19 Ogos 2021

PN sokong Ismail Sabri calon PM – Muhyiddin

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata sokongan PN kepada Naib Presiden Umno, Dato’ Sri Ismali Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah bersyarat dan selaras dengan prinsip PN mempertahankan kerajaan berintegriti.

Doa pembentukan kerajaan dipemudahkan Allah

 

Oleh EVA NATASHA SADALI

KUALA LUMPUR: Semua perancangan PAS bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah petang ini dijangka berjalan lancar, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Kami menghadap seorang demi seorang, sahkan calon PM yang disokong"

 

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen memaklumkan mereka diberi masa kira-kira seminit untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif, berkata dalam sesi itu mereka diminta memaklumkan calon Perdana Menteri baharu yang diberi sokongan bagi mengesahkan surat perakuan yang dihantar semalam.

Yang di-Pertuan Agong teliti dan serius tangani kemelut politik

 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR: Pendekatan Yang di-Pertuan Agong memanggil 114 Ahli Parlimen menghadap baginda di Istana Negara, hari ini, menunjukkan Seri Paduka seorang yang cermat, teliti dan serius menyelesaikan kemelut politik negara secepat mungkin.

Yan, Kuala Muda diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu

 Kesan kayu yang dibawa arus deras akibat kepala air di Titi Hayun, Yan. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

Kesan kayu yang dibawa arus deras akibat kepala air di Titi Hayun, Yan. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap Satu berikutan banjir buruk yang melanda sejak semalam.

Berikutan status itu, ini bermakna pengurusan dan pengendalian banjir ditangani agensi peringkat daerah sama, tanpa bantuan luar atau dengan bantuan luar yang terhad.

Ismail Sabri masuk menghadap Agong

 Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional melambai ke arah petugas media ketika tiba di perkarangan pintu dua Istana Negara. - NSTP/Aizuddin Saad

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional melambai ke arah petugas media ketika tiba di perkarangan pintu dua Istana Negara. - NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera yang juga calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, tiba di perkarangan pintu dua Istana Negara, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pasukan yang menang dipanggil menghadap, kata ahli Parlimen Pas

SHAH ALAM - "Ya, pasukan yang menang sahaja dipanggil menghadap untuk proses pengesahan". Demikian kata Ahli Parlimen Pasir Mas dari Pas, Ahmad Fadhli Shaari ketika dihubungi Sinar Premium pada Khamis.

Setakat ini PH tidak dipanggil menghadap Agong

 


SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan setakat ini ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis.

Perkara itu disahkan seorang ahli Parlimen PKR kepada Sinar Premium sebentar tadi.

Agong jumpa 114 Ahli Parlimen hari ini untuk sahkan sokongan Ismail dilantik PM

 

Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sejumlah 114 Ahli Parlimen yang dilaporkan menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.