01 Mei 2009

Drs. Khalil rancang saman pihak yang fitnahnya

PARIT BUNTAR : Saya merancang dan bercadang untuk menyaman pihak yang tidak bertanggung jawab memfitnah saya sehingga menjejaskan kdrebiliti dan maruah saya sebagai ADUN Titi Serong. Demikian kenyataan rasmi dari ADUN Titi Serong di Pejabatnya lewat petang ini.

Drs. Khalil berkata dia telah berbincang dengan peguamnya untuk melakukan segala langkah yang perlu bagi membersihkan namanya yang telah tercalar sejak akhir-akhir ini dengan fitnah yang tidak berasas oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Antara perkara yang sedang diambil kira ialah penyebaran risalah yang mengaibkan dan memalukan disebabkan tuduhan yang sangat berat tanpa ada sandaran dan bukti yang telah disebarkan di Bukit Gantang semasa kempen Pilihanraya Kecil berlangsung. Sehubungan dengan itu katanya dia akan menyegerakan tindakan membuat satu laporan polis dalam masa yang terdekat terhadap risalah itu.

"Saya hampir dapat mengenal pasti individu yang terlibat dan jika telah lengkap buktinya serta bila saya merasakan langkah ini adalah yang terbaik untuk menghentikan kerja buruk tersebut serta dapat membersihkan nama baik saya, saya akan bawa kes ini ke mahkamah" Kata Drs. Khalil.

"Dalam Agama kita ada hukum halal dan haram yang sudah cukup mengajar siapa saja menjadi orang yang taat kepada agamanya, begitu juga dalam negara kita ada undang-undang yang boleh mengajar pihak yang cuba menabur fitnah dan mereka cipta sesuatu tanpa bukti yang tidak berpijak dibumi nyata."Kata Drs.Khalil mengakhiri kenyataanya.

Fairuz cadang saman pihak yang memfitnahnya

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 30 April :- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti merangkap bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairudin telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap mana-mana individu, ahli politik dan media yang terlibat memfitnah sehingga menjatuhkan nama baik dan keluarganya.

Beliau menegaskan, mereka yang terlibat wajar diadili di mahkamah kerana mencipta berbagai isu semata-mata tidak senang dengan apa yang beliau perolehi sejak menang dalam pilihan raya umum ke 12 lalu, tambahan lagi dilantik ke jawatan nombor dua kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

"Bukan saya mendendam tetapi ia terpaksa dibuat untuk memberi pengajaran kepada mana-mana pihak sama ada individu, ahli politik atau media yang tidak henti-henti memfitnah diri dan keluarga. Sikap itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia boleh merosakkan sebuah kerajaan," ujarnya.

Kata beliau, semua arahan berkaitan tindakan mahkamah itu telah dibuat minggu lepas dan peguam sedang berusaha meneliti dan mengkaji bahan-bahan sepatutnya.

Ditanya adakah beliau akan terus akan meninggalkan Penanti beliau berkata, tidak sama sekali sebaliknya akan pulang menjenguk rakyat yang pernah mengamanahkan kepadanya satu tangggungjawab yang berat.

"Budi dan jasa mereka tidak akan dilupakan bahkan akan diabadikan dalam jiwanya kerana tanpa mereka mungkin kemenangan di Penanti dalam pilihan raya umum lepas tidak menjadi kenyataan," katanya.

Sepanjang perkhidmatanya setahun di Penanti 45 projek kecil dan enam projek besar telah siap dilaksanakan.

Kampung Teluk Wang yang selama 50 tahun tidak pernah dimasuki air juga berjaya dikotakan termasuk seorang peniaga kuih tradisional yang mendapat bantuan 'oven' padahal sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah peniaga berkenaan sekadar dijanjikan saban tahun.

"Semua usaha itu dilakukan bersama agensi kerajaan di bawah Pakatan Rakyat dan kejayaan ini merupakan kejayaan bersama dalam masa tujuh bulan memerintah," kata beliau. Harakahdaily.

Pencabulan hak Speaker, Zambry tentukan agenda sidang 7 Mei

Inilah agenda Sidang DUN yang kita tunggu-tunggu, saya telah menerimanya pada petang tadi.

Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)

URUSAN MESYUARAT

I) Doa

II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.

III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.

IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

V) Usul-usul yang telah diberi notis:

1) Usul pelucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

2) Usul pelantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.

VI) Penangguhan

Inilah agenda mesyuarat yang telah diedarkan kepada semua ADUN dan saya juga telah menerimanya pada sekitar jam 3.40 petang tadi.

Setelah Speaker mengesahkan agenda ini bukan ditentukan olehnya maka sah lah Zambry Abdul Kadir adalah orang yang bertanggung jawab kepada agenda palsu ini.

Kata V.Sivakumar dalam bolgnya "Jika Speaker Dewan Negeri tidak berhak dan mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, apa gunanya jawatan Speaker ini? Jika jawatan Speaker sudah tidak dihormati lagi, bawa dan letakkan seekor kaldai di kerusi Speaker supaya Zambry boleh membuat apa jua kehendak hatinya."

Resolusi Himpunan Ketua Kampung

RESOLOSI PERHIMPUNAN KETUA-KETUA KAMPUNG NEGERI PERAK

05 JAMADIL AWAL 1430/30 APRIL 2009

1.BERSETUJU MEMBENTUK JAWATANKUASA BERTINDAK KETUA-KETUA KAMPUNG SELURUH PERAK BAGI MENGGERAKKAN KEMPEN MENENTANG PEMECATAN KETUA KAMPUNG OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK.

2.BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENYERAHKAN MEMORUNDUM KEPADA KERAJAAN BN MENUNTUT MENGEKALKAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MENGEKALKAN JKKK SEHINGGA TEMPOH PERKHIDMATAN TAMAT

3.BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMECATAN KETUA-KETUA KAMPUNG & PEMBUBARAN JKKK.

4.BERSETUJU DAN BERSEPAKAT SELURUH KETUA-KETUA KAMPUNG DAN JKKK MENERUSKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT WALAUPUN TIDAK DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN BN.

5.BERSETUJU DAN BERSEPAKAT UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KERAJAAN BN YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MEMBUBARKAN JKKK SEBELUM TEMPOH PERKHIDAMATAN TAMAT.

6.BERSEPAKAT MENUNTUT SUPAYA KEMELUT DAN KRISIS POLITIK NEGERI PERAK DISELESAIKAN MELALUI PEMBUBARAN DUN BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMILIH SEMULA KERAJAAN BARU NEGERI PERAK.

http://misabah.blogspot.com/

Himpunan Ketua Kampung dan JKKK mendapat sambutan luar biasa


Ketua-ketua Kampung dan JKKK seluruh Perak berhimpun di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh, Taman Meru pagi tadi. Perhimpunan tersebut diadakan bagi menyatakan sikap dan pendirian Ketua-ketua Kampung ekoran daripada notis penamatan khidmat mereka sebagai Ketua Kampung dan pembubaran JKKK seluruh Perak yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah masing-masing.

Perhimpunan tersebut mewndapat sambutan lebih 1000 orang turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin, YB Hj Zainuddin Yusuf, YB Nga Khor Ming, ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, Drs. Khalil idham Lim (Titi Serong), Anuar Sudin (Changkat Jong), Chang Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow(Tebing Tinggi) dan pimpinan PR Negeri Perak yang lain.

Dalam perhimpunan tersebut YAB Dato' Seri Hj Nizar telah menyampaikan ucapan dan amanat penting kepada seluruh Ketua Kampung dan JKKK. Dalam ucapannya beliau banyak menyetuh kronologi krisis negeri Perak dan perkembangan terkini politik negeri Perak. Beliau juga mengajak seluruh Ketua Kg dan JKKK berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat bagi menuntut supaya DUN dibubarkan.

Manakala YB Zainuddin dan YB Nga Khor Ming yang turut menyampaikan ucapan menegaskan bahawa notis penamatan khidmat Ketua-ketua Kampung yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah adalah tidak sah kerana bercanggah dengan peraturan-peraturan perlantikan Ketua-ketua kampung yang diguna pakai oleh kerajaan PR. Mereka dipilih melalui pilihanraya dan setelah dipilih dan diberi watikah perlantikan oleh Kerajaan Negeri, mereka akan berkhidmat selama dua tahun. Ketua-ketua Kampung yang telah dipilih dan diberi watikah tidak boleh ditamatkan perkhidmatan mereka semata-mata bertukar kerajaan.

Turut berucap dalam perhimpunan tersebut ialah Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj Osman, Pengerusi Perhubungan PKR negeri Perak dan En. Ridzuan Asid, Ketua Kampung Sg. Ati juga turut berucap mewakili seluruh Ketua-ketua Kampung negeri Perak.

Perhimpunan Ketua-ketua Kampung telah menerima 6 ketetapan dan resolosi untuk dilaksanakan dan bersetuju melantik Jawatankuasa Bertindak bagi melaksnakan 6 resolosi tersebut.Dato' Seri Hj Nizar menyumbang RM1000 kepada Jawatankuasa bertindak, YB Nga juga turut menyumbang sebanyak RM 1000, kemudian turut diikuti oleh adun-adun PR yang lain serta orang ramai. Hampir RM 5 ribu berjaya dipungut ketika itu sebagai sumbangan kepada Jawatankuasa ini menjalankan kempen menentang pemecatan Ketua-ketua Kampung oleh kerajaan haram BN.

http://misabah.blogspot.com/

ADUN DAP ditahan ISA letak jawatan? Tunggu Sabtu, kata isteri Mano

PETALING JAYA: Kemungkinan negara perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ketujuh?

Kemungkinan ini mula 'terbayang' ekoran desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang kini ditahan di Kamunting akan melepaskan kedudukannya.

Bagaimanapun sama ada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan diketahui Sabtu ini.

"Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu, saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini," kata isterinya, S. Pushpaneela ketika dihubungi sebentar tadi.
--------------------------------------------------------------------------------
MB Selangor nafi ADUN Kota Alam Shah akan letak jawatan
--------------------------------------------------------------------------------
Pushpaneela ditanya mengenai laporan media bahawa suaminya sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN.

"Saya tidak tahu... tunggu sehingga saya menemui suami saya, tunggu saya di Kamunting Sabtu ini," katanya.

Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.

Empat yang lain ialah P. Uthayakumar, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Bagaimanapun Kenghadharan dan Ganabatirau telah pun dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini.

Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum dan menang kerusi tersebut.

KOMEN DAP

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi turut mengesahkan mengetahui mengenai khabar angin tersebut.

"Ya kita juga ada mendengar khabar angin tersebut, tapi saya tak dapat pastikan mengenai kesahihannya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Mstar.

Nizar dedahkan penyelewangan wang rakyat dalam PRK Bukit Gantang ?


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, YAB. DS. Muhamaad Nizar Jamaluddin mendedahkan secara secara terbuka mengenai satu bahan kempen BN dan UMNO dalam kempen PRK Parlimen Bukit Gantang yang menggunakan bendera Perak dan logo BN,"Saya dedahkan bahawa penerbitnya adalah pejabat MB Perak, bahawa JK Kira-kira Wang Awam (PAC) perlu membuat sedikit kajian dan tindakan sewajarnya kalau perlu.

"Kita mahu seluruh rakyat negeri Perak mengetahui penyalahgunaan wang rakyat untuk mengundi BN. Saya akan menyerahkan bahan ini kepada pengerusi PAC, YB. Wong Kar Woh,

Buku berkualiti tinggi sebanyak 10 muka itu didapati disebar secara meluas semasa kempen PRK Bukit gantang seperti yang dijelaskan oleh pihak yang menyerahkan bahan itu kepada DS. Nizar.

Nizar : Kami hadir sidang DUN 7 Mei.

Sebentar tadi dalam sidang akhbar sesudah Mesyuarat Pimpinan dan ADUN Pakatan Rakyat di Pejabat badan Per, YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin mengumumkan keputusan muktamad secara rasmi ADUN Pakatan Rakyat akan hadir pada sidang 7 mei akan datang

"Oleh itu kita harapkan pesidangan mengikut agenda yang ditetapkan Speaker." katanya.

Beliau juga berharap semua pegawai patuh dengan arahan speaker sebagaimana kami berjanji akan patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Apa -apa kenyataan sebelum ini kita tidak akan hadir tidak dipakai lagi, kami akan hadir sidang. Kata DS Nizar.

Dalam sidang media yang sama Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengesahkan ada usul yang sampai kepadanya mengenai usul menukar speaker.

Sivakumar juga menjelaskan banyak isu-isu yang dibangkitkan akan diadakan beberapa perbincangan dengan pihak polis, setiausaha kerjaan negeri dan pihak-pihak yang terlibat dengan sidang ini, sperti isu keselamatan. Perbincangan dengan pihak berkenaan dalam beberapa hari ini.Katanya.

Apabila ditanya oleh rakan media adakah dia ada kuasa untuk menolak mana-mana usul Siva menyatakan "Seperti mana kita tahu bahawa speaker ada kuasa untuk menerima dan menolak mana-mana usul. Seperti di melaka , di Parlimen, beratus-ratus usul ditolak, memang ada kuasa untuk tolak. Saya tidak kata saya akan terima atau tolak, saya kata atas kuasa speaker. Katanya.

Gempa bumi lemah landa Manjung, Perak

Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu.

Sementara itu seorang penduduk Pulau Pangkor, Syed Shahril bin Syed Halim, mengesahkan pada malam semalam kira-kira pada jam 9.35 minit selama sekitar 1 minit telah berlaku gempa tersebut.

Menurutnya tidak ada kerosakan yang dilaporkan berlaku. "Saya menganggap besar kemungkinan ada kaitan program "jom heboh" kerana sebelum itu berlaku ribut di Pangkor. Malah katanya semasa jom heboh ada arahan seorang pegawaitentera supaya azan tidak payah pakai mike sebab menggangu orang berseronok".Katanya

Selain itu tempak diadakan Jom Heboh adalah kawasan kawalan keselamatan tentera yang sangat dikawal ketat termasuk pada semasa pilihanraya yang lepas. Pada hari program dibenarkan masuk lebih 30,000 tanpa apa-apa kawalan dan pemeriksaan.

Seorang penduduk Seri Manjung , Mohamad Rizuan bin Sudin berkata dia berada di sekitar bandar malam tadi dan tidak menyedari berlaku gempa tersebut. Namun beliau mengesahkan beberapa hari lepas ada ribut di waktu 2.00 pagi hingga 5.00 pagi mengakibatakan atap 5 rumah mengalami kerosakan.

Katanya program jom heboh dipertakaikan dan dibantah oleh penduduk tempatan. sepatutnya kawasan larangan tentera laut itu tidak dibenarkan sebarang program diadakan.


Klik ke 2 juta pada jam 10.00 pagi tadi.


Alhamdulillah pages/klik ke 2,000,000 telah diperolihi oleh blog ini sekitar jam 10.00 pagi tadi.

Sebagai menghargai pencapai prestasi blog kesayangan anda ini saya berhajat untuk memberi satu hadiah misteri kepada pengunjung yang bertuah klik ke 2 juta itu.

Sila berhubung dengan saya melalui email untuk urusan penyampaian hadiah tersebut.