29 Oktober 2021

Intipati Bajet 2022

 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Naskhah Teks Ucapan Bajet 2022 daripada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum pembentangan Bajet di Bangunan Parlimen, hari ini. -- foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Naskhah Teks Ucapan Bajet 2022 daripada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum pembentangan Bajet di Bangunan Parlimen, hari ini. -- foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan.

Agrobank tawar Dana Agromakanan Keluarga Malaysia bernilai RM110 juta

 

Ronald Kiandee (dua dari kanan menyerahkan replika cek kepada Pengerusi Agrobank, Datuk Mustapha Buang (tiga dari kiri). Turut serta Khadijah.

PETALING JAYA –  Agrobank menerusi kerjasama strategiknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukkan RM110 juta bagi kempen pembiayaannya yang dinamakan Dana Agromakanan Keluarga Malaysia.

Kempen pembiayaan tersebut ditawarkan bersempena konsep Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Oktober lalu.

Tangkap 5,797 ular dalam tempoh 10 bulan

 MOHD Rosman (kiri) memeriksa memeriksa peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan menghadapi MTL di Pejabat APM Terengganu di Kuala Nerus, semalam. FOTO GHAZALI KORI

MOHD Rosman (kiri) memeriksa memeriksa peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan menghadapi MTL di Pejabat APM Terengganu di Kuala Nerus, semalam. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Nerus: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu merekodkan 5,797 kes tangkapan ular dalam tempoh bermula Januari hingga Oktober tahun ini.

Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, ia membabitkan pelbagai spesies reptilia dengan ular sawa dan ular tedung senduk merekodkan jumlah tangkapan tertinggi.

Restoran seperti rumah agam usang di Rusia

 

REKA BENTUK restoran Le Courage yang kelihatan seperti rumah agam usang. - AGENSI

MOSCOW: Sebuah restoran di Rusia dilaporkan memiliki reka bentuk vintaj yang luar biasa apabila tempat itu kelihatan dalam keadaan rosak teruk seperti rumah agam  usang.

Lapor Oddity CentralLe Courage merupakan restoran moden dengan reka bentuk sangat unik yang terletak di Sankt Petersburg di Rusia. 

Wanita nyaris buang ‘berlian lama’, rupa-rupanya bernilai RM11 juta

 

BERLIAN 34 karat yang hampir dibuang oleh seorang wanita. - AGENSI

LONDON: Seorang pesara terkejut selepas mendapati barang kemas yang cuba dibuangnya ketika membersihkan rumah sebenarnya berlian bernilai 2 juta pound (RM11 juta).

The Mirror melaporkan, batu berlian itu dibeli pada jualan but kereta bertahun-tahun lalu oleh wanita berusia 70-an itu yang menganggapnya sebagai tidak bernilai.

Indonesia batalkan cuti Krismas, tahun baharu

 

KERAJAAN akan mengenakan sejumlah syarat bagi menghalang pergerakan orang ramai ketika cuti Hari Krismas dan Tahun Baharu 2022.-AFP

JAKARTA: Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy meminta orang ramai tidak membuat perancangan pulang ke kampung akhir tahun ini.

Lapor Kompas.com, pihak kementerian akan membuat peraturan ketat seperti tahun lalu bagi mencegah lonjakan kes Covid-19. 

Malaysia beli vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5 hingga 12 tahun

 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, liputan pemberian vaksin dalam kalangan remaja semakin meluas bagi membolehkan sesi persekolahan secara bersemuka dibuka secara selamat.

PETALING JAYA: Malaysia akan membeli vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, kerajaan akan mempertimbangkan pilihan vaksin lain seperti Sinovac untuk dimasukkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk kanak-kanak.

6,060 kes Covid-19

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,060 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,460,809 kes setakat ini.

PRN Melaka: PAS bincang keputusan UMNO, Ahad ini

 Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek

Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek

MELAKA: PAS akan membincangkan mengenai keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Ahad ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek, berkata setakat ini pihaknya masih belum boleh memberi maklum balas mengenai keputusan UMNO itu.

Konflik Sudan kian memuncak, lagi kematian dilaporkan

 Pasukan keselamatan Sudan melakukan kawalan. - FOTO AFP

Pasukan keselamatan Sudan melakukan kawalan. - FOTO AFP

KHARTOUM: Konflik di Sudan semakin memuncak semalam apabila pertempuran terus tercetus antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa oleh tentera.

Pihak perubatan mendakwa, sekurang-kurang seorang penunjuk perasaan maut, dalam keganasan yang memasuki hari keempat berturut-turut di Khartoum.

Hasil kajian Ivermectin dibentang minggu depan

 

KUALA LUMPUR: Hasil kajian ujian keberkesanan rawatan menggunakan Ivermectin ke atas pesakit COVID-19 akan dibentangkan kepada umum pada minggu depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam satu hantaran menerusi akaun Twitter, hari ini.

24 varian baharu dalam tempoh 9 hari di Kelantan

 

KOTA BHARU: Sebanyak 24 varian baharu dikesan di negeri ini iaitu 23 varian Delta dan satu varian Beta dalam tempoh sembilan hari sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata varian berkenaan dikesan hasil kajian berterusan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM).