01 Mac 2009
Tegakkan makruf, cegah kemungkaran.
Kalau ada waktu, luangkanlah masa untuk membayangkan saat-saat kita berada dalam keadaan tidak sedar pada setiap hari. Iaitu, di waktu terlelap tidur. Sepatutnya sebelum tidur, kita menyempatkan diri untuk menyerahkan diri kepada Sang Pencipta, Allah Ta‘ala.
Di saat tidur, tubuh kita benar-benar berada dalam keadaan sangat lemah. Kita juga tidak boleh memberi jaminan apakah akan dibangunkan kembali sesudah itu. Juga kita tidak pernah mengetahui apakah kita akan diberikan kesempatan untuk menikmati hari-hari selanjutnya dalam keadaan yang sama baiknya seperti sebelumnya kita tidur.
Bagaimana kalau seandainya kita terlelap dalam tidur untuk tempoh yang panjang atau tidak dibangunkan lagi di keesokan harinya setelah kita cuma tidur pada malam harinya dengan niat untuk bangun semula? Sedangkan banyak janji dan hutang telah kita buat kepada sekian banyak manusia. Siapa yang akan menunaikannya?
Kita wajib bersyukur kepada Allah di kala dibangunkan di keesokan harinya. Caranya bukan hanya dengan menunaikan kewajipan seperti sembahyang dan memohon doa agar mampu diberikan kekuatan untuk untuk melalui detik-detik kehidupan berikutnya, tetapi juga berjanji untuk melakukan yang terbaik pada hari ini.
Kewajipan itu ialah menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Bukan sebaliknya. Juga membuat janji kepada manusia dengan kata-kata insya Allah, kalau Allah mengizinkan.
Keadilan Tidak Mengira Bangsa.
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. " (Al Baqarah :143)
Aaamin......
Bercakap Dengan Anak
Sudah makankah anak ku? ingatlah Islam hanya menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Ingatlah tanda halal bukan jaminan halal. Sekarang ni tanda halal boleh di beli dan ada yang menipu. Hari tu daging babi pun ada tanda halal. Makanlah makanan yang halal supaya jasad kita halal disisi Allah. Sebelum makan bacalah doa tanda bersyukur kepada Allah yang memberi kita makanan. Sesudah itu jangan lupa ucapkan alhamdulillah. Kenyang bukan sebarang kenyang tetapi kenyang yang diberkati.
Kadar Pelajar Sekolah Etnik Hui Mencapai 37.55% di Wilayah Autonomi Hui Ningxia
Saudara mungkin tidak berasa asing terhadap Ningxia, salah satu daripada lima wilayah autonomi etnik minoriti di seluruh negara China. Daripada kira-kira 6.1 juta orang penduduk di wilayah ini, 2.17 juta orang dari etnik Hui iaitu 35.57% daripada jumlah keseluruhan wilayah ini.
Ramai penduduk etnik tersebut tinggal di bahagian selatan Ningxia yang merupakan kawasan pergunungan yang miskin. Sehubungan dengan itu, pendidikan bagi etnik Hui diberi lebih banyak perhatian dalam usaha menggerakkan pendidikan di wilayah ini.
Sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan, pendidikan etnik di Ningxia jauh ketinggalan. Kadar pelajar yang masuk sekolah rendah di seluruh wilayah hanyalah 10% pada masa itu. Tiada jaminan kental terhadap penduduk etnik minoriti untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Oleh itu, kebanyakan penduduk etnik minoriti buta huruf sebelum China baru ditubuhkan.
Wilayah Autonomi Hui Ningxia ditubuhkan pada tahun 1958. Sejak itu, dasar yang melibatkan penduduk etnik minoriti digubal dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Sebagai langkah penting untuk meningkatkan mutu kecekapan penduduk etnik minoriti dan mendorong pembangunan sosioekonomi, usaha pendidikan wilayah itu digerakkan dengan pesat.
Banyak dasar dan peraturan dibuat untuk menjamin pembangunan pendidikan. Selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China, "Peraturan Pendidikan Etnik Wilayah Autonomi Hui Ningxia" digubal dan dilaksanakan.
Pelaksanaan peraturan ini telah menyempurnakan sistem jaminan pendidikan etnik minoriti. Sistem pendidikan yang terdiri daripada pendidikan asas, pendidikan vokasional dan dewasa serta pendidikan peringkat tinggi diwujudkan melalui pelaksanaan peraturan tersebut.
China kenakan hukuman berat terhadap amalan rasuah dan jenayah komputer
Ini terkandung dalam draf pindaan Undang-undang Jenayah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China hari ini.
Menurut pindaan undang-undang itu, tindakan ahli keluarga dan sahabat kakitangan awam yang mendapat keuntungan daripada hubungan baik mereka akan disabitkan bersalah buat kali pertama
Menurut peraturan terkini, "hacker" yang mencuri maklumat dengan menggunakan teknologi komputer dan menguasai komputer orang lain secara haram pula akan dikenakan tindakan undang-undang. Badan kewangan dan telekomunikasi yang membocorkan maklumat peribadi juga akan di kena hukuman
Urutan detik krisis di Perak.
27 Februari: Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan sidang tergempar DUN akan berlangsung 3 Mac.
23 Februari: Polis mengambil keterangan Speaker DUN Perak V. Sivakumar berhubung laporan polis yang dibuat oleh sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.
Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Pakatan Rakyat akan membawa usul undi percaya terhadap "kepimpinannya" sebagai ketua kerajaan negeri yang "sah" apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang.
22 Februari: Nizar mula mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh.
18 Februari: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung dan melarang Zambry serta enam anggota exconya daripada menghadiri sidang dewan antara 12dan 18 bulan berkuatkuasa serta-merta. Sivakumar mendakwa tindakan Zambry dan enam exco itu mengangkat sumpah jawatan mereka adalah bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri serta menghina DUN.
13 Februari: Nizar mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.
Nizar, 52, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah deklarasi bahawa Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada 6 Februari lepas, tidak berhak memegang jawatan itu.
7 Februari: Kira-kira 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pagi tadi mengadakan demonstrasi secara aman di Ipoh bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
6 Februari: Nizar dalam sidang medianya berkata, beliau akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan angkat sumpah Menteri Besar Kedeta, Dr Zambry sebagai tidak sah. Beliau enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak atas keyakinan yang beliau masih secara sah memegang jawatan itu di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
6 Februari: Upacara mengangkat sumpah Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak kudeta.
6 Februari: Speaker V. Sivakumar berkata, beliau telah menghantar dua pucuk secara peribadi dan faks kepada Sultan Perak memohon perkenan baginda untuk mengadakan mesyuarat DUN tergempar dan menangguhkan upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru.
6 Februari: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri menggunakan kenderaan rasmi baru kerajaan negeri, Toyota Camry. Beliau dibenarkan melalui pintu masuk utama di jalan utama yang menghala bangunan tersebut pada pukul 9.50 pagi. Kesemua 10 Exco Pakatan Rakyat yang bersama beliau juga dibenarkan masuk. Kemudian Nizar diiringi keluar daripada pejabat MB. Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias yang turut menghalang Nizar daripada mengadakan sidang media di pejabat tersebut.
5 Februari: Perdana Menteri mengumumkan ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak kudeta. Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar kudeta.
5 Februari: Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan DUN Perak dan meminta Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar.
5 Februari: Najib memberitahu wartawan yang beliau telah memberitahu Sultan Azlan Shah bahawa BN mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Perak. Katanya, Sultan akan menitahkan keputusannya tidak lama lagi.
4 FEBRUARI, 9 MALAM: Di IPOH: Menteri Besar Perak menghadiri mesyuarat tergempar PAS.
4 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar Perak mengadap Sultan Perak di Istana Kinta untuk menjelaskan kedudukan senario politik di Perak dan meminta perkenan pembubaran DUN.
4 FEBRUARI, 5 PETANG:Di PUTRAJAYA: Sidang media di pejabat Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sokongan empat ADUN Pakatan Rakyat kepada BN. BN mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.
4 FEBRUARI, 3.50 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
4 FEBRUARI, 3 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar membuat pegumuman dalam perjalan ke Istana untuk memohon dari Sultan supaya dibubarkan DUN .
4 FEBRUARI, 1 TENGAH HARI:Di IPOH: Menteri Besar Perak menangguhkan sidang media yang dijadual diadakan di pejabatnya.
4 FEBRUARI, 11.50 PAGI:Di KUALA LUMPUR: ADUN Behrang bertegas akan memasuki DUN Perak dan tiada siapa yang berhak menghalangnya.
2 FEBRUARI, PETANG-MALAM:Di IPOH: Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil. Menteri Besar Perak dikatakan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. DAP dan PAS - dua komponen Pakatan juga mengadakan mesyuarat antara petang dan malam ini.
2 FEBRUARI, 4 PETANG:Di SEPANG: Dua ADUN yang disebut-sebut akan hadir membuat sidang media tidak muncul. Exco Kerajaan Perak Jamaluddin Mohd Radzi gagal menghadirkan diri kerana masih sakit, kata pegawai khasnya, Firdaus Shaharudin.
2 FEBRUARI, 12.30 TENGAH HARI:Di PETALING JAYA: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan sudah dimaklumkan tentang kekosongan dan akan mengadakan mesyuarat esok.
2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilihat masuk mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh. Beliau keluar setengah jam kemudian selepas dipercayai memaklumkan mengenai perkembangan semasa politik negeri ini khususnya berkaitan isu percanggahan peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai ADUN.
2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang "hilang" sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.
Menurut Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.
2 FEBRUARI, 8 PAGI:Di IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.
Surat rasmi itu telah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah pada pukul 8 pagi tadi.
2 FEBRUARI, 1.30 PAGI:Di SHAH ALAM: Laporan polis dibuat oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak, Mohd Osman Jailu melalui wakilnya berhubung isu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering. Laporan dibuat oleh wakil Mohd Osman, Mohd Farizal Umar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11.
1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.
1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.
1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.
1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.
1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.
31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.
30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.
29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.
25 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.
Sidang tergempar DUN Perak boleh diadakan, Najib beri kenyataan bercanggah.
Kenyataan Najib ternyata terkeluar dari kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri yang tidak ada kaitan apa-apa kes di Mahkamah.
Dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.Sekiranya kes ini perlu diselesai dahulu baharu sidang DUN boleh diadakan berarti sampai bilakah sidang akan dapat dilakukan.
Alasan Najib nampak sangat tidak cerdik dan tanpa panduan dari penasihat yang tahu undang-undang. Kalaulah setahun atau dua tahun kes belum selesai di Mahkamah maksud Najib dengan kenyataan nya itu sidang tidak boleh diadakan.
Sedangkan sidang DUN mesti diadakan paling lewat setiap 6 bulan sekali., Apa akan jadi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang kebetulan naik juga secara tidak sah dari segi undang-undang.
BN telah mengadakan rampasan kuasa pada 6 Februari yang lepas dengan berlakunya Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Kudeta sedangkan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat masih tidak terlucut jawatannya.
Demokrasi Dicincang
Speaker, Dewan Negeri Perak.
Bukankah seorang Speaker berhak memanggil dewan bersidang? Kalau hak untuk memanggil dewan bersidang juga dirampas daripada seorang speaker, apakah nilai-nilai demokrasi yang akan kita warisi pada masa akan datang. Kita tidak mahu anak-anak kita hidup dalam kelambu ‘demokrasi setengah masak’.
Saya telah memanggil untuk mengadakan persidangan tergempar pada 3 Mac 2009. Tetapi saya dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai alasan. Mengikut Perintah-perintah Tetap 8, seseorang speaker boleh memanggil persidangan tergempar dalam keadaan-keadaan yang amat memerlukan. Dalam keadaan biasa, notis 14 hari diperlukan untuk memanggil dewan untuk bersidang. Tetapi dalam keadaan tergempar, notis itu tidak diperlukan.
Begitu juga, Perintah-perintah Tetap 11 memberi kuasa penuh kepada speaker untuk menetapkan tarikh dan masa mesyuarat yang akan diadakan. Apakah lagi peruntukan undang-undang lain yang diperlukan bagi membolehkan seseorang speaker untuk memanggil Dewan bersidang? Undang-undang ini jelas menunjukkan speaker mempunyai budibicara dan hak untuk memanggil dewan bermesyuarat.
Tetapi, sekali lagi kuasa speaker dicabar dan dicabuli oleh pihak eksekutif. Penasihat Undang-undang Negeri Perak campurtangan dalam kuasa legislatif dengan cuba menghalang daripada mengadakan sidang dewan tergempar ini. Beliau memberi pelbagai alasan dan tafsiran undang-undang yang tidak munasabah untuk menghalang Setiausaha Dewan menghantar notis kepada Ahli-ahli Dewan Negeri bekenaan dengan sidang dewan tersebut.
Apakah kuasa yang ada pada Penasihat Undang-undang dalam menghalang persidangan dewan tergempar? Siapakan memberikan kuasa sedemikian untuk bertindak diluar bidangkuasanya? Tindakan beliau boleh disahihkan sebagai satu lagi penghinaan terhadap dewan undangan negeri Perak yang mulia. Beliau tidak ada kuasa untuk menasihat atau memaksa Speaker untuk tidak mengadakan persidangan Dewan Negeri.
Penasihat Undang-undang cuba mentafsir undang-undang bagaikan ‘ada udang disebalik batu’. Saya ingin mengingatkan beliau supaya jangan meniadakan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi tunggak demokrasi sesebuah negara. Gangguan-gangguan seperti ini akan mencemarkan nama baik institusi perundanagan yang disanjungi tinggi di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap bersama-sama dengan beberapa pakar Undang-undang Perlembagaan sebelum memanggil persidangan dewan tergempar. Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidangkuasa speaker.
Saya telah menerima 2 usul daripada YB Khalil Idham Lim (Titi Serong) dan YB Chang Li Kang (Teja) yang memerlukan perhatian dewan dengan serta merta. Oleh yang demikian, saya terikat kepada undang-undang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya untuk memanggil sidang dewan tergempar untuk membincangkan isu yang dibangkitkan. Ini juga merupakan amalan demokrasi yang perlu diberi pengiktirafan oleh semua pihak yang berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang.
Tuntutan Bersabar Menerima Ujian
Setelah kita dapat melaui ujian seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dengan penuh sabar, Allah menjanjikan dengan janji yang pasti. Apa lagi kita yang berjuang di jalan Islam pasti akan menempuh ujian seperti di atas. Perjuangan suci ini bukan ditunggu dengan hamparan permaidani merah tetapi yakinlah ianya sampai kepada tuntuan titisan darah merah.
Perjuangan yang suci sering ditakutkan oleh kelompok yang berkuasa dan memperjuangkan nafsu. Kita yang berjuang juga tidak mengharapkan harta benda namun mengorbankannya untuk Islam. Hatta suatu masa kita akan dizalimi dengan sebegitu rupa sampai ada jiwa-jiwa pejuang yang hilang.
Tuntutan bersabar ini terdapat dalam banyak ayat seperti di bawah :
Namun pada hakikatnya tidak ramai manusia yang mampu bersabar. Ingatlah sikap putus asa dan berputus harap adalah sikap yang tercela dalam Islam. Jangan sekali-kali kita termasuk ke dalam golongan ini. Dengan berputus asa berarti kita telah berputus harap dengan Allah dan tidak yakin dengan janji-janji Nya. Sifat ini bukan nya milik orang beriman tetapi milik kaum yang kafir.Yakinlah dengan segala janji Allah kepada hambanya yang sentiasa sabar dalam keadaan susah dan senang. Sebagaimana pesanan nabi Yaacob kepada puteranya :
Polis lerai penyokong Uthayakumar
Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.
Pada masa ini, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.
Mereka terdiri daripad lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.
Sehingga jam 12.20 tengahari, polis menahan sembilan orang.
Kenaikan tol ditangguh kerana pilihanraya kecil ?
Kerajaan juga memberi jaminan kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu dibuat sehingga ke satu tempoh yang belum ditentukan lagi, bergantung pada kemampuan kerajaan
Penangguhan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai usaha untuk menarik hari rakyat dari tidak menyokong calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Kedua-dua tempat itu melibatkan Lebih Raya PLUS yang pada awalnya disenaraikan salah satu dari 5 lingkaran tol yang dinaikkan harganya.
Inilah taktik terdesak BN yang sering kita lihat. Sesudah Piliharaya mereka akanmw menaikkan harga TOL sebagaimana rencana asal yang telah diumumkan, itulah yang kita faham.
FRU surai penyokong tahanan ISA
Pasukan FRU terpaksa menyembur air selepas mereka terbabit tidak menghiraukan arahan untuk bersurai.
Kira-kira 200 berarak ke IPD Brickfields
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Mencapai Kebahagiaan
Tidak ada manusia yang tidak mahu kepada kebahagian, apalagi sebagai seorang yang beriman kita mengharapkan kebahagian dunia dan akhirat dengan doa yang sentiasa kita panjatkan kehadrat Allah SWT..
Berbahagialah anda yang memiliki sifat-sifat seperti di bawah, sama-sama kerahkan sepenuh tenaga untuk mendapatkannya.
Beriman sesungguhnya kepada Allah SWT dan diiringkan dengan amal soleh pasti insan akan mendapat kebahagiaan yang hakiki dunia dan akhirat. Fiman Allah SWT:-
"Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Al Baqarah : 62)
وَبَشِّرِ الَّذِين آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقاً قَالُواْ هَـذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ وَأُتُواْ بِهِ مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. "(Yunus :12)
Bahagia dalam perjuangan bukan kerana telah mencapai kemenangan. Namun kerana telah berjuang dalam kelompok yang benar-benar memperjuangkan Al Quran dan Sunnah Rasul. Jika bahagia mereka yang berjuangan dengan idealogi yang salah tentunya pada zahirnya sahaja. Hakikatnya dia sedang berdepan dengan tanggungjawab dan persoalan yang akan dijawab kelak dihadapan Allah SWT. Sesungguhnya kemenangan itu hanya dari Allah SWT:-
"(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisaa' : 13)
Semuga kita semua berbahagia....Berbahgialah....
Lebih 5000 dengar ceramah Nizar di Kuala Kangsar.
Sambutan dari masyarakat berbilang kaum itu dianggap sebagai isyarat yang jelas bahawa dakwaan bahawa Ir. Nizar merupakan MB yang sah dan mewakili rakyat Perak buka dakwaan kosong pakatan Rakyat.
saya mencabar Dr. Zambry untuk mengadakan ceramah ditempat yang sama untuk melihat sejauh mana kekuatan dan penerimaan rakyat terhadap beliau.
Turut sama menyampaikan ucapan dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj.Abdul Wahid Endut, Exco kanan, Dato'Ngeh Khoo Ham, Pengerusi BBC Perak, Drs. Khalil Idham Lim, dan Bendahari PAS Negeri, Dr. Khairuddin Abdul Malik.
Ceramah tersebut telah mendapat kerjasama yang baik dari 18 orang pegawai keselamatan yang dihantar untuk membantu kesesakan lalulintas.
Bekas Ahli Parlimen Tumpat meninggal dunia.
Beliau dirawat di hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu akibat jangkitan kuman di bahagian buah pinggang.
Sebelum ini Allahyarham yang juga mantan anggota Parlimen Tumpat sudah beberapa kali dirawat di hospital tersebut sejak tahun lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Arniwati Sabirin merupakan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Selain itu beliau juga merupakan penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur dan Ketua Whip Majlis Daerah Tumpat serta bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.
Mendapat pendidikan peringkat sarjana muda di universiti di Indonesia. Isterinya juga berasal dari Bukit Tinggi.
Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak berkata, kematiannya merupakan kehilangan besar bagi PAS Tumpat dan Kelantan memandangkan Allahyarham merupakan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan.
"Malah kepimpinannya begitu menonjol ketika menjadi anggota parlimen Tumpat kerana aktif mengambil bahagian bagi menyuarakan masalah rakyat," katanya.
Jenazahnya akan disembahyang kira-kira jam 11 pagi ini di Masjid Pasir Pekan tidak jauh dari rumahnya. Ia dijangka diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dan jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan kampung tersebut. Alfatihah. Harakahdaily.
Usul sokong Nizar sebagai MB Perak yang sah.
Saya juga mengesahkan telah menghantar usul tersebut kepada speaker DUN Perak, V Sivakumar 24 Februari yang lepas.
BN persoal sidang DUN Tergempar.
Petang tadi, Sivakumar berkata beliau akan memanggil satu sidang tergempar DUN pada 3Mac ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.
Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.
Enam exco kudeta berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).
Dalam reaksi segera daripada para Exco kudeta, Ramly yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri berkata, ramai ADUN BN yang tidak digantung juga masih belum memperoleh notis tersebut.
"Setakat ini, saya masih belum terima apa-apa notis tentang sidang DUN itu. Jika terima notis itu sekali pun saya tidak boleh buat keputusan untuk hadir atau tidak.
"Kita akan buat keputusan bersama, setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Dr Zambry," katanya kepada mStar Online hari ini.
Ramly mendakwa , tindakan Speaker hari ini adalah bertentangan dengan undang-undang kerana Speaker sepatutnya perlu memberi notis selama 14 hari kepada ADUN sebelum memanggil sidang DUN.
Lain pula ulasan dari ADUN MCA tunggal dalam BN Perak, Dr Mah yang menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak.
"Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?
"Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan," ujarnya.
Beliau turut mengesahkan belum menerima sebarang notis berhubung sidang DUN terbabit.
Tindakan Speaker yang dilakukan beberapa kali cuma dipersoalkan oleh wakil BN dan pimpinannya tidak mematuhi undang-undang. namun semuanya tidak dapat bertindak dan mencabar keputusan itu kerana Keputusan Speaker tidak boleh dicabar melalui saluran undang-undang.
Sebelum ini nasihat PM supaya Zambry Abdul Kadir membuat laporan Polis di tempelak oleh Tun Dr. Mahadhir sebagai lucu.
Speaker Perak cuba dihalang panggil sidang tergempar
Notis pemberitahuan bagi mengadakan sidang tergempar itu sudah dihantar kepada Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, tetapi Sivakumar mendakwa beliau dimaklumkan Penasihat Undang-Undang negeri cuba menghalang dengan tidak membenarkan notis itu diedarkan.
Pada sidang media di pejabatnya di sini semalam, Sivakumar menyifatkan tindakan Penasihat Undang-Undang negeri mencampuri bidang kuasa Speaker sebagai pencabulan dan pertindihan kuasa antara eksekutif dan legislatif.
Speaker dari Pakatan Rakyat itu memanggil sidang berkenaan bagi membincangkan dua usul berkaitan krisis perlembagaan negeri, tetapi Menteri Besar kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Ahli Exco kudetanya dan tiga wakil rakyat Bebas tidak dibenarkan hadir.
Dua usul berkenaan dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dan Adun Titi Serong (Pas), Drs. Khalil Idham Lim Abdullah yang diterima pada 24 Februari lalu.
Drs. Khalil mengemukakan usul menyokong Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, sementara Chang mengusulkan supaya persidangan diadakan bagi menyokong pembubaran DUN.
Sivakumar berkata, sidang itu turut diadakan bagi menolak pelantikan Zambry yang juga Adun Pangkor, sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata, Speaker mempunyai kuasa mengadakan persidangan tergempar mengikut Perintah Tetap 8 dan 11.
Mengikut Perintah Tetap 8, Speaker boleh mengadakan mesyuarat penggal baru atau sebelum diadakan semula mesyuarat dewan dengan notis 14 hari. Bagaimanapun, notis 14 hari tidak diperlukan jika Speaker mengadakan sidang tergempar dan mesyuarat boleh dilakukan seberapa segera.
Perintah Tetap 11 pula menyatakan mesyuarat dewan dalam setiap penggal hendaklah diadakan pada hari tertentu dan bermula dari suatu waktu, seperti yang ditetapkan oleh Speaker.
"Sebagai Speaker, saya meminta diadakan sidang DUN terlebih dulu untuk mendapatkan undi majoriti. Selepas mendapat keputusan undi itu, baru pelantikan boleh dibuat.
"Justeru, saya sudah menulis surat untuk memanggil semua anggota dewan bagi menghadiri sidang tergempar itu dan surat berkenaan diserahkan kepada setiausaha DUN untuk diedarkan," katanya.
Tiga wakil rakyat Bebas, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) pula sudah meletakkan jawatan sebagai Adun selepas meninggalkan parti masing-masing dalam Pakatan Rakyat.
Ditanya apakah tindakan memanggil sidang tergempar itu mencabar kuasa Sultan, Sivakumar menegaskan beliau hanya mengikut prosedur dan peraturan sebagai Speaker.
Katanya, sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa.
Setiausaha Majlis,Abdullah antong berkata "Penasihat Undang-Undang masih dalam proses untuk menjawab permohonan itu sama ada persidangan tergempar itu boleh diadakan atau sebaliknya," katanya yang menjangka keputusan itu akan diperoleh selewat-lewatnya, Isnin ini.
Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau terpaksa mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-undang negeri kerana kes itu belum pernah dilakukan Speaker sebelum ini.