28 Februari 2011

Dua saman dalam masa seminit

25 Rabiulawal 1432H. [MOD]

AIR KUNING - Ketika semua pengguna jalan raya menggunakan kesempatan terakhir hari ini, untuk membayar saman trafik, namun berlainan pula yang berlaku kepada seorang pengguna dari Kampung Sungai Kroh, di sini.

Tiga saman dalam tempoh 18 minit diterima di laluan sama menyebabkan timbulnya kekeliruan selain kategori kenderaan yang berbeza.

Pengguna, Khairul Anuar Mustapha, 49, berkata, semasa membuat semakan saman, dia terkejut kerana menerima tiga saman dalam sehari iaitu pada 25 Disember 2009 lalu.

Menurutnya, lebih menimbulkan kekeliruan apabila dua saman dikenakan dalam tempoh seminit dan jenis kenderaan yang dikenakan saman juga berbeza dari segi kategori kerana dua saman menunjukkan kategori kenderaan motokar, manakala satu lagi adalah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Saya di saman di Kilometer 46 Jalan Ipoh - Teluk Intan di sini, dan saman pertama pada jam 12.33 tengah hari.

“Saman kedua pula dikenakan pada jam 12.50 tengah hari dan saman ketiga pada jam 12.51 tengah hari, kesemuanya saman ini adalah di laluan yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Anuar berkata, dia hanya memandu kenderaan jenis Perodua Viva, namun salah satu saman yang dikenakan menggunakan nombor pendaftaran yang sama tapi atas kategori MPV.

“Bagaimana pula perkara ini boleh berlaku sedangkan kereta yang saya gunakan adalah kereta biasa dan tempoh saman seminit ini juga mengelirukan,” katanya.

Katanya, saman yang dikenakan ke atasnya diterima dengan hati terbuka dan masih perlu dijelaskan pembayarannya.

“Namun sebagai pengguna, kami mahukan kepastian mengapa perkara ini boleh berlaku dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan kepastian tetapi gagal.

“Maklumat yang diterima daripada bahagian trafik berkaitan saman dalam tempoh seminit juga mengelirukan kerana mereka menyatakan kemungkinan saya melakukan pusingan U namun, jika difikirkan kembali, bagaimana saya boleh memecut dengan kadar segera dalam tempoh seminit selepas membuat pusingan U,” katanya.

Sinar Harian/-


Dua Pelajar Maut, Motosikal Masuk Longkang

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

IPOH 28 FEB : Dua pelajar terbunuh apabila motosikal yang ditunggangi mereka terbabas dan tercampak ke dalam longkang di kawasan Kampung Tersusun Aatin Sungkai, 100 km dari sini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata, mangsa yangn terbunuh dalam kejadian pada pukul 1 petang semalam, penunggang motosikal Mohd Amirul Asraf Osman, 15 dan pemboncengnya Mohd Azuan Nursimriyadi, 13.

Mohd Amirul meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala Mohd Azuan yang juga cedera parah di kepala meninggal dunia pada pukul 7.30 petang semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun, katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Abdullah berkata, kedua-dua mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungkai.

Kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Mohd Amirul di jalan kawasan kampung itu gagal dikawal lalu terbabas dan tercampak ke dalam longkang di tepi jalan sedalam dua meter.

Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami cedera parah dan penduduk kampung yang melihat kejadian tersebut membantu mengeluarkan mereka dari longkang sebelum dihantar ke hospital, katanya.

Tv Selangor/-

10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia.

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Berikut di Paparkan 10 Penyakit Keturunan Paling Menakutkan di Dunia.

10 - Botak.

Common dikalangan lelaki. Botak disebabkan oleh kerosakkan pada kod genetik kedua-dua ibubapa.

9 - Lactose Intolerance.
Tidak boleh minum susu.8
Jerawat. Kebanyakan remaja yang tumbuh jerawat dikaitkan dengan ibubapa mereka yang pernah mengalami masalah yang sama. Atau masalah kulit yang lain.

7 - Mempunyai Kembar.
Penyelidik Amerika mengatakan ibu mempunyai kod genetik yang mana membuatkan mereka menghasilkan telur dengan banyak (mereka yang belajar biology mungkin lebih arif perkara ni). Oleh itu, mereka berkemungkinan akan melahirkan anak kembar setiap kali mengandung (berbahaya dari segi social anak-anak bila dah besar, kewangan, keperluan asas mereka,etc..etc..)

6 - Penyakit Jantung.
Risiko mendapat penyakit jantung lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung, seperti darah tinggi.

5 - Obesity.
Obesity dikaitkan dengan kod genetik yang diwariskan daripada nenek moyang kita dahulu. Ia lebih kepada makan berlebihan kalau diikutkan statistik.

4 - Buli.
Genetik yang membuatkan seseorang itu ganas dikatakan diwarisi daripada ibubapa. Atau keturunan sebelumnya. Tetapi penyelidik menyatakan role genetik tersebut lebih mudah diwarisi oleh golongan wanita.

3 - Buta Warna.
10 juta orang di US sahaja tidak boleh membezakan warna merah daripada hijau. Buta warna lebih common dikalangan lelaki.

2 - Kanser Payudara.
Penyakit misteri kerana masih tidak diketahui puncanya. Lebih kepada wanita. tapi lelaki juga mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.

1 - Alcoholism.
50% kanak-kanak berisiko mendapat tabiat minum arak. Ingat lagi budak lelaki Indonesia yang masih hingusan merokok? Dia juga dikatakan minum arak. Syukur ia tidak terjadi Malaysia. Tapi dinegara-negara yang menjual arak secara terbuka mengalami masalah ini.

selatanonline

Masjid: Apa Najib kata jika hidup sezaman Rasulullah?

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat simpati dengan kejahilan pemikiran perdana menteri yang hanya menilai perjuangan Islam dengan jumlah masjid yang dibina.

Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman facebook merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun' yang memetik kenyataan Datuk Seri Najib sewaktu berucap di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau semalam.

Najib didakwa mempersoal adakah PAS memperjuangkan agama kerana hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan.

Dalam responsnya itu, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS membayangkan adakah Najib akan mengeluarkan kenyataan sama jika hidup di zaman Rasulullah s.a.w. di Madinah dahulu.

Ini kerana, pada zaman tersebut, baginda hanya membina sebuah masjid sepanjang 10 tahun memerintah Madinah.

"Saya membaca kenyataan Perdana Menteri Malaysia di dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.

"Terdetik di hati saya, jika beliau (Najib) berada di zaman Rasulullah s.a.w., adakah kenyataan ini juga akan dikeluarkan bila melihat Rasulullah s.a.w. hanya membina sebuah sahaja masjid sepanjang 10 tahun mentabdir Madinah?"soalnya.

Tambahnya, penilaian sebegitu juga telah mencerminkan pemikiran Najib yang diracuni fahaman sekular mirip pemikiran bekas Perdana Menteri Turki, Mustafa Kamal Antartuk.

"Wallahu'alam. Pemikiran ala Kamal Atarturk sukar dijangka...," tambahnya.

Dalam laporan akhbar pro Umno itu juga, Najib berkata rakyat tidak seharusnya melihat hanya PAS memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Tambahnya lagi, umat Islam juga tidak boleh mengukur keislaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah.

Harakahdaily/-

Hasanuddin : Masyarakat Kerdau Sudah Terima Pakatan Rakyat

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 28 FEB : Calon PAS di Kerdau, Hasanuddin Salim berkata, benteng Umno-Barisan Nasional hakikatnya sudah goyah di kawasan Dewan Undangan Negeri itu sejak pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Bercakap mengenai hal itu dalam segmen khas di Tv Selangor, menurut Hasanuddin, masyarakat di Kerdau kini lebih terbuka dalam menerima pandangan parti lain selain Umno-BN yang menakluk pemikiran mereka sejak sekian lama.

Hakikat itu katanya harus diakui oleh Umno-BN.

" Kalau dulu masyarakat di sini mereka begitu tertutup untuk menerima pandangan dari parti-parti selain daripada Umno-Barisan Nasional tetapi dalam pilihan raya 2008, kita hampir boleh berjumpa, berbincang dengan masyarakat termasuk ketua-ketua masyarakat yang mereka ini kelihatannya bersama dengan Umno-Barisan Nasional tetapi kini kita boleh berbincang," katanya.

Menurut Hasanuddin, hubungannya yang rapat dengan penduduk sekitar Kerdau yang rata-ratanya punya talian persaudaraan dengannya menyebabkan masyarakat setempat senang untuk berkongsi masalah yang dihadapi.

" Bagi golongan muda, mereka sebenarnya ketandusan atau pun tidak ada tanah untuk mereka duduki dan tidak ada kawasan perumahan khusus buat mereka. Generasi kedua dan ketiga di kawasan DUN Kerdau ini majoritinya menumpang di rumah orang tua masing-masing dengan sebahagiannya yang bekerja dengan kerajaan ,mungkin boleh membuat pinjaman perumahan tetapi bagi yang bekerja sendiri mereka berhadapan dengan masalah," tambah beliau.

Menurut anak kelahiran Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh, keadaan ini menyebabkan generasi muda yang ingin memulakan kehidupan baru sedikit terganggu.

Sementara itu, menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula, walaupun pilihan raya kecil yang bakal berlangsung pada 6 Mac ini kelihatan tenang, namun Umno-Barisan Nasional dilihat bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kerusi itu sehingga menggunakan seluruh jentera yang ada.

" Yang pelik di Kerdau ini ialah pejabat agama, seluruh kadi daerah diarahkan datang ke Kerdau, seorang kadi jaga satu masjid, kadi yang sepatutnya jaga satu daerah, tinggal jaga satu masjid untuk pastikan bahawa kononnya masjid itu akan disalahgunakan dan sebagainya.

" Saya fikir, apa yang penting dalam konteks ini ialah, mereka dipaksa oleh ketua jabatan, oleh Umno yang berkuasa, tinggal tangggungjawab asasi dan datang ke sini menyebabkan berlaku kelompongan tugas mereka," jelas Tuan Ibrahim.

Malah menurut beliau, media milikan Umno digunakan sebaiknya untuk terus mengaburi mata rakyat selain menyajikan gula-gula politik kepada rakyat.

Diskriminasi terhadap calon-calon Pakatan Rakyat dan juga pemimpin-pemimpin gagasan itu juga terus berleluasa sama ada dalam pilihan raya kecil atau umum.

" Kalau pun keluar gambar, mulut bercakap tetapi suara tidak ada. Dan ini biasa dibuat. Kalau kita lihat bagi konteks Kerdau, yang paling ketara di Felda-felda ialah seluruh jentera felda digunakan. Bahkan lebih malang lagi pengurus-pengurus digunakan, mereka diarah untuk datang ke Kerdau untuk menjaga setiap blok," tambahnya.

Namun menurut Tuan Ibrahim, walau apa pun yang berlaku, perjuangan tetap diteruskan dan beliau yakin, rakyat semakin matang dalam membuat keputusan.

" Walaupun orang kata Pakatan Rakyat mungkin tidak ada isu yang boleh dibawa di Kerdau, tetapi rakyat boleh menilai setiap hari siang dan malam, jalan baru diturap, pelbagai projek diberikan dalam tempoh ini yang menggambarkan bahawa sebenarnya banyak isu yang berlaku di sini, yang perlu kita bongkar dalam tempoh tujuh hari ini.

Pada 6 Mac ini, Hassanuddin akan berdepan dengan calon BN,Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44. Syed Ibrahim adalah naib ketua Umno bahagian Kuala Krau dan merupakan pegawai khas kepada menteri besar Pahang.

Hassanuddin sebelum ini tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Datuk Zaharuddin Abu Kassim. memperolehi 4,135 undi.

Tv Selangor/-

Umno patut malu bercakap soal Melayu

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN, 28 Feb: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata sepatutnya pemimpin Umno kena merasa malu untuk bercakap soal Melayu yang tertinggal pada hari ini.

“Mereka kena ambil cermin menyuluh kembali muka mereka siapa yang menjadikan Melayu di negara ini merempat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Umno yang menjadi tulang belakang BN menjadikan isu Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu di negara ini kerana mereka sedar bahawa Melayu adalah tonggak kekuatan politik di negara ini.

Katanya, Umno memainkan gendang yang sama untuk meletakkan bahawa Melayu dalam keadaan bahaya sejak pilihan raya umum 2008.

Seluruh dunia, katanya maklum bahawa sememangnya pemimpin Umno suka Melayu mengemis dan jahil, kerana akan menjadi ulam untuk Umno.

Tambahnya, pemimpin Umno sedar pada hari ini yang menyokong mereka ialah Melayu subsidi dan Melayu yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sedangkan Melayu bandar dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat sudah tidak menyokong Umno.

Menurutnya, satu lagi golongan orang Melayu yang menjadi ‘simpanan tetap’ Umno dan stok penimbal ialah peneroka Felda.

"Sebab itu apabila masalah Felda dibongkar dalam media mengenai susut aliran tunai dalam masa 5 tahun sejak Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai Felda telah menimbulkan kemurkaan pemimpin Umno," katanya.

Katanya, mereka marah kerana bangkai gajah sudah tidak dapat lagi disembunyikan, dengan kewangan yang ada pada Felda pada tahun 2004, RM4.08 bilion telah susut kepada RM1.35 bilion iaitu merosot sebanyak RM2.73 bilion.

Bagaimanapun, ujarnya tidak dinafikan bahawa Melayu adalah kaum pribumi di negara ini dan semua pihak mengakui hal itu.

Tambahnya, atas kesedaran ini semasa kemerdekaan negara semua kaum telah menerima hakikat tersebut.

"Sebab itu Pakatan Rakyat (PR) menggariskan akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai," ujarnya.

Selain itu, ujarnya PR juga melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Menurutnya lagi, PR sebulat suara juga bersetuju untuk mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Beliau berkata, atas asas itulah Pakatan Rakyat menerima ketetapan bersama, kerana ia merupakan perkara asas dalam pembentukan sebuah negara yang akan diperjuangkan Pakatan Rakayat.

Oleh : Ahmad Danial.

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..

Oleh : PieLan

Jawapan kepada Zambry: Siapa sebetulnya celaru dan lupa diri ?

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Apabila membaca kenyataan Menteri Besar kudeta Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir seperti yang disiarkan dalam Sinar Harian edisi Perak hari ini dengan mendapat liputan muka hadapan yg dipetik sebagai berkata " DAP yang akan menggantikan Pas, bukan parti itu akan menggantikan UMNO", saya merasa sangat terkejut dan hairan dengan kenyataan yang tidak berasas itu .

Malah saya melihat bagaimana Dr. Zambry sudah kehabisan modal dengan mengeluarkan kenyataan yang lucu dan pelik itu.

Menurutnya juga ahli UMNO tidak pernah malu untuk mengaku sebagai bangsa Melayu tetapi ada parti yang malu untuk mengaku mereka adalah bangsa Melayu.

Persoalannya siapakah yang sanggup mengaku dirinya UMNO dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa UMNOlah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa melayu dan agama Islam.

Tuduhan Zamry dalam ucapannya yang mengatakan PAS menghadapi kecelaruan pemikiran yang keterlaluan sehinggakan sanggup untuk tidak mengaku bangsa sendiri adalah tuduhan yang memperbodohkan dirinya sendiri .

Mana ada pemimpin PAS yang tidak mengaku dirinya Melayu, dan apalah le ihnya mengaku sebagai Melayu kerana bangsa bukan merupakan penyelamat sehingga ke liang kubur.

Disdut lain sedarkah Zambry sebagai seorang Islam bahawa tidak adda ajaran memperjuangkan bangsa, apa lagi mempertahankan UMNO yang mempergunakan perjuangan bangsa demi untuk merAih sokongan orang Melayu.

Suka juga saya ingatkan kepada beliau untuk merujuk dari mana asal usul keturuna ibu bapa dan nenek moyangnnya. Malah sekiranya dia sedar siapakah dia yang sebenar atau dia sudah lupa asal usulnyan maka Zambrylah yang sebetulnya yang celaru dan lupa diri.

Dakwaan Zambry yang berkata Pakatan seolah-olah hanya tidur sebantal tetapi mimpinya berlainan adalah dakwaan usang yang mengambarkan ketakutan BN kepada kesepakatan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang lebih baik dari BN.

Konvensyen terbaru PR yang diadakan pada penghujung 2010 sebenarnya menafikan kenyataan Zambry itu. Malah tawaran 100 hari yang dikemukakan dalam konvensyen itu merupakan hujah kuat bahawa PR sudah bersedia untuk mengantikan BN di Putra Jaya

Zambry yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berucap kepada ahli UMNO yang hadir pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kenyataan Media/28 6eb 2011.

Drs. Khalil Idham Lim
Ketua Penerangan PAS Perak.

Benarkah Malaysia adalah Negara selamat serta paling kurang jenayah?

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 28 Feb. : Pergolakan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan beberapa Negara timur tengah telah membuka mata dunia mengenai peranan suara rakyat, tidak terkecuali kepada rakyat di Malaysia, demikian kata ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Beliau menyatakan, BN tidak perlu gentar sekiranya dikatakan PAS sering menyampaikan informasi kepada rakyat Melaysia tentang protes rakyat di timur tengah.

Tambahnya, PAS cuma menyamaikan berita tentang situasi terkini rakyat di Mesir, tidak lebih dari itu, ia sekadar bersifat percambahan maklumat berita dunia.

“PAS hanya menggambarkan betapa pemimpin di Mesir ditolak rakyat kerana telah berlaku ketidakadilan saban tahun malah puluhan tahun.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mengatakan PAS juga sekadar menyatakan ciri-ciri pemerintah yang patut ditolak rakyat, hal ini perlu diketahui oleh mereka yang mempunyai pemimpin.

Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, jika BN merasa ada persamaan dengan Rejim yang dimasudkan, muhasabahlah diri di setiap kali mesyuarat kebinet.

Khalil juga menasihat, BN perlu muhasabah serta hitung semula berapakah jumlah wang rakyat yang telah dibazirkan untuk kepentingan beberapa kerat elit Umno BN, “rakyat tidak sebodoh yang anda sangkakan,” ujarnya lagi.

Selain itu, jelas Khalil bahawa PRU13 pasti menjelang dan beliau menasihatkan supaya BN bersiap sedia dengan gelombang kebangkitan rakyat era teknologi maklumat.
Dalam pada itu , Khalil membidas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin mengatakan Malaysia adalah Negara selamat serta paling kurang jenayah.

“Satu lagi pembohongan yang jelas terhadap rakyat,” tegasnya.

Menurut fakta yang diterima, Malaysia merupakan sebuah negara yang berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan, Negara masih belum lupa dan tidak akan lupa terhadap kes pembunuhan jutawan kosmetik sosilawati dan 3 rakannya yang disifatkan antara yang terkejam.

“Saya boleh sebut satu persatu jenayah berat yang berlaku dalam tahun 2010, mengapa Menteri yang dilantik rakyat berbohong mengenai fakta sebenar? Rakyat perlu tolak penipu sebegini dan PRU 13 adalah medan terbaik rakyat untuk memilih pemimpin yang membawa gelombang Malaysia yang selamat,” katanya ketika mengakhiri sesi temu bual.

Oleh : Hafizi Pauzi.

Senarai Jenayah 2010 membuktikan kenyataan Awang Adek bohong.

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Kes jenayah yang disesnaraikan dibawah membuktikan kenyataan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin mengatakan Malaysia adalah negara selamat serta paling kurang jenayah adalah satu putar belit dan pembohongan

Disini saya senaraikan sedikit dari senarai panjang kes jenayah yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun 2010:

a. Ustazah Norliza Ishak 35,(yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 - Port Dickson)

b. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain (juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010 - Kuala Lumpur)

c. Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya (Muhaimi Sautar 33, pada 24 Ogos 2010 - Kota Bharu)

d. Noraini Ahmad, 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam, ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010 - Sungai Petani).

e. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera parah di bahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 Ogos 2010 - Hulu Terengganu)

f. Ilya Nabilah Rosnata, 19, ditemui mati dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman pada bahagian dadanya , dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum dijumpai terapung di Sungai Bagan dan tangannya diikat pada sebatang pokok 21 Julai 2010 - Pulai Chondong, Machang.

g. Pengawal Keselamatan dibunuh dengan kejam dalam satu kejadian di Pekan Batu 9. Mangsa dipercayai telah dilanggar terlebih dahulu dan kemudiannya tangan kirinya dipotong dengan sebilah parang pada 4 Julai 2010 di Kajang.

h. Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh, 53, ditemui mati berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala sehingga terkeluar otaknya dan tiga tikaman di dada kiri di atas tilam dalam sebuah bilik di rumahnya pada 1 Julai 2010 di Selayang.

i. Siya Pandian, Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak mati ditembak di bahagian kepala dan dadanya di hadapan kedai mencuci kereta miliknya pada 15 Mac 2010 di Langkap Teluk Intan, Perak.

j. K. Haresarren 18 bulan mati selepas mengalami keretakan tulang rusuk , hatinya pecah dan lebam di seluruh tubuh kerana didera teruk pada 3 Mac 2010 di Petaling Jaya.
k. Pada 25 Februari 2010 , Syafiah Humairah 3, mati dipukul, disepak dan dipijak di Shah Alam

l. Atan Daud, 90, Sutiah Katas, 80, Ismail Awang, 76, dan Siti Khatijah Ismail, 22, ditemui terbunuh dengan begitu kejam pada 5 Januari 2010 di Gemencheh.

YB. Drs. Khalil Idham Lim

Lima penunjuk perasaan terkorban

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Sekurang-kurangnya lima terkorban selepas pasukan tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan serangan terhadap penunjuk perasaan, Jumaat lalu.

Saksi menyatakan kejadian itu berlaku selepas penunjuk perasaan melaungkan slogan antikerajaan di daerah Fashloum, yang terletak di timur Tripoli.

Pasukan tentera Gadaffi turut menahan beberapa ahli kumpulan parti pembangkang dan aktivis Islam, Mokhtar al-Mahmoudi, Khamis lalu.

Sebelum ini, Mokhtar pernah dipenjarakan selama lapan tahun pada 1998 kerana mempunyai didakwa mempunyai hubungan dengan gerakan Ikhwanul Muslimin.

Jumlah penyokong Gaddafi dilihat semakin berkurangan di negara itu.

Harakahdaily/-

Necmettin Erbakan mentor pemimpin gerakan Islam

25 Rabiulawal 1432H. [MOD]

KUALA LUMPUR, 28 Feb: PAS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah semalam.

"Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh-Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

(GAMBAR FAIL: Erbakan (kanan sekali) dalam satu majlis makan bersama para tetamu satu perhimpunan. Turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, no 3 dari kanan).

Katanya, Necmettin adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga 1997.

Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.

AL FAATIHAH.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS
Harakahdaily/-

Saman ekor: Ketahui hak anda

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.

Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara.

Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A.

Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku.

Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Cara Mengajarkan Orang Bisu dan Tuli

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Dijawab oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazrahimahullah

Pertanyaan:

Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Jika saudara lelaki saya bisu dan tuli, tidak bisa mendengar ataupun berbicara dan tentunya tidak mengetahui sedikitpun tentang shalat, puasa dan zakat. Hukum-hukum Islam maupun Al-Qur’an tidak dikenalnya sedikitpun. Bagaimana cara membimbingnya ?

Jawaban:

Orang ini harus diperlakukan sesuai dengan kadar daya tangkapnya, dengan isyarat contohnya, karena dia masih bisa melihat. Dia perlu diajari shalat dengan peragaan walinya atau orang lain shalat disampingnya dengan isyarat agar dia meniru gerakannya dan penjelasan waktu-waktu shalat dengan metode yang dia pahami, atau mengajarinya shalat setiap saat dengan peragaan ketika diketahui bahwa dia berakal.

Jika mampu menulis, maka dia diajari secara tertulis materi aqidah Islamiyah, rukun Islam dan disertai penjelasan makna kandungan dua kalimat syahadat. Demikian halnya dengan hukum-hukum Islam lainnya, dijelaskan lewat tulisan. Seperti hukum shalat, wudhu, mandi besar, penjelasan seputar waktu, rukun dan wajibnya shalat, hal-hal yang disyari’atkan dalam shalat, penjelasan shalat sunnah rawatib, shalat dhuha, witir dan lain-lain yang dibutuhkan oleh seorang mukallaf dengan harapan dia bisa memahaminya lewat tulisan.

Intinya, ketika diketahui bawa dia berakal dengan cara apapun, maka dia termasuk kategori mukallaf jika sudah akil baligh dengan salah satu tandanya yang sudah diketahui, dan terikat dengan aturan-aturan yang mengikat orang mukallaf sesuai dengan kadar ilmu dan kemampuannya.

Tapi jika ternyata kondisinya menunjukkan bahwa akalnya tidak berfungsi, maka dia tidak memiliki tanggung jawab, karena dia bukan mukallaf, sebagaimana dijelaskan dalam hadits shahih.

“Artinya : Catatan amalan ditiadakan atas tiga golongan : anak kecil sampai dia baligh, orang pingsan sampai siuman (sadar) dan orang tidur sampai dia terjaga”

[Majmu Fatawa wa Maqalitin Mutanawwi'ah, 5/281]

Kedah, P.Pinang, Kelantan, Pahang… Terengganu bila?

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Ucapan tahniah dan terimakasih kepada kerajaan Kedah, Kelantan, P.Pinang dan Pahang yang peka dengan permasalahan pelajar yang dibawa pulang dari Mesir baru-baru ini. Apabila pihak Universiti di Mesir telah membuka pengajian mereka pada Mac dan awal April ini, menyebabkan ibu-bapa pelajar yang mempunyai permasalahan kewangan terkial-kial untuk menghantar segera anak-anak mereka.

Apabila pihak kerajaan PR telah mendahului untuk menghantar percuma pelajar ini kembali meneruskan pengajian mereka. Secara tak langsung para ibu-bapa menarik nafas lega. Ini termasuklah negeri P.Pinang yang tiada seorang pun orang cina dan india yang belajar di Egypt tetapi Kerajaan pimpinan Lim Guang Eng yang dilabelkan sebagai rasis, anti melayu dan anti Islam telah mendahului untuk meringankan bebanan keluarga pelajar di Universiti Al-Azhar.

Negeri-negeri lain pimpinan UMNO-BN macamana? Kenapa lembang sangat pimpinan UMNO ni?

petik daripada blog Ustaz Saiful Bahri

Kumpulan Pertama 98 Rakyat Malaysia Tiba Dari Libya

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEPANG, 28 Feb (Bernama) -- Kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 98 orang tiba dari Libya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pagi ini.

Mereka tiba pada 6.25 pagi menerusi pesawat komersial Penerbangan Malaysia (MAS) MH 015.

Yang turut menyambut ketibaan mereka ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot.

Rakyat Malaysia dibawa pulang ke tanah air ekoran krisis yang sedang berlaku di Libya.

Riot kemudiannya memberitahu pemberita dua orang daripada kumpulan tersebut adalah pelajar yang menuntut di Universiti Dakwah Islamiah Libya, enam orang pegawai kedutaan dan selebihnya para pekerja di Libya.

Kementerian Luar masih belum dapat mengesan tiga lagi rakyat Malaysia yang berkerja di Libya, katanya.

"Kita dalam usaha mencari dan menghubungi mereka. Kita tidak dapat mencari lokasi mereka sekarang. Kita tahu bahawa mereka masih berada di Libya berdasarkan laporan yang diberikan oleh ahli keluarga mereka. Tetapi di mana mereka berada, kita masih tidak tahu," katanya.

Riot berkata kumpulan kedua yang terdiri daripada 32 rakyat Malaysia yang kini berada di Rome, Itali akan tiba Rabu ini.

Tv Selangor/-

Dilema Melayu kerana tolak Islam

25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Ma

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990 adalah tercatat dalam sejarah. Hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat. Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?

Kita sedang menyambut maulud Nabi Muhammad SAW maka kita sepatutnya mengambil ajaran Nabi, iaitu mengajar kita menjalin persaudaraan dan berkasih sayang. Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita.

Bila sebut kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam. Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama. Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat.

Islam meletakkan asas, iaitu masing-masingnya tidak boleh dendam kesumat dan dengki mendengki. Inilah kelebihan Islam yang tidak mengajar kita menghina satu-satu bangsa. Malah Islam tidak membenarkan berlaku hina-menghina antara darjat satu-satu bangsa. Termasuklah si-kaya tidak boleh menghina si-miskin, kerana si-kaya adalah saudara dengan si-miskin.

Demikian pula, semangat persaudaraan dan tolong-menolong merupakan ajaran Islam yang menjamin kehidupan manusia, tidak kira bangsa apa sekalipun agar hidup dengan aman dan damai. Justeru semangat ini dipakai di dalam solat berjemaah. Dalam kaedah solat berjemaah, setiap orang tidak kira Melayu, Cina atau India asalkan Muslim, ia tetap layak atau boleh menjadi Imam solat jemaah. Hatta dalam masyarakat yang majoriti Melayu sekalipun, sesiapa sahaja boleh jadi Imam, tidak kira apa bangsa sama ada Cina atau India asalkan layak.

Demikian lagi di dalam ajaran Islam, sesiapa sahaja yang datang awal untuk solat berjemaah, maka dia boleh duduk (masuk) di saf depan. Ia tidak mensyaratkan semestinya bangsa Melayu sahaja boleh duduk di saf itu. Hal yang sama diajar oleh Islam, iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi khatib (berkhutbah) tidak kira apa bangsa sekalipun.

Apa yang penting seseorang itu boleh berkhutbah dengan memenuhi rukunnya seperti boleh baca al-Quran dan hadis serta berpesan-pesan dengan keimanan dan ketakwaan. Hal ini membuktikan kebaikan ajaran Islam dan cara-cara bagaimana Islam meletakkan titik persamaan antara bangsa-bangsa di dunia ini berasaskan prinsip kenal-mengenal dan bersatu padu serta ketakwaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita semua (al-Quran surah Hujurat ayat 13):

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kami berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Justeru itu tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam. Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.

Sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan “Allahu Akbar” maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India. Sementara di dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini. Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan di dalam kehidupan manusia.

Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat.

Namun timbulnya kegelisahan sehingga mencetuskan isu Melayu dalam dilema adalah kerana berpunca daripada ajaran Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa. Akhirnya ia menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri. Sedangkan di dalam surah Al-Fatihah (ayat 5-7) Islam mengajar kita agar memohon daripada Allah agar menunjuki jalan yang benar dan menjauhi jalan yang sesat:

Amatlah malang jika kita terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa, sedangkan ia bukan ajaran Nabi. Seharusnya kita tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah ini. Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular. Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit (mereka-reka berbagai-bagai hujah) hinggalah sanggup duduk di atas prinsip “agama lain (suku), politik lain (suku).” Lalu timbulnya ajaran yang asing dari Islam. Antara mengajar umat Islam supaya “tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat.” Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya “perkara politik itu disebut di luar masjid.”

Memahami maksud di atas, maka di dalam azan (seruan solat) telah mengandungi makna yang jelas. Betapa ajakan beramai-ramai ke masjid untuk solat jemaah itu sendiri adalah urusan politik. Arahan Bilal ataupun Imam supaya ‘perbetulkan saf’ juga suatu nilai penyatuan bersifat politik ketika memulakan solat.

Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan/musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia. Maknanya di dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik.

Maka terimalah perjuangan Islam, tinggalkan perjuangan sekular dan sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita. Hakikatnya kita adalah hamba-Nya yang wajib patuh dan taat kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Oleh :
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am PAS

27 Februari 2011

N.28 : Penduduk tegur MB agih Biasiswa Macam Angpau

24 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.

Tambahnya, wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar beberapa bulan lagi.

“Orang kampung jadi pelik bila MB agih duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.

“Tapi kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat seperti selalunya.

“Walaupun wang itu memang hak rakyat yang layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak dapat biasiswa,” jelasnya.

Kelmarin Adnan mengagihkan wang Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli dalam Dun Kerdau.

Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ. Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.

Abdul Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.

“Saya diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

“Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka mati.

“Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul,” ujarnya.

 Calon PAS, media tinjau kedhaifan pekan Kerdau

24 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
TEMERLOH, 27 Feb: Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kerdau, Hassanuddin Salim membawa wakil media yang berkampung membuat liputan pilihan raya di sini meninjau sekitar Pekan Kerdau untuk melihat kedhaifan pembangunan di situ.

Kata penyelaras lawatan tersebut, Hashim Abdullah di kesempatan PRK ini, beliau mahu pihak media sendiri menjadi saksi bagaimana tahap pembangunan di kawasan Kerdau yang kononnya dikatakan maju dan tidak ada masalah. (Gambar: Hassanuddin menyantuni penduduk di sebuah kedai kopi di pekan Kerdau.)

"Saya harap media melaporkannya untuk membuka mata pihak terbabit. Selama ini sudah lama orang Kerdau menagih pembangunan, tetapi tidak langsung di hiraukan," katanya.

Pekan Kerdau merupakan Pekan lama yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Temerloh atau 6 kilometer dari susur keluar Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Pekan yang terletak di antara laluan utama Temerloh-Jerantut ini pernah menjadi penting semenjak tahun 1930-an sehingga 1970-an.

Waktu itu keretapi merupakan perhubungan keperluan utama penduduk berurusan ketika itu.

Bagaimanapun apabila menyaksikan sendiri, pekan ini tidak ubah seperti pekan zaman 40-an, walaupun sudah lebih 50 tahun negara merdeka.

Salah satu lokasi dilawati oleh wakil media bersama calon PAS ialah stesen keretapi Kerdau yang semakin tidak berfungsi dan dhaif.

Sedangkan pernah satu ketika, stesen keretapi Kerdau merupakan antara yang penting kepada masyarakat setempat.

Kewujudan stesen keretapi yang terletak di laluan yang menghubungkan Singapura ke Gemas menuju ke Tumpat hingga ke Hatyai ini pada asalnya menjadi pemangkin kemajuan Pekan Kerdau kerana pekan ini menjadi salah satu tempat persinggahan keretapi untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Gambar: Hassanuddin dan wakil media meninjau stesen keretapi di pekan Kerdau.)

Malah, sejarah juga mencatatkan apabila Jepun menyerang Malaya melalui Kota Bharu pada 8 Disember 1941, menuju ke Singapura, Kerdau menjadi laluan dan persinggahan mereka.

Namun apa yang dilihat hari ini, stesen keretapi Kerdau sudah tidak lagi berfungsi sebagai perhentian utama.

Tiada kuanter jualan tiket di sini, yang ada hanyalah sebuah bangunan seperti pondok menunggu bas dan tandas awam yang tidak lagi boleh digunakan.

Manakala bangunan asal stesen keretapi ini hanya tinggal tapak yang dinaiki semak samun dan kelihatan sebuah rumah kayu terbiar yang dikatakan pernah menjadi kuarters para pekerja keretapi.

Menurut penduduk di situ, tidak ada usaha untuk memulihara stesen tersebut sama ada untuk tujuan memajukannya atau untuk mengekalkan kesan-kesan sejarah di situ.

Wakil media juga dibawa menyelusuri Pekan Kerdau yang sebahagian besarnya deretan bangunan kayu dua tingkat yang amat usang.

Jelas pekan ini amat ketinggalan, malah melihat aktiviti ekonomi melibatkan penduduk sekitar dan peniaga di situ tidak keterlaluan mengatakan pekan Kerdau tersisih dari arus pembangunan yang diwar-warkan oleh kerajaan kononnya sedang rancak di laksanakan ketika ini.

Walaupun Kerdau hanyalah sebuah mukim dan Dewan Undangan Negeri (Dun), namun dari segi sejarahnya bandar ini pernah menjadi tumpuan utama dan penting kepada penduduk di sini dengan dihuni oleh pelbagai bangsa.

Buktinya di Kerdau pernah diadakan pilihan raya majlis tempatan pada tahun 1959 bagi pentadbiran perbandaran.

Dari segi pendidikan pula, sekolah rendah yang sudah pun dibina oleh pemerintah Inggeris sejak 1906 di situ, menunjukkan masyarakat Kerdau sudah pun dianggap berpelajaran sejak dulu lagi.

Melengkapkan lagi pembelajaran warga tempatan, di situ juga ada pusat pengajian pondok Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd Arif (meninggal dunia pada 1978). Beliau merupakan anak murid dan juga menantu saudara Tok Kenali.

Menurut penduduk di situ, pekan Kerdau sebelum ini lebih hidup dan aktiviti ekonominya sangat berkembang.

Antaranya Pekan Kerdau dikatakan pernah menjadi tumpuan orang-orang Kampar yang datang dari Sumatera pada tahun-tahun 1920-an, mereka dikatakan telah membuka gedung-gedung perniagaan.

Selain itu, peniaga-peniaga Cina juga ramai datang menyewa tanah milik orang Melayu tempatan dengan mendirikan deretan kedai.

Pekan Kerdau juga menjadi makin maju selepas Jepun menyerah kalah pada 3 September 1945.

Di deretan kedai itu sudah menempatkan kedai barang keperluan, kedai kopi, tukang emas, tukang besi, tukang zink, tukang jahit mesin padi dan panggung wayang.

Di situ juga terdapat pekan sehari setiap hari Isnin di mana penduduk tempatan dan sekitarnya datang berjual beli dan bertukar barangan.

Bagaimanapun realiti hari ini, Kerdau tidak menunjukkan pernah wujud sebagai sebuah lokasi tumpuan dan maju satu ketika dahulu.

Kebanyakan penghuni di situ hanyalah orang-orang tua, yang banyak meluangkan masa di kedai-kedai kopi.

'Kerdau ini bandar orang pencen, budak-budak semua cari kerja di luar," kata seorang penduduk veteran yang ditemui di pekan itu.

Wakil media juga di bawa meninjau satu-satunya pusat kesihatan yang ada Kerdau.

Bukan sahaja kecil dan usang, sukar bagi sesiapapun untuk memikirkan bagaimana sebuah bangunan kayu yang menjadi tempat operasi pusat kesihatan ini masih di kekalkan untuk menampung hampir lima ribu penduduk di Kerdau.

Selain itu, tiada sebuah pun klinik swasta beroperasi di sini dan juga di seluruh Kerdau.

Kata Hashim, selain daripada pusat kesihatan ini, penduduk terpaksa pergi ke Temerloh untuk mendapatkan sama ada hospital ataupun pusat perubatan swasta di situ.

Di Pekan Kerdau juga, wakil media dibawa ke lokasi pembinaan kuarters anggota polis yang terletak bersebelahan dengan sekolah Cina.

Kuarters polis ini sebenarnya sebuah projek gajah putih di Kerdau, projek untuk membina tiga blok bangunan setinggi empat tingkat itu sebenarnya telah terbengkalai sejak 10 tahun lalu.

Lebih ironis lagi, para penduduk di situ selama ini telah mempersoalkan pembinaan kuarters yang begitu besar di Pekan Kerdau sedangkan anggota polis yang bertugas di situ hanyalah sekitar 13 orang.

Mengulas perkembangan di Kerdau, Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata masih terlalu banyak masalah rakyat setempat yang perlu dibangkitkan kepada kerajaan.

Malah beliau turut membidas sikap sombong Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang menyatakan tiada isu perlu dibangkitkan di negeri ini.

"Kami akan memberi maklumat ini (masalah-masalah rakyat) kepada Adnan untuk beliau jawab," tegasnya.

Tuan Ibrahim juga mengharapkan di kesempatan ini, rakyat Kerdau membuat pilihan bijak dengan memilih wakil PAS untuk mewakili mereka dalam Dun Pahang.

"Saya percaya Hassanuddin berkeupayaan untuk membawa suara rakyat Kerdau dalam Dun dan beliau akan menjadi suara pengimbang yang berkesan kepada kerajaan.

"Saya yakin beliau akan memikul tangungjawab untuk menegur serta membetulkan kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran negeri supaya kerajaan sentiasa berada dalam landasan yang betul," ujar Tuan Ibrahim.(HDaily)

Perhebat guna media baru

24 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
AYER KEROH - Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas perlu memperhebatkan penggunaan media baru sebagai medium menangkis tohmahan dilemparkan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas pusat, Idris Ahmad berkata, ini perlu dilakukan memandangkan media arus perdana, termasuk televisyen ketika ini dilihat sering memberikan laporan berat sebelah.

Menurutnya, Pas tidak mampu menandingi media arus perdana dan lantaran itu, perlu menggunakan media baru untuk meneutralkan segala dakyah yang disampaikan BN.

“Sebagai contoh isu fitnah. Sekiranya kita dapat memperbetulkan apa yang disebarkan, para pengundi pasti tidak akan kabur atau tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Sebab itulah kita mengharapkan rakan-rakan media kita akan dapat membantu memperbetulkan situasi yang ada ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa pertemuan dengan bloggers di sebuah restoran terkemuka di sini semalam.

Hampir 20 orang blogger, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Perak, Khalil Idham Lim turut hadir pada pertemuan itu.

Menurut Idris, pertemuan bersama blogger ini merupakan satu usaha ke arah membantu PR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Pasa masa sama, katanya, ianya juga bertujuan memperkukuhkan media baru PR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Di Merlimau sebagai contoh, kesedaran penggunaan Facebook dan Twitter adalah tinggi kerana ianya boleh kita gunakan untuk membantu dalam PRK ini,” katanya.

Menurut Idris, pada masa, terdapat beberapa usaha pihak kerajaan untuk menyekat media baru, terutama blog.

“Kita sudah ada OSA (Akta Rahsia Rasmi), ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan macam-macam undang-undang lagi.

“Kalau betul sesuatu blog itu memfitnah, ambillah tindakan terhadap empunya blog berkenaan,” katanya.

N.28 : Banyak isu pembangunan tidak selesai di Kerdau - Tuan Ibrahim

24 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
KUALA KRAU: PAS dan Pakatan Rakyat Pahang menyangkal kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob yang menyatakan kononnya tidak ada isu yang perlu dibangkitkan pembangkang dalam pilihanraya kecil di Dun Kerdau sedangkan terlalu banyak masalah yang berlaku kata Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Dun Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada media dalam sidang media hariannya di Markaz Induk PAS di Kerdau, pagi tadi Tuan Ibrahim mendedahkan terdapat banyak isu yang menyebabkan bandar Kerdau ketinggalan sejak puluhan tahun terutama dari aspek pembangunan.

Malah, lebih buruk lagi beliau mengkritik bagaimana berlakunya kelemahan perancangan dan pengurusan kerajaan menyebabkan adanya bangunan kuarters Polis yang terbengkalai dan kelihatan usang.

"Kita hairan bagaimana bangunan kediaman itu dibina cukup besar sedangkan jumlah keanggotaan Polis, saya difahamkan hanya berjumlah 16 orang. Ini menunjukkan kelemahan perancangan sehingga boleh membazirkan wang kerajaan," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim keadaan fizikal bandar Kerdau yang tidak ada pembangunan yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa telah membayangkan kepada kita akan kegagalan kerajaan bertindak sewajarnya.

"Saudara lihatlah bandar Kerdau yang tidak membangun sejak puluhan tahun, keadaan klinik kesihatan yang kecil dan tidak selesa ini membuktikan bagaimana kerajaan mengabaikan tanggung-jawab mereka," kata Tuan Ibrahim.

Selesai sidang media, para wartawan dibawa melawat pekan Kerdau bersama calon PAS, Hassanuddin Salim bagi membuktikan kenyataan yang dibuatnya.(N.28)

Tiada air sudah cukup tolak BN

24 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
TEMERLOH, 27 Feb: Masalah ketiadaan bekalan air bersih sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 53 tahun sudah cukup bagi penduduk Kampung Pulau Mandi Angin untuk menolak Umno BN.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, lebih malang lagi bagi penduduk di kampung berkenaan tidak mendapat bekalan air sekalipun hanya berjarak empat kilometer dari loji air Batu Sawar.

Beliau yang meninjau masalah penduduk di kampung hari ini menambah, para penduduk di situ semacam dipinggirkan oleh kerajaan BN untuk mendapat kemudahan asas walaupun dua orang Perdana Menteri adalah dari negeri Pahang.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sekadar melaungkan slogan ‘rakyat diutamakan’ tetapi nasib rakyat di negeri sendiri terabai untuk menikmati bekalan air bersih.

Baginya, masalah utama mendapatkan bekalan air itu tidak sewajarnya berlaku kepada penduduk berkenaan kerana kerajaan BN hari ini sering mendakwa prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

“Saya difahamkan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk itu akan diatasi malam tadi kerana mungkin disebabkan berlaku pilihan raya kecil di kawasan ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, rakyat seharusnya tidak termakan dengan janji Umno BN yang hanya berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat apabila tiba pilihan raya termasuk pilihan raya kecil.

Katanya, jika benar Umno BN mahu menyediakan kemudahan kepada rakyat seperti bekalan air, para penduduk di kampung berkenaan sudah lama memperolehinya, bukan sekadar dijanjikan pada kempen pilihan raya kecil ini sahaja.(HDaily)

N.28 : Sidang Media 27 Februari 2011

24 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
27 FEBRUARI 2011 | EDARAN MEDIA | KENYATAAN AKHBAR

1. PAS dan Pakatan Rakyat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan pihak keselamatan yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing sehingga berjaya menjadikan proses penamaan calon dapat berjalan lancar.

Kami juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kami kepada seluruh anggota penyokong PR dan juga pimpinan utama PR terdiri dari Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP, YB Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, YB Fauziah binti Salleh, Balasubramaniam Timbalan DHPP yang telah hadir memberikan sokongan yang tidak terhingga sehingga dapat menjayakan proses perarakan dan penamaan calon.

Kami juga mengalukan kehadiran pimpinan dan penyokong BN yang sama-sama membantu menjayakan proses demokrasi berpilihanraya bagi memberikan ruang kepada rakyat. Namun kami juga mengharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat menunaikan kewajipan mereka untuk memastikan proses pilihanraya dapat berjalan dengan adil, telus dan bebas.

2. PAS memilih saudara Hassanuddin Salim sebagai calon PAS kerana beliau telah berjaya dengan cemerlang mengurangkan majoriti undi BN yang begitu besar dalam percubaan pertamanya di DUN Kerdau pada pilihanraya umum yang lalu. Sebagai pengenalan kepada peribadi calon
Hassanuddin adalah anak tempatan yang telah mendalami banyak isu setempat di DUN Kerdau dan beliau juga amat dikenali oleh para pengundi.

Hassanuddin adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang yang amat arif dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat, sedangkan masih banyak isu setempat di DUN Kerdau ini yang belum mampu diselesaikan oleh kerajaan BN Pahang. Walaupun BN menang 13 kali PRU/PRK, di peringkat negeri Pahang kami melihat terlalu banyak masalah walaupun Menteri Besar, Dato’ Seri Adnan Yaakob menyatakan tiada isu yang perlu dibangkitkan. Ini akan kami dedahkan dari masa ke semasa untuk diketahui oleh rakyat terutamanya semasa pilihanraya kecil DUN Kerdau ini berlangsung.

Kami akan memberikan maklumat ini kepada Dato’ Seri Adnan Yaakob untuk dijawab supaya rakyat dapat melihat apa sebenar yang berlaku kepada kerajaan sepanjang pemerintahan Umno BN.

Kami juga percaya Hassanuddin berkeupayaan untuk membawa suara ini dalam Dewan Undangan Negeri Pahang dan berkemampuan menjadi suara pengimbang ‘check and balance’ bagi membetulkan kepincangan yang berlaku supaya kerajaan berada pada landasan yang betul untuk kepentingan rakyat dan negeri ini bagi faedah bersama.

3. Dalam tinjauan kami di semua peti undi sekitar DUN Kerdau ini, BN masih mengamalkan budaya menggunakan premis awam seperti balai raya dan balai penghulu di Kerdau ini.

Sedangkan kami menggunakan premis sendiri yang kami kutip dari sumbangan ahli kami dan sama sekali tidak menggunakan premis awam. Walhal, kami membayar cukai seperti ahli dan pemimpin BN juga.

Keadaan ini adalah tidak adil dan tidak sihat jika kita mahu melihat sistem demokrasi berpilihanraya berlaku dalam keadaan sihat dan bersih.

(Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man)
Naib Presiden PAS,
Pengarah Pilihanraya N28 Kerdau.

Najib didesak tarik balik tuduhan liar

23 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Beliau menyatakan sebagai merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan yang dibuat oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Jelasnya, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.

“Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, katanya Dr Yusuf Al-Qardhawi selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.

“Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir.

Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, katanya hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, beliau berkata Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menambah, malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

“Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir,” ujarnya.

Justeru, katanya kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik.

“Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

“Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran,” tegasnya. Harakahdaily/-

Ulasan Cina Islam :

Saya menyokong kenyataan Timbalan Presiden PAS, dan juga menganggap tindakan Najib dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggunjawab itu adalah gambaran wataknya yang sebenar kepada sesiapa sahaja yang tidak boleh menguntungkan UMNO dan BN.

Satu masa bila melihat dengan menganugerahkan kepada Yusof Qardhawi dengan anugerah boleh menguntugkan dengan menarik sokongan rakyat kepada UMNO lalu anugerah diberikan.

Tetapi beranikah Najib menzahirkan ucapannya dengan menarik balik anugerah itu, dan kalaulah Yusof Qardhawi diarahkan menghantar balik anugerah itu , diapun akan segera mengembalikan anugerah itu kerana ketokohannya bukan kerana anugerah dari malaysia.

Jauh dari itu ketokohan dan pengiktirafan dunia Islam kepada Yusof Qardhawi adalah kerana ia sentiada mengatakan yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tetap salah disisi Islam.

Yangt seronok saya nak dengar fatwa Qardhawi mengatakan undi UMNO dan BN adalah haram ...!

Tuduhan Najib memalukan umat Islam Malaysia

23 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Najib supaya meminta maaf secara terbuka kepada Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan.

Naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz merasa kecewa kerana ucapan tersebut lahir dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam.

DPPWP, katanya kesal bagaimana ucapan sedemikian lahir dari pemimpin negara terhadap tokoh ulama kontemporari yang menjadi rujukan dunia Islam itu, bahkan Malaysia pada tahun lepas telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh itu.

“Tuduhan dengan mengaitkan Prof Dr Yusof Al Qaradhawi sebagai pengganas adalah tuduhan berat yang tidak boleh diterima.

“Tuduhan ini juga memalukan umat Islam khususnya di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPWP, katanya percaya rakyat khususnya umat Islam amat menghormati Prof Dr Yusof Al Qaradhawi, serta kenal dengan peribadi serta doktrin ajaran beliau.

Tambahnya, ratusan bahkan ribuan anak murid telah beliau lahirkan dari Malaysia dan tidak pernah didengari ada kalangan muridnya yang terlibat dengan keganasan.

Selain itu, Perdana Menteri juga menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan.

Tambahnya, tuduhan itu sangat berat dan Perdana Menteri perlu buktikan bagaimana Ikhwanul Muslimin boleh terlibat dengan keganasan.

Ikhwanul Muslimin, ujarnya telah menyertai pilihanraya dan proses demokrasi di Mesir secara aman sejak sekian lama dan menjadi oposisi di bawah penerintah rejim Hosni Mubarak.

“Bagaimana Datuk Seri Najib boleh kaitkan pertubuhan ini dengan keganasan?” soalnya.

DPPWP percaya, Najib tidak membaca sejarah perjuangan gerakan Islam itu serta mengenali Prof Dr Yusof Al Qaradhawi secara lebih dekat.

DPPWP juga yakin, Perdana Menteri tidak diberikan nasihat yang betul oleh para penasihat agama beliau.

“Memang wajarlah Datuk Seri Najib bertaubat dengan segera, menarik balik ucapan beliau serta memohon maaf secara terbuka kepada Prof Dr Yusof al Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin,” ujarnya. Harakahdaily/-

Ulasan Cina Islam :

Begitulah pemimpin UMNO, selagi seorang itu boleh mengiakan tindakan dan bersikap seperti rentak yang dipalu oleh nya maka ulama itu akan diiktiraf dan malah diberi pengiktirafan dan anugerah temasuk Yusof Qardawi.

Tetapi bila Qardawi sudah bercakap dalam ruang lingkup mengugat kedudukan mereka termasuk pemimpin UMNO di Malaysia, lala ulama itu telah disifatkan sebagai penganas.

Jaip ambil alih sementara masjid di Dun Kerdau

23 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 27 Feb: Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengambil alih semua pentadbiran masjid dalam Dewan Undangan Negeri Kerdau daripada ahli jawatankuasa yang dilantik secara sah oleh anak-anak kariah.

Jaip dkatakan telah menghantar Pegawai Agama Islam Daerah ke setiap masjid dalam Dun Kerdau sebagai pegawai sementara masjid di situ.

Sementara itu, Harakahdaily turut mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut daripada Imam Masjid Desa Purun, salah sebuah masjid dalam Dun Kerdau, Ustaz Ahmad Nafiri Md Fauzi.

Kata beliau, AJK masjidnya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai JAIP bagaimanapun tidak ada sebarang arahan rasmi (bertulis) dikeluarkan.

"Saya diberitahu pegawai itu juga mengarahkan semua program kuliah yang telah (oleh AJK asal masjid) di atur dibatalkan," kata beliau.

Ditanya sehingga bila arahan tersebut, Ahmad Nafiri berkata beliau tidak diberitahu tetapi tidak menolak kemungkinan sehingga berakhir pilihan raya.

Dalam Dun Kerdau terdapat 22 buah masjid, antaranya Masjid Bandar Kerdau, Masjid Seri Ketumbit, Masjid Jengka 22, Masjid Jengka 23, Masjid Jengka 25, Masjid Rumpun Makmur, Masjid Teluk Sentang dan Masjid kampung Desa Purun.

Di Masjid Rumpun Makmur, hasrat beberapa AJK masjid itu untuk meminta Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat, kelmarin turut tidak kesampaian ekoran perkembangan itu.

Bagaimanapun mereka berjaya meminta Nik Aziz membaca doa dan menyampaikan tazkirah ringkas sejurus selepas sembahyang Jumaat selesai (gambar).

PAS dijangka akan memberi respons berkenaan perkembangan tersebut dalam sidang media sebelum tengah hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohammad dalam reaksi awalnya turut menyelar tindakan itu dengan menyifatkan merampas hak AJK yang dilantik oleh anak-anak kariah.

"Sepatutnya JAIP beri kepercayaan lah kepada AJK masjid-masjid tersebu menguruskan masjid mereka, kalau betulpun hendak ambilalih sementara berbincanglah dahulu dengan AJK untuk mendengar pandangan mereka, bukan dengan keluar arahan seperti sahaja," ujar beliau.

Harakahdaily/-

Ulasan Cina Islam :

Satu kejutan san suatu perkara yang baru berlaku dalam siri PRK sebelum ini tidak pernah berlaku. tindakan ini membuktikan campurtangan politik sempit UMNO bagi menghalang mesjid dari bebas menentukan programnya sendiri.

Saya yakin kembimbangan ini sangat menghantui UMNO dan BN kerana mereka tidak mampu untuk mengusai mesajid dari menghalalkan kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Rumah Allah selayaknya diberi kebebasan untuk ditadbir oleh anak-anak qariah yang dipilih oleh penduduk tempatan, bukannya oleh pihak luar yang bertopengkan pejabat agama sedangkan ianya saya yakin adalah satu arahan dari UMNO.

Demo Interlok: lebih 70, termasuk Uthaya ditangkap

23 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan.

Demonstrasi besar-besaran yang dijadualkan itu juga sebagai membantah novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan 'paria' yang dianggap menghina masyarkat India.

Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.

“Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih,” kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.

Adalah difahamkan perarakkan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Selain Uthayakumar, 17 lagi individu yang terbabit dengan perarakan itu juga dicekup oleh polis pagi ini - tujuh di KLCC manakala 10 lagi di Hotel Renaissance.

Identiti mereka belum diketahui.


Setakat jam 10 pagi tadi, dianggarkan tidak kurang 100 orang di beberapa tempat selutuh Kuala Lumpr telah ditankap.

Mereka yang dipercayai penyokong Hindraf, khususnya masyarakat keturunan India yang berjalan-jalan sekitar bandaraya dieriksa dan keudiannya ditahan.

Menurut orang ramai yang lau lalang, mereka ditahan dan beg mereka digelidah meskipun mereka tiada kaitan dengan perarakan berkenaan.


Sekitar jam 9.15 pagi, kira-kira 80 orang dalam beberapa kumpulan kecil antara 10 hingga 30 penyokong HRP dan Hindraf berarak dari Hotel Renaissance menuju ke KLCC, sambil menjerit 'Makkal Sakthi' dan beberapa slogan lain – semua mereka ditangkap di hadapan Hotel Maya.

Veeramani, seorang wartawan komuniti yang bermeja-T 'Citizen Journalist' dan juga seorang pemberita dariakhbar Tamil, Makkal Osai, adalah antara merekayang dicekup pagi ini.

Turut ditangkap adalah ketua HRP Kedah, Ramu Ramasamy dan seorang lagi pemimpin HRP Pla Pinang. Kedua-dua mereka dibawa ke ibu pejabat daerah polis Sentul.


Jayathas yang pada sebelah bagi membekalkan maklumat kepada wartawan berhubung perarakan hari ini juga dicekup padajam 10 pagi dan telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Jinjang.

Di sebalik kekecohan itu, sekupulan peljar yang mewakili Persatuan Pelajar Tamil Malaysia Berjaya mengadakan demonstrasi kecil di Jalan Mayang, off Jalan Ampang, berhampiran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia bagi membantah penggunaan novel Iterlk di sekolah. Mereka kemudiannya bersuraitanpa esiapun ditangkap.

Menjelang 10.20 pagi, keadaan sekitar KLCC dilaporkan tenang kembali apabila kebanyakan penyokong HRP dan Hindraf dilaporkan sudah melarikan diri ataupun ditangkap polis.

Mereka kemudiannya berkumpul di kuil Kootu Malai Pillayar Temple berhampran stesen bas Pudu dan puluhan peyokong mereka mejerit 'Hindraf Velga!'

Menurut sumber polis, idak kurang78 orang ditahan.

Sementara itu, jalan-jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak awal pagi ini telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu.

Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan alan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh.

Perarakan itu sepatunya bermula di KLCC tetapi rancangan mereka terpaksa ditukar kerana kehadiran jumlah polis yang agak besar pagi ini sekitar bangunan berkenaan.

Dianggarkan tidak kurang 200 anggota polis termasuk mereka yang tidak memakai pakaian seragam berada di lokasi berkenaan. Sebahagian besar mereka ditempatkan di antara Jalan Ampang - Avenue K dan bangunan berkembar Petronas.

Wartawan diberi arahan supaya tunggu di sebuah perhentian bas di KLCC, tetapi arahan itu seringkali tidak diendahkan apabila mereka mendapat tahu berlaku kekecohan di sesetengah tempat. Malaysiakini/-

Ulasan Cina Islam :

Saya masih rasa hairan bagaimana hak rakyat berbilang bangsa di negara malaysia yang kononnya mengamalkan demokrasi sudah menjadi "democrazy" di kalangan agensi kerajaan yang sering disalahgunakan untuk menlindungi kerja jahat UMNO dan BN.

Harapan saya semuga semua yang ditahan dibebaskan tanpa syarat kerana mereka sebetulnya ada hak sesuai dalam Perlembagaan Malaysia yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman dan tidak membawa senjata tajam.

26 Februari 2011

Salahkah Pas ubah nada perjuangannya?

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Sewaktu isu PAS mahu utamakan orang Melayu dimainkan media arus perdana, ramai yang bertanya kepada saya tentang pendirian Pas itu. Saya tidak berminat untuk mengulas isu itu kerana tidak tahu isu sebenar. Pada fikiran saya, sesuatu isu yang dimainkan oleh media perdana mengenai parti pembangkang, belum boleh dibuat pegangan. Mungkin ada udang di sebalik batu.

Hal ini berdasarkan pengalaman lampau. Yalah, kalau perkara itu betul dan menguntungkan parti pembangkang, buat apa disiarkan secara meluas. Mereka tentu sudah tahu, isu yang akan dimainkan itu boleh membawa kepada kemerosotan keyakinan orang Melayu kepada Pas. Tetapi mereka mungkin lupa, orang Melayu zaman sekarang bukan seperti orang Melayu zaman penjajah dahulu.

Walaupun saya tidak mahu mengulas secara rasmi, tetapi di dalam hati terdetik juga beberapa persoalan; salahkah pas menukar nada?; benarkah pas menukar nada?; betulkah tukar nada kerana kemerosotan pengundi Melayu?

Dalam mencari jawapan itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli, seperti yang disiarkan dalam Melaysiakini, menyebut petikan teks asal ucapan Nik Aziz yang antara lain menyebut: “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini".

Katanya lagi, akhbar Mingguan Malaysia sengaja membuat isu dengan membuang dan menambah perkataan dalam ayat di atas. Akhbar itu menyebut: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu." Dibuangkan agenda dakwah dan digantikan dengan perjuangan.

Ucapan Nik Aziz Nik Mat tersebut adalah ketika merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Dengan petikan ini, tidak salah lagi media perdana itu tersilap strategi dalam membuat laporan. Malah laporannya tidak menggugat keyakinan orang Pas terhadap partinya. Sebaliknya, orang Melayu yang di atas pagar pula hilang keyakinan kepada media perdana itu.

Walau bagaimanapun dalam mencari jawapan di atas, saya baru temuinya dan jawapan pada soalan tersebut adalah:

Secara ringkasnya saya berani tegaskan, memang tidak salah sesuatu parti itu menukar nada. Malah memang wajar kena tugar nada sesuai dengan perubahan zaman. Tidak mungkin sewaktu kanak-kanak nadanya sama dengan waktu dewasa dan tua. Dalam perjuangan mesti ada strategi yang perlu diubah.

Tetapi kalau nada itu dimaksudkan sebagai dasar, saya dapati tidak ada yang berubah lagi. Adapun “Mengutamakan Melayu” bukan dasar baru. Mungkin dalam perlembagaan tidak disebut Melayu, tetapi meletakkan perjuangan Islam tentulah merujuk kepada Melayu kerana waktu itu orang Islam adalah orang Melayu. Orang Cina dan India Islam masih belum ramai.

Akhirnya, pertukaran nada itu langsung tiada kaitan dengan kemerosotan undian orang Melayu kerana sokongan orang Melayu masih sama. Orang yang mahu perjuangan Melayu tetap berpihak kepada Umno, dan orang Melayu yang mahu perjaungan Islam tetap berada di pihak PAS. Yang berubah hanya orang yang di atas pagar.

Jadi, orang Melayu di atas pagar ini perlu diberi perhatian oleh pejuang-pejuang parti. Berikan perhatian serius kepada mereka dengan menjelaskan kepada mereka, mana lebih baik Melayu atau Islam. Alangkah baiknya kalau mereka menjadi orang Melayu Islam yang benar-benar takut kepada Allah.

Ulasan Cina Islam :

Satu pandangan yang baik dari Ust. Baei. Apapun saya kira UMNO cuba mengambil peluang untuk menunjukkan dialah jaguh sebenarnya kepada orang Melayu, namun realitinya dialah pengkhinat sebenar kepada agama Islam dan bangsa Melayu.

Mudah-mudahkan sikap hipokrit UMNO akan menjadikan dia terus terpinggir dalam arus politik tanah air.