19 Syaaban 1433H. [MOD] -
Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benarnya iaitu dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Muslimin yang dikasihi Allah,
Kini kita berada pada minggu ketiga di dalam bulan Sya’ban bermakna jika diizinkan Allah kita akan bertemu dengan Ramadhan tidak berapa lama lagi. Justeru itu kesempatan yang ada ini mimbar ingin mengajak hadirin sekelian menilai kembali tentang keimanan dan ketaqwaan kita bagi menghadapi Ramadhan yang bakal menjelma. Sesungguhnya iman dan takwa adalah unsur penting dalam diri dan jiwa seorang Muslim kerana jika salah satu atau kedua-duanya tiada pada diri atau jiwa seorang Muslim, maka tidak akan lengkap Islam seseorang itu dan tidak menepati ciri-ciri seorang muslim, maka tidak akan lengkap Islam seseorang itu dan tidak menepati ciri-ciri seorang Islam yang beriman dan bertakwa.
Iman ialah mengikrarkan kebenaran dengan lidah, membenarkan apa yang diikrarkan itu dengan hati, dan melaksanakan atau mengamalkan semua ajaran yang diikrarkan itu dengan bersungguh-sungguh dan berterusan selama hidup di dunia. Takwa pula ialah rasa takut dan khuatir dengan kepatuhan dan ketaatan melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi larangan-larangan-Nya.
Apabila kita amat-amati isi kandungan Al-Qur'an Al-Karim dipermulaan surah Al-Baqarah: iaitu dari ayat 1 hingga 5 Allah Subahanahu Wata'ala menjelaskan dua perkara iaitu iman dan takwa. Firman Allah Subhanahu Wata'ala tafsirnya:
الٓمٓ ﴿١﴾ ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣﴾ وَٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِٱلْءَاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ ﴿٤﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًۭى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ﴿٥﴾
"Alif Lam Mim, itulah kitab Al-Qur'an yang dibacakan oleh Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam yang tidak ada keraguan padanya tentang datangnya daripada Allah Subahanahu Wata'ala dan tentang kesempurnaan kandungannya. Ia adalah sebagai petunjuk ke jalan yang lurus bagi orang-orang yang hendak bertakwa dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib yang tidak kelihatan oleh mereka seperti hari kiamat, syurga dan neraka dan mendirikan sembahyang dengan sempurnanya dan membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami telah kurniakan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman dengan apa yang diturunkan Al-Qur'an kepada mu Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam dan beriman pula dengan apa yang diturunkan
(kitab Taurat, Injil dan Zabur) kepada nabi-nabi yang terdahulu daripada mu dan mereka penuh yakin akan adanya hari akhirat. Mereka itulah yang beroleh hidayah daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah yang akan mendapat kemenangan dengan dimasukkan ke dalam syurga dan selamat dari siksa neraka".
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi, dapat kita fahami bahawa takwa itu datang atau muncul dalam diri seseorang setelah adanya iman. Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa atau yang berusaha membentuk dirinya mematuhi perintah-perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi larangan-Nya kerana merekalah yang terutama sekali yang mendapat faedah dari petunjuk hidayah Al-Qur'an, disebabkan imannya dan takwanya. Sedang orang-orang yang kufur dan ingkar adalah sebaliknya.
Manakala perkara yang 'ghaib' itu ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera yang lima bagi manusia biasa, tetapi diakui serta diyakini dengan jalan perhatian dan fikiran yang berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna seperti wujudnya Allah Azzawajalla dan sifat-sifatnya, demikian juga malaikat, hari akhirat, syurga, neraka dan lain-lainnya.
Jika seseorang meyakini atau beriman bahawa Allah Subhanahu Wata'ala bersifat dengan Maha Melihat, sudah setentunya ia boleh menghindarkan dirinya dari melakukan kemaksiatan kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dalam jiwanya ada perasaan bahawa setiap tindakannya sentiasa di dalam pemerhatian Allah Subhanahu Wata'ala, yang demikian itulah dinamakan takwa.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Perlu diketahui bahawa iman dan takwa itu perlu dipertingkatkan, ini kerana iman itu kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang, firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Anfaal ayat 2 tafsirnya:
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَـٰنًۭا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾
"Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gembiralah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, bertambah kuat iman mereka dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal".
Sebagai Muslim kita hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita. Diantara jalan untuk meningkatkan iman dan takwa itu ialah dengan memperbanyakkan ucapan Lailahaillallah sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadis Rasulullah saw. maksudnya:
"Dari Abu Hurairah r.a.: Bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman-iman kami? Baginda menjawab: Perbanyakkanlah membaca Lailahaillallah". (Riwayat Al-Imam Ahmad)
Selain daripada memperbanyakkan menyebut Lailahaillallah, perlu juga diiringi dengan zikir-zikir yang lain. Di samping itu kita juga dianjurkan memperbanyakkan doa memohon agar ditetapkan keimanan dan ketakwaan kita, sepertimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah saw. dalam sebuah hadis maksudnya:
"Dari Abi Masud Radiallahu Anhu, bahawasanya Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya saya memohon petunjuk, mohon agar selalu bertakwa, memohon terjaga kehormatan diri dan memohon kekayaan kepadamu". (Riwayat Al-Imam Muslim)
Muslimin yang dirahmati Allah,
Perlu kita sedari bahawa dalam kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala, bukan hanya untuk diri kita sendiri, akan tetapi perlu juga diterapkan dan diajarkan kepada keluarga kita. Ingatlah! Bahawa Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan kita agar menjaga dan menjauhkan diri kita serta kaum keluarga dari terjerumus ke dalam api neraka, sebagaimana firman-Nya dalam surah At-Tahriim ayat 6 tafsirnya:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu berhala, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras dan kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan".
Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa sesungguhnya kehidupan kita ini cuma sementara, hanya iman dan takwa serta amal ibadah yang disertakan dengan mengharap keredhaan Allah Subhanahu Wata�ala sahajalah yang akan menjamin kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat kelak.
Sidang Jumaat dikasihi sekelian,
Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah Subahanahu Wata'ala, mudah-mudahan hidup dan mati kita sentiasa dalam keadaan beriman dan bertakwa dan seterusnya dapat berhimpun di syurga bersama-sama dengan para Anbiyaa dan orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anfaal ayat 29 tafsirnya:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًۭا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّـَٔاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ ﴿٢٩﴾
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala, nescaya dia (Allah) mengadakan bagi kamu petunjuk yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar".
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
الٓمٓ ﴿١﴾ ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾
(1) Alif, Laam, Miim. (2) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.