29 Oktober 2021

Agrobank tawar Dana Agromakanan Keluarga Malaysia bernilai RM110 juta

 

Ronald Kiandee (dua dari kanan menyerahkan replika cek kepada Pengerusi Agrobank, Datuk Mustapha Buang (tiga dari kiri). Turut serta Khadijah.

PETALING JAYA –  Agrobank menerusi kerjasama strategiknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukkan RM110 juta bagi kempen pembiayaannya yang dinamakan Dana Agromakanan Keluarga Malaysia.

Kempen pembiayaan tersebut ditawarkan bersempena konsep Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Oktober lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pelancaran kempen ini bertepatan dengan masanya kerana ia juga adalah selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang bertujuan untuk memacu pembangunan dan modenisasi industri agromakanan bagi tempoh 10 tahun akan.

“Dana Agromakanan Keluarga Malaysia akan disalurkan melalui dua program pembiayaan Agrobank iaitu Agromakanan (PENJANA), dengan peruntukkan dana sebanyak RM50 juta dan menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 dan kadar keuntungan serendah 3.5 peratus setahun.

“Dana Pembiayaan Agromakanan (DPA), dengan peruntukan dana sebanyak RM60 juta.

“ DPA menawarkan pembiayaan sehingga RM10 juta dengan kadar keuntungan serendah 3.5 peratus setahun bagi pembiayaan M10,000  hingga RM5 juta serta 4.75 peratus setahun bagi pembiayaan RM5 juta hingga RM10 juta,” katanya.

Beliau berkata dalam satu kenyataan bersempena majlis penyampaian replika cek di Ibu Pejabat Agrobank.

Turut hadir, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank. Khadijah Iskandar.

Tambah Ronald, kempen adalah sah sehingga keseluruhan dana berjumlah RM110 juta tersebut digunakan sepenuhnya atau sehingga 31 Disember 2021.

 KOSMO.

Tiada ulasan: