20 Oktober 2021

70.6% populasi negara terima vaksin lengkap Covid-19

 

Sebanyak 106,858 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, menurut CovidNow.

PETALING JAYA: Sebanyak 70.6% atau 23,052,952 individu daripada populasi negara sudah memperoleh vaksinasi lengkap menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat tengah malam tadi.

Menurut pangkalan data CovidNow, sebanyak 134,684 dos vaksin diberikan semalam, dengan 118,575 daripadanya adalah dos lengkap manakala 1,365 adalah dos penggalak dan 14,744 adalah dos pertama.

Daripada jumlah pemberian dos vaksin itu, sebanyak 106,858 dos diberikan kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun melibatkan 8,129 dos pertama dan baki 98,729 adalah dos vaksinasi lengkap.

Pada masa sama, sebanyak 27,826 dos diberikan kepada individu berusia 18 tahun ke atas membabitkan 1,365 dos penggalak, 6,615 dos pertama dan 19,846 dos lengkap.

Ini menyumbang kepada sejumlah 48,181,111 dos yang sudah diberikan kepada populasi negara, termasuk 25,256,025 dos pertama dan 32,121 dos penggalak.

Setakat semalam juga, seramai 1,039,689 atau 33% remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah divaksinasi.

Lembah Klang terus mendahului negeri lain dengan merekodkan 85.6% kadar vaksinasi diikuti Pulau Pinang (76.8%), Labuan (76.3%).

Negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi terendah ialah Kelantan 53.5% diikuti Sabah (55%) dan Terengganu (61.6%).

FMT/-

Tiada ulasan: