01 Januari 2014

'Himpunan lebih besar jika tiada tindakan k'jaan'

28 Safar 1435H. [MOD] -



 
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan kenaikan kos sara hidup.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata kehadiran 10,000 golongan anak muda ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam tadi menunjukkan bahawa masyarakat yang mengalami kesempitan hidup kini tidak boleh lagi berdiam diri.

Hanya budaya tidak bercanggah syariat dibenarkan

28 Safar 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU: Biar pelbagai usaha dilakukan bagi menarik pelancong ke Kelantan, namun budaya yang dipertonton dipastikan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Begitu juga persembahan kebudayaan atau permainan tradisional yang tidak berpijak di bumi nyata seperti wayang kulit dan permainan melibatkan unsur pemujaan tidak dibenarkan.

Berapa banyak duit mampu dijimat Najib?

28 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: “Berapakah jumlah wang rakyat yang dapat diselamatkan daripada 11 langkah untuk menjimatkan perbelanjaan sektor awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam?”
Itulah persoalan yang ditanya Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisannya di Facebook petang semalam.

TURUN isytihar himpunan satu kejayaan

28 Safar 1435H. [MOD] -



Pengerusi Gerakan Turun Kos sara Hidup (TURUN) Azan Safar mengisytiharkan perhimpunan malam tadi sebagai satu kejayaan ekoran kehadiran seramai 10,000 ribu orang membanjiri Dataran Merdeka untuk membantah kenaikan kos sara hidup.

Azan berkata kehadiran ramai peserta pada malam tadi menandakan sokongan dan reaksi mereka terhadap semua kenaikan tersebut, walaupun pihajk berkuasa mengancam mengambil tindakan dan melaber acara tersebut sebagai perhimpunan haram.

Laman Kementerian Pendidikan kena godam

28 Safar 1435H. [MOD] -

Pautan kekal imej terbenam

Laman Kementerian Pendidikan Malaysia Menjadi Mangsa Godam

Hari ini, tahun baru dilihat dimulakan dengan sebuah laman Malaysia, iaitu laman Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi mangsa godam oleh sekumpulan pengodam daripada kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai EvilSha0w Team.

Laungan Hidup Rakyat bergema sambut 2014

28 Safar 1435H. [MOD] -

Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam tadi, tiada detik menanti 1 Januari.

Detik itu digantikan dengan sambutan  bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat oleh lebih 10,000 peserta Himpunan Turun.

Perkara ini terjadi selepas  peserta Turun  masuk dan membanjiri kawasan sekitar Dataran itu dan  konsert  KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihentikan sekitara jam 11.00 malam tadi.

Turki rugi RM323b

28 Safar 1435H. [MOD] -
Turki rugi RM323b
Skandal politik, rasuah gegar pentadbiran Erdogan

Ankara: Turki kerugian AS$100 bilion (RM323 bilion) kerana krisis politik dan rasuah yang melanda pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan. 


Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc, berkata siasatan rasuah besar-besaran merisaukan pentabdiran Erdogan.Beliau juga menyifatkannya sebagai satu komplot bertujuan mencemarkan imej Turki di dalam dan luar negara. 

10,000 banjiri KL, kerajaan tak 'terguling'

28 Safar 1435H. [MOD] -
Malaysiakini/-



Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka.

Kronologi Himpunan Turun malam tadi

28 Safar 1435H. [MOD] -
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak malam ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi menjengah tahun baru esok.

Pada malam ini, ramai rakyat Malaysia dijangka turun untuk menyatakan bantahan secara aman khususnya di Dataran Merdeka, di mana tempat berlangsungnya acara sambutan ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang menelan belanja hampir RM15 juta.

Tahun baru, Kelantan dapat SUK baru

28 Safar 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kehadiran tahun baru 2014 membawa makna tersendiri kepada kerajaan negeri apabila turut mendapat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Datuk Faudzi Che Mamat sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri dilantik sebagai SUK menggantikan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim yang bersara mulai esok.

Lebih 10,000 rempuh sekatan polis, teriak “Turun” di Dataran Merdeka

28 Safar 1435H. [MOD] -

Peserta demonstrasi Turun berjaya merempuh benteng polis untuk masuk kawasan Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.Peserta demonstrasi Turun berjaya merempuh benteng polis untuk masuk kawasan Dataran Merdeka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.













Tepat jam 11 malam, para peserta demo Turunkan Kos Sara Hidup (Turun), merempuhkan sekatan polis dan memasuki kawasan Dataran Merdeka sambil berteriak "Turun, Turun, Turun".