Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap akan menguatkuasakan peraturan melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.
Keputusan itu menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah muktamad.
Wan Ahmad menjelaskan, walaupun larangan mendirikan pondok panas dan meraih undi minit-minit terakhir akan dikuatkuasakan, namun pihaknya tidak menghalang kehadiran jumlah penyokong yang sejak kebelakangan semakin meningkat.
Ia ketara ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
"Larangan kita ialah agar tidak dirikan pondok panas dan tidak berkempen pada hari pengundian.
"Mengenai jumlah penyokong, kita tidak halang atau sekat mereka datang kerana kawasan di luar lingkungan 50 meter dari tempat mengundi adalah kawasan awam.
"Jadi jika mereka nak datang juga, pastikan bukan untuk berkempen," katanya kepada mStar Online.
Jelas beliau, tujuan SPR untuk menguatkuasakan larangan mengadakan pondok panas bermula pilihan raya kecil Penanti bulan ini ialah bagi mengelakkan parti-parti politik yang bertanding menjadikan ia sebagai medan berkempen.
"Ada parti yang gunakan pondok panas sebagai tempat untuk berkempen di saat-saat akhir... ini yang kita nak elakkan.
"Jadi kita harapkan apabila pondok panas ini sudah tidak dibenarkan, orang yang datang tidak ada tempat untuk berteduh dan secara tidak langsung kita boleh kurangkan kesesakan di sekitar tempat mengundi bagi memudahkan kehadiran pengundi," katanya.
Wan Ahmad berkata, jika ada mana-mana parti politik yang ingkar larangan tersebut, pihak polis akan mengambil tindakan.
"Jika ada yang masih tidak patuhi larangan ini nanti, kita serahkan kepada polis untuk ambil tindakan lanjut berdasarkan undang-undang yang ada," katanya.
PERTEMUAN MINGGU LALU
Pada pertemuan dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat minggu lalu SPR menegaskan akan menguatkuasakan ketiga-tiga peruntukan tersebut bagi menguruskan pilihan raya dengan tenang dan terurus.
Kelmarin SPR mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi menerangkan mengenai penguatkuasaan larangan mendirikan pondok panas dan berkempen pada hari mengundi di Penanti mengikut Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pertemuan tersebut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob serta Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Dr. Mohamad Shah Hussin Shah.
Tambah Wan Ahmad, berdasarkan hasil perbincangan tersebut, pihak polis telah menyatakan kesediaan untuk menguatkuasakan peruntukan baru itu.
Dalam pada itu mengulas mengenai hasrat Pakatan Rakyat untuk mengadakan pertemuan dengan SPR Rabu ini, beliau berkata, SPR telah menerima makluman tersebut.
"Tapi mereka nytakan nak jumpa dengan Pengerusi SPR (Tan Sri Abdul Aziz Yusof).
"Tapi minggu depan Tan Sri (Abdul Aziz) tidak ada... jadi SPR dah pun memaklumkan tentang perkara tersebut kepada Pakatan Rakyat.
"Terpulanglah kepada mereka macam mana nanti, sama ada nak jumpa ataupun tidak SPR walaupun tanpa kehadiran Pengerusi," katanya.
KEPUTUSAN SPR MUKTAMAD
Bagaimanapun Wan Ahmad berkata, beliau difahamkan tujuan Pakatan Rakyat mahu mengadakan pertemuan kali kedua adalah bagi menyatakan bantahan dan ingin menggesa supaya SPR menarik balik larangan tersebut.
"Saya difahamkan begitulah. Tapi sebenarnya begini... keputusan kita adalah muktamad dan kita tetap akan laksanakan larangan tersebut.
"Mereka nak datang jumpa tidak ada masalah, kita sentiasa terbuka, tapi mengenai larangan itu ia adalah muktamad," katanya.Mstar.