29 Jun 2021

Kaunter perkhidmatan kerajaan dibuka bermula 1 Julai

 

Semua kaunter perkhidmatan kerajaan di seluruh negara akan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai 2021.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan dibuat selepas meneliti keperluan mendesak berdasarkan maklum balas awam.

“Antara pembukaan kaunter yang terlibat ialah perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian tetapi kapasiti petugas di kaunter tidak melebihi 50 peratus.

“Kehadiran pelanggan secara fizikal hanya melalui janji temu berjadual,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Zuki berkata, ketua jabatan perlu memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dipatuhi setiap masa dalam mengimbangi penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan.

“Ketika ini pengoperasian perkhidmatan kaunter kerajaan tidak beroperasi secara fizikal dalam tempoh fasa pertama Pelan Pemulihan.

“Hanya kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin dibuka sejak 1 Jun lalu,” jelasnya.

SH/-

Tiada ulasan: