01 April 2009

Usia UMNO 50 Tahun Penuh Korupsi?

Oleh : putraazhari

" Hari ini, penulis berkesempatan untuk menulis artikel untuk dimuatkan di ruangan laman blog ini. Selain terkesan daripada rutin perjalanan hidup seharian sebagai seorang pelajar, sengaja penulis membiarkan untuk tidak menulis sepanjang tempoh dua hari lepas untuk melihat citra politik tanah air.

Dua peristiwa besar iaitu Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan penamaan calon di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Namun penulis bukan ingin menyentuh perbahasan, pergulungan dan pertandingan merebut jawatan yang dipertandingkan. Anda sudah sedia maklum semua itu. Penulis melihat dua peristiwa di atas, merupakan dua hal yang berlainan. Jika perhimpunan tersebut telah dipalit dengan pelbagai isu yang meruntuhkan credibility calon yang bertanding dengan pelbagai skandal terutama rasuah yang semakin menjadi-jadi, manakala pertandingan merebut kerusi parlimen dan dewan undangan negeri sebagai memperlihatkan kemampuan pucuk pimpinan baru UMNO. Tidak hairanlah lebih 900 aduan yang diterima berkenaan salah laku ahli UMNO

Kita semestinya tidak mahu pemimpin yang korupsi, hipokrit, dan mempunyai segala sifat mazmumah yang diamalkan dalam politik kerana ianya mencerminkan seseorang itu, cenderung memenangkan diri sendiri bukan kepentingan rakyat yang dipertanggunjawab di bawahnya. Apalah erti kekayaan yang singkat dapat dikecapi, tanpa sebuah usaha yang panjang. Kesannya bukan sahaja pada diri, tapi kepada seluruh zuriat yang mendarah daging dari seorang yang mengamalkan kerja kotor ini. Pening kepala dibuatnya bagi yang mahu berfikir, dan mungkin tidak terasa langsung ‘bagaikan air yang mengalir’ jika hanya sebelah mata memperlihatkan kejijikan ini.

Kita adalah suara rakyat yang mempunyai kuasa untuk merubah situasi ini. Pandangan majoriti tidak semestinya pandangan yang benar. Tapi implikasi dari suara majoriti ini tetap harus diambilkira oleh pihak yang ingin melakukan perubahan, samada dari pemerintah atau pembangkang. Bagi penulis, sikit–sikit seperti menarik rambut di dalam tepung. Itulah hakikatnya, kerana mentaliti majoriti rakyat bukanlah boleh dirombak dalam sehari dua. Pokok pangkalnya, berbalik kepada ilmu (yang diamalkan) dan proses pendidikan.

Kita mungkin boleh kecewa dengan tahap pemikiran arus perdana yang lebih mementingkan periuk nasi masing–masing, demi survival diri sendiri dan keluarga. Namun persoalan yang sama penting, adalah bagaimanakah kita dapat mengambil kesempatan dari pemikiran yang sebegitu, untuk melakukan sebarang perubahan kepada sistem pemerintahan negara? Adakah demonstrasi cara yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu isu? Atau ianya hanyalah jalan terbaik untuk mendapatkan publisiti? Tak kena gaya, ada juga kemungkinan pendekatan yang digunakan boleh memakan tuan. Hakikat yang tidak sedap ditelan tetapi itulah yang dinamakan pengajaran hidup.

Penulis rasa kita semua masih tercari-cari the right balance or the near perfect formula bagi memungkin kemenangan Islam di bumi Malaysia. Di Kelantan umpamanya, kuasa yang ada memungkinkan practicality. Rakyat Kelantan dapat menilai siapa yang lebih baik, membuat perbandingan. Di mana sahaja kemenangan pembawa panji Islam, penduduk dapat melihat kesan perubahan kepada kehidupan mereka, especially dari sudut kemantapan rohani bukan material semata-mata.

Konfrontasi sekarang bagi penulis bukan dengan tujuan untuk memberi alternatif, tetapi lebih bersikap sebagai wake up call, mungkin bukan untuk rakyat majoriti, tetapi kepada ahli-ahli yang sudah semakin lesu. Juga untuk golongan pemerintah, yang semakin hari semakin rakus. There must be confrontation to allow other elements to cross by. Teringat images rakyat Palestin yang tak henti-henti membaling batu kepada askar-askar Israel laknatullah yang lengkap bersenjata dan berkereta kebal.

Pemuda dan Pemudi Sebagai Kunci Perubahan

Penulis yakin jika kita mampu bangunkan minda muda-mudi yangg sentiasa siap siaga untuk berjuang. Sebagai pejuang dan serikandi demi terus memastikan Islam terus berdaulat. Insha-Allah segala methodolgy lain yang lebih baik mampu kita laksanakan untuk mencapai tahap kelangsungan pada perubahan menyeluruh. Tanpa kuasa memang amat perit untuk menyuarakan kebenaran yang hakiki walaupun kita tambah gerak kerja yang bersepadu. Ianya juga penting, tapi alangkah indahnya dapat digaul dalam satu adunan. Pandangan sebegini amat perlu diketengahkan supaya seruan untuk melestarikan perjuangan Islam boleh dipelbagaikan selagi tidak tersasar dari jalan syariat. Justeru itu, dengan harapan penulisan sebegini dan perlaksanaannya juga mampu sedikit sebanyak menggerakkan jiwa-jiwa pembaca terutama muda-mudi kita agar menguja idea, minda dan tindakan yang realistik demi memastikan kesinambungan dakwah dan perjuangan terus tertegak.

Masyarakat kita masih terlalu ramai yang lena melainkan jiwa-jiwa yang segar bugar yang sentiasa bersemangat berjuang menegakkan kalimatullah. Jiwa-jiwa yang ada hari ini, adalah hasil penangan 50 tahun didikan secular. Tidak mungkin dapat diubah dalam sehari dua. Perlu pada kesabaran yang menggunung, dan konsisiten yang berpanjangan. Jiwa muda yang ada hari ini amat diperlukan untuk mendidik anak-anak mereka kelak sebagai tunas-tunas baru Islam yang tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama dalam melahirkan mujahid dan mujahidah yang benar-benar Islam di luar mahupun dalam. Bukan seperti kebanyakan jiwa-jiwa yang hidup untuk menjaga perut sendiri, dan hanya menjadi ‘pak turut’.

Jaga perut tu tak salah. Tapi jaga perut sampai lupa tuntutan dan batas syariat itu yang salah. Jangan salahkan masyarakat kerana nak menjaga perut nanti masyarakat semakin jauh dengan kita. Tapi sedarkan mereka mengenai kepentingan jaga syariat, bukan hanya perut sendiri. Perut tu sebahagian kehidupan bukan seluruh kehidupan. Berjuang bukan untuk puaskan hati sendiri atau nak berbanga-bangga, tapi nak puaskan kehendak Allah Taala. Beribadah bukan nak puaskan hati sendiri tapi nak puaskan kehendak Allah Taala dengan mentaati perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Arus perubahan sebenarnya tidak dapat disekat, cuma cepat atau lambat sahaja. Jika kita hanya sekadar mahu beraksi, ia tidak cukup. Sejarah adalah bukti bagaimana underlying philosophy behind the action akan menentukan nafas perubahan. Sebab itu idea tentang reformasi, negara Islam, masyarakat madani dan sebagainya harus dikembangkan and must be contested, bukan menunggu ‘sudah parah baru ingin mengubati’.

Penulis suka memetik peristiwa Perjanjian Hudaibiah. Antara isi penting peristiwa itu ialah usaha Nabi saw untuk mencapai apa yang paling diperlukan oleh dakwah, iaitu masyarakat yang tenteram dan aman dari peperangan dan pergolakan. Baginda saw sanggup kehilangan beberapa sub-maslahah demi maslahah terbesar ini. Hasil Perjanjian Hudaibiah kesemua pihak bersetuju untuk mengenakan gencatan senjata dan menghentikan peperangan.

Inilah peluang yang dinantikan oleh Rasulullah saw.

Semasa keamanan berlangsung, baginda saw menggunakan segala peluang yang ada untuk berdakwah, melakukan out-reach kepada kabilah-kabilah Arab seluasnya, malah kepada ketua-ketua empayar di sekitar Semenanjung Tanah Arab. Kesannya dapat kita lihat pada hari ini. Sebuah perubahan yang besar berlaku. Inilah antara pasca dan pendekatan yang digunakan untuk mencuri peluang dalam kealpaan pihak musuh yang leka dengan mainan dunia.

Semua perubahan besar di dunia ini punya kekuatan idea di belakangnya. Hal ini juga pernah ditegaskan oleh Almarhum Malek Bin Nabi dalam mengetengahkan soal guiding ideas dalam pembentukan dan pemerkasaan tamadun.

Semoga impian melahirkan ‘Jiwa Muda Berkarisma’ menjadi kenyataan, bukannya ‘lebih sudu dari kuah’.

MELAYU UMNO MUDAH TERLUPA?

Di dada2 akhbar bahagian sukan begitu gah dengan berita AZIZULHASNI mendapat pingat perak acara lumba basikal di kejohanan DUNIA. Sebelum kejayaan beliau RIZALTISIN telah mendapat gangsa di kejohanan yang sama. Terlalu hebat berita tersebut. Peringkat DUNIA! Mereka berdua bangsa apa wahai UMNO?

Sewaktu pilihanraya Parlimen Permatang Pauh yang lepas akhbar arus perdana begitu gah dengan berita LEE CHONG WEI mendapat pingat perak di dalam OLIMPIK. Sambutan diluar dugaan oleh UMNO dan BN hingga disambut sebagai hero Malaysia di Permatang Pauh dan diberi gelaran DATO`. LEE CHONG WEI bangsa apa wahai UMNO?

Nama SAZALI SAMAD memang tidak asing bagi kita selaku rakyat Malaysia terutama pada PDRM. Beliau telah berjaya menjadi MR Universe dalam acara bina badan bukan sekali! Diulangi MR UNIVERSE DALAM ACARA BINA BADAN. Sazali bangsa apa wahai UMNO?

Nama BUJANG TAHA juga pernah gah di acara bina badan ini tapi apakah yang dilakukan oleh beliau sekarang? Hanya menjadi penjual sayur di Pasar Sarawak.Begitulah nasib anak Melayu dibawah BN.

Sebenarnya dalam acara sukan ini Melayu seperti dipinggirkan. Kejohanan Dunia dapat pingatpun tidak ada guna langsung. Sekadar puas dengan berita gah di dada akhbar sahaja.

Nicol David berjaya sahaja di kejohanan dunia dapat Dato tapi apakah nasib SAZALI SAMAD? AZIZULHASNI? RIZAL TISIN? Jawablah wahai UMNO dan BE END (BN).

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Ulasan WM: Kalaulah UMNO adalah perjuang kepada rakyat sebenarnya, janganlah dibezakan anugerah sukan kepada bangsa tertentu sahaja, apalagi jauh dari meminggirkan bangsanya sendiri.

Katakan tak nak kepada BN.

Umno berubah dari kurang baik kepada teruk" - Dr Haron Din

Irwan Muhammad Zain

KAMUNTING, 31 Mac : - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.

Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut."

Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.

"Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno," tegas beliau.

Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membuktikan Umno kini semakin lemah dan terpaksa memainkan isu-isu yang remeh dalam usaha mereka untuk menawan kembali kerusi parlimen Bukit Gantang.

Umno tegas beliau, masih lagi terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan menakutkan rakyat kerana jika tidak menggunakan cara tersebut mereka akan mengalami kekalahan besar.

Beliau menegaskan demikian dalam satu Forum Perdana sempena kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang yang diadakan di sini baru-baru ini.

Selain beliau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Badrul Amin turut menjadi ahli panel forum tersebut yang dipengerusikan oleh Ustaz Idris Ahmad.

Haron Din juga menegaskan pengundi di Bukit Gantang harus bijak membuat pilihan sama ada mahu memilih pemimpin dari parti yang semakin tidak diyakini atau pemimpin dari parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan untuk semua rakyat.

Justeru itu beliau berharap agar pengudi-pengudi di Bukit Gantang tidak terpengaruh dengan segala dakyah yang dibuat oleh Umno dan membuat pilihan dengan bijak. Harakahdaily.

Yaman tangguh pilihanraya selama 2 tahun

Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)

Masa depan negara Yaman kini berada pada fasa yang sangat kabur sebagaimana cuaca jerebu yang melanda kota Sana’a baru-baru ini. Situasi politik Yaman mengalami hari-hari yang muram untuk tempoh yang mendatang. Ini kerana pada awal bulan yang lalu, pihak pemerintah negara republik itu telah membuat keputusan untuk menunda pilihanraya umum mereka selama dua tahun lagi.

Ini bukan sahaja penangguhan yang paling lama dalam sejarahnya bagi menafikan hak demokratik rakyat Yaman, bahkan mendedahkan hakikat betapa penyelesaian ini dibuat setelah tiada lagi jalan keluar bagi menangani masalah demokrasi yang berbentuk komedi di republik ini.

Saya masih ingat bagaimana 4 tahun lalu, jawatan presiden dilanjutkan tempohnya walaupun dari segi perlembagaan, mandat untuk Presiden Ali Abdullah Saleh telah pun sampai tarikh luput. Seorang lelaki tua yang saya temui di jalanan pada ketika itu menyatakan bahawa perlembagaan adalah ‘barang mainan’ di tangan orang-orang yang berkuasa. Benar katanya, setelah pelbagai spekulasi dibuat untuk membayangkan pengganti Ali Abdullah Saleh, tiba-tiba di saat akhir diumumkan bahawa Ali Abdullah Saleh akan terus memimpin negara republik itu.

Wajah segak beliau menghiasi kain rentang yang digantung di merata-rata tempat hampir di kesemua bangunan-bangunan kerajaan dan kiri kanan jalanraya dengan slogan-slogan pujian yang mempesonakan.

Dalam pada itu, ramai juga yang merungut kerana tahap ekonomi negara yang tidak menjanjikan masa depan yang jelas dengan kenaikan harga barang yang meningkat setiap tahun. Dalam suasana itulah, terdapat penyokong kuat presiden yang berkata, “Walaupun harga tepung gandum naik sehingga 20,000 riyal (RM370) sekilo, aku tetap akan menyokong Ali!”

Setelah mengharungi perang saudara pada tahun 1994 yang mana menyaksikan kejatuhan Parti Sosialis dan golongan yang sehaluan dengannya, negara ini telah kembali pada pemerintahan autokratik yang baru berusaha untuk menjana ekonomi, sosial dan sistem pentadbirannya. Sayangnya, rakyat negara ini masih kuat dengan sistem kabilah yang akhirnya membawa kepada pemilihan kerusi kuasa banyak memihak kepada kepala-kepala kabilah yang paling kuat dan berpengaruh.

Keadaan ini telah menyaksikan terdapatnya di kalangan ahli-ahli majlis perwakilan rakyat yang tidak tahu membaca dan menulis. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui siaran langsung di kaca televisyen. Sistem pemilihan pemimpin melalui pilihanraya yang dijalankan selama beberapa sesi ini masih tidak dapat lari daripada pengaruh yang bersifat kabilah dalam memilih kepimpinan negara.

Ini menyebabkan hampir tiada saingan untuk memilih para pemimpin dan perwakilan rakyat yang benar-benar berwibawa. Satu-satunya parti pembangkang yang memainkan peranan besar ialah Parti Islah yang berteraskan Islam dan berjuang untuk memastikan negara ini tidak tersasar daripada landasan agama. Parti ini hampir memecahkan tradisi kepimpinan berdasarkan pengaruh kabilah dan menampilkan tokoh-tokoh ulama dan golongan berpendidikan sebagai calon-calon mereka.

Walaupun menghadapi cabaran dan dugaan yang banyak, parti yang berteraskan Islam ini semakin hari telah mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Ini kerana dalam kuasa yang terhad, mereka dapat melakukan usaha mendidik anak-anak bangsa mereka melalui program pembinaan di masjid-masjid. Parti Islah sangat beruntung kerana masjid-masjid mereka tidak berada di bawah cengkaman pemerintah. Mereka bebas untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan yang hanya bertujuan untuk membina masyarakat yang berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam.

Menurut kebanyakan pemerhati, sekiranya pilihanraya dijalankan dalam tempoh terdekat ini, tentangan yang terpaksa dihadapi oleh pihak pemerintah bukanlah sedikit dalam suasana kejatuhan ekonomi dan dasar-dasar kerajaan yang kehilangan arah tuju dan masih tidak jelas.

Mereka juga berpendapat regim pemerintah yang sedang berkuasa ini bertindak menangguhkan pilihanraya pada tahun ini bagi ‘membeli masa’ untuk memperbaiki imej birokrat mereka di mata umum.

Banyak isu-isu yang membimbangkan masyarakat telah timbul apabila terdapat tokoh-tokoh pemerintah yang sudah mula bercakap tentang isu kebebasan hak-hak wanita dan lain-lain yang nampaknya banyak berkiblatkan pemikiran barat. Suara-suara ini akhirnya lenyap apabila menghadapi tentangan dari pihak berhaluan Islam yang didokongi oleh para ulama. Mungkin ini di antara sebab mengapa penangguhan pilihanraya ini dibuat walaupun tanpa alasan yang jelas dan kukuh.

Situasi ini mengingatkan saya kepada sebuah parti kebangsaan di negara saya yang pernah menutup pintu agar jawatan presiden mereka dipertandingkan. Bukan sekadar itu, malah pemilihan pucuk pimpinan parti mereka juga telah ditangguhkan dari tahun lepas hingga ke bulan Mac tahun ini.

Kadang kala dalam dunia politik ini terdapat drama-drama komedi yang kita sendiri tidak pasti sama ada untuk ketawa kerana terhibur atau ketawa kerana tenggelam punca..

Masuk ke dalam Islam keseluruhannya

Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

Dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa Allah SWT mengarahkan umat Islam agar masuk yang bererti menerima Islam secara keseluruhannya tanpa berbelah bagi, ia juga adalah jelmaan daripada doa iftitah yang dibaca dalam setiap solat, 'sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekelian alam ini'.


Begitulah juga dengan doa yang dibaca melalui surah al-Fatihah, 17 kali sehari semalam, iaitu tunjuklah kami jalan yang lurus.

Masuk atau menerima Islam secara keseluruhannya seperti dalam ayat di atas, boleh disimpulkan seperti di bawah ini :

1- Menerima Islam sebagai cara hidup.

2- Menerima Islam sebagai penyelesai kepada semua masalah.

3- Menyedari bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.

4- Menyedari bahawa apabila tidak beramal dengan Islam secara serius, akan ditimpakan musibah oleh Allah SWT.

5- Memahami dengan sebaik-baiknya, bahawa apabila tidak beramal dengan Islam, bererti tidak percaya kepada kemuliaan Allah selaku Pencipta, apabila tidak percaya kepada Allah, bermakna menempah tempat dalam neraka.

6- Bersedia untuk menjadikan Islam sebagai pegangan dari sudut pakaian, cara berfikir, pergaulan, usaha harian, kerjaya dengan melaksanakan segala tanggungjawab sebagai Muslim/Muslimah sejati di sisi Allah.

7- Memperuntukkan masa untuk belajar Islam serta berkorban segala keringat, masa, tenaga, pemikiran dan kesanggupan.

8- Berjanji kepada Allah untuk memelihara agama-Nya.

9- Berjanji untuk memelihara jiwa daripada sebarang naluri dan kecenderungan yang menyalahi syariat.

10- Berjanji untuk memelihara harta daripada terjebak menyokong musuh-musuh Allah yang akhirnya membunuh saudara-saudara seagama seperti membeli rokok keluaran syarikat orang-orang Yahudi.

11- Berjanji memelihara keturunan serta kehormatan sebagai orang Islam dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej serta peribadi sebagai seorang Muslim yang sungguh-sungguh untuk mendaulatkan Islam.

12- Berjanji untuk memelihara memelihara akal daripada berfikir yang boleh merosakkan kesucian agama Islam dan berfikir cara bagaimana boleh memajukannya.

13- Menterjemahkan lima slogan yang pernah difahami oleh generasi ulama awalan sebagai cara hidup sempurna, iaitu Allah matlamat kita, Rasul itu pemimpin dan contoh teladan kita, al-Quran itu perlembagaan kita, jihad itu adalah cara hidup kita dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita kita yang tinggi lagi murni di sisi Allah.

PETIKAN : Ustaz Zainudin Hashim

Media terus putar belit Isu Nizar di mesjid Simpang.

Nampaknya UMNO dan BN sudah ketandusan isu dan idea baru dengan memainkan sesuatu isu dengan berulang dengan memutar belit dan melindungi fakta yang sebenar dalam kes Sembahyang Maghrib Calon PAS di mesjid Simpang bersama dengan pemimpin BN termasuklah calonnya disitu beberapa hari lepas.

Sebenarnya apa yang digambarkan oleh media sudah pun ditolak lebih awal oleh pengundi Bukit Gantang disebebkan cerita yang digambarkan oleh media adalah milik BN dan kesimpulan awal itu adalah pembohongan.

Keduanya semua tahu dengan sikap sebenar Nizar dalam masalah ini. Walaupun dia sudah menjawab dalam blognya dan berita sebenar telah disiarkan oleh blog-blog yang lain. Hakikatnya gambaran sebenar sudah diketahui umum bahawa BN sudah pening dalam berkempen di Bukit Gantang.

Kahabar angin sedang bertiup kencang kononnya apa yang berlaku di Bukit selambau akan juga berlaku di Bukit Gantang iaitu berita kemasukan ahli PKR ke dalam UMNO. Saya kira semua tidak akan terkejut kerana inilah musim akan tersiar dalam media BN orang ramai-ramai masuk partinya.

Demikianlah siri pembohongan BN yang lucu dan pastinya saya yakin tidak dapat memenangkan calon BN yang lengkap dengan segala kelemahan sebagaimana lemahnya UMNO yang tidak dapat dipulihkan walaupun mendapat pemimpin yang baru, namun orangnya tetap orang lama yang bersalutkan jenayah rasuah dan skandal.

nesface 3 in One Boleh Merosakkan Buah Pinggang @ melemahkan Jantung

Email : ZAMRI kecik's

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. 

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati: 

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju. 

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 
6. Tapak tangannya.semakin basah. 

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran 
ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)' 
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya: 

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 
7. Elakkan mandi selepas makan 
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam 
air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus 
sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan 
makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat. 

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas. 

Sekian wassalam wallahuaqlam. 

'sharing is caring....'

Kes ADUN lompat didengar pada hari ini.

IPOH : Kes saman mengenai 3 orang ADUN Lompat yang dikemukakan oleh Speaker Kerajaan Negeri, V. Sivakumar sedang dibicarakan dalam kamar hakim di IPOH. sementara itu ketiga pihak itu juga telah mengfailkan sebelum ini bahawa status mereka masih lagi sah sebagai ADUN di kawasan masing-masing.

Kes itu telah didengar sejak pagi tadi dan saya menerima berita dari pembantu Sivakumar memaklumkan perbicaraan dikamar hakin di sambung lagi pada petang ini.

Setakat ini belum ada apa-apa keputusan yang diputuskan oleh hakim.

Menjaga Kesihatan Seperti Rasulullah

Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih
dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar sentiasa sehat seperti Rasulullah? Ikuti resepi
berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh,
melaksanakan solat sunat dan sholat Fardhu, solat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa rapi & bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat
beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir
dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN. Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum
yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu
banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk
udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya
Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI. Rasulullah selalu berjalan kaki ke Masjid,
Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, dan peredaran darah
akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH. Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3
kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim
bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu
dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat
untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila
duduk maka berbaring.
- Membaca Ta'awwuz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan
kegundahan hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA. Sikap optimis akan memberikan dampak
psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar,
istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TAK PERNAH IRI HATI. Untuk menjaga kestabilan hati & kesehatan jiwa
serta menjaga mentaliti, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan
preventif yang sangat tepat.
Kiriman : Zamri Kecik's

HARAKAH DIGANTUNG, HUJAH PULA MUNCUL

Jumaat, 27 Mac, 2009
Hari ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Hujah telah diterbitkan sebagai ganti kepada Harakah yang telah dihukum gantung selama 3 bulan. Umpama seorang yang sebelum ini lantang berkata, telah dijahit mulutnya supaya tidak bercakap selama 3 bulan. Tetapi, UMNO menyangka orang tersebut hanya mampu bercakap sahaja, tetapi rupa-rupanya dia mempunyai pengganti yang bakal menggegarkan UMNO lebih kuat.

Namun, apa yang perlu difikiran bersama ialah kaedah UMNO menggantung Harakah dan Suara Keadilan adalah tindakan yang sudah ketinggalan zaman. Ini kerana, Harakahdaily masih ada, bahkan banyak lagi akhbar yang telah disiarkan secara online, dan maklumat yang dikemaskini di dalam internet jauh lebih pantas daripada akhbar.

Bukan setakat Hakarah dan Suara Keadilan sahaja yang boleh menjadi alat untuk mendedahkan perkara sebenar, tetapi banyak lagi. Contohnya web dan blog yang sudah berjuta-juta di dada internet. Penggantungan Harakah dan SK itu hanyalah usaha yang sia-sia sahaja.. Ini menunjukkan mereka sudah jauh ketinggalan zaman.

Kalau sebelum ini, Najib mengakui bahawa mereka “terlupa” untuk memperkasakan media khususnya internet. Lalu apabila mereka lambat tersedar hakikat itu, mereka sudah banyak terlepas pandang untuk menghadapinya dengan efisyen. Malangnya, walaupun mereka sudah tahu hakikat tersebut, Harakah dan SK pula yang digantung, sedangkan kedua-duanya lebih lambat berbanding web dan blog.

Tetapi, bebanan mereka hari ini ditambah lagi dengan kewujudan Hujah yang bakal menggantikan Harakah yang sedang digantung. Mari kita lihat, sejauh manakah mereka ingin terus mengusahakan kaedah lama (menyekat kebebasan) yang telah ditempelak oleh Pak Lah semalam. Kalau Hujah pun akan digantung, sememangnya mereka sengaja menjahanamkan UMNO sendiri.

Hari ini, Tok Guru Nik Aziz telah berkata di dalam Harakahdaily, menyeru kepada rakyat Malaysia agar memboikot akhbar-akhbar yang menjadi alat kerajaan menyebarkan fitnah. Kalau sebelum ini TV3 turut melakukan perkara yang sama, dan pemberita-pemberita TV3 turut dipandang serong oleh sebahagian orang. Persoalannya, janganlah anda menjadi alat UMNO untuk menyebarkan fitnah mereka. Kerja-kerja tersebut sia-sia, bahkan mendapat dosa pula.

Salam Perjuangan
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

FATWA MENGUNDI

Email : Abd Wahab Che Mohd

MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN

Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat, atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke 2 yang bermaksud,

‘Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah’

Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,

‘Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil’

‘dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya’ (al-Baqarah: 283)

[Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul ‘Fiqh Daulah’]

(sila fotokopi dan edar)

ENGKAU BERKUASA, TETAPI ENGKAU TETAP HAMBA

Manusia telah diciptakan Allah SWT daripada air mani yang langsung tiada nilainya. Daripada setitis air mani itulah manusia diberikan akal fikiran sehingga mampu untuk mentadbir dunia yang luas ini sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan ini telah diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dari kalangan hamba-hambaNya.

Namun, kekuasaan yang diberikan tersebut, boleh ditarik bila-bila masa yang dikehendakiNya. Tetapi, malangnya kebanyakan pemimpin yang berkuasa ini, merasakan mereka benar-benar berkuasa, dan mampu mengekalkan kuasanya. Seolah-olah merekalah empunya kuasa yang sebenar, sedangkan ia milik Allah sahaja.

Hakikat pemimpin tersebut ialah seorang hamba. Walaupun mereka ialah pemimpin yang paling hebat di dunia sekalipun, mereka tetap seorang hamba kepada TuhanNya. Tetapi, kebanyakan daripada mereka tidak merasakan diri mereka sebagai hamba, tetapi sebagai tuhan, sedangkan apalah sangat kuasa yang ada pada mereka.

Ketika zaman Nabi Musa AS, Beliau terpaksa berhadapan dengan Firaun, seorang pemimpin yang mengaku ketuhanannya. Dengan sombong Firaun mendakwa bahawa dia mempunyai kuasa menghidup dan mematikan manusia. Lalu, dibawa kepadanya dua orang tawanan, lalu dia menyuruh tenteranya membunuh salah seorang daripada mereka dan membiarkan seorang lagi. Lalu dia berkata kepada Nabi Musa, “lihatlah, aku mampu menghidup dan mematikan sesiapa”.

Namun begitu, Nabi Musa AS mencabarnya supaya menerbitkan matahari dari arah bertentangan sepertimana yang telah disusun oleh Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya. Firaun tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terus berkeras dengan kesombongan yang ada. Peristiwa ini telah pun berlaku hari ini, seolah-olah sejarah itu sedang berputar kembali.

Hari ini, pemimpin-pemimpin seperti ini berkata “akulah yang memberi engkau makan dan minum, bahkan engkau mendapat projek-projek besar kerana aku, maka engkau perlu mematuhi aku. Sekiranya tidak, aku mampu untuk menyekat segala-galanya untukmu!” Inilah kata-kata Firaun jelmaan hari ini. Seolah-olah tidak rasa bersalah dengan kata-kata tersebut.

Inilah hakikatnya, seorang pemimpin yang berkuasa, tetapi dia tetap seorang hamba! Hamba kepada Allah yang memiliki segala kekuasaannya. Jadilah pemimpin yang paling tinggi kehambaannya kepada Allah SWT, dan janganlah menjadi seorang yang hina, tetapi sombong di hadapan Allah SWT.

Salam Perjuangan,
Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

GAMBAR-GAMBAR MB NIZAR DI PASAR MALAM CHANGKAT JERING 28 MAC 2009