02 Julai 2008

Rosmah tidak bimbang dakwaan Raja Petra

KUALA LUMPUR, 1 Julai :– Isteri TPM, Datin Seri Rosmah Mansor tidak bimbang dengan dakwaan yang mengaitkannya dengan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kerana beliau tidak bersalah.

Katanya, beliau telah memberikan keterangan kepada polis sejelas-jelasnya berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah yang dibuat oleh pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkannya dengan kes itu.

Rosmah ditanya mengenai akuan bersumpah Raja Petra yang difailkan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur baru-baru ini yang antara lain turut mengaitkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.

Ditanya sama ada beliau akan menyaman Raja Petra kerana membuat fitnah itu, Rosmah berkata, beliau tidak mahu menumpukan pada isu-isu yang tidak perlu.

Raja Petra menamakan dua lagi individu yang didakwanya turut dikaitkan dalam kes bunuh itu iaitu Leftenan Kolonel Aziz Buyong, yang beliau katakan sebagai pakar bahan letupan C4, dan isteri Aziz, Norhayati, yang didakwa pegawai pengiring (ADC) Rosmah. Rosmah menjelaskan, Norhayati bukan ADC beliau.

“Norhayati ialah pegawai yang membantu semua program saya, dan kini beliau tidak lagi bekerja dengan saya. Beliau telah dinaikkan pangkat dan kembali bertugas di Kementerian Pertahanan,” katanya.

China bertindak ringankan beban kaum petani

Kementerian Pertanian menuntut supaya diringankan beban kaum petani berdasarkan lima pendekatan mulai tahun ini.

Pendekatan itu termasuk, menjalankan pemeriksaan berkala terhadap peraturan pembayaran yang ditanggung oleh kaum tani dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menambah beban kepada kaum tani.


Kerajaan mula membatalkan cukai pertanian terhadap penduduk dikalangan petani seramai 900 juta orang di negara ini mulai tahun 2006. Berdasarkan anggaran yang dibuat oleh Kementerian Pertanian, selepas pembatalan cukai pertanian itu, beban purata seorang petani telah menurun 140 Yuan RMB setahun berbanding dengan tahun 1999.

Olimpik Beijing : 21 ribu orang wartawan mendaftar

BEIJING, 1 July :-Seramai 21 ribu orang wartawan mendaftar untuk membuat liputan tentang Sukan Olimpik Beijing. Demikian dinyatakan oleh Naib Pengarah Jabatan Urusan Perkampungan Sukan Olimpik Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Deng Yaping di Beijing hari ini.

Beliau berkata, beberapa banyak wartawan yang belum mendaftar juga akan menyertai dan membuat liputan tentang Sukan Olimpik Beijing.


Katanya, kemudahan di perkampungan Sukan Olimpik Beijing hampir selesai dibina. Perkampungan itu juga akan menyediakan perkhidmatan kepada atlet yang beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Yahudi.

Waspada dari orang yang iri hati

“Berhati-hatilah terhadap iri hati, karena kedua anak Adam (Qabil dan Habil) salah seorang di antaranya membunuh saudaranya akibat dorongan iri hati” (HR. Ibn Asakir).

Kebenaran setiap patah peringatan Rasulullah SAW tidak pernah ketinggalan zaman. Contohnya, bila hati tidak baik maka akan tidak baiklah seluruh perbuatan anggota tubuh seseorang insan. Penyakit hati itu dapat dilihat ke bagian-bagian anggota tubuh yang lain. Mata, contohnya, akan tidak akan tahan melihat kebaikan yang diterima seseorang. Telinga juga tidak sanggup mendengar kebahagian yang diperoleh seseorang. Akhirnya, bagi yang mempunyai kekuasan akan bertindak dengan kekuasaannya untuk mencegah datangnya kebaikan atau kebahagian kepada orang lain. Akhirnya, semua anggota tubuh akan bekerjasama untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang diperintahkan oleh niat jahat yang keluar dari hati yang berbiat jahat itu.

Semua perbuatan jahat tersebut tentunya akan kembali keburukannya kepada setiap anggota tubuh yang terlibat melakukannya. Sebab, dosa-dosa akan ditanggung kepada setiap dari mereka. Selanjutnya mereka akan ditimpa siksaan yang mengerikan.

Dalam sejarah umat manusia, sifat iri hati telah mengakibatkan pelakunya ditimpa kecelakaan. Iblis menjadi makhluk yang dilaknat pada awalnya karena keengganannya untuk sujud sebagaimana diperintahkan Allah SWT, kerana iri hati kepada Adam. Demikian juga dengan pembunuhan pertama di atas muka bumi antara Qabil dan Habil datang dari sifat iri hati. Abu Jahal enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW walaupun Nabi adalah anak saudaranya sendiri, semuanya disebabkan rasa iri hati yang sangat tebal dijiwanya.

MB Kelantan dan MB Perak lawat mangsa kapal terbang terhempas


IPOH, 30 Jun - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meluangkan masa melawat mangsa kapal terbang ringan yang jatuh terhempas di Taman Chempaka dekat sini pada lewat petang 26, Jun lalu. Lawatan tersebut dilakukan sempena kehadiran MB Kelantan dalam ceramah sempena Sambutan 100 hari Kerajaan negeri Perak dibawah Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Ipoh .

Menteri Besar Kelantan itu yang diiringi oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah pergi melihat sendiri keadaan pelatih juruterbang ringan yang kini dirawat di Hospitan Pakar Ipoh yang terletak berdekatan dengan Kediaman Resmi Menteri Besar Perak.

Tuan Guru berkata sesuatu kepada keluarga mangsa (http://wartasgrapat.blogspot.com/)

Mangsa adalah ahli Kelab Penerbangan Perak yang berpengkalan hampir dengan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dekat sini. Manakala jurulatihnya sedang dirawat di Hospital Besar Ipoh sejak kejadian.

Dato' Nik Abdul Aziz telah meluangkan masa sekitar setengah jam bersama mangsa yang kebetulan adalah warga Kelantan dikawasan DUN Menteri besar Kelantan itu sendiri. MB Kelantan dan perak itu telah berinteraksi dengan mangsa yang cedera parah dibahagian rahang kanan dengan menulis dikertas yang disediakan.

Dato' Nik Aziz telah menulis doa untuk dibaca oleh mangsa. Mengakhiri lawatan MB Kelantan dan Perak sempat menziarahi beberapa pesakit diwad yang sama menandakan keperihatian mereka kepada pesakit yang dirawat.