12 Mac 2010

YB KHALID CABAR YB ZUL DEBAT ISU KALIMAH ALLAH

25 Rabiulawal 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

Dulu, kini dan selamanya bersama PAS....
Dulu PAS, PKR dan kini.....???


BERITA TV BERNAMA malam tadi melaporkan kenyataan YB Khalid, MP Shah Alam tokoh PAS yang kontroversi tentang kesediaannya berdebat secara terbuka pada bila-bila masa dengan YB Zulkifli Noordin, MP Bandar Kulim Baru iaitu bekas MP dari PKR yang baru dipecat berkaitan isu `Kalimah Allah'. Isu ini begitu hangat diperkatakan sebelum ini dengan berbagai hujah dan dalil sehinggakan si jahil pun ingin berdalil tentang isu ini. Isu ini juga menjadi salah satu punca mengapa YB Zul membuat laporan Polis terhadap YB Khalid walaupun pada ketika itu mereka berdua berada di dalam satu kapal iaitu PR.

YB Zul sebelum ini juga sering menimbulkan kontroversi di dalam PKR dan juga PR, begitu juga dengan YB Khalid yang terkenal dengan kontroversinya bersama pimpinan PAS terutamanya di Selangor. Beza antara kedua-dua MP tersebut adalah seorang bertindak bijak, manakala seorang lagi bodoh sombong. YB Khalid bertindak bijak apabila menggunakan hujahnya berdepan dengan sebarang perbezaan pendapat walaupun akhirnya dikenakan tindakan disiplin oleh PAS. YB Zul pula berlagak ego, sombong meskipun tidak secerdik mana apabila hampir setiap hari `meratib' perkataan `Firaun kecil' ditujukan kepada mereka-mereka yang berada di dalam partinya sendiri yang tidak sependapat dengannya. Sehinggakan beliau pernah menganggap DS Anwar selaku Ketua Umum PKR iaitu parti yang didukungnya sebagai menyokong Kristian di dalam isu Kalimah Allah ini. Itu beza YB Khalid dan YB Zul di dalam pendekatan politiknya.

Kemuncak krisis di antara YB Zul dengan YB Khalid berkaitan isu Kalimah Allah ini ialah apabila YB Zul membuat laporan Polis terhadap YB Khalid. Tindakannya itu kununnya untuk memperjuangkan agama Islam. Tindakan bodoh YB Zul ini amat memalukan PKR kerana PKR sendiri telah membuat ketetapan untuk memegang hujah dan pendapat Ulamak tersohor Syeikh Yusoff Qardawi rentang isu Kalimah Allah ini dan ketetapan PKR itu dipersetujui juga oleh rakan di dalam PR iaitu PAS. Di dalam isu ini, lojikkah PKR dan PAS mempercayai YB Zul lebih daripada Ulamak tersohor dunia itu? Siapa YB Zul? Akibat daripada menanggung malu kerana PKR dianggap memelihara `biawak hidup', maka PKR mengambil keputusan memecat YB Zul atas kesalahan membuat laporan Polis terhadap YB Khalid serta kenyataan-kenyataan `menikam belakang' partinya sendiri dan juga PR sewaktu ditemubual di TV 3.

Mungkin YB Zul anggap PKR tidak akan berani mengambil tindakan disiplin ke atasnya apatah lagi untuk memecatnya memandangkan ketika itu PKR kehilangan beberapa kerusi Parlimen akibat MP yang menjadi `katak' tambahan pula kedudukan kerusi MP dari PKR semasa itu hampir tewas dengan kerusi MP dari DAP. Sekiranya DS Anwar pentingkan kedudukannya selaku Ketua Pembangkang, nescaya YB Zul tidak akan dikenakan sebarang tindakan atau paling maksima adalah amaran. Tetapi PKR tetap tegas demi menjaga keutuhan perjuangan dan kesepakatan di dalam PR, maka YB Zul yang menjadi seperti `kaduk naik junjung' ini mesti dipecat. Alhamdulillah, YB Zul telah dipecat dan beliau kini lebih bebas untuk menggelar sesiapa jua sebagai `Firaun Kecil' asalkan tidak melebihi darinya sebagai `Firaun Besar'.

Setelah YB Zul dipecat dan beliau secara teknikalnya bukan lagi penyokong atau wakil dari PR, maka tibalah masanya untuk YB Khalid menguji kehebatan YB Zul yang terlebih alim dari Syeikh Yusof Qardhawi, Tuan Guru Hj Hadi dan juga Tuan Guru Nik Aziz ini. YB Khalid mencabar YB Zul untuk berdebat secara terbuka tentang isu kalimah Allah ini. YB Zul digelar orang `Ustaz' kerana beliau sering mengajar ilmu-ilmu agama dan juga memberi kuliah di beberapa tempat. YB Khalid tidak digelar orang Ustaz walaupun beliau dijemput juga untuk memberikan khutbah Jumaat di beberapa buah masjid tetapi YB Khalid seorang pejuang Islam yang tegar di dalam PAS. Tidak seperti YB Zul yang dikatakan dahulunya berada di dalam PAS, kemudiannya beralih pula kepada PKR, dan kini langsung tidak berparti setaraf dengan `raja katak emas' dari Pasir Mas itu.

Apakah YB Zul selaku Ustaz yang hebat berani menyahut cabaran YB Khalid yang bukan seorang Ustaz malah memakai kopiah pun jarang sekali? YB Khalid ingin sangat hendak belajar dari YB Zul tentang Islam khususnya berkaitan isu kalimah Allah ini. Jika YB Zul mampu menghuraikan nas atau dalil yang meyakinkan YB Khalid, tidak mustahil YB Khalid juga akan keluar dari PAS kerana PAS juga menyokong prinsip PKR di dalam isu kalimah Allah ini.

Sama-samalah kita tunggu apakah jawapan dari YB Zul. Usahlah YB Zul melalak ke hulu ke hilir mempertahankan perjuangannya yang songsang itu jika tidak berani untuk berdepan dengan YB Khalid bukannya berdepan dengan Syeikh Yusof Qardhawi pun. Jika berani setakat mencabar wanita seperti DS Wan Azizah itu, lebih baik YB Zul menyertai parti Hindraf./wfauzdin.blogspot.com

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak perlu berdebat dengan orang jahil dan bodoh sombong, buang masa saja

Tanpa Nama berkata...

daripada berdebat, baik guna masa untuk dakwah orang bukan islam

Tanpa Nama berkata...

debat dengan orang gila, kita pun jadi gila sama

Tanpa Nama berkata...

kenapa dah lamerr senyap skg bau nak debat?
bau siap buat kajian kerr??
xpelah..kt cb cari saper yang btul tp sblm tu elok gak kita tngok pandangan Dr Haron Din yg juga org brilmu dan tmbln mrsyidul am.

Tanpa Nama berkata...

Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi;

soundcheck//soundcheck//..

" Opoocott! bagero punya Jin! Klu ya pun, bagi la salam! "

" Boss! Final Round. YBKhalid vs YBZul! "

" Ya ka?, Bila, Dimana? Masuk TV cap apa?, Ada hadiah ka?, tiket pree ada tak? "

" Tentang tu taktau lagi, tapi yg pasti tiket utk Boss dah tentu tarak! "

" Jin, agak2 hg, sapa yg betui & menang nanti "

" Sapa2 antara keduanya yg tak mau debat & bagi macam2 alasan. Dia tu la yg tak betui, Boss!

" Boss! Aku nak tanya sikit. DEBAT tu apa menatang?! "

" Klu hg nak tau, DEBAT ialah shortform kpd THE BATMAN. Iaitu, gelaran pd org yg pakai TOPENG MUKA KELAWAQ!! ".

Unknown berkata...

Buang yang keruh ambil yang jernih

Qaseh Bonda berkata...

Debat kerja buang masa.Cukup baik dah YB Khalid tak kena pecat.. duduk diam2 baik2 buat kerja unutk rakyat lagi gentleman.Tanda orang berilmu yang hormat guru.

Kembalikan maruah diri dengan berdiam diri.

Buat apa nak tunjuk pandai depan ketua.

Malu kat para malaikat di kiri kanan, didepan dan dibelakang,di atas dan dibawah...setiap saat diawasi macam cctv.

Kita semua adalah hamba.

Tanpa Nama berkata...

ai ngenei no bomosiam tu...

Raziq Najab berkata...

YB ZULKIFLI NOORDIN SEBELUM NI KALAU X SILAP PENYOKONG TEGAR ARQAM YANG KEMUDIANNYA DIHARAMKAN DAN MENUKAR NAMA KEPADA RUFAQA'.
JADI LEBIH BAIK KEMBALI LAH PADA ABUYA DIA ASHAARI TU MUDAH2AN BOLEH GANTI TEMPAT ABUYA SEBELUM BELIAU (ASHAARI) MATI!
PEMIMPIN2 ARQAM NI BIASANYA MEMANG PENUH DENGAN SIFAT UJUB... Biar berbuih mulut tetap pertahan pendapat sendiri!
...Bekas penyokong Arqam 1977-1985.

Tanpa Nama berkata...

Ingin jelaskan. Dt Haron Din telah pun menarik `fatwa' nya tentang isu kalimah Allah setelah berbincang dengan kepimpinan PAS. Jelas, Dr Haron Din pun sepakay dengan pimpinan PAS dan PKR di dalam isu ini.

Tanpa Nama berkata...

Ini ada maklumat penting kepada umat Islam:

http://citu.uitm.edu.my/index.php?option=com_ccboard&view=topiclist&forum=4&Itemid=85

pencatat berkata...

Debat terbuka adalah salah satu medan dakwah yg besar dan berkesan utk umum. Mungkin cerdik pandai yg komen kat atas terlupa bahawa sasaran dakwah bukan utk yg dah faham, tetapi yg utama kepada penentang yg tegar dan kepada umum yang keliru...

Kalau semua org dah faham atau majoriti dah faham dan tiada lagi kekeliruan, memang paling baik adalah tak payah dilayan org2 seperti Zulkifli

Tanpa Nama berkata...

salam
saya harap ada pihak yg menjadi mediator kepada en.khalid dan en.zul ni. dua2 ada hujah yg bernas. buat apa2 nak memperpanjangkan hal ini.

bukan ke salah satu sifat munafik adalah memperpanjangkan pergaduhan?

kalau nak berdebat juga, berdebatlah secara tertutup, antara en.zul, en.khalid dgn seorang (atau lebih) ulama yg berkebolehan utk menjadi mediator. macam saya juga, en.zul mahupun en.khalid masih banyak perkara yg perlu belajar sebelum mewarwarkan pendapat masing2 kpd umum.

dan ingatlah, bukankah khawarij itu org yg mengatakan pendapat dia je betul, walhal dia hanya tahu sikit2 sahaja tentang satu2 ilmu itu.

Rahimi berkata...

PENJELASAN TAIB AZIMUDIN BEGITU JELAS DLM ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH INI, BELIAU BERKATA MEMANG BERLAKUNYA PERBEZAAN PANDANGAN DIANTARA ULAMA MUKTABAR SEBELUM INI, TETAPI KITA PERLU MELIHAT WAKIK NEGERA KITA. KERANA INYA BOLEH MENGELIRUKAN UMAT ISLAM. LIHAT SEPERTIMANA INDONESIA, ULAMA ISLAM INDONESIA MENYOKONG PENGGUNAAN NAMA ALLAH DIKALANGAN KRISTIAN KERANA SEBAGAI SATU JLN DAKWAH TETAPI IANYA TDK MENJADI DEMIKIAN KERANA AKHIRNYA PIHAK KRISTIAN INDONESIA MENGGUNAKANNYA UTK MENGELIRUKAN UMAT ISLAM DAN RAMAI UMAT ISLAM YG MEMELUK KRISTIAN DRP UMAT KRISTIAN YG MEMELUK ISLAM.

BAGI SAYA PENJELASAN TERBAIK SETAKAT INI ADALAH DRP PENJELASAN DRP YB TAIB AZIMUDIN TERSEBUT

MARILAH KITA SAMA SAMA KELUAR DRP PEMIKIRAN SEMPIT POLITIK SEPERTIMANA SARANAN YB TAIB AZIMUDIN

Tanpa Nama berkata...

Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi;

Tulong amik perhatian! Jin aku dah offer diri dia nak jadik moderator program debat tuh! Tapi ada pantang larang!

From Jin via bluetooth : " Sapa2 antara keduanya, semasa berdebat, didapati & didengari olihku ada menyebut 'Kalimah Allah'. Maka akan aku PENAMPAQ kedua-duanya!"

Tanpa Nama berkata...

btul ke hang ckp Dr Haron Din tarik blik???
bg aku link atau pe2 smber yg aku boleh rujuk..
Klau tak silapo aku, antara kenyataan Dr Haron beliau menyifatkan sesiapa menyokong Allah boleh digune org kafir boleh bwk kpd kufur..
krn menokong bererti setuju,setuju beerti membantu secara tidak langsung!
klau dia tarik balik sila link maklumat yerr...jgn main ckp jer..

Tanpa Nama berkata...

aku rs mmg kalimah ALLAH ni tak sptut org kafir mntak nak gune...apa motif mereka?
stelah skian lame guna God tb2 nak gune Allah..
mmg sesuai kita mbik pandngan Jakim, Ust Taib Azamuddin..
ini kerana klau Kristian letak kat gereja..Allah adalah tuhan kita.....
tak ke keliru msyarat baru kita nnti...
jgn kerana nak sokongan politik kita jadi buta n bodoh kerana mengejar kemengan politik semata2 untuk jaga pengundi bukan Islam!

Madrasah Saidina Rasool Ar Rahmah berkata...

siapa putuskan PKR MESTI rujuk pada Yusuf Qardawi. Yusuf Qardawi juga menghalalkan letupan bunuh diri berani mati.kenapa Khalid yg selalu bermasalah dengan pimpinan Pas sedangkan Pas adalah Jemaah Islam pada masa yang sama Zul yang bermasalah dengan Pimpinannya PKR yang bukan Jemaah Islam , ini bermakna Khalid yang lebih biadap.

Unknown berkata...

Ramai benor yg nak melindungi kalimah Allah, maka apakah mereka tak membaca dengan sebenar-benarnya maksud bacaan di bawah?

‘A’uzubillahiminasyaitanirrajim’ @ ‘aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam’.

Maka apakah mereka tersalah baca dengan bacaan seperti berikut:

‘Aku pelindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’????

Banyak sekali puji-pujian yang kita terima sepanjang hidup kita hinggakan tak terkira banyaknya. Maka apakah sesuai untuk dikatakan ’segala puji bagi kita’ dan bukan lagi ’segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam’ @ Alhamdulillahirabbilalamin’?

abdullahngah berkata...

Adapun tipu daya golongan benar ialah kerana mereka menyangka perdebatan adalah sepenting penting perkara dan sebaik baik kaedah pada jalan Allah.

Dan mereka mungkin merasakan inilah pengorbanan mereka. Mereka menyangka bahawa agama seseorang tidak agama sempurna selagi dia tidak berdebat.

atau berbincang soal ilm al kalam.Dan orang yang beriman kepada Allah tanpa bahasan dengan dalil, maka dia bukanlah mukmin.

Bukan orang yang sempurna, atau orang yang hampir kepada Allah.Mereka tidak merenung abad pertama hijrah sesungguhnya Nabi SAW telah menjadi saksi bahawa mereka adalah sebaik baik umat.

Dan tidak dituntut dalil daripada mereka. Aku Amamah Al Bahili ra daripada nabi SAW bersabda: " sesuatu kaum itu tidak sesat melainkan jika mereka terbabit dalam perdebatan".

Tanpa Nama berkata...

btul tu hang jebat..aku skong hang dari segi kebiadapan berjamaah dlm konteks jemaah islam..