09 Julai 2012

Ceria tingkat kualiti masyarakat perumahan

19 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Secara amnya, skim baik pulih pangsapuri melalui program Ceria (Caring Government for Residents’ Improvement Aid) telah meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat perumahan bertingkat di Negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, antara kesan utama hasil daripada program itu ialah mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pihak Pengurusan Bangunan terutama Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) dalam membaikpulih harta bersama yang melibatkan kos yang tinggi seperti lif, bumbung, mengecat dan sebagainya.

Selain itu, katanya ia dapat mengeratkan hubungan kerjasama penghuni dengan pihak pengurusan (JMB dan MC), memulihkan keyakinan penduduk untuk membayar caj penyenggaraan kepada JMB atau MC; dan meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan penduduk di kawasan yang menerima bantuan baik pulih.

Jelasnya, setakat 22 Jun, sebanyak 69 pangsapuri telah dipilih menyertai skim Ceria.

“Sebanyak 26 kawasan telah siap dibaik pulih manakala 25 kawasan masih dalam proses kerja baik pulih,” ujarnya.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: