18 Ogos 2021

Tempoh serahan SD berakhir, tumpuan ke Istana Negara

 Istana Negara. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

Istana Negara. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Tempoh bagi 220 Ahli Parlimen menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan berakhir jam 4 petang tadi.

Pas sokong pencalonan Ismail Sabri sebagai PM baharu

 

Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan kesemua 18 ahli Parlimennya menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui selepas selesai mengadakan pertemuan bersama pimpinan UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Rabu.


Pertemuan khas Raja-Raja Melayu bincang calon PM Jumaat

 Istana Negara. - Foto BERNAMA

Istana Negara. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu Jumaat ini bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan.

525,111 vaksinasi harian, hampir 29 juta dos diberi sehingga semalam

 

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

PETALING JAYA: Jumlah vaksinasi harian terus mencatatkan angka melebihi 500,000 dengan 525,111 dos direkodkan semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 184,972 adalah dos pertama, manakala 340,139 dos kedua.