29 Oktober 2021

Intipati Bajet 2022

 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Naskhah Teks Ucapan Bajet 2022 daripada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum pembentangan Bajet di Bangunan Parlimen, hari ini. -- foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Naskhah Teks Ucapan Bajet 2022 daripada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum pembentangan Bajet di Bangunan Parlimen, hari ini. -- foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan.

Sebanyak RM332.1 bilion disediakan dalam Bajet 2022, tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini

Kerajaan perkenal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) salur bantuan RM2,000 kepada isi rumah mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500

Di bawah BKM kerajaan beri bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM5,000.

Bantuan tambahan RM300 diberikan kepada warga emas menerusi BKM.

Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169, berbanding RM980.

Kerajaan sediakan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia untuk pimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak.

Sebanyak RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Kerajaan bercadang beri pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

Kerajaan bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula, perluaskan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin.

Kerajaan setuju sambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi maksimum empat tahun selepas tempoh khidmat wajib dua tahun.

Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta yang memberi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian.

RM70 juta diperuntukkan untuk pastikan isu kesihatan mental diberi keutamaan.

RM52.6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, manakala RM14.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Kerajaan setuju sediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, dijangka manfaatkan 3 juta murid yang layak.

RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM140 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.RM746 juta diperuntukkan untuk naik taraf sekolah-sekolah daif, sebilangan besar di Sabah (112 projek) dan Sarawak (165 projek).

RM50 juta diperuntukkan untuk memperkasa agenda pendidikan khas termasuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

Kerajaan teruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukkan RM400 juta.

Lebih 400,000 guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan dapat manfaat Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100.

Setiap pelajar B40 di IPT dibekalkan sebuah tablet menerusi inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia, libatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM450 juta.

Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet hingga 31 Disember 2022.

Diskaun bayaran balik PTPTN antara 10 hingga 15 peratus bermula 1 November hingga 30 Apil 2022.

RM6.6 bilion diperuntukkan untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

RM4.8 diperuntuk bagi melaksanakan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), jamin penyediaan 600,000 ribu peluang pekerjaan.

Kerajaan beri insentif 20 hingga 30 peratus daripada gaji bulanan kepada majikan yang ambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif berkerja.

Kerajaan beri insentif 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan RM1,200 ke atas kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU, Orang Asli dan banduan.

80,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan swasta ditawarkan menerusi inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).

RM1.1 bilion diperuntuk untuk pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan sasaran 220,000 pelatih.

Pelepasan cukai bagi perbelanjaan hadir kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 hingga 2023.

Potongan cukai dua kali kepada syarikat beri biasiswa kepada pelajar IPT dalam semua bidang pengajian.

Program Baucar Perlindungan Tenang untuk B40 dinaikkan kepada RM75, boleh diguna untuk beli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Jan 2022.

Skim MySalam diperluas kepada semua penerima BKM, manfaat tuntutan kos peranti perubatan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima.

Inisiatif i-Saraan diperluas kepada individu berumur 55 sehingga 60 tahun, babitkan peruntukkan RM30 juta.

RM80 juta diperuntuk di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.

Inisiatif perlindungan sosial negara di bawah Perkeso diteruskan dengan nilai caruman 80 peratus, manfaat diperluas kepada sembilan kategori termasuk artis.

Kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan Perkeso dinaikkan kepada RM550 akan bantu 56,000 isi rumah.

Pelepasan cukai hingga RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela.

Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM350 untuk galak pekerja swasta mencarum dengan PERKESO.

RM11.4 bilion diperuntuk bagi memperkasa Bumiputera.

RM1.5 bilion diperuntuk bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.

Pemberian khas sekali bayar RM500 kepada 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kafa.

RM200 juta diperuntuk untuk kaum Cina, RM145 bagi kaum India dan RM274 juta kepada komuniti Orang Asli.

RM10 juta disediakan untuk galakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan.

Kadar wang saku pelajar Sekolah Menengah dalam kalangan Orang Asli dinaikkan kepada RM4 sehari.

Geran RM6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga libatkan peruntukan RM50 juta, manakala RM 50 juta untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan PBT.

Semua syarikat senaraian awam wajib lantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita.

RM30 juta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan, pinda garis panduan benarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat satu pejabat.

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika hingga tahun taksiran 2023.

RM13 juta diperuntuk bagi memperkasa Bahagian D11 PDRM, 100 perjawatan baharu akan diwujudkan.

Tiada ulasan: