20 Oktober 2021

Kilang belacan, tauhu ‘bernajis’ tikus diarah tutup

 

Kilang memproses belacan dan tauhu di Pulau Pinang diarah tutup selepas pemeriksaan mendapati ia dicemari najis tikus. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) mengarahkan kilang memproses belacan di Sungai Puyu dan tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, ditutup dua minggu selepas didapati kotor termasuk dicemari najis tikus.

Hujan ais sebesar saiz buah mangga landa pekan di Australia

 Hujan ais sebesar 16 sm dilaporkan melanda Brisbane. - FOTO Agensi

Hujan ais sebesar 16 sm dilaporkan melanda Brisbane. - FOTO Agensi

Brisbane: Sebuah bandar tropika di utara Australia dilanda hujan ais dianggarkan sebesar saiz mangga atau limau gedang, sehingga menghancurkan cermin kenderaan penduduk.

Ais berkenaan berukuran lebih 16 sentimeter (sm), kata Biro Meteorologi Australia.

Harga petrol, diesel kekal

 

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan mengekalkan harga petrol RON97 dan RON95 serta diesel bermula dari 21 hingga 27 Oktober depan.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.87 seliter, manakala petrol RON95 kekal kekal RM2.05 seliter.

Kes kekal bawah 6,000

 

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,516 kes baharu dilaporkan hari ini iaitu kekal di bawah 6,000, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,407,382 kes.

Inilah kejayaan kita – Presiden PAS

 

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: PAS menganggap penyatuan parti politik di bawah Gagasan Sejahtera, Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah kejayaan dalam usaha penyatuan parti politik Islam di Malaysia.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata usaha menyatukan orang Islam bukan satu kerja yang mudah memandangkan orang Islam telah lama dipengaruhi fikiran penjajah.

Kempen Emas 2 Kilo Bank Rakyat

 HADIAH berupa dua kilogram emas bernilai lebih RM500,000 ditawarkan kepada 101 pemenang.

HADIAH berupa dua kilogram emas bernilai lebih RM500,000 ditawarkan kepada 101 pemenang.

Kuala Lumpur: Bank Rakyat sekali lagi melancarkan Kempen Emas 2 Kilo yang berkonsepkan Gadai dan Menang bermula 15 Oktober 2021 hingga 15 Januari 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, kempen ini sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Ar-Rahnu selain menggalakkan pajak gadai berlandaskan syariah.

"Antara tarikan utama pada kali ini tiada had minimum dan tempoh gadaian bagi melayakkan pelanggan menyertai kempen ini.

"Jumlah keseluruhan hadiah berupa dua kilogram emas bernilai lebih RM500,000 ditawarkan kepada 101 pemenang iaitu satu kilogram emas bagi pemenang hadiah utama dan 10 gram emas setiap seorang bagi hadiah sagu hati untuk 100 pemenang," katanya.

Menurutnya, kempen itu bertujuan menyedarkan masyarakat mengenai nilai emas sebagai aset berharga dan boleh digadaikan untuk membantu usahawan menangani situasi pasca pandemik Covid-19.

"Pembiayaan Pajak Gadai-i dapat membantu lebih ramai usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan serta sebagai alternatif pembiayaan berupaya membangunkan perniagaan individu, khususnya usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui aliran tunai segera," katanya.

hmetro/-

A380 akan digunakan untuk laluan KL-Singapura

PESAWAT A380 Singapore Airlines. FOTO AFP
PESAWAT A380 Singapore Airlines. FOTO AFP

Singapura: Mulai November 2021, Singapore Airlines akan menggunakan pesawat A380 untuk penerbangan yang mengambil masa hanya 60 minit.

CNN melaporkan ia akan digunakan untuk penerbangan tertentu bagi laluan Singapura-Kuala Lumpur.

Mo Salah, Presiden Singapura antara Muslim berpengaruh dunia

 Mo Salah berada di kedudukan ke-41 dalam senarai individu Muslim paling berpengaruh dunia. - FOTO Agensi

Mo Salah berada di kedudukan ke-41 dalam senarai individu Muslim paling berpengaruh dunia. - FOTO Agensi

Amman: Presiden Singapura, Halimah Yacob kekal disenaraikan dalam kalangan 50 individu Muslim paling berpengaruh di dunia buat lima tahun berturut-turut.

Halimah berada di kedudukan ke-36 dalam senarai berkenaan yang dikeluarkan The Royal Islamic Strategic Studies Centre yang berpangkalan di Amman, Jordan melalui penerbitan Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2022.

Penduduk gempar gajah liar ceroboh kampung

 

Gajah jantan yang dianggarkan berusia 10 tahun kelihatan berkeliaran di Kampung Sungai Taron di Setiu, Sabtu lepas, menurut Perhilitan. (Gambar Perhilitan)

KUALA NERUS: Penduduk Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit di sini gempar apabila seekor gajah liar menceroboh kawasan kediaman mereka.

Seorang penduduk Mazlan Mat Jusoh, 53, berkata, kehadiran gajah yang merosakkan kereta dan merobohkan pagar rumahnya itu disedari isterinya Wan Rasyidah Wan Yusoh kira-kira 6.20 pagi semalam.

70.6% populasi negara terima vaksin lengkap Covid-19

 

Sebanyak 106,858 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, menurut CovidNow.

PETALING JAYA: Sebanyak 70.6% atau 23,052,952 individu daripada populasi negara sudah memperoleh vaksinasi lengkap menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat tengah malam tadi.

Menurut pangkalan data CovidNow, sebanyak 134,684 dos vaksin diberikan semalam, dengan 118,575 daripadanya adalah dos lengkap manakala 1,365 adalah dos penggalak dan 14,744 adalah dos pertama.

Saintis Australia temui cara kesan tahap Covid-19

 

Penemuan terbaharu itu akan memudahkan keputusan bagi rawatan hospital dan menganggarkan risiko kematian pesakit Covid-19.

SYDNEY: Saintis University of Queensland (UQ) menemui cara baharu untuk mengesan tahap kesihatan pesakit Covid-19 iaitu melalui kecergasan sel.

Agensi berita Xinhua melaporkan, menurut kajian diterbitkan jurnal EMBO Molecular Medicine, ia mampu memberi kesan besar dalam mengenal pasti dan perlindungan terhadap mereka yang berisiko diserang virus itu.

Endang Hyder lebarkan sayap seni ke Indonesia

 

Endang Hyder bermain biola ketika ditemui pemberita di Ipoh semalam. - Foto: Liyana Ramli

IPOH – Pemain biola professional negara, Endang Hyder sudah sedia melebarkan sayapnya ke negara seberang hujung bulan ini untuk menyiapkan rakaman album pertama.

Hujan lebat, ribut petir di 9 negeri

 

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melibatkan sembilan negeri tengah hari ini.

Hanya guru lengkap vaksin dibenarkan mengajar bersemuka

 

Radzi Jidin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah menetapkan bahawa hanya guru yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dan berinteraksi dengan murid.

Liverpool benam Atletico, Salah terus temui jaringan

 Penyerang Liverpool, Mohamed Salah meledak dua kali ketika saingan Liga Juara-Juara berdepan Atletico Madrid di StadiumWanda Metropolitano dekat Madrid. - Foto AFP

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah meledak dua kali ketika saingan Liga Juara-Juara berdepan Atletico Madrid di StadiumWanda Metropolitano dekat Madrid. - Foto AFP

MADRID: Mohamed Salah meneruskan prestasi baiknya awal pagi tadi dengan meledak dua kali ketika menang 3-2 mengatasi Atletico Madrid yang bermain 10 orang dan membawa Liverpool mendahului Kumpulan B Liga Juara-Juara.

Jangkitan sporadik tinggi berbanding kluster

 

PUTRAJAYA: Penularan kes sporadik bagi jangkitan COVID-19 di negara ini mengatasi kes yang berpunca daripada kluster iaitu sejumlah 6,531 kes dilaporkan dalam tempoh tujuh hari.

Kes sporadik ialah kes yang dikesan dalam komuniti namun tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.