14 Julai 2013

Rampasan kuasa di Mesir, Amerika Dalang?

5 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tindakan Amerika dan sekutunya (menyokong rampasan kuasa) adalah menghina umat Islam Mesir yang telah membuat keputusan memilih seorang presiden dari kumpulan Islamis secara sah. Sikap Amerika itu adalah kelangsungan daripada penghinaan yang pernah dilakukan oleh regim sekular Mesir sebelum ini yang dipimpinan oleh Gamal Abdel Nasir, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.
Sesungguhnya penghinaan Amerika itu samalah dengan puak-puak Ahli Kitab yang sentiasa bersikap suka menghina orang Arab dan sanggup berdusta terhadap Allah. Menurut Al-Quran, Ahli Kitab itu berkata: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi (ditujukan kepada orang-orang Arab), dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).” (Maksud Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 75).

SKMM akan panggil pasangan persenda Ramadhan

5 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 14 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu yang mendapat bantahan banyak pihak.

Wang besar’ untuk pertahan Kuala Besut

5 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily/-


BESUT: PKR yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan sejumlah wang yang agak besar untuk memancing undi bagi mengekalkan kemenangannya di Kuala Besut.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata Umno BN akan menjadikan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan dan Idulfitri ini bagi menyongok para pengundi.

Visa haji diperketat

5 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



Arab Saudi larang golongan tua, pesakit kronik elak penyebaran MERS-CoV
Riyadh: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan peraturan baru tidak mengeluarkan visa haji kepada golongan tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik tahun ini bagi mengelak penyebaran Sindrom Pernafasan Asia Barat - Virus Korona (MERS-CoV).

Puting Beliung Soulik landa China, ratusan ribu penduduk berpindah

5 Ramadhan 1434 H. [MOD]

BEIJING: Puting beliung kuat melanda tenggara China hari ini sehingga memaksa ratusan ribu penduduk di wilayah pesisir pantai berpindan selepas membadai utara Taiwan yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut.
Puting beliung Soulik menyebabkan sistem pengangkutan dan perdagangan di seluruh Taiwan terjejas dengan anggota kecemasan di Taiwan masih bertungkus-lumus untuk mengembalikan semula tenaga elektrik untuk kira-kira 520,000 kediaman dan mengalihkan ratusan pokok yang tumbang di jalan raya.