22 Ogos 2021

Ucapan sulung Perdana Menteri ke-9 petang ini

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucapan sulung sebagai Perdana Menteri kesembilan pada jam 5.30 petang ini.

Perdana Menteri, antara lain dijangka menzahirkan penghargaan atas lantikannya ke jawatan utama negara itu, selain komitmen dan kerangka hala tuju kerajaan pimpinannya, khususnya dalam perang melawan pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi.

Ucapan khas itu akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama petang ini.

Tiada ulasan: