31 Ogos 2021

Beri sokongan supaya Rumah Prihatin kekal - Annuar

 TAN Sri Annuar Musa (dua kanan) melepaskan konvoi kenderaan sukarelawan Jejak Prihatin pada Program Kasih Merdeka@ Rumah Prihatin di Grand Season, Jalan Pahang hari ini. FOTO Bernama

TAN Sri Annuar Musa (dua kanan) melepaskan konvoi kenderaan sukarelawan Jejak Prihatin pada Program Kasih Merdeka@ Rumah Prihatin di Grand Season, Jalan Pahang hari ini. FOTO Bernama

Pengasas Rumah Prihatin Tan Sri Annuar Musa berkata, hebahan melalui media mengenai program yang dilaksanakan di Rumah Prihatin@Grand Seasons, mampu menarik sokongan dan bantuan pelbagai pihak.

Pingat emas Ziyad dibatalkan

 Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli. FOTO Bernama

Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Malapetaka menimpa atlet lontar peluru F20 negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada Paralimpik Tokyo apabila kemenangannya menerusi acara itu pada hari ini dibatalkan.

Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19

 Datuk Masidi Manjun. - Fail NSTP

Datuk Masidi Manjun. - Fail NSTP

KOTA KINABALU: Seorang wanita bergejala menyebabkan hampir sekampung penduduk terdedah kepada jangkitan COVID-19 berikutan tindakannya menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga di Kampung Nasakot, Ranau baru-baru ini.

PARALIMPIK: Siti Noor Iasah tidak berdaya

 Atlet balapan paralimpik negara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin menduduki tempat kelapan pada acara final, hari ini. - BERNAMA

Atlet balapan paralimpik negara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin menduduki tempat kelapan pada acara final, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menutup tirai acara 400 meter (m) wanita T20 di Sukan Paralimpik Tokyo dengan berada di tempat terakhir daripada lapan peserta, sebentar tadi.

Malam Sudirman menempa sejarah di Jalan Chow Kit

 

Orang ramai mula berkumpul sebelum pentas didirikan lagi. (Gambar Facebook peminat Sudirman)

PETALING JAYA: Pada petang 14 April 1986, orang ramai mula berkumpul di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, untuk menyaksikan penyanyi pop kesayangan mereka, Sudirman Arshad, membuat persembahan pada konsert jalanan terbesar pernah dibuat di ibu kota.

Lelaki miliki akhbar lama pengisytiharan kemerdekaan bertarikh 1 Sept 1957

 

Mohd Tarmizi Ismail menunjukkan muka depan akhbar The Sunday Times yang diterbitkan pada 1 September 1957 iaitu sehari selepas pengisytiharan Kemerdekaan. (Gambar Bernama)

PASIR MAS: “Meskipun pernah ditawarkan RM20,000 oleh seorang pembeli beberapa tahun lalu, saya tidak sanggup menjual kerana percaya nilai khazanah ini lebih tinggi,” kata Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki satu nashkah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 Sept 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.

30 Ogos 2021

Kemasukan ICU kes Covid-19 di Lembah Klang turun

 

KUALA LUMPUR: Kemasukan pesakit Covid-19 ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital Lembah Klang sekarang menunjukkan trend penurunan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos yang lengkap.

Paralimpik: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia

 

Foto daripada Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.

TOKYO: Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.

Selamat bertugas Kabinet baru: Tekun dan beristiqamah

 

TANPA diragukan lagi bahawa kabinet baharu pimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada tugas yang telah dilaksanakan oleh barisan kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan di Internet

 

Rupa serangga tersebut yang saling tidak tumpah seperti sehelai daun hijau, benar-benar mengagumkan warganet.

Percayalah, apa yang bakal disaksikan dalam video yang tular ini memang wujud dan agak mengejutkan.

Sebuah video yang memaparkan kelibat seekor serangga daun gergasi yang turut dikenali sebagai Phyllium Giganteum, tiba-tiba tular bagai di media sosial.

Mahdzir, Shahidan, Idris, Faizal Azumu selesai angkat sumpah jawatan

 Senator Idris Ahmad (kiri) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Foto FAIL NSTP

PreviousNext

KUALA LUMPUR: Kumpulan kelima anggota Jemaah Menteri diketuai Datuk Seri Mahdzir Khalid, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini. 

62.6 peratus populasi dewasa lengkap vakin COVID-19

 Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Ghazali Kori

Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam. - Foto hiasan NSTP/Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

29 Ogos 2021

69 menteri, timbalan menteri angkat sumpah di Istana Negara petang esok

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu dijadual bermula jam 2.30 petang esok di Istana Negara.

KUALA LUMPUR: Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah di Istana Negara esok.

Covid-19: Pesakit kritikal berkurang lima kali ganda

Petugas kesihatan sedang merawat salah seorang pesakit Covid-19 di PKRC 2.0 di MAEPS Serdang.

SHAH ALAM - Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan oksigen di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang berkurang sehingga lima kali ganda berbanding sebulan lalu.

Malaysia berupaya hasilkan vaksin Covid-19 tempatan: Adham

Datuk Seri Dr Adham Baba

KOTA TINGGI - Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin Covid-19 pertama negara dengan mengembleng tenaga para saintis di negara ini yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan awam untuk melakukan inovasi terutamanya dalam pembinaan dan penghasilan vaksin.

28 Ogos 2021

61.1 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksin

 

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 61.1 peratus atau 14,297,962 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.

PARALIMPIK: Bonnie raih emas pertama Malaysia

 Bonnie berjaya meraih pingat emas pertama negara bagi kategori 72 kilogram (kg) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di  Tokyo International Forum hari ini. Bonnie berjaya memecahkan rekod paralimpik dengan angkatan 228 kg.

Bonnie berjaya meraih pingat emas pertama negara bagi kategori 72 kilogram (kg) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum hari ini. Bonnie berjaya memecahkan rekod paralimpik dengan angkatan 228 kg.

Kuala Lumpur: Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg), sebentar tadi.

27 Ogos 2021

Senarai menteri kabinet Malaysia baharu.

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 

Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hon


Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

Harapan Kabinet baharu bawa semangat 'Keluarga Malaysia'

 Bangunan Perdana Putra menempatkan pejabat Perdana Menteri. - Foto hiasan

Bangunan Perdana Putra menempatkan pejabat Perdana Menteri. - Foto hiasan

Oleh Dr Mohd Izani Mohd Zain

SEMINGGU berlalu selepas pengumuman Perdana Menteri kesembilan, masih belum ada khabar sahih mengenai pembentukan Kabinet baharu.

Puluhan maut serangan bom nekad di lapangan terbang Kabul

 Antara mereka yang cedera dalam serangan di lapangan terbang di Kabul. - Foto AFP

PreviousNext

KABUL: Puluhan maut, termasuk 13 tentera Amerika Syarikat (AS), dalam serangan bom nekad ke atas orang ramai yang berasak di luar lapangan terbang di Kabul untuk meninggalkan Afghanistan, semalam.

26 Ogos 2021

Kabinet baharu diumum esok

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada jam 11 pagi esok.

Perdana Menteri persembah senarai Jemaah Menteri

 PERDANA Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah senarai Jemaah Menteri. - Foto Facebook Istana Negara

PERDANA Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah senarai Jemaah Menteri. - Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang, hari ini.

Ismail Sabri selepas menghadap Agong

 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambai kepada pengamal media ketika tiba di Istana Abdulaziz bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipercayai bagi mempersembahkan senarai nama Kabinet bagi perkenan baginda. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambai kepada pengamal media ketika tiba di Istana Abdulaziz bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipercayai bagi mempersembahkan senarai nama Kabinet bagi perkenan baginda. - Foto BERNAMA

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, di sini sebentar tadi.

PM tiba di Kuantan persembah senarai kabinet kepada Agong.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Pahang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dipercayai bagi mempersembahkan senarai Kabinet untuk perkenan Seri Paduka Baginda

42.4 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

 GAMBAR HIASAN

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Sebanyak 42.4 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,842,928 individu sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Kawalan sempadan diperketat, elak penyeludupan daun ketum

 

Baru-baru ini Thailand mengeluarkan daun ketum daripada senarai dadah berbahaya sekali gus membolehkannya digunakan secara terbuka. (Gambar Bernama)

KUALA NERANG: Polis Kedah akan memperketatkan kawalan di sempadan bagi memastikan aktiviti penyeludupan daun ketum ke Thailand tidak berlaku susulan langkah kerajaan negara itu mengeluarkan tumbuhan berkenaan daripada senarai dadah berbahaya.

Petugas media menanti kehadiran PM menghadap Agong

Pengamal media berada di pekarangan luar Istana Sultan Abdullah Aziz seawal jam 9 pagi Khamis.

KUANTAN - Petugas media masih menunggu kehadiran Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijangka akan mengadap Yang dipertuan Agong Al sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz, Kuantan pada pagi Khamis.

PM dijangka menghadap Agong persembah senarai kabinet baharu hari ini

I


Ismail Sabri Yaakob hari ini dijangka menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dijangka menghadap  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

25 Ogos 2021

Azizulhasni terima insentif RM350,000

 Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua, kiri) menyampaikan insentif kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang (dua kanan) selepas berjaya memenangi pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Kediaman Seri Iman hari ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua, kiri) menyampaikan insentif kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang (dua kanan) selepas berjaya memenangi pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Kediaman Seri Iman hari ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat perak acara keirin pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, 8 Ogos lalu mendapat pengiktirafan apabila kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian insentif bernilai RM350,000.

Taliban yang beristiqamah dan berubah

 

PERKATAAN Taliban dalam bahasa Pashto bererti pelajar, dikenali dengan kumpulan pelajar agama. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Almarhum Mulla Umar Mujahid (1959-2013) bersama rakan-rakannya di wilayah Kandahar yang terletak di selatan Afghanistan. Beliau dibaiah menjadi Amir (Ketua) Taliban pada tahun 1994.

Menanti Kabinet Keluarga Malaysia

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, tular pelbagai versi senarai anggota Kabinet baharu.

Walaupun disahkan sebagai palsu, perbincangan mengenai Kabinet yang bakal dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sentiasa mencuri tumpuan.

Nak cuba makan belalang goreng berempah?

EMI Zuhaida Husain (kiri) dan Emi Zuhaika menunjukkan belalang kerutuk goreng dijual mereka. - Foto HAZIRA AHMAD ZAIDI
EMI Zuhaida Husain (kiri) dan Emi Zuhaika menunjukkan belalang kerutuk goreng dijual mereka. - Foto HAZIRA AHMAD ZAIDI

KOTA BHARU: Aneh dan pelik apabila belalang yang dimasak kerutuk atau goreng kunyit mempunyai penggemarnya tersendiri.

Mungkin tidak ramai menyangka makanan eksotik itu sering menjadi pilihan orang ramai, sekaligus membantu dua beradik menjana pendapatan sampingan sejak tiga bulan lalu.

24 Ogos 2021

120 hotel di Malaysia henti operasi akibat COVID-19

Industri perhotelan masih tidak dapat menjana pendapatan yang mencukupi untuk terus bertahan - Foto hiasan
Industri perhotelan masih tidak dapat menjana pendapatan yang mencukupi untuk terus bertahan - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menganggarkan kira-kira 120 hotel terpaksa ditutup sehingga kini, sama ada buat sementara atau sepenuhnya akibat pandemik COVID-19.

'Walau apa terjadi, saya tetap akan jaga adik-adik'

 

Nazurah

RAWANG - “Rasa sedih dan rindu timbul setiap kali selepas solat," kata Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang kehilangan ibu bapanya akibat Covid-19 pada Julai lalu.

Nazurah Nabilah berkata, dia bagaimanapun dapat mengawal perasaan tersebut untuk menjaga tujuh adiknya selepas kematian ayah, Benyajeed Bernie, 45, dan ibu, Noraini Ibrahim, 43.

Thailand keluarkan ketum dari senarai dadah berbahaya

 Gambar diedarkan Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) menunjukkan daun ketum di sebuah ladang di Nonthaburi. - Foto AFP

Gambar diedarkan Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB) menunjukkan daun ketum di sebuah ladang di Nonthaburi. - Foto AFP

BANGKOK: Thailand hari ini mengeluarkan ketum, yang sekian lama digunakan sebagai ubat herba, daripada senarai dadah berbahaya, sekali gus membolehkannya digunakan secara terbuka.

56.9 peratus populasi dewasa Malaysia sudah lengkap vaksin

 Petugas kesihatan menunjukkan picagari kepada penerima sebelum menyuntik vaksin Prizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin Industri Sektor Pengangkutan Pelabuhan Pulau Pinang (PPVIN) di Swettenham Pier Cruise Terminal, Georgetown bagi ahli keluarga kakitangan Penang Port Sdn Bhd semalam.

Petugas kesihatan menunjukkan picagari kepada penerima sebelum menyuntik vaksin Prizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin Industri Sektor Pengangkutan Pelabuhan Pulau Pinang (PPVIN) di Swettenham Pier Cruise Terminal, Georgetown bagi ahli keluarga kakitangan Penang Port Sdn Bhd semalam.

KUALA LUMPUR: Jumlah populasi dewasa negara ini yang melengkapkan suntikan dos vaksin, meningkat kepada 56.9 peratus atau 13,315,774 orang, setakat semalam.

Pakai pelindung wajah, pelitup muka 2 lapisan



KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan memakai pelindung muka dan dua lapis pelitup muka di tempat awam sebagai langkah perlindungan berganda mencegah jangkitan varian Delta yang semakin dominan ketika ini.

23 Ogos 2021

Majikan dibenar gantung pekerja enggan vaksin

 SEORANG lelaki menerima suntikan vaksin di sebuah klinik di Tashkent. FOTO AFP

SEORANG lelaki menerima suntikan vaksin di sebuah klinik di Tashkent. FOTO AFP

Tashkent: Uzbekistan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan majikan untuk mencegah kakitangan bekerja jika mereka belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

PM umum bantuan RM78 juta tragedi kepala air Gunung Jerai

 

Ismail Sabri Yaakob berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan turut menyalurkan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terkesan dengan bencana berkenaan. (Gambar Bernama)

YAN: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan segera berjumlah RM75 juta bagi membantu kerajaan Kedah memperbaiki segala kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai Rabu lepas.

China siasat kes rasuah pegawai tinggi kerajaan Hangzhou

 Setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Hangzhou, Zhou Jiangyong. - Foto AGENSI

Setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Hangzhou, Zhou Jiangyong. - Foto AGENSI

BEIJING: Bandar yang menjadi tempat tinggal pemilik syarikat Ant Group dan Alibaba Group Holding menjadi tumpuan apabila China menjalankan siasatan terhadap pegawai tinggi kerajaan Hangzhou kerana didakwa melakukan pelanggaran disiplin yang serius.

Kabinet diumum minggu ini - Ismail Sabri

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri kesembilan di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri kesembilan di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

YAN: Senarai anggota Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lebih 55% populasi dewasa lengkap 2 dos vaksin

 

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.6% atau 13,022,246 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga 18,258,947 individu telah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,281,193 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 441,100 dos diberikan semalam dengan 303,545 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

fmt/-

22 Ogos 2021

54.3 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin


KUALA LUMPUR - Sebanyak 54.3 peratus atau 12,718,701 populasi di negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

'Raja sungai' jana pendapatan lumayan

 ZULFADLY bersama ternakan ikan kelahnya di Tebat Sanctuary, Kampung Simpang Gelami, baru-baru ini. FOTO Bernama

ZULFADLY bersama ternakan ikan kelahnya di Tebat Sanctuary, Kampung Simpang Gelami, baru-baru ini. FOTO Bernama

Jelebu: Minat mendalam terhadap penternakan ikan kelah yang berpotensi besar dalam pasaran tempatan, mendorong seorang pemuda di sini, tekad meninggalkan kerjayanya dalam bidang penyiaran sejak enam tahun lalu, bagi mengusahakan ternakan 'raja sungai' itu.

Sifat-sifat munafiq mencipta integriti palsu

 

SEMUA orang bercakap tentang perlunya nilai integriti dalam segala urusan, khususnya urusan politik kenegaraan yang merupakan suatu amanah paling besar kerana ia menjadi payung kepada semua urusan yang lain.

Ucapan sulung Perdana Menteri ke-9 petang ini

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucapan sulung sebagai Perdana Menteri kesembilan pada jam 5.30 petang ini.

HIMPUNAN : SOLIDARITI NGO BENTUK KERAJAAN YANG BERSIH DAN BERINTEGRITI

Allah SWT telah permudahkan segala urusan lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri ke 9 oleh Yang di-Pertuan Agong kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang berlangsung pada jam 2.30 petang tadi di lstana Negara.

21 Ogos 2021

Ismail Sabri angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.

Lantikan Ismail buka ruang Umno, PAS, Bersatu kembali dalam MN, kata bekas menteri

 

Annuar Musa berkata penyelesaian kemelut yang berakhir dengan lantikan Ismail Sabri Yaakob menjadi peluang terbaik untuk perkukuh semula Muafakat Nasional secara inklusif.

PETALING JAYA: Berakhirnya kemelut politik dengan pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu diharap dapat mengukuhkan kembali Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan Umno dan PAS, termasuk dengan menjemput kembali Bersatu, kata Annuar Musa.

Ismail Sabri angkat sumpah hari ini


Rakyat Malaysia hari ini (Sabtu) bakal menyaksikan secara langsung upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Bilangan penumpang ikut kapasiti tempat duduk kenderaan

 - Hiasan. FOTO NSTP

- Hiasan. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk khusus bagi individu lengkap dua dos vaksin di negeri berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai semalam.

COVID-19: Pemberian vaksin melepasi 30 juta dos

Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin kepada penerima pada PICK di Istana Balai Besar anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. - Foto BERNAMA
Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin kepada penerima pada PICK di Istana Balai Besar anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 483,855 dos vaksin diberikan semalam melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 30,370,403 dos.

20 Ogos 2021

UMMAH DAN 185 NGO TUNTUT KERAJAAN YANG BERSIH DAN BERINTEGRITI

 

KENYATAAN BERSAMA GABUNGAN NGO

20 OGOS 2021, BERSAMAAN 11 MUHARRAM 1442 HIJRI

DAULAT TUANKU,

GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH) BERSAMA 185 NGO TUNTUT KERAJAAN YANG BERSIH DAN BERINTEGRITI

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 185 NGO mengikuti rapat perkembangan berkaitan proses pemilihan Perdana Menteri yang sedang dilakukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Ismail Sabri angkat sumpah esok

 Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, esok. - Foto BERNAMA

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, esok. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan dijalankan esok, jam 2.30 petang.

Agong titah tamatkan kemelut politik

 Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini. - Gambar ISTANA NEGARA

Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini. - Gambar ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan pelantikan Perdana Menteri baharu, dapat menamatkan kemelut politik dengan segera.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda bertitah supaya semua Ahli Dewan Rakyat dapat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.