Email : Mohd Shukri Mohamed Talib
Viagra Kucing??Tanggal malam raya yang ketiga jam 2:54 pagi,sedang kami beramai--ramai melepak kekenyangan selepas acara BBQ iaitu acara tahunan hari raya kami di rumah salah seorang sahabat,tiba tiba terkejut aku melihat sekumpulan kucing yang seolah-olah menghendap kami dari celah celah pokok,atas bumbung dan dari merata arah sambil berbunyi seolah-olah mahu mengawan."ish,takkan kucing-kucing ni jadi Zombie Kampung Dodol kot?"hairan juga aku dengan gelagat kucing-kucing tu.Yang lebih menghairankan aku bila terpandang muka seorang sahabat aku yang agak veteran ni tersenyum.Mesti orang tua ni ada muslihat.
Sambil tersenyum dan berekspressi riak,dia mengeluarkan beberapa anak-anak pokok.
"Hah,kalau hampa nak tau ni lah POKOK KUCING GALAK.Pokok ni memang tumbuh ditepi-tepi jalan ja.Senang ja nak cari,tengok bunga hijau kecik ni.Akaq dia bila kucing-kucing bau,walau dari jauh pun memang depa mai ramai ramai hehehe.Akaq dia jugak adalah ubat,vitamin dan jugak macam tongkat ali untuk kucing-kucing ni."Dan dia menyambung muka riaknya.Kami pun akur dan agak terpegun jugak dengan explaination orang tua ni.Memang kucing-kucing yang menghendap ni kelihatan mahu memakaan akar ini dengan rakus sekali.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYkeATtGOYj-HnkwDJQnelxob6nBxCLP_0Li2aG3a6O_61Y4JqLHqV6mBZ_XFXCegcbdK_2qmzyIcYUTjw_0QKNPb1Ic2uUR5x7yd2z1O_N0bmQ1McWQR5tsHTVmx_Z3qZzNhO0Cgymd4/s400/kucing1.JPG)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN9ZdQx3lZtxRTlsm06oboM2KmI7erqgnuKvVZ4jlozC3pkhFaPPp2XazaV5bMVOSrWCn1RRqk3_OVz0H5kyGtF2JGhUIHbiov_7JXCoGsYkNIc9Zs802zUw2qt5MezDNswE8xVzWR5Hw/s400/kucing2.JPG)
Inilah rupa akar yang menjadi ubat dan tongkat ali kepada kucing.
Kemudian,kami pun perlahan-lahan undur dan masuk kedalam rumah untuk memerhatikan gelagat kucing-kucing itu.Bak sekumpulan singa yang mengerumuni seekor rusa yang lemah,kucing- kucing itu berkelahi sesama sendiri untuk merebut 'ubat kuat' itu.Akibat terlalu bising dan sebelum orang kampung bangun dan halau kami dari pulau ni,baik kami halau saja kucing-kucing ni.(tak sempat pulak aku nak ambil gambar)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhaO5pcJvHFv3Ncwgk_J1l7W0LsNU9gIazhOfhLvZDVRvyXSfjd1zZbAdM2b95JZcjqdLBON3Za5K9y7Ln9nkIdTRu83BiZBySj7lAAnEVT4Gz-dSe7-m1VmRP8vBaaxXUdEsF5_9O66k/s400/kucing3.jpg)
Inilah hidangan yang berkhasiat untuk kucing.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZYlgo2kwry8iIyAOxQS1WWygXrKaV3fzHfuXZsvteucr_svFBmzRPQOWjAbOPYy-aG6gpnmIaQAE5NTCxrq5JO7r_zt91oQtPVM4LqidOnikJBO2NBQ9bKUt8geArfBMFb7Dbilh9iNw/s400/kucing4.jpg)
Sempat lagi kucing liar ni menyambar akar dan cabut lari.
Kata member aku yang riak ni,pokok ni sekarang ditanam secara komersial di negeri Perlis dan dijadikan bahan Kajian (R&D) untuk digunakan oleh manusia pulak.Hmmmm kalau ia terbukti berkhasiat dan tidak memudaratkan kucing-kucing ini,apa salahnya kita pulak cuba.Jangan nanti kita jadi kucing galak selepas makan akarnya sudah.hehehe