01 Mac 2009

BN persoal sidang DUN Tergempar.

Barisan Nasional (BN) Perak hari ini mula mempersoalkan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak , V. Sivakumar telah memperoleh perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang tergempar DUN 3 Mac ini. Sedangkan sidang tergempar yang diumumkan oleh Sivakumar tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dulu.

Petang tadi, Sivakumar berkata beliau akan memanggil satu sidang tergempar DUN pada 3Mac ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak kudeta, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.

Enam exco kudeta berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Dalam reaksi segera daripada para Exco kudeta, Ramly yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri berkata, ramai ADUN BN yang tidak digantung juga masih belum memperoleh notis tersebut.

"Setakat ini, saya masih belum terima apa-apa notis tentang sidang DUN itu. Jika terima notis itu sekali pun saya tidak boleh buat keputusan untuk hadir atau tidak.

"Kita akan buat keputusan bersama, setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Dr Zambry," katanya kepada mStar Online hari ini.

Ramly mendakwa , tindakan Speaker hari ini adalah bertentangan dengan undang-undang kerana Speaker sepatutnya perlu memberi notis selama 14 hari kepada ADUN sebelum memanggil sidang DUN.

Lain pula ulasan dari ADUN MCA tunggal dalam BN Perak, Dr Mah yang menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak.

"Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?

"Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan," ujarnya.

Beliau turut mengesahkan belum menerima sebarang notis berhubung sidang DUN terbabit.

Tindakan Speaker yang dilakukan beberapa kali cuma dipersoalkan oleh wakil BN dan pimpinannya tidak mematuhi undang-undang. namun semuanya tidak dapat bertindak dan mencabar keputusan itu kerana Keputusan Speaker tidak boleh dicabar melalui saluran undang-undang.

Sebelum ini nasihat PM supaya Zambry Abdul Kadir membuat laporan Polis di tempelak oleh Tun Dr. Mahadhir sebagai lucu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukankah kalu lawan gan parti bodoh..kita mudah menang!!tapi parti bodoh ni bole menang kalu guna taktir kotor!!so kita yg pandai ni kena bijak nak pulas tangan depa kalu depa main taktik kotor..cth bukti jelas , terang dan nyata dalam bentuk vidoe ka, suara ka dan letak kat internet kalu polis tak ambil tindakan..kena bijak bila lawan dengan org bodoh..sapa yg bodoh tu..tau2 ja la..kalu tak2 tau memang bodh jugak..heehhe

Tanpa Nama berkata...

umno bodoh...bangang...lembu...lahabau....

Tanpa Nama berkata...

Jika benar Sultan mempunyai segala kuasa termasuk memecat MB seperti yang dicanangkan UMNO, cabar MB kudeta mengadap Sultan dan meminta Sultan menitahkan sidang tergempar dibatalkan..jika MB kudeta gagal mendapatkan titah perkenan Sultan agar sidang tergempar dibatalkan, apa yang dicanangkan oleh UMNO mengenai kuasa Sultan hanyalah helah politik semata-mata..

Tanpa Nama berkata...

salam.. apa nak heran.. mamak zamry dan exco2 x sedar diri tu mana mungkin nak pertaruhkan jawatannya klau seluruh perak terpaksa adakan pilihanraya nnt. apa nak buat... terpaksa la berbohong . kata belum dapat notis tentang sidang DUN tu. senang cerita , klau suruh terjun dalam lobang jamban bersama dgn najib pun xper la asalkan jangan perak kena buat pilihanraya semula. yg adun bebas 3 ekor tu dok pankinson mengenangkan nasib. korang tunggu la balasan dari Allah. buat najib.. ko jgn igt ko boleh tongkat dunia. Allahuakbarrrr..!!! (harapan63)