23 Disember 2012

Kubur ‘diceroboh’ pencuri besi

9 Safar 1433H. [MOD] -



Ayub (kanan) menunjukkan kesan besi penambat pagar yang dipotong pencuri manakala Lamin (kiri) menunjukkan sebahagian pagar dawai yang runtuh.
KERIAN - Akibat sikap rakus pencuri besi menyebabkan berpuluh-puluh batu nisan dan binaan kubur di  tanah perkuburan Islam di Kampung Balik Bukit, di sini rosak dan ada yang musnah.

Kebanyakan nisan kayu dan binaan di sekeliling kubur di kawasan itu berusia lebih setengah abad kerana merupakan perkuburan nenek moyang sebahagian besar penduduk di sini.

Pencerobohan itu mengakibatkan sebahagian besar besi penambat pagar tanah perkuburan berkenaan ‘hilang’ kerana dicuri pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjualnya sebagai besi sekerap.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Tanah Perkuburan Islam Kampung Balik Bukit, Lamin Bakar, 80, berkata, kejadian itu berlaku sejak enam bulan lalu apabila pihaknya mendapati besi penambat pagar lesap satu persatu menyebabkan sebahagian pagar runtuh.

Menurutnya, setiap kali ke sini, ada sahaja besi yang hilang dan terdapat kesan besi berkenaan dipotong pihak tidak bertanggungjawab menggunakan mesin pemotong.

“Kejadian ini mengecewakan penduduk memandangkan pagar berkenaan baru dibina empat tahun lalu hasil sumbangan Umno bahagian Bagan Serai berjumlah RM20,000.

“Kini, sebahagian besar pagar kubur sudah runtuh malah batu nisan di sini juga rosak akibat dilanggar haiwan ternakan yang ‘menceroboh’ kawasan ini,” katanya.

Lamin berkata, selain masalah kecurian besi, Jawatankuasa Kariah Masjid Kampung Balik Bukit turut berdepan ancaman kecurian hasil sawit yang ditanam di tanah wakaf milik masjid bersebelahan perkuburan itu.

Jelasnya, masalah itu sudah berlarutan sejak enam tahun lalu dan sebanyak tiga laporan dibuat di Balai Polis Gunung Semanggol.

“Setelah jawatankuasa kariah masjid dikurniakan tanah wakaf seluas 1.8 hektar oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian sekitar tahun 60-an, kami memutuskan 0.6 hektar daripadanya dijadikan tanah perkuburan manakala selebihnya ditanam sawit bagi menjana pendapatan masjid.

“Kutipan hasil tanaman sawit itu digunakan untuk menjalankan aktiviti masjid dan jika sentiasa dicuri, bagaimana kami hendak menyalurkannya kembali bagi memperkasakan aktiviti kerohanian penduduk?” katanya.

Penduduk, Ayub Kassim, 83, berkata, pihak berkenaan perlu menjalankan kerja penyelenggaraan pagar baru segera di tanah perkuburan itu memandangkan ia digunakan penduduk lima kampung berdekatan.

Menurutnya, selain Kampung Balik Bukit, tanah perkuburan itu turut digunakan penduduk Kampung Batu 8, Kampung Batu 9, Kampung Batu 11, Kampung Jaya dan Taman Indah Jaya.

“Saya merayu jasa baik pihak berkenaan untuk menggantikan semula pagar dawai yang runtuh bagi memastikan keadaan tanah perkuburan itu terpelihara,” katanya.

Sumber: Sinar Harian.

Calon PRU13 ditapis SPRM sukar dilaksana

9 Safar 1433H. [MOD] -


Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM – Cadangan agar bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sukar dilaksanakan kerana faktor masa dan jumlah nama yang terlalu besar, melibatkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata, tujuan ke arah itu baik tetapi agar sukar untuk dilaksanakan.

"Kerajaan perlu memikirkan adakah ia praktikal untuk dilaksanakan atau tidak kerana ia memerlukan kaedah atau tatacara mengikut prosedur operasi standard SPRM,” katanya.

Menurutnya, mungkin SPRM menerima tuduhan sebagai ‘pilih bulu’ walaupun ia badan bebas.

“Tanggungjawab parti memastikan calon yang bertanding adalah bersih daripada rasuah. Pengundi mahu calon bersih,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, mencadangkan pihak kerajaan mewajibkan ahli politik mengemukakan senarai calon PRU13.

Johan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya dan dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU13.

Pandangan itu setakat ini menerima reaksi bercampur daripada parti-parti politik dan orang ramai

Sumber : Sinar Harian/-

Ulasan : 

Bagaimana pula calon bebas yang datang pada saat akhir menyerahkan borang pada hari pencalonan, apakah cara dan keadah siasatan yang perlu dilakukan oleh SPRM untuk menapis calon ini ?

Jangan layan individu minta maklumat kad kredit


9 Safar 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dari sebuah bank tempatan dan meminta pengesahan transaksi kad kredit atau berkaitan tunggakan kad kredit.

   
Pengerusi Biro Aduan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Wilson Lau Hoi Keong berkata ini kerana panggilan itu mungkin daripada anggota sindiket penipuan kad kredit.
   
"Modus operandi sindiket itu ialah dengan menelefon mangsa dan mendakwa  sebagai pegawai bank dan memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit yang perlu segera dijelaskan," katanya pada sidang akhbar di sini.
   
Beliau berkata pemanggil kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga atas alsan untuk melindungi keselamatan wang itu dan transaksi tersebut dirahsiakan.
     
Katanya, setakat ini, pihaknya menerima 18 aduan daripada mangsa penipuan sindiket itu.



Seorang ahli perniagaan, William Pheng, 39, yang hadir pada sidang akhbar itu, mendakwa beliau hampir terpedaya apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku pegawai sebuah bank.
   
Beliau berkata 'pegawai bank' itu memintanya mengesahkan transaksi kad kredit bagi pembelian barangan dari luar negeri.
   
"Saya menjawab bahawa saya tidak ada membuat sebarang transaksi berkenaan dan pegawai itu kemudian memberikan nombor lain untuk pengesahan. Apabila saya menghubungi nombor telefon itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit saya.
   
"Lelaki itu arahkan saya untuk memindahkan wang di kaunter kepada akaun pihak ketiga atas alasan memastikan wang saya dilindungi, dan meminta agar saya merahsiakan transaksi itu," katanya.
   
Pheng berkata beliau yang meragui permintaan lelaki itu menelefon Bank Negara, dan dimaklumkan nama lelaki itu tidak ada dalam senarai pegawai bank pusat tersebut. - Bernama

Singapura juara empat kali Piala AFF Suzuki

SKUAD Singapura meraikan kejayaan selepas menjuarai Piala AFF Suzuki di Stadium Supachalasai, Bangkok, malam ini. Singapura menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand menerusi agregat 3-2. - Foto Reuters

9 Safar 1433H. [MOD] -

BANGKOK: Singapura dinobatkan juara kali keempat dalam kejohanan Piala AFF Suzuki selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand menerusi agregat 3-2.


Perlawanan akhir pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Supachalasai menyaksikan pasukan pelawat menggunakan pendekatan bertahan selepas berbekalkan kelebihan dua gol atas kemenangan 3-1 pada pusingan pertama.



Walaupun Thailand mendapat gol awal pada penghujung separuh masa pertama iaitu minit ke-45 hasil jaringan K Keawsomba, ia gagal membantu pasukannya muncul sebagai juara Piala AFF Suzuki 2012.