10 Disember 2010

Pakatan lancar 'Ubah Sekarang' di konvensyen

04 Muharam 1431 H
Oleh:roslan mohd

Pakatan Rakyat akan memperkenalkan slogan terbarunya, 'Ubah Sekarang!' yang akan dilancarkan pada konvensyennya di Seberang Perai, Pulau Pinang, minggu hadapan.

Penyelaras pentadbiran konvensyen, Mujahid Yusof Rawa berkata slogan itu membawa lima mesej penting kepada rakyat.

Ia termasuk matlamat Pakatan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang bebas dari rasuah, telus dan mempunyai integriti.

"Kita mahu mendemokrasi dan membebaskan rakyat Malaysia dan membina persaudaraan di kalangan kumpulan berbeza bangsa kerana masyarakat kita sekarang ini tidak bersatu kerana ketegangan kaum dan agama,” kata Mujahid (atas, berbaju merah) kepada wartawan malam semalam.

"Namun, ini tidak bermakna kebebasan mutlak, kebebasan bermakna solidariti bukan anarki.”

Mujahid, yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata apabila Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan, usaha mereka adalah bagi menambahkan pendapatan rakyat kepada RM4,000 sebulan dan masyrakat Melayu pastinya mendapat manfaat.

Gabungan yang ditubuhkan selepas pilihan raya 2008 itu juga menjanjikan keadilan dan sama rata dalam undang-undang serta gaji minimum untuk pekerja.

"Kenapa slogan 'Ubah Sekarang?' Jika kita tidak ubah seklarang, kita hadapi risiko belia kita akan menganggur, gejala rasuah terus berleluasa dan retaknya perpaduan kaum di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama yang akan menjejaskan keseluruhan sistem,” katanya.

Konvensyen yang dijadualkan pada 19 Disember ini dijadual akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Konvensyen PR jangan layan isu perkauman

04 Muharam 1431 H
Oleh:Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Sepatutnya isu perkauman dengan segala rangkaiannya tidak wajar mendominasi pemikiran rakyat Malaysia, justru ada pelbagai masalah yang jauh lebih penting dan mendesak untuk segera diselesaikan.

Malaysia dengan masyarakat majmuknya sepatutnya menumpukan perhatian kepada masalah yang sangat mendesak – iaitu isu penting mengenai keadilan dan demokrasi, harga barangan yang terus meningkat,

isu rasuah yang sangat melemaskan, isu buang bayi, kes- kes jenayah yang terus meningkat, isu salah guna kuasa oleh pihak tertentu, isu pembaziran wang rakyat, isu projek mewah yang sama sekali tidak menguntungkan rakyat – kecuali segelintir golongan elit yang berkepentingan.

Juga isu kekurangan tenaga kerja tempatan, ke mana ‘hilang’ atau ‘bersembunyi’nya belia tempatan, khususnya belia Melayu yang kini tidak berada dalam pasaran kerja menyebabkan pekerja asing melimpah ruah di pasaran hingga mereka mendominasi bandar-bandar di hari-hari cuti umum dan banyak lagi isu.

Sepatutnya semua isu ini yang menjadi tumpuan pemikiran sesetengah rakyat justru semua masalah ini benar-benar menyentuh kehidupan rakyat Malaysia. Malangnya, hampir seluruh masa, tenaga dan pemikiran, malah wang ringgit dihabiskan untuk membincangkan isu perkauman ini.

Isu harga barangan naik sangat dirasakan oleh semua rakyat – tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain – kecuali golongan elit yang berkuasa, serta golongan korporat yang mewah, yang tidak pernah merasakan pedihnya berbelanja di pasar atau di kedai runcit.

Dalam masa yang sama bagaimana pemimpin politik boleh memiliki rumah seperti istana, kenderaan mewah yang memenuhi sekitar halaman rumah di lereng bukit, perabut rumah yang tidak terkira harganya yang dibeli di luar negeri, keluar negeri dengan berbelanja sesuka hati dan pelbagai lagi kehidupan mewah yang dipamerkan.

Dari mana mereka mendapat wang semewah dan sebanyak itu. Dalam masa yang sama, mangsa banjir di Kedah, Perlis, di Kelantan dan di tempat lain menitiskan air mata menyaksikan kemusnahan barangan mereka di samping bagaimana pula untuk mereka meneruskan kehidupan.

Para nelayan di Kuala Sedili, Kemaman, Kuala Kedah, Juru, Pantai Remis dan tempat lain yang menghadapi tekanan hidup begitu berat sekali mengeluh melihat harga barang yang terus menerus naik setiap kali pergi ke pasar atau ke kedai runcit untuk membeli beras, gula, tepung dan barangan keperluan lain. Semuanya ini adalah luka rakyat yang sangat memedihkan.

Oleh itu apa perlunya isu perkauman dimainkan dalam keadaan negara begitu banyak masalah yang tidak terselesaikan. Belum lagi masalah rasuah yang sangat menakutkan, demokrasi yang entah terumbang-ambing, gejala sosial – buang bayi, bersekedudukan, dadah dan bakal datang pula hub hiburan yang sangat menakutkan dan pelbagai lagi masalah.

Justru apa perlunya rakyat diasak dengan isu perkauman setiap hari yang dimainkan oleh media tradisional dan kata-kata pemimpin politik. Teriakan perkauman ini tidak menguntungkan negara yang sepatutnya kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

Malaysia, seperti kata pengarang Inggeris, Anthony Burgess, adalah bumi yang sangat subur. Katanya, campak saja benih di mana-mana akan tumbuh subur, pantai dan lautnya banyak ikan, negerinya indah, bergunung-gunang, pantai dan pulau-pulaunya cantik.

Demikian kaya dan suburnya bumi Malaysia ini.

Oleh itu dalam keadaan dan suasana begini mengapa masih lagi kedengaran teriakan perkauman, adu domba dan segalanya.

Lebih-lebih lagi semakin dekatnya Pilihan Raya Umum Ke-13, teriakan perkauman itu semakin nyaring dan amat menakutkan, sepergi ngaum singa dan harimau di hutan Afrika.

Sebab itu, pada pendapat saya Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke- 2 di Pulau Pinang 19 Disember ini sewajarnya tidak melayan teriakan isu perkauman yang merugikan ini. Konvensyen yang penting itu, yang mungkin terakhir sebelum PRU Ke-13 perlu hanya memberi fokas iaitu cara mana menawan hati nurani rakyat supaya menyokong Pakatan dalam pilihan raya nanti, agar dapat membuat perubahan untuk kebaikan rakyat.

Isu perkauman nampaknya lebih banyak ditujukan kepada penduduk luar bandar, yang jauh di pedalaman, yang tidak melayari internet dan saluran media alternatif. Golongan inilah sewajarnya diberikan tumpuan untuk menjelaskan kepada mereka akan tawaran Pakatan Rakyat jika memenangi pilihanraya nanti.

Kepada pengundi luar bandar hal inilah perlu diterangkan bezanya antara Umno/BN dan Pakatan Rakyat. Bagaiamana rakyat pelbagai kaum di negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat, dilayan seadil-adilnya dari semua segi bidang kehidupan.

Tidak dinafikan, antara masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dan mesti diselesaikan segera ialah soal membina rangkaian penerangan yang benar-benar berkesan dan ini mesti dilakukan sekarang justru PRU Ke-13 sangat dekat.

Sementara itu, seperti yang dinyatakan berulang kali, pendaftaran pengundi baru – khususnya di kalangan anak dan saudara mara serta sahabat handai warga Pakatan Rakyat mestilah juga disegerakan.

Tentu saja Konvensyen 19 Disember ini di mana Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebagai Pengarah Sekretariatnya menjadi perhatian oleh pelbagai pihak, sejauh mana ia menyusun jentera pilihan raya, melakar strategi dan manifesto, bagaimana ia membaca senario politik yang ada dan menanganinya.

Berhentilah membincangkan isu siapa Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan berkuasa, isu negara Islam dan hudud, isu pembahagian kerusi dan isu-isu yang boleh menjadi ‘bola tanggung’ kepada Umno/ BN. Isu ini sebenarnya boleh dibincangkan di peringkat dalaan dan tertutup, bukan diluahkan di depan media.

Harakahdaily/-

Protes naik harga, 3 pemimpin siswa ditahan

04 Muharam 1431 H
Oleh:Abdul Rahim Sabri & Lee Way Loon

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka mengadakan perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya duanya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri kini ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysiakini/-

Korea Selatan Miliki Internet Tercepat di Dunia

04 Muharam 1431 H
Oleh:roslan mohd

SEOUL - Menurut analis, Korea Selatan dinilai memiliki akses internet tercepat di dunia, mencapai 12 megabits per second (Mbps).

Data dari perusahaan jaringan terbesar Akamai, yang dilansir melalui Big News Network, Jumat (30/7/2010), menemukan jika rata-rata kecepatan internet jaringan global hanya sekira 1,7 Mbps. Meskipun beberapa negara telah mengimplementasikan layanan internet tercepat..

Dalam temuan tersebut, kota Masan di Korea Selatan menduduki peringkat teratas untuk internet kecepatan tinggi dengan akses mencapai 12 Mbps. Di tempat kedua diisi oleh Hong Kong dengan kecepatan 9 Mbps, dan Jepang menyusul di posisi kedua dengan akses 7,8 Mbps.

Di posisi empat dan lima, masing-masing ditempati Romania dan Latvia dengan kecepatan yang sama, 6,3 Mbps.

Negara yang paling antusias dengan kecepatan internet broadband adalah Inggris. Namun dalam data yang dimiliki Akamai, negara tersebut menduduki posisi 27 di antara total 201 negara yang disurvei, dengan rata-rata kecepatan internet hanya 3,8 Mbps. Angka ini masih di bawah target yang dikalkulasi regulator Ofcon.

"Kecepatan 100 Mbps juga tersedia di Korea Selatan namun tarifnya belum bisa terjangkau oleh masyarakat karena mencapai ratusan dolar per bulan," ujar Kepala Marketing Akamai David Belson.

Berikut negara dengan internet tercepat di dunia,

1. South Korea 12Mbps
2. Hong Kong 9Mbps
3. Japan 7.8Mbps
4. Romania 6.3Mbps
5. Latvia 6.3Mbps
6. Sweden 6.1Mbps
7. Netherlands 5.9Mbps
8. Czech Republic 5.4Mbps
9. Denmark 5.3Mbps
10. Switzerland 5.2Mbps.

7 Masjid Berkubah Emas Di Dunia

04 Muharam 1431 H
Oleh:TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

1. Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina

Masjid Qubbah As Sakhrah atau di kenal dengan Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam bani Umayah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang selesai pada tahun 710M. Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al Aqsa. Sebahagian orang juga menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar.

2. Masjid Al-Askari di Samarra, Irak

Masjid Al-Askari merupakan masjid syiah yang di bangun pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Irak. Namun sayangnya masjid ini hancur pada bulan Februari 2006 akibat tidak langsung dari pencerobohan Amerika Syarikat ke Irak.

3. Masjid Suneri, Lahore, Pakistan

Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gubernur Lahore pada tahun 1753 M.

4. Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei


Masjid yang merupakan bagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang terbuat dari emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang asri ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih.

Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tamu negara. Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung bisa melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

5. Masjid Sultan Singapura


Tahun 1928, begitu mendapat wang dari Kongsi Dagang Inggeris sebanyak SGD 3000, Sultan Singapura langsung merenovasi sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan antara lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini segera menjadi masjid terbesar di Singapura, dari sekitar 80-an masjid yang ada.

Lain halnya di Singapura. Seberapa pun besar masjid dibangun di sini, tak 1 dB-pun bunyi adzan boleh dilantunkan. “Menganggu ketenangan,” kata seseorang. Meski muslim perlu pengingat solat yang unik seperti adzan, tapi kerana pemerintah tidak memahami kepentingan “adzan” maka adzan dilarang bunyi. Kerana minoriti maka muslim di Singapura diam saja. Diam juga pilihan dan mereka membunyikan adzan lewat speaker dalam ruangan masjid saja: tak sampai keluar.

Satu-satunya (mungkin) masjid yang boleh membunyikan adzan adalah masjid Sultan di sekitar Arab Street. Masjid Sultan adalah masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan national heritage. Oleh sebab itu, ia mendapat perkecualian.

6. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei

Brunei memiliki 2 masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah yang didirikan pertama kali. Mulai digunakan tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya terbuat dari emas 24 karat. Biaya pembangunannya menghabiskan USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali diperhitungkan sebagai salah satu bangunan terindah di dunia.

7. Masjid Dian Al Mahri di Depok, Indonesia

Masjid dengan kubah emas yang terbaru adalah Masjid Dian Al Mahri yang letaknya di Depok, Jawa Barat, tepatnya di Jalan Meruyung, Kelurahan Limo, Kecamatan Cinere, Depok. Masjid ini mulai di bangun pada tahun 1999, dan di rasmikan pada bulan April tahun 2006. Masjid ini merupakan milik peribadi dari Hajjah (Hj) Dian Djurian Maimun Al-Rasyid, seorang pengusaha dari Serang, Banten dan pemilik Islamic Center Yayasan Dian Al-Mahri.

Masjid ini luas bangunannya mencapai 8.000 meter persegi dan berdiri di atas lahan seluas 70 hektare. Secara umum, senibina masjid mengikuti tipologi arsitektur masjid di Timur Tengah dengan ciri kubah, minaret (menara), halaman dalam (plaza), dan penggunaan detail atau hiasan dekoratif dengan elemen geometris dan obelisk, untuk memperkuat ciri keislaman para arsitekturnya. Ciri lainnya adalah gerbang masuk berupa portal dan hiasan geometris serta obelisk sebagai ornamen.

Halaman dalam berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung 8.000 jemaah. Enam menara (minaret) berbentuk segi enam, yang melambangkan rukun iman, menjulang setinggi 40 meter. Keenam menara itu dibalut batu granit abu-abu yang diimpor dari Italia dengan ornamen melingkar. Pada puncaknya terdapat kubah berlapis mozaik emas 24 karat.

Sedangkan kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan masjid-masjid di Persia dan India. Lima kubah melambangkan rukun Islam, seluruhnya dibalut mozaik berlapis emas 24 karat yang materialnya diimport dari Italia.

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

04 Muharam 1431 H
Oleh:pastambun

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.

Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa ada penghujungnya.

Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ianya satu pintu ke neraka.

Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.Ketawa yang melampaui batas menjadikank ita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang.

Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawan escaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw.

Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

RAKYAT MESTI TOLAK UMNO BN, PEMIMPIN UMNO BN TIDAK SERIK UNTUK TIPU DAN BOLOT HARTA RAKYAT

04 Muharam 1431 H
Oleh:mohd hafez sabri

IPOH, 10 Disember, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menggesa supaya semua rakyat Malaysia melihat isu yang timbul sekarang ini sebagai sebab untuk menolak kerajaan yang dipimpin BN dan menukar kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Isu yang timbul kini seperti isu kenaikan harga minyak dan kes dakwaan rasuah bekas MB Selangor jelas menunjukkan bahawa BN menjadikan amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka sebagai satu peluang untuk mereka memenuhi kehendak hawa nafsu mereka. Ini cukup berbeza dengan kehendak Islam yang menyatakan bahawa jawatan merupakan amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT. di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak ada seorang hamba yang Allah SWT menyerahkan kepadanya urusan rakyat kemudian dia mati dalam keadaan ia menipu rakyatnya, melainkan haramkan ke atasnya syurga." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut beliau lagi bagaimanakah kerajaan BN boleh tergamak memunuhi kehendak nafsu mereka dengan memiliki rumah mewah yang bernilai berjuta-juta ringgit sedangkan rakyat ditindas dengan kenaikan harga petrol RON 95, kenaikan harga diesel, kenaikan harga gas LPG dan kenaikan harga gula yang dinaikkan oleh kerajaan sendiri.

Beliau menyatakan lagi, rakyat Malaysia sepatutnya menilai sekarang ini sejauh manakah pemimpin negara dan negeri mereka menjalankan amanah yang diberikan. Adakah mereka bersama-sama dengan rakyat menanggung kesusahan yang dialami atau mereka hidup senang-lenang? Adakah mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama-sama dengan rakyat atau mereka menjadikan amanah diberikan sebagai batu loncatan mereka?

Selain itu beliau mengajak rakyat Malaysia untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT kerana ia merupakan pintu terbukanya keberkatan daripada Allah SWT. lebih-lebih lagi dalam menghadapi zaman yang mencabar sekarang ini.

Beliau juga memetik firman Allah SWT bagi mengingatkan seluruh manusia akan pesan Allah SWT

" Dan kalaulah sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman dan bertaqwa nescaya kami akan bukakan pintu keberkatan ke atas mereka daripada langit dan daripada bumi tetapi mereka mendustai lalu kami berikan azab dengan sebab apa yang telah mereka kerjakan" (Surah Al-A'raf: 96)

Gembleng blogger Pakatan jadi media alternatif

04 Muharam 1431 H
Oleh:Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius terhadap peranan blogger pro Pakatan dalam menyebarkan maklumat yang tepat berhubung Pakatan dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan BN terhadap Pakatan.

Persiapan ini juga, katanya harus dilakukan segera memandangkan terdapat jangkaan PRU akan diadakan tahun hadapan.

Blogger pro Pakatan mestilah digembleng tenaga untuk menjadi media alternatif bagi menjawab serangan BN kepada Pakatan.

"Disebabkan gendang pilihan raya telah dipalu oleh BN, usaha tersebut mestilah disegerakan," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa kedudukan 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa ranking menunjukkan senarai blogger pro kerajaan mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pelayar internet.

Senarai ini menggambarkan blogger pro kerajaan kini berjaya mendominasi media baru dalam melancarkan serangan siber.

Khalil juga berkata, tidak dinafikan blogger pro kerajaan melancarkan serangan terhadap Pakatan secara tersusun dan berstrategi.

Justeru ujarnya, blogger pro Pakatan juga harus dibentuk dan disusun secara lebih teratur dan kukuh untuk membalas serangan itu.

"Saya dapati serangan blogger BN agak berstrategi dan semacam ada kesatuan dan perancangan yang rapi yang dilakukan oleh mereka.

"Kerana itu saya berpandangan usaha dari blogger pro Pakatan juga perlu dengan perencanaan dan strategi secara terancang bagi menawan BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambahnya juga, peranan blogger juga jelas membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas terutamanya menarik minat golongan muda.

Ini juga kerana blogger Pakatan lebih beretika dalam membuat sebarang pendedahan dengan memberikan bukti dan fakta yang jelas, bukan hanya memfitnah.

"Saya melihat semasa PRU ke 12 media pro pembangkang berjaya menarik minat golongan pengundi muda untuk mendapatkan maklumat

"Apalagi segala pendedahan dari blogger Pakatan adalah dengan fakta dan bukan niat untuk memfitnah serta menjaga akhlak Islam.

Katanya lagi, jika Pakatan mengambil ringan usaha ini, tidak mustahil golongan muda beralih kepada BN.

"Jika kita lambat dan silap percaturan mungkin mengakibatkan pengundi yang datang dari kelompok yang mempercayai media ini akan memilih BN," katanya.

Harakahdaily/-

Aktiviti ‘Curi Pasir’ Perlu Dikawal Di Negeri Perak

04 Muharam 1431 H
Oleh:YB V.Sivakumar

Pengambilan pasir yang berleluasa merupakan satu lagi fenomena yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh warga Perak. Aktiviti melombong pasir ini boleh membawa pelbagai masalah kepada ekologi mahupun sosio-ekonomi negeri Perak. Ini bukan perkara yang baru dibangkitkan. Malah, perbuatan pengambilan pasir secara haram merupakan satu aktiviti yang wujud kian lama.

Walau bagaimanapun tidak terdapat usaha dan ketegasan untuk membenteras aktviti ini. Dalam kata lain, pengambilan pasir secara haram ini bolehlah ditakrifkan sebagai ‘curi pasir’ Selagi pengambilan pasir dilakukan tanpa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ia haruslah dikategorikan sebagai aktiviti mencuri pasir.

Pihak kerajaan terutamanya Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah harus memikul tanggungjawab dalam membenteras aktiviti curi pasir ini. Lebih banyak operasi perlu dilakukan oleh pihak kerajaan negeri untuk membendung kegiatan haram ini. Pihak kerajaan juga harus memantau jumlah dan spesifikasi pasir yang dilombong oleh pengusaha-pengusaha.

Jika pihak kerajaan menangkap aktiviti perlombangan pasir yang dilakukan tanpa memenuhi syarat, tindakan tegas perlu diambil terhadap pengusaha-pengusaha yang terlibat. Kerajaan tidak boleh membiarkan khazanah negeri dicuri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum kelulusan diberikan untuk melombong pasir, laporan kesesuaian tanah dan laporan teknikal perlu diperolehi daripada agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat. Permohonan ini akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri . Pihak kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa meluluskan permohonan lombong pasir berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada. Oleh itu, jika berlaku sebarang aktiviti perlombaongan pasir yang tidak terkawal, maka itu merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, pengeluaran pasir di Negeri Perak bagi tempoh 2007 hinga 2009 adalah sebanyak 24.16 juta tan metrik yang melibatkan kutipan royalti berjumlah RM52.09 juta. Jumlah ini adalah jumlah yang diketahui oleh pihak kerajaan. Berapa banyakkan pasir yang telah dicuri diseluruh negeri Perak tanpa pengetahuan pihak berkuasa?

Laporan Ketua Audit Negara mengaku bahawa terdapat banyak operasi pengambilan pasir yang tidak memenuhi syarat permit dan kelemahan penguatkuasaan oleh agensi-agensi kerajaan. Menurut laporan itu lagi, terdapat banyak kes-kes pelanggaran syarat yang ditetapkan tetapi tidak ada pemantauan dan penguatkuasaan yang memadai.

Kita tidak boleh membiarkan kekhilafan ini terus berlanjutan di negeri Perak. Apakah tindakan yang diambil terhadap pihak-pihak yang melanggar syarat perlombongan yang ditetapkan.

Selagi pihak berkuasa negeri bersikap pasif menutup mata dan telinga dalam hal ini, ia akan membawa satu kesan negatif jangka panjang dari segi alam sekitar dan ketirisan hasil kerajaan negeri.

Mengutamakan sasaran Pakatan Rakyat

04 Muharam 1431 H
Oleh:Wan Hamidi Hamid

Walau dilanda kemelut politik dalaman, Pakatan Rakyat dilihat tetap utuh dan bersatu dalam usaha menggembleng tenaga bagi mengembalikan semula semangat persaudaraan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kemelut dalaman yang tak seberapa tetapi telah digembar-gemburkan oleh media arus perdana milik langsung dan tidak langsung Umno serta BN tidak banyak menggugat hati sanubari ahli serta penyokong Pakatan.

Malah, pengembalian semangat tsunami politik 2008 dijangka memberi nafas baru kepada Pakatan, terutamanya apabila Umno dan BN menyedari mereka juga mengalami masalah yang lebih besar.

Penyakit BN

Perdana Menteri sendiri tidak dapat lagi menutup pekung politiknya apabila terpaksa membuat pengakuan terbuka dalam konvensyen BN di ibu negara pada 5 Disember lalu dengan mendedahkan empat penyakit politik yang melanda gabungan pemerintah pusat itu.

Menurut pengakuan Datuk Seri Najib Razak, penyakit khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan telah melanda BN sebagai gabungan parti-parti yang sudah terlalu lama memerintah dan gagal muhasabah kelemahan diri.

Walau pun Pakatan tidak sepatutnya mengharapkan kelemahan musuh politik dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat, ia perlu menjadi hebahan kepada para pengundi yang selama ini dibekalkan dengan berita-berita berat sebelah dari media arus perdana.

Ini adalah kerana “keikhlasan” Najib dijangka tidak akan popular di kalangan para pemimpin Umno khususnya yang tidak pernah mengakui kelemahan diri dan sentiasa mencari alasan untuk menyalahkan orang lain apabila gagal memenuhi janji kepada rakyat, khususnya kepada orang Melayu.

Kesempatan ini perlu diambil oleh para pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menyampaikan kebenaran kepada rakyat. Apatah lagi, sewaktu konvensyen BN diadakan, pihak polis – untuk kesekian kalinya tanpa budi bicara – telah menghambur gas dan air pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan aman beribu-ribu rakyat di ibu kota yang menuntut hak air.

Kenaikan harga barang

Di sebalik janji-janji pembangunan dan projek besar untuk rakyat, kerajaan BN terus membiarkan harga petrol, gas dan diesel naik manakala gula yang menjadi keperluan harian juga melambung harganya. Alasan untuk memansuhkan subsidi sukar diterima kerana berbilion ringgit subsidi masih dikekalkan untuk membela kroni-kroni seperti syarikat-syarikat memonopoli industri-industri tertentu termasuk korporat pengeluar tenaga bebas.

Tanpa segan-silu, pucuk pimpinan BN masih mewarwarkan program ETP, GTP, PTP dan Model Ekonomi Baru yang kelihatan indah dan gah termpampang di muka-muka akhbar untuk memulihkan ekonomi negara.

Yang menjadi persoalan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama: mengapa program-program gergasi bernilai berbilion ringgit itu dicanangkan sebagai usaha pusat untuk rakyat sedangkan BN tidak mampu untuk menangani kenaikan harga barang-barang keperluan harian? Persoalan ini bukan sahaja timbul di kalangan penyokong Pakatan, malah ia menjadi tanda tanya di kalangan akar umbi di pihak Umno dan BN.

Sikap pelampau kaum

Malah, tindakan-tindakan melampau kumpulan ultra kaum yang berkait rapat dengan Umno juga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin dan penyokong komponen BN. Walau pun pemimpin mereka takut-takut untuk bersuara, di kalangan akar umbi komponen BN, mereka semakin meluat dengan sikap perkauman yang dibiarkan oleh Umno sebagai parti tunjang.

Sedangkan di pihak Pakatan, jelas kesepakatan – walau pun belum dalam konteks kebulatan suara – semakin terserlah apabila pimpinan dengan terang menolak perkauman dan ketuanan kaum. Sekali lagi, kelebihan berada di pihak Pakatan.

Di sini Pakatan Rakyat perlu menghimpun semula segala kekuatan intelek dan fizikal yang ada untuk mendepani isu-isu semasa di samping dasar-dasar jangka pendek dan panjang.

Dua keutamaan Konvensyen Pakatan

Dua perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah:

Memahami dan menangani masalah-masalah ciptaan BN yang membebankan rakyat dengan cara yang terbaik mungkin; dan
Berusaha untuk bertaut semula di kalangan kepimpinan parti-parti komponen yang sedikit-sebanyak terjejas dek pemilihan-pemilihan parti baru-baru ini.
Sebagaimana yang dipersetujui pucuk pimpinan Pakatan pada bulan November lalu, perkara-perkara ini akan dihalusi dan dicapai kata sepakat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu-isu yang akan dibincangkan termasuk soal air, tol, pelaburan, masalah pekerja, tanah Felda, Felcra dan tanah adat serta isu-isu hak Sabah dan Sarawak.

Perancangan Pakatan setakat ini berjalan lancar apabila Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat pada 29 November di Selangor telah mencapai kata sepakat menerusi tema “Meneruskan Cita-Cita rakyat” dengan menggariskan usaha-usaha jelas bagi memenuhi matlamat yang ditetapkan.

Iltizam negeri-negeri Pakatan

Tanpa menggunakan bahasa yang kabur, persidangan ketua-ketua negeri Pakatan itu telah beriltizam untuk:

Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;

Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;

Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara negeri Pakatan Rakyat;

Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;

Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;

Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat negeri dan daerah;
Menjamin ‘security’ makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak;

Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan; dan
Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Mungkin ada hikmahnya apabila Kerajaan Pusat menghadkan sumbangan kepada negeri-negeri Pakatan serta menyekat bantuan-bantuan yang biasa diberikan kepada negeri-negeri di bawah pentabdiran BN kerana ini memaksa kerajaan negeri Pakatan berhemah dan berhati-hati dalam belanjawan masing-masing.

Malah, tidak ada sebab untuk kepimpinan negeri membazir atau menyalahgunakan kuasa kerana sumber kewangan yang amat terhad.

Begitu juga, jika selama ini Pakatan Rakyat dihamburkan dengan kritikan tidak ada kejelasan perjuangan, kini komitmen yang diberikan oleh ketua-ketua negeri itu sedikit-sebanyak telah menjawab kecaman dengan mengemukakan perancangan untuk rakyat dalam masa yang terdekat ini.

Tidak mustahil komitmen itu bakal menjadi asas kepada manifesto Pakatan melalui komponen-komponennya PKR, PAS dan DAP dalam PRU akan datang. Tidak perlu menjanjikan projek-projek mega kerana rakyat lebih mudah yakin dengan perancangan dan jaminan yang pragmatik dan sederhana serta mampu dilaksanakan.

Bagi Konvensyen Pakatan Rakyat nanti, iltizam ketua-ketua negeri itu perlu diperjelaskan lagi untuk memudahkan kesinambungan kefahaman di kalangan rakyat, malah termasuk untuk mereka yang masih menyokong BN atau mereka masih ragu-ragu dengan kemampuan Pakatan.

Jangan buang masa

Paling penting, konvensyen itu nanti tidak perlu membuang masa dengan amalan ritual politik lama yang penuh dengan ucapan dan perbahasan berbunga-bunga penuh jerit-pekik yang hanya mengandungi retorika politik kosong.

Masa untuk syok sendiri sudah lama berlalu apabila tsunami politik 2008 tidak lagi menjadi kayu ukur semasa. Pergolakan politik dalaman dan luaran Pakatan harus menjadi teladan kepada para pemimpin, sama ada di peringkat atas atau akar umbi, untuk kembali melihat kumpulan sasar yang sebenar, iaitu pengundi.

Pemimpin dan bakal pemimpin yang mudah jatuh cinta dengan suara dan wajah sendiri akan turut terperangkap dalam penyakit yang dialami Umno dan BN sekarang - khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan.

Sasaran utama Pakatan

Sasaran utama – pengundi - perlu menjadi keutamaan. Bukan sahaja untuk mengembalikan keyakinan pengundi yang memilih Pakatan pada 2008 tetapi juga menarik sokongan pengundi baru serta mereka yang sudah mula gusar dengan Umno dan BN.

Jika sasaran ini dipaparkan dengan jelas dalam konvensyen Pakatan nanti, ia akan menjadi petanda positif ke arah persediaan rapi untuk menghadapi PRU yang dikatakan akan diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Ini amat penting kerana Pakatan Rakyat telah giat berkempen dan berjaya mendaftarkan begitu ramai pengundi baru dalam masa tiga tahun lalu. Sebagai sasaran, pengundi memerlukan maklumat yang lengkap dan fakta yang benar untuk membuat keputusan penting dalam menentukan masa depan negara.

Harakahdaily/-

Hampir 50% rakyat percaya gejala rasuah berleluasa

04 muharam 1431 H
Oleh:Aidila Razak

Hampir separuh daripada rakyat di negara ini yang dibanci dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa berpendapat gejala rasuah semakin berleluasa di negara ini.

Mengikut Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 oleh Transparency International, 46 peratus percaya amalan rasuah tahun ini adalah lebih tinggi daripada tahun lalu manakala 19 peratus berpendapat ia telah berkurangan dan 35 peratus lagi pula berkata keadaan tidak berubah.

Namun daripada 1000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam wawancara secara langsung daripada 28 Jun hingga 26 Julai tahun ini, hanya 9 peratus atau 90 orang mengakui telah memberikan rasuah sepanjang 12 bulan lalu.

Mereka mendakwa telah memberi rasuah kepada anggota polis atau mereka yang bekerja di tempat pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh daripada 22 negara Asia Pasifik yang dikaji dengan Korea Selatan mendahului senarai itu - hanya dua peratus rakyatnya yang diwawancara mengakui pernah memberi rasuah sepanjang setahun lalu.

Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata pasukan polis paling terjejas dengan gejala rasuah dan diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan parlimen.

Mereka mencatatkan mata 4.1, 4.0 dan 3.4 masing-masing pada skala 1 hingga 5, dengan 5 sebagai yang paling terjejas akibat rasuah.

Malaysiakini/-

SEPULUH SEBAB PENGHAPUS DOSA

04 Muharam 1432H
Oleh : alsofwah

Nash-nash al-Qur`an dan Sunnah telah menunjukkan bahwa hukuman dosa (siksa) dapat dihapuskan dari seorang hamba dengan sepuluh sebab berikut ini:

1. Taubat Nasuha.

Yaitu taubat yang sebenar-benarnya taubat, maka ia (taubat nasuha) dapat meleburkan dosa sebelumnya. Dan Allah Subhanahu Wata'ala Maha menerima taubat hamba-hambaNya yang mau bertaubat kepadaNya.

Dan orang yang bertaubat dari segala dosa bagaikan orang yang tidak memiliki dosa. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. asy-Syura: 25).

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman, artinya, “Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-A’raf: 153).

2. Beristighfar.

Yaitu memohon ampunan kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya Allah akan mengampuni hamba-hambaNya yang meminta ampunan (beristighfar) kepadaNya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. an-Nisa`: 110).

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman, artinya, “Dan Tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (QS. al-Anfal: 33).

Begitu juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabbnya, artinya, “Wahai anak cucu Adam (manusia) seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit, lalu kamu meminta ampun kepadaKu, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu.” (HR. at-Tirmidzi, dan dia berkata, “Hadits hasan shahih.”

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman dalam hadits qudsi, artinya, “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) di waktu malam dan siang hari, sedangkan Aku lah yang dapat mengampuni semua dosa, maka mohon ampunlah kalian kepadaKu niscaya Aku akan mengampuni dosa kalian.” (HR. Muslim).

3. Kebaikan-kebaikan menghapuskan dosa-dosa.

Seperti shalat, shadaqah, puasa, haji, membaca al-Qur`an, berdzikir kepada Allah, berdo’a, beristighfar, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silatur rahim, dan lain-lain. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (QS. Huud: 114).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Shalat-shalat yang lima waktu, jum’at ke jum’at, ramadhan ke ramadhan dapat meleburkan dosa diantara keduanya apabila dosa-dosa besar dijauhkan.” (HR. Muslim).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda, “Dan ikutilah perbuatan buruk/ kejahatan dengan perbuatan yang baik, niscaya dia menghapuskannya.” (HR. at-Tirmidzi dan dia menghasankannya).

Sesungguhnya satu kebaikan dilipat gandakan balasannya sampai sepuluh kali lipat, adapun keburukan akan dibalas yang serupa dengannya. Maka celakalah bagi orang yang berguguran (kalah) satu persatu dari sepuluh sebab tersebut.

4. Doa orang-orang yang beriman.

Maksudnya mereka memohon ampunan (kepada Allah, pen.) untuk orang yang beriman (lainnya) baik ketika hidup maupun setelah mati dan khususnya pada saat ketidak beradaannya (tanpa sepengetahuan orang yang didoakan, pen.) dan begitu juga doanya atas saudara-saudaranya yang telah meninggal dunia.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak hadir (tanpa sepengetahuannya, pen.) adalah mustajab, di samping kepalanya terdapat malaikat, setiap dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat yang diutus berkata, ‘Amin, dan bagimu sepertinya (seperti orang yang didoakan, pen.).” (HR. Muslim).

5. Perbuatan-perbuatan baik yang dilakukan/ diniatkan untuk si mayyit .

Seperti shadaqah; puasa; haji; membebaskan budak; dan yang lainnya. Para ulama berpendapat, “Amal shalih apa pun (yang dapat mendekatkan diri kepada Allah) yang dia kerjakan dan dia peruntukkan pahalanya untuk seorang muslim baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal, maka hal itu bermanfaat baginya.” Dan yang lebih utama adalah mencukupkan dalam hal tersebut pada apa yang dijelaskan/ ditetapkan oleh nash-nash (al-Qur`an dan Sunnah).

6. Syafa’at Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan selainnya.

Maksudnya adalah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan selain beliau akan memberikan syafa’at kepada orang-orang yang berbuat dosa pada hari Kiamat dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana hal tersebut ditetapkan di dalam hadits-hadits shahih.

7. Musibah-musibah.

Dengannya lah Allah Subhanahu Wata'ala menghapuskan dosa-dosa atau kesalahan-kesalahan (yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, pent.) di dunia sebagaimana yang telah dijelaskan dalam ash-Shahihain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam;bersabda,

“Tidaklah orang yang beriman ditimpa penyakit yang terus menerus dan tidak pula rasa cemas, rasa sedih, rasa susah dan rasa sakit, sampai-sampai duri yang menusuk kecuali Allah menghapuskan dengannya dari dosa-dosa/ kesalahan-kesalahannya.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).

8. Apa yang didapatkan oleh seorang hamba ketika di dalam kubur.

Yakni berupa fitnah, himpitan liang kubur, kengerian, maka ini semua di antara yang dapat menghapuskan dosa-dosa.

9. Rasa takut, kesusahan serta kengerian terhadap kedahsyatan hari kiamat.

10. Rahmat Allah Subhanahu Wata'ala

Sesungguhnya karena rahmat Allah Subhanahu Wata'ala, semua hamba mendapatkan maaf dan ampunanNya tanpa sebab, maka Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, sebagaimana Dia berfirman, artinya, “Dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu.” (QS. an-Nisa`: 48 dan 116).

Dan Dia lah yang Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya melebihi sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya dan sungguh rahmat Allah Subhanahu Wata'ala meliputi segala sesuatu.(Abu Nabiel).

Tindakan DBKL mahu roboh surau dikesali

04 Muharam 1432H
Oleh : Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu merobohkan surau Madrasah Al-Falah Kampung Kerinchi, di sini yang berusia lebih 12 tahun amat dikesali oleh PAS, memandangkan tindakan itu jelas gagal memahami perasaan orang ramai terutama dalam perkara yang menyentuh sensitiviti agama.

Pihak DBKL tidak seharusnya mengambil semudah itu, memandangkan ia melibatkan tempat ibadat umat Islam yang telah dibina sekian lama oleh penduduk tempatan dan dengan wang ringgit serta titik peluh mereka sendiri.

AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika menyuarakan kekasalan itu berkata, lagikan rumah ibadat penganut agama lain termasuk Kristian, Buddha dan Hindu pun tidak boleh diperlakukan sebegitu mudah, apatah lagi dengan tempat ibadat umat Islam, sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Menurut beliau, DBKL sepatutnya berunding terlebih dahulu dengan penduduk tempatan bagi mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu berhubung perkara itu.

Jika orang ramai ternyata sudah tidak bersetuju untuk dirobohkan surau itu, pihak DBKL tidak sepatutnya merobohkannya walaupun atas tujuan pembangunan.

"Jadi dengan itu, sesiapa pun tidak boleh menyalahkan pendududuk di kawasan itu untuk mempertahankan surau itu dari dirobohkan. Mereka telah membinanya sendiri sejak sekian lama, jadi mereka memanglah berhak mempertahankannya dari dirobohkan dan dari sebarang pencerobohan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, jika hendak dirobohkan juga, ia tentunya menimbulkan tanda tanya dan kerisauan di kalangan penduduk tempatan, lebih-lebih lagi jika tindakan itu dilakukan tanpa sebarang jaminan kepada mereka mengenai surau yang akan menjadi gantinya, berapa lama surau yang akan menggantikan surau itu akan diperolehi dan di manakah pula mereka hendak mendirikan solat berjamaah dan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan lain sepanjang surau baru itu akan disiapkan?

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DBKL yang mengeluarkan notis untuk merobohkan surau tersebut bertarikh 10 November lalu yang berakhir hari ini untuk tujuan pembangunan.

Ekoran notis itu, kira-kira 80 ahli kariah surau tersebut yang bimbang surau itu akan dirobohkan telah bermalam di surau itu sejak malam semalam sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Pengerusi surau itu, Jasni Abdullah memberitahu, dua tiga hari sebelum ini, beliau telah menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL dan beliau telah diberikan jaminan mulut bahawa mereka tidak akan merobohkan surau itu.

"Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan. Walaupun jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah tetap bermalam di surau ini sejak malam semalam. Pihak kami perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Kami juga turut menunaikan solat hajat supaya surau ini tidak dirobohkan," tegasnya.

Menurut beliau, pada mulanya, beliau berasa terkejut setelah mendapat notis sebulan yang lalu daripada DBKL untuk merobohkan surau tersebut yang telah beroperasi sejak 1998 lalu. Tambahan pula, surau tersebut mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu.

Berikutan penerimaan notis berkenaan, pihaknya menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu. Namun pihaknya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan.

Penduduk juga, katanya, telah menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu. Bagaimanapun, sehingga hari ini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada menteri itu. Sehingga kini, pihaknya masih lagi dalam proses rundingan dengan DBKL.

Mengulas perkara itu dengan lebih jauh, Dr Mujahid bimbang jika tindakan tersebut dilakukan oleh pihak DBKL disebabkan surau tersebut dilabel sebagai kubu penyokong PAS di kawasan itu.

"Tetapi saya harap perkara itu tidak berbangkit dan kebimbangan saya itu tidak berasas. Itulah harapan saya. Tambahan pula pengerusi surau itu sendiri pun sudah pun menafikan perkara itu," katanya.

Dalam perkembangan pagi tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut hadir ke surau itu untuk bersama penduduk tempatan. Beliau berharap agar pihak DBKL dan menteri berkenaan menjawab persoalan aduan daripada pihak penduduk mengapa surau itu mahu dirobohkan?

"Pihak surau telah menggunakan saluran diplomasi, tetapi surat (mereka) tidak dijawab," katanya dalam sidang media di surau berkenaan.

“Baru dua bulan DBKL sendiri mengecat bangunan (surau) ini (sehingga) cantik dan indah, malah Ketua Pengarah DBKL sendiri dilaporkan pernah hadir program pada Ramadan lalu... tiba-tiba notis ini dikeluarkan dengan mereka tidak melayan memorandum dan surat-surat ahli kariah ini," kata Nurul sekali lagi dalam sidang medianya di Dewan Rakyat.

Menurutnya, pihak surau ada mengadu berhubung perkara itu kepadanya, tetapi beliau meminta mereka berhubung terus dengan pihak berkuasa supaya "tidak ada elemen politik", namun beliau amat kesal kerana surat mereka tidak diendahkan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden PKR yang telah meluangkan masa kira-kira sejam sejak 8 pagi di surau berkenaan akan menghantar surat kepada Raja Nong Chik memohon penjelasan berhubung perkara tersebut.

Kira-kira 70 orang termasuk mahasiswa dan wartawan berada di surau berkenaan. Sehingga tengah hari ini, tiada pegawai penguatkuasa DBKL hadir ke surau berkenaan. Bagaimanapun, dari pemerhatian Harakahdaily terdapat dua pegawai polis di surau itu.

Harakahdaily/-

SPRM akui penjawat awam Kelantan bersih

04 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 9 Dis: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanya seramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya.

"Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan.

Zakaria juga berkata pelbagai cabaran yang perlu di atasi oleh setiap individu iaitu rasuah,khianat, birokrasi, mungkir janji, kerja bertangguh, Membuang Masa dan Hasad Dengki bagi menjadikan diri sebagai yang kukuh dengan jati diri dan penuh intergriti.

Beliau juga mengingatkan penjawat awam negeri agar sentiasa mengawal diri terutamanya yang berkaitan dengan urusan rakyat dan hendaklah menjauhkan diri dari mendekati dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri.

“Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan dan seolah-olah mengharapkan balasan dari mereka dalam sesuatu perkara,”kata beliau.

“Ada antara kita yang ada sedikit kuasa cuba memberitahu sesuatu masalah seperti kereta rosak kepada orang tertentu dan orang tu pulak akan cuba menyelesaikan masalah beliau terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, ini juga adalah ciri-ciri yang membawa kepada berlakunya rasuah,”ujarnya lagi.

Sementara itu Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin ketika merasmikan majlis tersebut berkata tokoh intergriti terkemuka ialah Rasulullah SAW yang seharusnya dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuklah penjawat awam.

“Kerajaan Kelantan sentiasa menitik berat soal integriti terhadap kakitangan kerajaan dan juga pimpinan negeri, Alhamdulillah melalui tiga teras utama yang dilaksanakan di negeri ini iaitu Ubbudiyyah,Masuliyyah dan Itqan, kakitangan kerajaan dapat membendung diri darii perkara yang buruk,”ujarnya.

Nassruddin juga berharap kempen kesedaran integriti ini diteruskan dari masa ke semasa untuk kakitangan kerajaan agar sentiasa dapat dijadikan panduan semasa bekerja.

Harakahdaily/-

Anwar jamin stabilkan PKR jadi keutamaannya

04 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menjadikan usaha untuk menstabilkan partinya sebagai keutamaan beliau sekarang ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada rakan twitter beliau Zaim90 yang membuat cadangan agar beliau memberikan tumpuan untuk menstabilkan PKR selepas berpendapat PAS dan DAP dalam keadaan stabil sekarang.

"Ya, ia menjadi keutamaan kami," kata Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh dalam twitternya.

"Saya tidak menyokong Umno-BN. Kita perlu perubahan. PAS, DAP dalam keadaan stabil, tetapi PKR tidak. Anda perlu perkasakan PKR secepat mungkin," tulis Zaim90 dalam twitternya kepada Anwar.

Pengakuan Anwar ini memberikan harapan kepada semua pihak untuk melihat parti-parti dalam Pakatan Rakyat bersiap sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

PKR dilihat sedikit bermasalah apabila melalui proses pemilihan kepimpinan baru-baru ini. Ini kerana, sistem pemilihan terus yang dilaksanakan PKR itu adalah satu sistem yang baru dan terdedahkan kepada banyak kelemahan.

Aklibatnya, PKR kehilangan salah seorang pemimpin kanannya, Datuk Zaid Ibrahim apabila beliau keluar meninggalkan PKR kerana tidak berpuashati dengan sistem pemilihan terus itu.

Selain Zaid, PKR juga berhadapan dengan kritikan dari ahlinya yang lain. Terbaru, calon Ketua Angkatan Muda, Badrul Hisham Shahrin enggan menerima sebarang jawatan dalam PKR ekoran kekalahannya merebut jawatan itu.

"Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

"Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataannya.

Harakahdaily/-

Putrajaya jatuh, Umno akan kelaparan

04 Muharam 1432H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam, hari ini.

PAS, katanya berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka.

Katanya, pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan generasi muda.

Ujarnya lagi, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar.

Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat kerana seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun.

Sekarang, tambahnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara.

“Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempis, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” ujarnya.

Beliau juga mengulas tuduhan Muhyiddin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”.

“PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.

“Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?” soalnya.

PAS, katanya mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang.

Jika BN menang, ujarnya segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan di mana air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang.

“Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa,” katanya.

Harakahdaily/-