11 September 2013

13 Penumpang Cedera Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Lebuhraya Karak

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua buah bas, satu treler dan sebuah kereta di Km31.5, Lebuhraya Karak, dekat sini, Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.

Pertandingan cipta logo Muktamar PAS ke-59


5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-59 tahun ini.

Pengarah mukatamar yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia selaras dengan slogan PAS For All.

Borang penyertaan boleh didapati dari laman sesawang rasmi PAS (http://www.pas.org.my) dan menghantarkan softcopy logo dan borang kepada emel  muktamar59@pas.org.my sebelum atau pada 25 September.

Pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai RM2,000 untuk pemenang logo terbaik dan 5 hadiah saguhati yang lain. 

Kudeta Mesir: Dun Kelantan hantar nota bantahan

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan mencatat sejarah apabila muncul sebagai dewan legislatif pertama di negara ini melulus usul mengutuk dan mengecam keganasan tentera di Mesir.

Altantuya: Kenyataan KPN malukan Najib

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis tidak akan membuat siasatan baru terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dilihat seperti mahu "memalukan" Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berpendapat kenyataan tersebut juga boleh menjatuhkan imej negara kerana boleh dilihat tidak serius dalam soal menegakkan keadilan.

Saya cakap lain mereka tulis lain - TG Nik Aziz

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: “Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.

Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Karpal terkejut dengan permintaan Zam

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -



Peguam kanan Karpal Singh berkata beliau terkejut dengan permintaan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mahu menggunakan khidmatnya sebagai peguam dalam satu kes saman oleh Lim Kit Siang.

Selangor anggar RM4 bilion laksana manifesto PRU13


5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,11 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor menganggarkan sejumlah RM4 bilion akan dibelanjakan bagi melaksanakan tawaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dikemukakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.


Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor, Iskandar Abdul Samad, anggaran itu meliputi peruntukkan untuk sepenggal bagi skim-skim yang dilaksanakan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Tanda Putera terkeluar dari senarai filem paling laris

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -



Walau dengan publisiti meluas, filem 'Tanda Putera' masih gagal menarik penonton ke pawagam.
Senarai terkini dari 5 September hingga 11 September yang diterbitkan cinemaonline.com.my semalam menunjukkan bahawa 'Tanda Putera' terkeluar terus daripada senarai sepuluh filem paling laris.

Hishamuddin Rais pertahan Sang Saka Malaya

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Jika anda tertanya-tanya mengapa rekaan bendera Singapura, Indonesia, Umno dan PAS pada tahun 1950-an menggunakan motif merah dan putih, kemungkinan besar ia berpunca dari satu bendera kuno mewakili kepulauan Melayu atau Nusantara.

Mahathir dakwa tak tahu dan 'salahkan pegawai k'jaan yang keluarkan IC

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan “pegawai kerajaan” yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Beliau yang memberi keterangan di suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah berkata, amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri.

Balak haram Sarawak dihantar ke Jepun, dedah laporan

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -























Syarikat Jepun membeli balak haram dari hutan hujan yang diancam bahaya di Sarawak dan mendapat kelulusan "sah" dibawah skim yang disokong kerajaan.

Dr M beri keterangan kepada RCI Sabah hari ini

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Ketika tempoh setahun Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah hampir berakhir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya akan memberi keterangan kepada RCI hari ini.

Kes saman Lim: Zam mahu Karpal jadi peguamnya

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -




Bekas menteri penerangan Tan Sri Sri Zainuddin Maidin yang berdepan saman oleh penasihat DAP Lim Kit Siang merayu bantuan dari seorang lagi tokoh parti tersebut, Karpal Singh untuk mewakilinya dalam kes berkenaan.

Pemerintah Mesir berhentikan 50 ribu imam dan khatib

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com,11 Sep 2013


Kaherah - Barisan Ulama Anti Kudeta menganggap pemberhentian para khatib dan peniadaan solat Jumaat di ribuan masjid di Mesir adalah satu tindakan sistematik di dalam memerangi Islam, berserta tokoh-tokoh dan kegiatan keagamaannya. Hal ini disampaikan dalam satu konferens akhbar Sabtu (7/9/2013) kelmarin, dakwatuna.com melaporkan.

S'gor tawar pelajar Mesir sambung di KUIS


5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,11 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif memberi ruang kepada anak negeri itu yang telah melanjutkan pengajian di Mesir sebelum ini, untuk menyambung pengajian mereka di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).


Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata tindakan itu dibuat bagi memastikan pelajar-pelajar Selangor di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang terkesan dengan krisis Mesir dapat melangsungkan pengajian mereka dengan selamat di negara ini.

Air botol dalam kereta anda sangat merbahaya!

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
http://www.tranungkite.net,
Orang ramai tidak perlu minum botol air yang telah ditinggalkan di dalam kereta. Haba bertindak balas dengan bahan kimia dalam plastik botol yang mengeluarkan dioksin ke dalam air.

Dioksin adalah toksin yang semakin ditemui dalam tisu kanser payudara. Oleh itu, sila berhati-hati dan tidak minum air botol yang telah ditinggalkan di dalam kereta.


Gunakan botol 'stainless' (keluli tahan karat) atau botol kaca bukan plastik!

Empat beranak dikebumi satu liang

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Foto
Jenazah empat beranak yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Bangi-Kajang dikebumikan di Kuala Nerang, Kedah. - Foto Lim Poh Chin

Kuala Nerang: Nur Nabila Al-Husna Mohammad Tauffid hanya melihat dari jauh jenazah ibu dan tiga adiknya dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Masjid Jami’ul Khair Kampung Tong Pelu, di sini, semalam. 

Itali, Belanda sahkan tempat ke Piala Dunia Brazil

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

MANCHESTER: Itali dan Belanda menjadi dua pasukan Eropah terawal melayakkan diri ke Piala Dunia Brazil 2014 namun Jerman terpaksa menunggu perlawanan seterusnya meskipun mencatat kemenangan pada aksi peringkat kumpulan, awal pagi tadi. 

Jaringan penalti Mario Balotelli pada minit ke-54 memastikan kemenangan 2-1 Itali terhadap Tepublik untuk muncul juara Kumpulan B.

Apple lancar dua iPhone terbaru hari ini

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

CUPERTINO: Buat pertama kali sejak memperkenalkan peranti yang membentuk semula teknologi dan budaya dalam era teknologi, Apple akan menawarkan dua versi terkini iPhone terbarunya.

Satu ialah jenis lebih murah diperbuat daripada plastik berwarna-warni dan satu lagi yang disasarkan sebagai `telefon pintar bertahap emas' dengan perisian lebih pantas, kamera lebih istimewa dan pengimbas cap jari bagi tujuan keselamatan.

Mediu sedia tempatkan pelajar daripada Al-Azhar


5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) telah mengambil peranan bersama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyelesaikan isu pelajar-pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Mesir.

Sebagai inisiatif untuk membantu dan mencipta platform terbaik kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang telah dibawa pulang ke tanah air, dengan jumlah sehingga kini ialah 2,700 orang pelajar ekoran daripada pergolakan yang meruncing di Negara Timur Tengah, Mediu telah menyatakan kesediaan untuk menempatkan pelajar-pelajar daripada Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. 

Qaryah Ramadan dinobat panorama terbaik Asia Pasifik

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Panorama di Qaryah Ramadan dipilih sebagai gambar terbaik sempena perhimpunan agung Tourism Promotion Organization For Asia Pacific Cities (TPO) tahun ini.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) mewakili Kota Bharu mengatasi 69 bandar raya lain dari rantau Asia Pacific.

Menteri Kabinet: Umno tak akan berkuasa sampai Kiamat


5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) hari ini menggesa pemimpin Umno agar segera melakukan perubahan sebelum rakyat sendiri memilih untuk berubah.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata perubahan radikal perlu dilakukan dalam Umno jika parti itu mahu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

KDN, polis gagal kesan dalang dedah nama ketua gengster

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Dikehendaki: Seorang detektif yang dapat selesaikan misteri.

Siapa melakukannya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mencari siapa di kementeriannya  membocorkan kepada media nama 30 ketua kumpulan gengster termasuk ahli politik MIC yang kini mahu menyaman kerajaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) juga hairan siapa yang mendedahkan nama tersebut.

Peniaga emas rugi RM10,000 dirompak


5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

PASIR MAS - Seorang peniaga kedai emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila kedainya dirompak seorang lelaki yang menyamar ingin membeli cincin pertunangan di Bandar Pasir Mas di sini, hari ini.
   
Rahimah Abdullah, 70, berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, dia bersama suami, seorang anak perempuan dan dua orang pekerja menerima seorang pelanggan yang ingin membeli cincin pertunangan.

Pakistan setuju bebas pemimpin nombor dua Taliban

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

ISLAMABAD 11 Sept. - Kerajaan Pakistan semalam bersetuju untuk membebaskan bekas pemimpin nombor dua Taliban Afghanistan, Mullah Abdul Ghani Barada sebagai usaha memperbaiki hubungan dengan negara jiran tersebut.

Kabinet Thai lulus kenaikan subsidi pekebun getah

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

BANGKOK, 11 Sept. - Kabinet Thailand semalam memutuskan untuk menggandakan subsidi pekebun getah kepada 2,520 baht (RM257) setiap rai, yang dihadkan pada 25 rai (6.25 rai bersamaan dengan sehektar) bagi setiap pekebun, sebagai usaha mengelakkan protes berterusan.