja. Tiada ‘ Tuhan Melayu” “ Tuhan Arab” atau “ Nabi Melayu” atau “ Nabi Arab” tetapi hanya wujud “ Rabbil ‘alamiin” ( Tuhan semesta alam ) dan “ Rahmatan lil ‘alamiin” ( Muhammad rahmat kepada sekalian alam ).”One World “ ( Satu Dunia ) , “ One Soul “ ( Satu Nyawa: Adam ) and “ One Creator” ( Satu Maha Pencipta ) bukannya SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .

Keamanan dan kedamaian akan tertegak di mana –mana juga apabila sentimen perkauman yang diapi-apikan parti perkauman Melayu Umno bisa dihapuskan dengan Univesalitas Sejagat tanpa batasan geografi , kaum, etnik dan agama. Umno gagal untuk melaksanakan obligasi politiknya kepada umat Islam dan warga Malaysia pada keseluruhannya. Umat Islam di Pulau Pinang yang terpinggir dan tertinggal itu dihebuhkan kononnya angkara PAS bertaluf siasi dengan DAP yang baru setahun jagung memerintah . Selama ini , lebih daripada lima dekad , siapa yang memerintah Pulau Pinang ? Bukankah Umno dan Gerakan . PAS dan DAPkah yang meminggirkan umat Islam?. Kecurian wang emas kepunyaan umat Islam dan warga Terengganu dan Kelantan yang difaraid antara kuncu-kuncu kabel politik Umno yang meminggirkan Terengganu antara negeri yang termiskin di Malaysia . Angkara petualangan siapa? Walhal Terenganu kaya dengan emas hitam ! Bagaimana, bisa menjadi miskin?

Hak umat Islam dan warga Kelantan sebanyak RM 2 BILLION dirompak oleh Umno dan hutang emas hitam semasa yang belum dilunaskan bahkan di samun dan disonglap sebanyak RM 600juta seperti kata Husam dikhianati oleh petualang Umno yang kononnya dikatakan berjumlah semuanya RM20juta sahaja. Satu penipuan yang ketara oleh Umno. Bahkan Ku Li kata Kelantan adalah Negeri yang terkaya di Malaysia dengan anugerah Allah emas hitam tersebut . DAP kah yang menghalang ? PAS kah yang menghalang? Siapakah sebenarnya petualang Agama , Bangsa, dan Tanah Air !?.

Umno menjaja api perkauman Melayu dan memburukkan imej dan reputasi PAS-DAP kerna untuk menutup kegagalan Umno untuk memertabatkan agama. bangsa dan tanahair. Terbukti tahaluf siasi PAS – DAP- PKR dalam PAKATAN RAKYAT adalah lebih baik daripada Umno-MCA-MIC yang bernausakan perkauman dan kronisma . Guan Eng hapuskan kabel kronisma dan hanya gunapakai kabel komputer sahaja . Siapa layak dia dapat tanpa mengira kaum atau parti . Inilah yang dibenci oleh kontaktor –kontraktor Melayu yang tiada layak yang selama ini pakai kabel politik . Bahkan fitnah anti DAP-PAS dan perkauman oleh Umno akhirnya makan diri balik apabila data rasmi e-TENDER TERBUKA terbukti dimenangi oleh 70 peratus dari kalangan Bumiputra. Siapa sebenarnya perkauman dan siapa sebenarnya petualang bangsa , agama dan tanah air. Bahkan bajet Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah yang besar kepada institusi Islam , SAR dan para hufaz lebih daripada Umno berikan.

Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan diakui oleh Akauntan Negara dan International Transparency sebagai ‘ GOOD GOVERNANCE” dan Kelantan diiktiraf sebagai “ ZIFAR KORUPSI” . Ini membuktikan ISLAM BOLEH dan Kelantan adalah model SATU MALAYSIA sebenarnya yang tiada korupsi , tiada kroni dan tiada perkauman . ‘ PAS FOR ALL’ and “JUSTICE FOR ALL “ bukan untuk Ananda Krishan, Vincent Tan dan Mukhlis sahaja.

Majlis Dailog & Ramah Mesra bersama Mahasiswa Perak di Mesir

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain sedang memberikan ucapan kepada hampir 500 orang mahasiswa dan mahasiswi Perak yang menuntut di Universiti Al Azhar Mesir

ADUN Titi Serong,DRS. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan ucapan.


KAHERAH , 10 Mac : Sempena dengan lawatan rombongan badan Perhubungan PAS Perak ke Mesir, satu majlis Dailog dan Ramah Mesra bersama dengan Mahasiswa dan mahasiswi Perak yang menuntut disini telah daidakan di Rumah Perak disini malam tadi.

Rombongan yang di ketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak itu telah ditemukan dengan hampir sebahagian besar peljar Perak yang menuntu disini bagi menjelaskan isu-isu semasa termasuklah kemelut politik yang berlaku di Perak.

Mereka yang diberi peluang oleh pengajur untuk berucap dalam majlis tersebut selain dari Pesurujya PAS ialah Dato' Seri Muhammad Nizar jamaluddin dan Drs. Khalil Idham Lim.

Selain itu satu majlis dailog telah diadakan dan lebih dari sepuluh soalan utama telah dikemukakan dan dijawab secara panjang lebar oleh rombongan.

Persolan yang berkaitan dengan undang-undang dan perlembagaan telah diterang sejelas mungkin oleh pengarah jentera Pilihanraya PAS Perak yang juga seorang peguam, Hj. Asmuni Awi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Persekutuan Mahasiswa Melayu Mesir(PMRAM), Abdul Muis bin Muhammad dan YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM).

Disamping majlis utama tersebut, rombongan telah disajikan dengan masakan nasi ayam yang di masak oleh Mahsiswa dan peluang terbaik itu telah digunakan oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasisiwa untuk bergambar dengan rombongan diakhir program.

Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menyampaikan penerangan tentang kemelut politik Perak kepada yang hadir.













Anwar tetap Ketua Pembangkang - Karpal Singh

25 Rabiulawal 1431H
Mohd Sabri Said

SEBERANG JAYA, 11 Mac: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan tetap memberi laluan pada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen.

"Atas nama Pakatan Rakyat, DAP walaupun lebih satu kerusi dari PKR, namun tetap memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Sambutan 2 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau berkata, atas dasar kesepakatan untuk melihat Malaysia terus maju menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat harus pandang ke hadapan mencari jalan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang semakin angkuh dengan kuasa dan media yang dimiliki.

Sebagai 'singa' DAP, beliau tetap berjuang menuntut keadilan kerana selagi Malaysia diperintah oleh BN, ia tetap merupakan negara korupsi dengan melaksanakan undang-undang yang tidak bertamadun.

"Saya sebagai ‘singa’ akan terus menentang ketidak adilan dalam negara walaupun saya ‘singa’ cedera namun untuk menyerah kalah tidak sama sekali. Kes Anwar mesti dibela kerana ia bukan manusia yang mengamalkan kelakuan buruk seperti itu. Itu fitnah semata-mata, " ujarnya dengan tepukan gemuruh daripada puluhan ribu hadirin.

Beliau menambah tidak tunduk dengan undang-undang rimba malahan mahukan semua jentera dalam gabungan Pakatan Rakyat berusaha segigih mungkin kerana BN terkenal dengan penipuan terhadap pilihan raya.

Menurutnya, BN boleh berpakat dengan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) untuk menyekat kemaraan pembangkang yang memerlukan beberapa kerusi untuk menguasai Malaysia.

Menyedari hakikat itu, membuatkan BN merangka untuk memancing Ahli Parlimen pembangkang bagi memenuhi niat mendapatkan dua pertiga kerusi parlimen bagi memudahkan mereka meluluskan akta atau sesuatu elekmen demi menyelamatkan politik BN yang semakin parah.

"BN terpaksa buat kerja jahat untuk memastikan politik mereka selamat. Mereka tahu rakyat sudah bosan terhadap BN yang terlalu banyak penyelewengan dan pembohongan," katanya.

Selain Anwar, turut berucap di majlis penutupan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat negeri itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Harakahdaily.net/-

MUFTI PERAK AGEN UMNO: GMP JUGA SENADA

25 Rabiulawal 1431H

Kenyataan Media (10 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) beranggapan kenyataan sokongan yang telah di nyatakan oleh Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkaitan usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak oleh Tan Sri Haji Harussani Zakaria adalah senada sebagai Ahli Umno yang telah tewas.

DPPN Pk berikrar untuk menyokong penuh kepimpinan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam isu ini. Bagi ahli Umno, sudah tentu mereka kurang senang kritikan yang di lemparkan Datuk Nik Aziz kepada penyokong-penyokong mereka.

DPPN Pk juga mengambil peluang ini untuk mempelawa GMP bersama dengan Tan Sri Harussani di dalam forum yang bakal di anjurkan. DPPN Pk berharap agar GMP supaya tidak takut untuk hadir jika mereka menyakini akan kebenaran.

Kita semua akan tunggu keputusan yang akan di buat oleh Tan Sri Harussani untuk menetapkan tarikh, tempat dan masa yang di fikirkan sesuai. Rakyat Negeri Perak sudah tentu menunggu tarikh tersebut dan pentas forum tersebut harus menjadi kenyataan.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Najib hina kebijaksanaan rakyat

25 Rabiulawal 1431H
Anak Sengat

Najib dilaporkan berita agak mengelabah ketika mengulas berita pilihanraya kerajaan Tempatan akan dilaksanakan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat terutama Pulau Pinang. Atas alasan ianya sistem yang telah ditinggalkan dan tak perlu di laksanakan semula, Najib tahu akan kesannya.

Najib beralasan bahawa ianya akan menyebabkan perpecahan di peringkat bawahan. Nampak sangat sempitnya pemikiran PM Malaysia ni.

Kalau dibimbangkan perpecahan apa guna pilihanraya. Kalau alasannya takut berpecah di bawah... berpecah di atas sepatutnya lebih ditakuti dan yang patut dilakukan ialah mansuhkan pilihanraya.

Sebenarnya Najib berfikir untuk negara mengikut acuan Umno. Beliau melihat bagaimana Umno akan berpecah setiap kali pemilihan Umno. Beliau menyangka seluruh rakyat Malaysia setaraf cara berfikir Umno. Sepatutnya pilihanraya melambangkan kematangan dan menghargai kebijaksanaan rakyat. Memberi penghargaan kepada Rakyat memilih siapa yang dilantik mewakili mereka dalam kerajaan tempatan.

Cara ulasan Najib menampakkan penghinaan beliau terhadap kebijaksanaan dan kematangan rakyat dalam berpilihanraya.

Beliau seolah menganggap rakyat Malaysia masih rendah tahap berfikir hingga pilihanraya kerajaan tempatan akan menyebabkan mereka berpecah.

Inilah standart seorang pemimpin utama Umno yang terlalu dangkal dan jumud. Malangnya...beliau juga adalah Perdana Menteri dalam sebuah negara yang mendakwa demokrasi...

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Mazlan Aliman dibebaskan

25 Rabiulawal 1431H
Hashim Abdullah

RAUB, 11 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pagi ini telah dibebaskan dibebaskan dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin berhubung isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau, Selasa lepas.

Mazlan yang tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Raub sekitar jam 10.30 pagi seterusnya dibebaskan pula oleh mahkamah setengah jam kemudian.

Selepas itu, Mazlan dibawa semula ke Ibu pejabat Polis Daerah Raub dipercayai bagi urusan dokumentasi dan pembebasan sepenuhnya.

Peguamnya, Haris Abdullah memberitahu satu sidang media khas akan diadakan di pejabatnya bagi memperjelaskan kedudukan kes Mazlan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Selasa lalu, difahamkan Mazlan membuat lawatan ke Felda Lembah Klau untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan Empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.

Beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang itu ketika membuat laporan polis berikutan tindakan pengurusan Felda bekenaan yang cuba menahannya.

Harakahdaily.net/-

Slot Isu Semasa dalam Eminent Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.





TANTA, MESIR, 10 Mac :- Saya bersama Ust. Fakrurazi, Hj. Azhar Rafie dan Hj. Azlan diberikan penghormatan untuk mengisi slot Isu Semasa Program Eminent Dewan Perwakilan Mahasisiwa Malaysia Tanta. Program tersebut telah berjaya mengumpulkan hampir sebahagian dari sekitar 1000 orang Mahasiswa dan Mahasiswi Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam dan Perubatan di Al Azhar university.

Program tersebut diadakan di salah satu Pusat Pelajar di Tanta, iaitu salah satu dari cawangan Al Azhar University Mesir. Perjalanan dari bandar Kaherah ke Tanta memakan masa selama sekitar 2 jam setengah.

Dalam program sekitar dua jam itu Saya, Ust. Fakrurazi dan Hj. Azhar diberi laluan untuk bercakap sekitar 15 minit seorang sebelum disusuli dengan sesi soal jawab bersama mahasiswa dan mahaisiwi yang hadir. Sekitar 10 soalan panas telah dikemukakan oleh mereka merangkumi pelbagai isu semasa khsusnya mengenai kemelut politik yang berlaku di Perak.

Diakhir program rombongan telah dibawa untuk melawat gerai-gerai pameran yang diadakan khusus sempena program tersebut. Sebelum kami berangkat pulang ke Kaherah untuk mengikuti program yang lain, rombongan sempat di jamu dengan masakan Malaysia yang disediakan oleh pelajar di sini.

Saya menegaskan bahawa medan sebenar Mahasiswa ialah setelah mereka menamatkan pengajian dan pulang ke Malsysia nanti.

Menerima cenderamata dari Pengarah program.

Mengadakan lawatan ke gerai pameran yang disediakan sempena program tersebut.

Rombongan bergambar dihadapan gerai mengenai Palestine.

Melawat gerai masakan yang dikendalikan oleh Mahasiswa yang menunjukan kebolehan masing-masing.

Esok berpuasa, solat istisqa Jumaat ini

25 Rabiulawal 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 10 Mac: Ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis solat sunat istisqa.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, solat sunat berkenaan yang bakal diadakan Jumaat ini, bertujuan supaya Allah menurunkan hujan.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

Menurutnya, amalan solat tersebut telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebelum ini untuk tujuan yang sama.

“Untuk mendapat rahmat di samping mengharapkan permohonan kita diterima Allah, esok saya seru semua rakyat Kelantan yang beragama Islam supaya bersedekah banyak-banyak di samping berpuasa sunat.

“Saya sendiri akan berpuasa esok hari, insya Allah dan akan bersedekah juga sekadar kemampuan yang ada pada saya kepada fakir miskin, insya Allah,” ujarnya.

Beliau memberitahu, Jumaat ini, rakyat Kelantan hendaklah hadir pada majlis itu selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Jelasnya, selain menunaikan solat sunat istisqa itu, beliau sendiri akan menyampaikan tazkirah mengenai pengertian solat itu berdasarkan hadis-hadis Rasulullah.

Sambungnya lagi, solat sunat berkenaan akan diadakan kira-kira pukul 8.30 pagi, iaitu selepas tazkirah.

Sehubungan itu, kuliah agama di Medan Ilmu dibatalkan yang digantikan dengan solat sunat dan tazkirah di perkarangan stadium.

Beliau bagaimanapun memberitahu, program solat sunat tersebut akan turut diadakan secara berperingkat di setiap kawasan dalam negeri ini.

Menurutnya, program itu akan diatur sendiri oleh penganjur di peringkat kawasan, bagaimanapun beliau juga akan hadir sekiranya dijemput.

“Saya setuju benar sekiranya solat sunat ini diadakan di seluruh Kelantan, pandai-pandailah nak buat ikut zon ke,” ujarnya.

Tuan Guru berkata, biarpun Kelantan tidak begitu kritikal menghadapi masalah air, bagaimanapun kemerosotan air sama ada di sungai dan telaga, agak ketara akibat cuaca terlalu panas.

Menyentuh tentang keperluan berjimat menggunakan air tidak seharusnya berlaku sewaktu musim kemarau, sebaliknya sepanjang masa sebagaimana mengikut ajaran Islam.

Tambahnya, rakyat Kelantan yang sudah terbiasa dengan air banyak, menyebabkan mereka menggunakan daripada yang sepatutnya.

“Saya selalu menyebut Nabi Muhammad s.a.w. mengambil wuduk hanya secupak air, dan mandi segantang air,” ujarnya.

Menurutnya, amat tidak wajar membazir air, sedangkan untuk mendapatkan bahan tersebut mengikut kaedah sains begitu sukar sekali.

Mengikut ahli sains dunia akan berperang kerana air kemudian hari nanti kerana kekurangan bahan itu sebagaimana sekarang berperang kerana minyak.

Kerana itu, tambahnya manusia wajib menjaga keperluannya demi untuk kegunaan masa panjang.

Menyentuh tentang catuan air pula, beliau memberitahu Kelantan tidak sampai ke peringkat itu.

Bagaimanapun, sambungnya catuan air bukan sewaktu ketiadaan air semata-mata, sebaliknya kerana Islam sendiri menggalakkan menjimatkan penggunaan air.

“Contohnya penggunaan air di masjid-masjid yang perlu benar berjimat, apa lagi bil airnya dibayar oleh pihak masjid sendiri dengan menggunakan wang sumbangan derma orang ramai.

“Kalau kita membazir bermakna kita membazir harta orang ramai,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

10 dibebas selepas 10 tahun didakwa

25 Rabiulawal 1431H

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Sehari sebelum genap 10 tahun pendakwaan dibuat ke atas mereka kerana mengadakan demo membantah sekatan permit yang dikenakan ke atas akhbar Harakah, Mahkamah Majistret membebaskan kesemua tertuduh.

Mereka dibebas dan dilepaskan selepas saksi dari pasukan polis tidak menghadiri perbicaraan yang sepatutnya diadakan pada hari ini.

Yang dibebas Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Hishamuddin Rais, Zulkefli Anwar Ul Haq atau Zunar, Munir, Mona Sofian, Nora, Malik Husin, Ansari, Lokman Nor Adam.

Seorang lagi tertuduh, Omar Tan telah meninggal ketika kes masih berjalan.

Esok 11 Mac genap 10 tahun pendakwaan ke atas mereka dikenakan.

Kesemua mereka ditangkap di perkarangan Masjid Negara kerana mengadakan demonstrasi aman membantah sekatan yang dikenakan Kementerian Dalam Negeri ke atas permit Harakah pada tahun 2000 lalu.

Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu sebelum itu telah dibenarkan terbit dua kali sebulan sahaja mulai Mac 2000.

Ia dipercayai dibuat selepas PAS menang besar dalam pilihan raya umum 1999 iaitu mendapat dua negeri, Kelantan dan Terengganu, di samping 27 anggota Parlimen.

Harakahdaily.net/-

Mazlan ditahan reman hingga hari ini

25 Rabiulawal 1431H
Basiron & Hashim Abdullah

TEMERLOH, 11 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ditahan satu hari atas untuk siasatan kerana dakwaan menceroboh Felda Lembah Klau.

Difahamkan Mazlan membuat lawatan ke Felda berkenaan untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan Empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam ketika membuat laporan polis berikutan tindakan pengurusan Felda bekenaan yang cuba menahannya.

Pagi semalam, Mazlan dibawa ke Mahkamah Majistret di hadapan Siti Hajar Mustaffa untuk proses tahanan reman.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani kelihatan turut berada di mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Mazlan.

Yang Dipetua PAS Kawasan Raub, Dr Mohd Nilam Manaf ketika dihubungi mengesahkan Mazlan ditahan selama satu hari untuk siasatan dan hari ini sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah yang sama.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Roslan Zainal menyeru penyokong Pakatan Rakyat terutamanya ahli PAS hadir beramai-ramai di mahkamah pagi ini bagi memberikan sokongan kepada Mazlan.

Harakahdaily.net/-

Menteri Besar mohon mengadap Sultan Kelantan

25 Rabiulawal 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 10 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat permohonan kepada istana Kelantan bagi memohon perkenan mengadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Katanya, surat berkenaan dihantar bagi mendapatkan persetujuan mengadap baginda bersama anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

“Sejak keberangkatan pulang baginda pada Khamis lalu pemimpin kerajaan negeri belum lagi mengadap biar pun telah menyambut keberangkatan pulang baginda dari Singapura,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Sultan Kelantan berangkat pulang dari Singapura selepas mendapat rawatan lanjut di negara itu sejak 24 Mei lalu.

Sebelum itu, baginda menghadapi masalah jantung dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Turut menyambut keberangkatan pulang baginda Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Bagaimanapun Menteri Besar tidak dapat hadir kerana sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kerana masalah kesihatan.

Harakahdaily.net/-

Satu dunia kata UMNO-BN pimpinan paling korup, Hasan Ali

25 Rabiulawal 1431H
Oleh Lim Hong Siang

"Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"

Demikianlah kritikan yang dilontarkan oleh Hasan Ali (gambar kiri), EXCO Kerajaan Negeri Selangor terhadap UMNO-BN. Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor yang beberapa kali mencetus kontroversi di kalangan PR ini, menyerang habis-habisan pimpinan UMNO-BN dan bekas Menteri Besar BN Selangor Khir Toyo, semalam.

Susulan daripada seruan terbuka untuk "mengebumikan UMNO-BN pada PRU ke-13" dalam ucapannya di Konvensyen PR Selangor pada 7 Mac, Hasan Ali semalam membuktikan dirinya masih bersama PR, dengan kata-kata pedasnya yang dilemparkan terhadap UMNO-BN dalam "Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor", di Stadium Malawati Shah Alam.

Pemimpin yang pernah "dikhabarkan" bakal "melompat" untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor ini bermula dengan melafazkan syukur kepada Allah swt, "... Sebab, bagi sesetengah orang, UMNO terutamanya, meramalkan kita (PR) dapat memerintah Selangor ini sekadar enam bulan. Ada yang meramalkan tak lebih daripada tiga bulan. Tapi sekarang sudah masuk bulan yang ke-24, dua tahun hari ini."

Melihat kepada sambutan masyarakat Selangor terhadap PR, Hasan Ali menyambung ucapannya dalam tepukan, "...Yakinlah, Pakatan Rakyat terus jadi pilihan rakyat untuk tahun-tahun dan dekad-dekad yang akan datang!"

Batu asas dalam tamadun manusia

Sebermulanya Hasan Ali berucap, beliau menyeru agar hadirin-hadirat memujuk keluarga, jiran dan orang ramai untuk bersama perjuangan politik PR.

"Nak pujuk untuk apa? Nak pujuk untuk bersama-sama meletakkan satu batu asas pembinaan tamadun manusia, tamadun yang akan ditegakkan atas dasar... satu perkataan yang..., tuan-tuan, sangat memberikan harganya, nilai yang paling tinggi...," sebelum beliau menyambung, "Perkataan itu ialah keadilan."

"Saya nak tengok anak saya hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cucu Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cicit Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Adil untuk dirinya, adil untuk keluarganya, adil untuk masyarakatnya, adil untuk negerinya, adil untuk teman-teman Cina, teman-teman India, teman-teman Melayu yang mesti digarap, yang mesti disongsong atas makna keadilan yang sebenarnya!" kata-katanya disambut dengan tepukan daripada lebih 4,000 penyokong yang hadir semalam.

Khir Toyo menjadi sasaran

Hasan Ali kemudian memperhebatkan serangannya terhadap bekas kerajaan negeri Selangor BN, dengan membandingkan antara UMNO-BN dengan PR.

"Sejarah seluruh Menteri Besar (Selangor), sejarah mereka dicatit dengan sejarah hitam, black history," katanya merujuk kepada 13 orang bekas MB Selangor BN sebelum Khalid Ibrahim menyandang jawatan tersebut selepas PRU ke-12. Beliau sempat mengusik Khir Toyo, dengan berkata, "...Menteri Besar UMNO BN akhir sebelum Khalid Ibrahim, rumah di Shah Alam, (bernilai) 24 juta."

Hasan Ali menyindir Khir Toyo yang memanggil sidang akhbar dalam minggu pertama ketika baru-baru dilantik menjawat MB, memberitahu media bahawa beliau berasal dari "keluarga yang sangat miskin", "...jual botol untuk bayar yuran sekolah", "tapi anak jual botol bina rumah (bernilai) 23 juta!"

Untuk membandingkan antara UMNO-BN dengan PR, beliau mendakwa setiap kali sebelum mesyuarat kerajaan negeri, Menteri Besar (PR, gambar kanan) akan sendiri baca doa, "Wahai Allah, Hindarkan kami dari rasuah, wahai Allah..."

Hasan Ali kemudiannya cuba menonjolkan kekayaan dan kemewahan hidup yang dinikmati pemimpin UMNO-BN, dengan berkata, "Kalau ada istana di Sabak Bernam, istana itu adalah rumah ADUN-ADUN atau MP-MP UMNO-Barisan Nasional, betul atau tidak?"

Malah, beliau seterusnya menyasarkan bekas MB, "Kalau ada istana selain daripada istana Sultan di Shah Alam ini, istana itu pastinya istana Menteri Besar yang ke-13, Yang Amat Berhormat Khir Toyo!"

Kepimpinan Ulamak

Untuk Hasan Ali, perbezaaan kedua yang wujud antara UMNO-BN dengan PR adalah, PR berjaya membariskan ulamak besar seperti Nik Aziz (Mursyidul Am PAS), Hadi Awang (Presiden PAS), Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) dan Harun Taib (Ketua Dewan Ulama' PAS) dalam pimpinannya.

"Untuk membangun negara, kita perlukan ulamak besar ini untuk merintis jalan kita," katanya. Beliau kemudian menjelaskan bahawa pimpinan ulamak tersebut akan memastikan PR sentiasa berada dalam jalan lurus yang diredai Allah, iaitu jalan yang adil, menjaga hak negeri, tidak mementingkan sendiri, keluarga dan kekayaan untuk peribadi.

Media: Najib-Rosmah-Muhyiddin

Hasan Ali memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Selain membentangkan pencapaiannya dalam "menghidupkan semula masjid dan surau", selepas mengambil alih kerajaan negeri dari UMNO-BN, beliau juga menyentuh isu kebebasan bersuara.

Sambil mempertikaikan "keadilan" yang ditampilkan media cetak arus perdana, beliau menyindir penyiaran rancangan televisyen yang sarat dengan muka-muka tertentu sahaja. "Buka pula televisyen, lepas Najib (Perdana Menteri), Rosmah (isteri Najib). Lepas Rosmah, Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri). Lepas Muhyiddin, Rosmah balik..." kata-katanya ini disambut dengan gelak-ketawa di bawah pentas.

Beliau memaklumkan bahawa kerajaan PR Selangor sedang mengkaji pengubalan Enakmen Keterbukaan Infomasi Maklumat, yang diusahakan oleh EXCO Selangor, Elizabeth Wong. Beliau menjanjikan saluran maklumat yang tepat dan adil untuk masyarakat, melalui saluran media PR seperti Selangorkini, TV Selangor dan sebagainya.

Harakahdaily.net/-

Rakyat tiada pilihan, tukar kerajaan BN

25 Rabiulawal 1431H
Hashim Abdullah

BANDAR JENGKA, 10 Mac: Rakyat di negara ini tidak ada pilihan selain daripada menukar kerajaan Umno/BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat jika mahu melihat masalah yang dihadapi negara ini dapat diselesaikan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap dalam forum Maulidur Rasul anjuran PAS Kawasan Kuala Krau, di Dataran Masjid Lama, Bandar Jengka, malam tadi, Tuan Ibrahim menambah, adalah amat mengecewakan selama 50 tahun lebih Umno/BN diberikan kuasa oleh rakyat keadaan masyarakat semakin bertambah buruk.

“Bukan kita suka-suka nak sebut tetapi rakyat telah memberikan peluang kepada pemerintah yang ada berkuasa selama lebih 50 tahun. Keadaan masyarakat semakin bertambah buruk.

“Kita tak boleh bayangkan bagaimana teruknya masalah sosial yang melanda negara sekarang ini. Kita ada masalah dadah yang teruk, masalah rasuah, masalah penyelewengan, anak luar nikah dan berbagai masalah yang tidak lagi mampu dikawal. Sebab itu kita nampak tak ada jalan lain melainkan rakyat kena tukar kerajaan yang ada,” katanya.

Turut menjadi ahli panel ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Ashaari, pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani sementara pengerusi forum, Ustaz Sahril Azman di hadapan kira-kira 2,000 pendengar dari kalangan warga Jengka hadir.

Harakahdaily.net/-