12 Ramadhan 1431H.
Oleh : md zainal mzd
“ Wahai orang-orang yang beriman, difardukan kamu berpuasa sepertimana orang-orang terdahulu dari kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa” Firman ALLAH swt..
“ Demi waktu Asar, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.melainkan orang-orang yang beriman yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” Firman ALLAH swt..
Hari ini sudah masuk hari yang kesepuluh kita mengerjakan ibadat puasa dan esok kita akan masuk ke peringkat kedua Ramadhan iaitu bahagian keampunan ALLAH swt. Renungkanlah diri kita apakah sepuluh yang pertama ini benar-benar memberi kita rahmat dan kesedaran kepada kita untuk mengabdikan diri kita kepadaNya.
Dalam ibadat berpuasa banyak pantang larang atau sempadan kelakuan kita yang perlu kita patuhi bukan sekadar tidak makan dan tidak minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja. Dengan menjaga pantang larang ini mudah-mudahan ibadat puasa kita tidak akan cacat atau sia-sia..
Di rumah kita, apakah kita menjaga mata, telinga dan anggota badan kita daripada yang tidak sepatutnya. Untuk memenuhi masa yang lapang adakah kita mengelakkan diri dari melihat skrin tv yang banyak menayangkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Tv bukan tidak baik tetapi pilihlah rancangan-rancangan yang sesuai samaada untuk kita ataupun nasihatkanlah anak-anak kita jika ada bersama. Memang menjadi dasar perniagaan semua rancangan TV akan berlumba-lumba untuk menayangkan rancangan yang diminati tetapi bukan semuanya sesuai, jadi terserahlah kepada kita untuk memilihnya.
Selain dari tv, banyak juga media lain yang perlu kita kawal penggunaannya seperti alat pemain video, komputer dan tidak terkecuali telefon bimbit bergambar yang kita gunakan. Kecanggihan alat-alat komunikasi ini amat membimbangkan pembentukan akhlak umat Islam generasi masa kini dan seterusnya masa hadapan.
Apakah kita menjaga mulut kita dari mengeluarkan kata-kata atau perbualan yang sia-sia apatah lagi kalau kita mencaci,.mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain. Lebih malang lagi apabila banyak bercakap kita boleh terlanjur untuk berkata atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan suruhan atau hukum yang ditetapkan ALLAH swt.
Bukan sahaja kita tidak membaca Al Quran, mentelaaah Hadith Rasulullah atau kitab-kitab agama tetapi kita pula banyak membaca bahan-bahan bacaan yang bertentangan dengan keperluan ibadat berpuasa kita.
Sepanjang masa kita berada di luar rumah untuk bekerja atau mendapatkan keperluan seharian elakkan melakukan perkara-perkara yang akan mengurangkan keberkatan puasa.. Janganlah kita bercampur-gaul dengan orang yang tidak perlu. Elakkan pergi ke tempat-tempat yang tidak sesuai yang boleh menambahkan dosa kepada mata kita. Sesama rakan, jangan bertutur kata-kata yang tidak baik atau sebagainya.
Apabila melakukan kerja, patuhi sepenuhnya masa bekerja dan buatlah secara ikhlas dengan sepenuh hati supaya rezeki yang kita dapat adalah diberkati ALLAH.
Pasar Ramadhan memudahkan kita untuk mendapatkan makanan atau keperluan tetapi hati-hatilah berbelanja jangan sampai membazir, dapatkan sekadar keperluan kita sahaja. Syaitan telah ditambat tetapi godaan nafsu akan menjadi lebih kuat untuk mempengaruhi kita. Bawa wang sekadar cukup untuk keperluan yang dicatatkan supaya dengan ini kita boleh mengawal perbelanjaan kita.
Kesalahan pada mata di Pasar Ramadhan cukup banyak kerana bukan sahaja orang Islam datang berbelanja malahan orang bukan Islam juga menjadikan pesta setahun sekali ini sebagai tempat tumpuan mereka mendapatkan makanan yang tidak ada pada masa yang lain. Pakaian sebahagian orang Islam pun banyak yang tidak sesuai apatah lagi pakaian mereka yang bukan Islam.
Oleh itu bersegeralah pulang ke rumah setelah selesai menjalankan tugas atau setelah mendapat segala keperluan. Berada lama di jalanan akan membuka ruang-ruang kepada melakukan banyak kesalahan dan perkara-perkara yang boleh mencacatkan puasa tanpa kita sedari.
Semoga catatan pendek ini dapat membantu kita semua serta keluarga memperbaiki diri dan menghayati Ramadhan dengan lebih sempurna.