Kesusahan dialami rakyat ketika berdepan pandemik membuatkan warganet sepakat menggunakan media sosial bersolidariti membantu golongan memerlukan menerusi kempen tanda pagar #RakyatJagaRakyat dengan mengibarkan bendera putih di halaman rumah sekiranya tiada makanan atau perlukan bantuan. (Rosli)
Tindakan mengibarkan bendera putih bagi mereka memerlukan bantuan disifatkan seperti mereka yang kalah dalam peperangan.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan bantuan.