26 Ogos 2009
PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551
mStarOnline/-
PAS menang di Permatang Pasir
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.
Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.
Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.
Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.
MalaysiaKini/-
KEPUTUSAN TERKINI Pmtg Pasir
: 7222
: 3201
MAJORITI : 4021
JUMLAH UNDI ROSAK : 28
Rentetan perjalanan Hari Membuang Undi Pilihan Raya Kecil N.11 Permatang Pasir
Ditulis oleh Te@M I.T
Rentetan perjalan hari mengundi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir (terkini)
6.29 petang : 9 lagi peti undi sampai dan dibawa masuk ke tempat pengiraan. Tidak dapat dikenal pasti dari UPU mana.
6.13 petang : Suasana di hadapan Markaz Induk PAS, dibanjiri penyokong. Manakala jalan raya dihadapannya penuh sesak dengan kenderaan.
6.05 petang : Keputusan semasa - SMS, PAS mendahului 1200 undi.
5.55 petang : Di hadapan Markaz Induk, penyokong-penyokong PAS masih lagi bertumpu dihadapan layar besar untuk mengetahui keputusan terkini undian (secara tidak rasmi - PAS). Para media dan blogger juga kelihatan di sana.
Pengumuman : Lalulintas penyokong PAS ke IKBN
Ditulis oleh Te@M I.T
PERMATANG PASIR, 25 ogos - Penyokong parti PAS dinasihatkan supaya melalui laluan Jalan Mengkuang dan BKE ke Jalan Berapit untuk ke pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di Jalan Berapit, sepeti yang dipersetujui kedua-dua parti dengan Turus Trafik Pulau Pinang semalam.
PAS kesal, penggunaan pelajar laku aksi ganas
Ditulis oleh Te@M I.T
PERMATANG ARA, 25 Ogos - Tindakan Pemuda Kepala Batas mencetuskan ketegangan kepada kedua-dua parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil N.11 yang berlangsung pada hari ini.
Peraturan baru SPR, hilangkan 'mood' pilihanraya
Ditulis oleh Te@M I.T
Lagak seorang Makcik UMNO sedang merayu undi di Permatang Ara
PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Tindakan SPR yang menguatkuasakan beberapa perkara baru dalam pilihanraya kecil kali ini seperti melarang aktiviti meraih dan merayu undi tidak dibenarkan di kawasan tempat mengundi, mengundang 'mood' pilihanraya yang hambar tidak seperti sebelum ini.
Pemuda Umno pertama langgar peraturan SPR
Ditulis oleh Te@M I.T
Keputusan tak rasmi: PAS kekal DUN Permatang Pasir
SEBERANG PRAI: Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti lebih 5,000 undi.
Setakat pukul 6.55 petang, PAS dipercayai memperoleh 8,524 undi manakala calon BN pula 4,063.
Undi dari satu lagi daerah belum dikira.
Setakat pukul 7 malam, kira-kira 1,000 undi masih belum dikira.
Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus telah keluar mengundi.
PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala, Barisan Nasional (BN) diwakili Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.
Undi berakhir, 73% keluar mengundi: Keputusan jam 8
SEBERANG PRAI: Proses mengira undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sedang berlangsung dengan peratusan keluar hanya 73 peratus.
Peti undi pertama akan tiba di pusat penjumlahan di IKBN menjelang 7 petang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan paras itu sebagai memuaskan walaupun kurang sembilan peratus berbandung tahap dicapai pada Mac 2008.
"Apa sahaja paras melebihi 70 peratus kami gembira, kemungkinan 73 peratus ini kerana ramai pengundi di luar Permatang Pasir tidak pulang untuk mengundi, keadaan cuaca bukan masalah... cuaca baik," katanya. Proses pengundian berlangsung dengan lancar walaupun wujud ketegangan di sana sini, tetapi rata-rata penyokong parti menyifatkan sebagai "hari pengundian yang membosankan" kerana terlalu banyak peraturan dikuatkuasakan.
Pengundian ditutup pukul 5 petang tadi.
Keputusan akan diumum pukul 8 malam ini.
mStarOnline/-
Saya doakan kemenangan PAS di Permatang Pasir....
Berbekalkan dengan sim kad Zain Saudi dengan axcess kira kira 2 saudi riyal seminit sesekali saya mengikuti perkembangan politik negara. alhamdulillah saya dan isteri serta rombongan yang lain dalam keadaan sihat semuanya. Dari jauh kami sentiasa mendoakan kemenangan bagi calon PAS, Ust. salleh Man. posting ini saya terbitkan dengan handphone dari mekah sebagai mengucapkan tahniah yang bakal diumumkan bagi calon pas.
Waktu mekah pada masa inimenunjukkan jam 2.58 petang....
Gambar Hari Pengundian N11 - Kubang Semang 2
Kipas Susah Mati PAS.
Muslimah... alamak... berdebar-debar lak rasa... hahaha...!!! objek ditemui..!
Para pemuda harapan Negara...
Sape cakap huru-hara..? ok je ni ha...
PP UMNO buat bantahan pada pihak PDRM & SPR... geng-geng ni tak puas hati sebab penyokong PR berjaya menawan keseluruhan kaki lima jalan menuju ke pusat pengundian.. . oit..! datang lambat lepas tu banyak pulak komplen..! cit..! lain kali datang awal..!
Kecoh seketika... PP UMNO pun nak jugak tempat... datang lambat, demand lebih... perangai lanun..!
Kakak 2 orang ni cool je... UMNO dok kecoh-kecoh dekat belakang dia, dia buat bodoh je... layan pun buang masa...
Inike perhimpunan BERSIH 2 yang KJ anjurkan..?
Pakcik ni dengan anak dia lagi cool... korang yang tak datang langsung tak cool...
Aku nak gerak usya UPU 2nd round... karang aku upload lagi gambar... Puteri UMNO ramai woi..! muahahaha... biar aku layan sorang dulu..! geng-geng UMNO kalau nak layan jugak, mintak tolong isi borang mana-mana parti PR dulu tau..! jangan degil..!
Muahahaha... !!!
.
70.5% mengundi sehingga 4 petang
Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir.
Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.
Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.
MalaysiaKini/-
BN didakwa guna pelajar sekolah rayu undi
Mereka dipakaikan baju kuning bertulis Pemuda Umno Kepala Batas dan dan baju hitam bertulis Pemuda Umno Baling. Kesemua mereka dikesan oleh salah seorang guru Sekolah Menengah Paya Keladi Kepala Batas yang mengenali murid murid dari sekolahnya itu.
Selain digunakan sebagai pasukan sorak oleh Umno BN, mereka juga telah bertindak ganas apabila didakwa telah memecahkan cermin sebuah kereta di perkarangan Sekolah Bukit Indera Muda pagi tadi.
Selain mereka, Puteri Umno juga turut dikesan menggunakan remaja bawah umur dalam kempen mereka.
Dalam perkembangan terbaru, konvoi motosikal remaja berpakaian kuning berkenaan telah dikepung dan dipukul oleh orang kampung di kampung Kepala Bukit, Bukit Indera Mulia kerana didakwa membuat bising.
Selain itu peratusan kecil keluar mengundi di sebelah pagi juga turut dikesali. Mahfuz mendakwa ianya antaralain berpunca dari penetapan hari mengundi pada hari bekerja dan kegagalan pihak keselamatan menjaga lalulintas sehingga berlaku kesesakan teruk.
Faktor faktor itu katanya telah menyumbang kepada pengundi menjadi malas untuk keluar mengundi.
HarakahDaily.Net/-
Dilarang rayu undi: Penyokong bosan, tinggalkan tempat undi
NASIHAT... Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abd. Rahim Mohd. Salleh menasihatkan penyokong PAS menanggalkan lambang parti itu pada topeng perlindungan pernafasan di kawasan Samagagah. Penyokong PAS ini pula berhujah ia cuma topeng perlindungan pernafasan bagi mengelak dijangkiti wabak influenza A(H1N1). SPR menguatkuasakan larangan mempamerkan lambang, logo dan bendera parti di kawasan sekitar pusat pengundian pada hari mengundi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.
SEBERANG PRAI: Peratusan pengundi yang keluar mengundi mengalami peningkatan selepas tengah hari tetapi penyokong-penyokong parti yang bertanding pula sudah meninggalkan kawasan pusat pengundian ekoran penguatkuasaan peraturan-peratusan baru di Permatang Pasir.
Penyokong-penyokong parti yang bertindak sebagai perayu bertindak meninggalkan kawasan pusat pengundian sejak 1 tengah hari tadi, dipercayai selepas bosan kerana tidak boleh 'berkempen' dan merayu undi pada minit-minit terakhir kali ini.
Difahamkan ia juga ada kaitan dengan bulan Ramadan yang bermula 22 Ogos lalu.
Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, jumlah yang keluar mengundi sudah mencecah lebih 60 peratus setakat 3 petang tadi.
"Sehingga 1 tengah hari, 53.3 peratus sudah keluar mengundi," kata beliau ketika dihubungi.
Kadar itu meningkat kepada 65 peratus setakat 3 petang.
Mengenai trend yang menunjukkan perayu-perayu sudah mula meninggalkan kawasan pengundian, Wan Omar juga mengesahkannya sambil menganggap ia sebagai perkembangan baik.
"Selain bulan puasa, kami juga telah meminta mereka meninggalkan kawasan pengundian. Malah, mereka juga merasakan apabila tidak boleh bawa lambang dan bendera, dan tidak boleh merayu undi, mereka pun sudah rasa bosan dan tiada semangat," katanya.
Kakitangan dan pegawai SPR dengan bantuan polis meminta penyokong-penyokong parti yang bertanding agar tidak menunjukkan lambang dan bendera sambil merayu undi.
Barong dan pusat semakan pengundi juga tidak disediakan kali ini.
Ia sebahagian daripada lapan peraturan dikuatkuasakan pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.
Suasana juga tidak ceria kerana kenderaan membawa pengundi tidak dibenarkan membawa bendera dan lambang serta logo parti.
Pergerakan lalu lintas yang sesak sebelah pagi juga mula lancar selepas 1 tengah hari.
Kata Wan Ahmad,jika cuaca adalah baik paras keluar mengundi boleh mencapai 70 hingga 75 peratus menjelang 5 petang ini.
Tinjauan mStar Online mendapati bilangan keluar mengundi mula cergas selepas 1 tengah hari tadi.
Difahamkan setakat 1 tengah hari tadi, 48 peratus pengundi Melayu dan 38 peratus pengundi Cina sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selain bulan puasa dan hari bekerja kadar peratusan keluar mengundi yang kecil sehingga tengah hari tadi dipercayai berkaitan dengan kesesakan lalu lintas.
mStarOnline/-
Nizar jadi tenaga penting kempen PAS
Ke mana-mana sahaja beliau pergi, sambutan yang diterima amat menggalakkan termasuk di kalangan orang Cina Permatang Pasir.
Nizar bukan sahaja memberikan ceramah, bahkan juga diheret untuk menyertai pelbagai program termasuk mengunjungi orang ramai di pasar-pasar.
Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh, misalnya, telah menganjurkan majlis khas 'Sepetang Bersama Menteri Besar Pakatan Rakyat' Datuk Seri Nizar Jamaluddin baru-baru ini.
Majlis anjuran bersama Dewan Muslimat kawasan Permatang Pauh dan PAS cawangan Permatang To'Kandu itu berjaya menghimpunkan ahli-ahli muslimat dan kepimpinan cawangan dan kawasan yang ada bagi merapatkan ukhwah sesama muslimat.
Majlis yang diadakan di Dewan Haji Zabidi, Kampung Pertama, Permatang Pauh itu telah dihadiri oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin bersama-sama dengan kepimpinan PAS cawangan dan kawasan Permatang Pauh.
Dalam ucapannya Datuk Seri Nizar menyeru muslimat sebagai salah sebuah sayap penting dalam PAS untuk meneruskan kesinambungan perjuangan yang ada supaya penglibatan dalam politik itu dilihat sebagai satu ibadah dan pengorbanan untuk kesejahteraan ummah selaras dengan moto 'PAS FOR ALL' atau PAS untuk semua. Image
"Bagi memastikan Dewan Muslimat sebagai salah sebuah organisasi yang penting bermatlamat untuk memperjuangkan tuntutan agama dan kesejahteraan ummah maka pengorbanan yang dibuat oleh kita semua diharapkan mendapatkan keredhaan Allah.
"Setiap perjuangan kita haruslah berasaskan dan bersandarkan pada perjuangan Islam yang akan membawa kerahmatan kepada semua umat manusia di muka bumi ini," katanya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu telah berjaya memeriahkan suasana apabila berucap dalam Bahasa Mandarin kepada sebahagian daripada hadirin bangsa Tionghua yang turut hadir dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh, Rafidah Abd Razak, program jamuan teh ini adalah bertujuan bagi merapatkan hubungan antara ahli dan pimpinan muslimat yang terdapat dalam kawasan Permatang Pauh.
"Apa yang kami hasratkan berjaya apabila digabungkan cawangan dan kawasan.Ternyata yang hadir amat menggalakkan kerana ia bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli muslimat malah turut disertai oleh muslimin daripada cawangan dan kawasan.
"Ini membuatkan kami merasa kepimpinan dan khidmat kami dihargai apabila ada penyertaan yang sedemikian," katanya.
HarakahDaily.Net/-
TERKINI PERMATANG PASIR
Jalan-jalan utama ke Permatang Pasir Masih ditutup. Suasana Permatang Pasir sesak dengan kenderaan memenuhi jalan. Beberapa pusat mengundi mulai lengang. Penyokong BN sudah tidak kelihatan, hanya penyokong PAS dilihat berada di tepi- tepi jalan.
JAM 1.00 TENGAHARI
SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2 peratus atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang.
JAM 12.00 TENGAHARI
Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.
JAM 11.45 PAGI
Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang.
Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.
HarakahDaily.Net/-
53.3% mengundi sehingga 1 tengahari
Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.
Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.
Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.
Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.
MalaysiaKini/-
Mekah dan kelebihannya
Arafah adalah antara tempat yang mustajab untuk umat Islam yang mengerjakan haji berdoa.
Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud: Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia..
Berkenaan dengan nama Bakkah itu sendiri ada dua pendapat:
l Diambil daripada kesibukan kerana sibuk orang ramai ketika tawaf.
Dinamakan Bakkah kerana tempat tersebut telah menundukkan leher-leher orang yang takbur apabila mereka melakukan dengan kezaliman pasti dibalas dengan segera.
Nama-nama Mekah
Uniknya kota suci Mekah mempunyai banyak nama sebagai lambang kemuliaannya. Justeru, Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: "Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan, sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan nama Rasul-Nya.
"Kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain daripada Mekah dan Madinah, kerana kedua-duanya merupakan sebaik-baik bumi. Disebabkan kerana banyaknya sifat yang boleh dinamakan kepada kedua-duanya" .
Suka dinyatakan di sini beberapa nama bagi kota Mekah yang masyhur. Antaranya:
i. Mekah. Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kerana Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurangkan atau menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya, atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah, atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.
Dikatakan kerana Mekah menarik ramai manusia datang kepadanya, juga kerana sedikit air yang terdapat padanya.
ii. Bakkah. Bakkah ertinya memecah, mencarik atau menunduk seperti yang telah dinyatakan di atas.
iii. Ummu al-Qura. Penamaan Ummu al-Qura membawa maksud ibu kampung atau kota kerana tempat tumpuan manusia. Di samping menjadi kiblat dan terdapatnya Kaabah al-Musyarrafah sejak sekian lama.
iv. Al-Balad dan Al-Baldah.. Al-Balad membawa maksud negeri iaitu kota Mekah itu sendiri.
v. Al-Baladu al-Amin. Ia bermaksud negeri yang aman. Mereka yang masuk pasti mendapat keamanan. Al-Maraghi berkata: "Mekah yang dimuliakan Allah dengan adanya Kaabah".
vi. Haraman Amina. Maksudnya ialah Tanam Haram yang aman. Ini terbukti, kota Mekah sememangnya telah menjadi negeri yang aman sejak dahulu lagi.
vii. Al-Qaryah. Maksudnya ialah negeri atau kampung. Negeri yang dimaksudkan ialah Mekah.
Sheikh Badruddin al-Zarkashi Rahimahullah menyebut sebanyak 30 nama bagi kota Mekah. Jelas di sini menunjukkan betapa prihatinnya ulama berkenaan dengan kelebihan dan keistimewaan kota Mekah.
Fadilat Mekah dan keistimewaannya
Mekah mempunyai banyak keistimewaan dan fadilatnya.
Pertama: Dajjal tidak boleh memasuki kota Mekah. Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua: Tawaf mempunyai banyak kelebihan dengan dihapuskan segala kesalahan dengan diberi kebajikan seperti riwayat al-Tirmidzi. Begitu juga, orang yang tawaf dan solat serta memandang Kaabah mendapat banyak rahmat.
Ketiga: Kelebihan solat di Masjid al-Haram setara dengan seratus ribu di masjid yang lain seperti riwayat Ahmad.
Keempat: Mekah merupakan sebaik-baik tempat di muka bumi berdasarkan hadis riwayat al-Tirmidzi.
Kelima: Terdapat banyak tempat yang mustajab doa di Mekah seperti di belakang maqam Ibrahim, di antara dua rukun Hajar al-Aswad dan Yamani, dalam Hijr Ismail, Arafah, Mina, Mudzlifah dan banyak lagi.
Keenam: Air zamzam yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat menyembuhkan penyakit serta ditunaikan hajat dengan izin Allah SWT. Dan lain-lain lagi.
Penutup
Mekah mempunyai seribu satu macam kelebihan, keistimewaan dan keberkatan. Justeru, bagi yang menjadi dhuyuf al-rahmah (tetamu Allah) hendaklah mengambil kesempatan ketika berada di kota Mekah untuk mempelbagaikan aktiviti ibadat kepada Allah SWT. Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.
Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah
Oleh Dr Mohd Asri Zanul Abidin
Selama hampir dua minggu saya mengembara dari London ke Osnabruck , kemudian ke Berlin dan seterus ke Republik Czeck. Di setiap tempat saya disambut dengan mesra dan meriah sekali oleh para pelajar Malaysia .
Walaupun kebanyakan mereka belum pernah bertemu saya, tetapi banyak pandangan saya; samada dalam bentuk ucapan atau tulisan, kebanyakan mereka telah pun menelaahnya. Alhamdulillah.
Itulah kebaikan dunia internet jika kita manfaatkan. Walaupun sebahagian mereka berada di luar negara sejak saya belum menjadi mufti, dan setelah saya berhenti pun mereke belum balik lagi, namun mereka tahu perkembangan Malaysia .
Dalam tempoh dua tahun saya menjadi mufti nampaknya pandangan-pandangan yang dilontarkan –alhamdulillah- telah diekspot dengan mewahnya ke sana . Setiap tempat yang saya sampai, saya memberikan ucapan dan membuat sessi soal jawab.
Dunia hari ini begitu pantas maklumatnya, di mana sahaja saya berhenti, akan ada rakyat Malaysia yang tahu dan menunggu saya di berbagai stesyen. Mereka menjemput saya ke berbagai program yang dianjurkan dan boleh dikatakan setiap warga Malaysia di kawasan berkenaan akan hadir. Alhamdulillah.
Memberikan ucapan kepada para pelajar yang terpilih dan bijak amatlah selesa dan senang. Mereka memiliki kecerdasan minda dan ketajaman untuk berhujah. Apabila mereka merasai pandangan yang kita lontarkan itu berteraskan alasan yang meyakinkan, dengan mudah mereka bersetuju. Atau jika mereka tidak bersetuju, mereka akan bersoal jawab dan mendatangkan alasan-alasan mereka.
Saya sering mengingatkan pembaca, demikian saya ingatkan mereka bahawa Islam sama sekali tidak dapat menerima pegangan agama yang dibuat atas ikut-ikutan tanpa memahami dalil atau alasan. Tiada takliq buta dalam Islam ini. Tiada dalam Islam senjata beracun yang pernah digunakan oleh sesetengah golongan yang memakai lebel agama iaitu ‘barang siapa yang banyak bertanya, maka lemahlah imannya’.
Jika manusia bijak seperti mereka yang mempelajari bidang-bidang yang sukar seperti perubatan tidak dibekalkan dengan kekuatan kefahaman yang berteraskan fakta dan dalil, siapa lagi yang hendak kita harapkan menjadi benteng Islam di zaman kini.
Dr Zakir Naik umpamanya, dia seorang saintis yang menyumbang kepada penyebaran Islam dengan hujah-hujah saintifik dan pemikiran yang tajam. Kebijaksanaannya telah digunakan untuk menyampaikan Islam. ‘Peace TV’ telah dijadikan saluran media membolehkan manusia memahami Islam yang canggih dan mengatasi zaman.
Lihatlah, ketika sesetengah mereka yang bergelar ‘ustaz’ menggambarkan Islam sebagai agama yang dipenuhi dengan unsur Israiliyyat, hadis palsu, jampi itu dan ini, cerita-cerita lucu kewalian, upah pahala sebagai bisnes dan berbagai pencemaran yang lain, golongan professional muslim yang mendapat disiplin ilmu perubatan, kejuteraan, pembinaan dan berbagai lagi tampil menjelaskan Islam yang sebenar. Islam yang mereka fahami dari sumber yang betul tanpa sebarang kepentingan kebendaan.
Ini mengingat kepada Nabi Sulaiman a.s apabila beliau mendengar ucapan semut betina. Firman Allah: (maksudnya)
“Hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml” (lembah semut), berkatalah seekor semut betina: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak kamu, sedangkan mereka tidak menyedari. Maka tersenyumlah Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berkata (berdoa):” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amalan soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. (Surah al-Naml: 18-19)
Demikian, pengetahuan tentang alam membawa insan mendekatkan diri kepada Allah dan bersyukur kepadaNya.
Di sana , saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting. Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.
Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.
Saya pernah melihat kumpulan yang berjubah dan berserban sakan, namun pergi memohon hajat di kubur Pulau Besar Melaka. Pengaruh tarekat yang berlebihan, atau kesufian yang melampau sering menjadikan sesetengah pihak gagal untuk membezakan antara batasan iman dan syirik.
Guru, atau bomoh sering diangkat melebihi kadar yang patut. Walaupun dalam masa yang sama, kita lihat mereka ini begitu menjaga sesetengah amalan fekah, sehingga kelihatan sempit dan beku. Maka tidak pelik di negara kita jika ada imam masjid yang masih kuat pegang dengan bomoh, atau terikut dengan tarikat yang bukan-bukan.
Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik. Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun ramai orang masih takut dengannya.
Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar..
Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.
Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.
Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia , ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.
Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.
Para pelajar di sini mempunyai masalah kerana anjing begitu banyak. Ramai yang membawa anjingnya ke sana sini. Jalan menjadi kotor dengan najis anjing yang berselerakan. Berselisih dan bersentuh dengan anjing bukan perkara luar biasa. Demikian juga dengan daging babi yang amat digemari oleh ‘orang puteh’. Kefahaman fekah tempatan kita menjadikan sesetengah pelajar kita begitu gusar dalam masalah ini.
Saya telah memberikan beberapa jawaban untuk mereka menceritakan kepelbagaian pandangan sarjana Islam berhubung dengan nilai najis kedua haiwan berkenaan dan bagaimana kita dapat mengambil manfaat dari keluasan fekah Islam dalam hal-hal tersebut. Apa yang penting mereka perlu tegas dalam akidah dan ambil kemudahan fekah yang diberikan syarak.
Sering merendah diri antara enam tanda taubat diterima
SEORANG ahli hikmah berkata: Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.
Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih; menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah; hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat; percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.
Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.
Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.
Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.
Sumber Abullaits Assamarqan dalam buku, Tanbihul Ghafilin
11 jenis manusia didoa malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Harlina Binti Ahya Ulumuddin
47.2% mengundi sehingga 12 tengahari
Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.
Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.
Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.
Malaysiakini/-
LAILATUL QADAR
ASSALAMUALAIKUM YB!
Bila sampai sahaja bulan Ramadan yang mulia ini maka akan bermulalah pencarian Malam Lailatul Qadar. Kenapa? Ini kerana banyak yang diceritakan di dalam kitab2 bahawasanya Lailatul Qadar ada di bulan Ramadan. Berikut disenaraikan bilakah yang akan terjadinya malam Lailatul Qadar tersebut yang dikatakan banyak keistimewaannya:
1) Ada yang kata ia akan berlaku dalam satu malam di dalam 360 hari. Carilah ia...
2) Berlaku di dalam bulan Ramadan. Carilah dari malam pertama hingga 30.
3) Berlaku di hari sepuluh terakhir bulan Ramadan. Bermakna dari hari ke 21 hingga 30.
4) Berlaku pada malam2 ganjil sepuluh hari terakhir bulan Ramadan iaitu malam 21,23,25,27 dan 29.
5) Berlaku pada malam 27 bulan Ramadan juga disebut malam 27 likur.
Sama2lah kita mencarinya bersama2....
ANAK KOMANDO REJIMEN 1
BN kata, PAS menang pun tak boleh buat apa.
Habis Apa PAS Boleh Buat..?
Kalau nak tengok apa PAS boleh buat, elok tunggu dulu apa yang Allahyarham YB Hamdan sewaktu jadi ADUN tunggal PAS berjaya laksanakan.. . hasil desakan, bantahan, memorandum, perbincangan dan perundingan semasa jadi pembangkang dan semasa berada dalam kerajaan.
* Pastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - BERJAYA SEPENUHNYA.
* Memperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - SEBAHAGIANNYA BERJAYA.
* Mendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan - BERJAYA.
* Mendesak mangsa tsunami di Tanjung Bungah diberikan rumah (tuntutan dibuat kepada kerajaan BN, terlaksana semasa Pakatan Rakyat berkuasa) - BERJAYA.
* Tindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lesen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - BERJAYA.
* Menentang habis-habisan projek kasino terbesar di Pulau Jerjak yang dicadang di zaman BN (2004). Ketua Menteri Lin Guan Eng membatalkan projek tersebut dan menggazetkan Pulau Jerjak sebagai hutan lipur - BERJAYA SEPENUHNYA.
* Minta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan lojistik setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - BERJAYA.
(Semua agenda perjuangan untuk kepentingan Islam, Melayu dan rakyat seluruhnya akan diteruskan oleh ADUN tunggal PAS di DUN Pulau Pinang jika mendapat mandat)
TERKINI PERMATANG PASIR
Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.
JAM 11.45 PAGI
Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang.
Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.
JAM 11.20 PAGI
Polis mula ditempatkan dengan ramai di semua-semua pusat pengundian. Di SK Penanti, FRU di tempatkan ekoran kekecohan yang berlaku di situ.
Jam 10 pagi tadi, SPR melaporkan 5775 atau 28.46 peratus pengundi telah membuang undi.
HarakahDaily.Net/-
Rahsia Amalan Puasa Kita Diterima
Diceritakan pada satu hari, seorang Soleh di kalangan salaf berlalu di sebuah perkampungan, terdapat di situ beberapa orang lelaki (selepas Ramadan) ketawa berdekah-dekah dengan membuang masa di kedai kopi, bercerita tentang persoalan dunia yang tiada kaitan dengan alam kubur, akhirat atau di padang Mahsyar.
Maka orang Soleh itu pun menyapa mereka dengan berkata : Adakah tindakan tuan-tuan dengan banyak ketawa merasakan tidak ada dosa yang tertanggung atau begitu yakin amalan tuan-tuan diterima Allah SWT dengan membuang masa begini?
Jika diterima sekali pun adakah sesuai tuan-tuan duduk lama di kedai kopi bersembang pada perkara yang tidak menguntungkan Islam dan umatnya?
* Justeru menurutnya, sesungguhnya amal-amal soleh yang berkekalan yang dilakukan pada bulan Ramadan seperti berpuasa, baca al-Quran, solat Tarawih, bersedekah dan berzakat, menyedia atau memberi makanan kepada orang lain, bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jamaah, menjaga waktu solat fardu lima waktu, menghubungkan silaturrahim sesama muslim, beriktikaf dalam masjid, bangun malam dan lain-lain adalah petanda amalan orang berpuasa diterima di sisi Allah.
* Hendaklah setiap muslim menjadikan ketaatan dan muraqabah (pengawasan) terhadap Allah setiap masa seperti di bulan Ramadan adalah perkara utama agar amalannya terus diterima di sisi-Nya, di samping menjauhkan diri daripada terlibat dalam perkara dosa, mungkar dan keji bersesuaian dengan inspirasi hadis baginda yang bermaksud :
“Susulilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mampu menghapuskan kejahatan, dan berakhlak mulialah terhadap manusia dengan akhlak yang terpuji”.
* Bercakap dengan ungkapan yang berisi nasihat atau bimbingan serta beramal soleh merupakan pra syarat terkabul amalan di sisi Allah seperti yang ditegaskan-Nya menerusi ayat 10 surah Fatir : “Kepada-nya (Allah) sampai perkataan-perkataan yang baik (kalimat Tauhid) dan amal soleh disampaikan kepada-Nya .
* Bersegera dalam melakukan kebaikan dan kebajikan juga adalah faktor dikenal pasti sebagai penyebab amalan seseorang diterima Allah.
* Suka bersedekah dan tidak kedekut adalah punca amalan diterima Allah.
* Mengekal dan memelihara takwa kepada Allah juga menyebabkan amalan diterima Allah.
* Istiqamah dalam agama dengan terus beramal dan melakukan perintah serta meninggalkan perkara yang terlarang adalah punca amalan diterima..
* Memelihara rukun Islam yang lima serta rukun Iman yang enam juga penyebab amalan diterima Allah.
* Konsisten dalam beramal secara berterusan walaupun sedikit, ia bertepatan dengan penjelasan baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud :
Sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah yang bersifat berterusan walaupun sedikit”.
Apapun Ramadan telah melahirkan dua jenis manusia yang mempunyai cara berbeza dalam penampilan mereka selepas Ramadan, justeru marilah sama-sama kita renung secara mendalam untuk kita tentukan golongan mana yang patut dicontohi.
Golongan Pertama
Golongan yang dapat disaksikan dalam bulan Ramadan begitu ghairah melakukan apa ahaja amal ibadat selagi sanggup melakukannya, solat ketika orang lain juga bersolat, ruku’, sujud, bertadarus dengan berlinangan air mata kerana takutkan azab Allah ketika membaca al-Quran.
Agak sukar untuk melihat dalam diri mereka akhlak yang terkeji, kerana satu bulan Ramadan diisi dengan pelbagai ketaatan kepada Allah, menjauhkan diri dari segala maksiat dan perkara yang melalaikan.
Namun setelah sebulan dua ditinggalkan Ramadan, ketaatan, ibadat dan segala apa yang dilakukan hanya menjadi kenangan manis yang berlalu pergi bersama pertukaran bulan-bulan yang lain, surau dan masjid bukan lagi menjadi tempat destinasi persinggahan, al-Quran bukan lagi menjadi bahan bacaan harian, bulan berganti bulan hingga terbit Ramadan pada tahun berikutnya, inilah golongan yang hanya beribadat secara bermusim, seolah-olah Allah hanya wujud di bulan Ramadan sahaja, sedangkan pada bulan-bulan yang lain kehangatan beribadat semakin pudar.
Golongan Kedua
Golongan yang merasa amat gembira dengan kedatangan Ramadan dan merasa hiba dengan pemergian bulan yang mulia ini, kerana mereka merasa seronok dengan kemanisan dan janji-janji yang ada padanya.
Ramadan bagi mereka adalah peluang untuk menambah koleksi pahala sebanyak mungkin, kerana mereka mengetahui, bahawa Ramadan bulan kesabaran, persamaan, berkasih-sayang, terpadat padanya Lailatul Qadr, solat Tarawih, rahama, keampunan, pelepasan dari api neraka, Nuzul al-Quran, tadarus, tazkirah, pengeluaran Zakat Fitrah, peristiwa Badr al-Kubra, pembukaan kota Mekah dan seribu macam pahala yang tersedia untuk direbut.
Mereka beramal dengan sepenuh hati bagi menjana diri sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa menerusi ibadat puasa, mereka akan menangis jika Ramadan hampir melabuhkan tirainya kerana mungkin tidak akan bertemu dengannya pada tahun-tahun yang mendatang.
Kesimpulannya
Terserah kepada anda untuk menentukan kedudukan yang mana satu yang harus anda pilih di antara dua golongan yang disebutkan di atas.
Andalah sebagai hakim untuk memastikan masa depan di akhirat lebih terjamin untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah s.a.w ketika ada di kalangan manusia yang tercicir namanya dalam senarai mereka yang dimasukkan dalam syurga Allah yang kekal abadi dengan segala nikmat yang membahagiakan.
38.9% mengundi sehingga 11 pagi
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.
Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.
Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.
MalaysiaKini/-
Kebanyakan Penghuni Syurga Dan Penghuni Neraka
"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ." Diriwayatkan oleh al-Bukhari.
Tujuannya:
Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan Allah gambaran syurga dan neraka, dan ia dapati bahawa penghuni syurga yang paling ramai adalah terdiri dari golongan orang-orang miskin atau orang-orang yang tidak berharta, sedangkan penghuni neraka yang paling ramai adalah terdiri daripada kaum wanita. Jika hadis ini ditilik dari permukaannya yang lahir sahaja tentulah timbul kemusykilan- kemusykilan tertentu apakah Islam memandang kemiskinan itu sebagai satu kelebihan dan kekayaan sebagai satu penghalang yang boleh menjauhkan seseorang itu dari syurga ? Apakah istilah memandang rendah kepada kaum wanita hingga kebanyakkan mereka menjadi penghuni neraka ? Apakah kaum wanita lebih banyak melakukan maksiat dari kaum lelaki ?
Untuk memahami maksud yang sebenar dari hadis ini perlulah dirujukkan kepada nas-nas lain yang bersangkutan dengan pandangan umum Islam terhadap kekayaan dan kemiskinan, juga pandangan umum Islam terhadap kaum lelaki dan kaum wanita.
Menurut Islam merupakan nikmat dan rahmat yang dikurniai Allah kepada manusia, kerana itulah memohon " rezeki yang luas " merupakan isi utama doa-doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya termasuk doa " " yang dibaca berkali-kali setiap rakaat sembahyang, tetapi kekayaan itu sendiri bukanlah merupakan satu kelebihan kecuali ia dibelanjakan kepada jalan Allah, sedangkan kemiskinan pula menurut pandangan Islam merupakan cabaran dan ujian terhadap ketabahan dan kesabaran seseorang mukmin, kerana itu kemiskinan itu sendiri bukan sekali-kali merupakan kelebihan yang secara automatis melayakan seseorang mukmin untuk menduduki syurga, malah pastilah digandingkan dengan sikap sabar, takwa dan amalan-amalan yang soleh.
Bertolak dari pengertian ini ternyata bahawa yang dimaksudkan dengan "orang-orang yang miskin " yang disebut oleh Rasulullah s.a.w itu ialah orang-orang miskin yang soleh dan bertaqwa bukanlah semata-mata orang miskin, kerana kemiskinan semata-mata kadang-kadang merupakan satu bala yang boleh membawa seseorang kepada kekufuran dan kejahatan. Apabila tekanan kemiskinan itu tidak dapat disabari oleh seseorang ia mungkin menjadi manuisa yang berkecil hati dan bersikap membantah terhadap Allah dan ini bukan sahaja menjerumuskannya ke dalam kekufuran, malah mencetuskan dalam hatinya perasaan hasad dengki dan dendam kesumat terhadap manusia sekelilingnya yang lebih bernasib baik darinya, dan akibatnya ia mungkin terlibat dalam perlakuan - perlakuan jenayah dan kekejaman-kekejaman untuk meluahkan dendam. Inilah maksud sabda Rasulullah s.a.w :
" Kemiskinan itu hampir-hampir membawa seseorang itu kepada kekufuran "
Kerana itu, pada hemat kami, tidaklah wajar jika ada pihak-pihak yang tertentu mahu menjadikan hadis ( 29 ) ini sebagai alasan bahawa Islam menggalakan umatnya supaya menjadi miskin atau memandang kemiskinan itu sebagai satu kelebihan yang melayakan seseorang itu mewarisi syurga di Akhirat. Al- Quran dengan tegasnya menetapkan bahawa syurga itu adalah dicapai dengan taqwa dan amalan-amalan yang soleh bukannya dicapai dengan semata kemiskinan firman Allah Taala :
" Itulah syurga yang Kami warisi dengan kelebihan amalan-amalan kamu." Al- 'Araf ( 43 ).
Dan firman-Nya lagi :
" Itulah syurga yang Kami warisikannya kepada orang-orang yang bertaqwa di antara hamba-hamba Kami." Maryam ( 63 )
Sifat kehidupan seseorang muslim yang digariskan Allah adalah penuh dengan kegiatan - kegiatan amalan ibadat dan kebajikan yang memerlukan kepada kewangan yang banyak seperti zakat, ibadat haji, berjihad menegakkan agama Allah, menolong fakir miskin, kaum kerabat, jiran tetangga menyediakan mas kahwin, menanggung nafkah isteri dan anak pinak, mengadakan kenduri akikah, berkorban di hari raya, berderma untuk sabilillah dan sebagainya dari ibadat-ibadat kebajikan yang bertunjangkan kepada kewangan. Di dalam al-Quran dan As- Sunah penuh denga anjuran-anjuran agar setiap orang muslim yang berada supaya menginfaq atau membelanjakan harta mereka ke jalan kebajikan dan itulah perlaburan hakiki untuk masa depan hari akhirat dan itulah keuntungan abadi yang disediakan Allah. Firman Allah :
" Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, sedangkan mereka tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka sampaikan berita kepada mereka bahawa mereka akan mendapat keseksaan yang pedih ." At-Taubat ( 34 )
" Dan belanjakan harta bendamu pada jalan Allah dan janganlah kamu campakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, berbuatlah kebaikan kerana Allah amat menyayangi orang-orang yang berbuat kebaikan." Al-Baqarah ( 195 )
" Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul - Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka ke jalan Allah, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman." Al- Hujurat ( 15 ).
Bertolak dari hakikat ini ternyatalah bahawa "orang- orang yang miskin ," yang terutama yang dimaksudkan oleh hadis itu ialah orang-orang yang menjadi miskin sebagai akibat dari penglibatan mereka di dalam kegiatan-kegiatan infaq dan jihad fisabilillah, bukannya semata - mata orang miskin, apatah lagi mereka yang miskin akibat malas dan kurang berusaha.
Kerana itu Ibn Battal dalam kitab " al- Fath " dengan tegas menyarankan bahawa kemasukan ramai orang-orang miskin ke dalam syurga itu bukanlah kerana kemiskinannya, malah kerana kesolehan di samping kemiskinan, sebab orang yang miskin yang tidak soleh itu tidak mempunyai apa-apa kelebihan sementara al- Alamah al- Syeikh Mansyur Ali Nasar berkata dalam kitabnya " at- Taaj". Kelebihan orang-orang miskin ( yang banyak masuk syurga ) itu bukanlah kerana kemiskinan, malah kerana kesabaran, taqwa dan amalan-amalan mereka yang soleh yang biasanya menyebabkan mereka menjadi miskin.
Apa yang dikatakan oleh al- Syeikh Mansyur itu memang merupakan satu kenyataan yang lumrah dalam kehidupan pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang, ' ulama'- 'ulama' dan para solehin Islam. Mereka menjadi miskin bukanlah kerana kurang usaha tetapi kerana mreka sentiasa mengorbankan harta benda mereka ke jalan Allah dan kerana mereka menumpu sepenuh masa mereka kepada kegiatan dakwah dan jihad fisabilillah, dan seterusnya kerana mereka lebih mementingkan kebajikan orang lain dari kebajikan diri mereka sendiri.
Oleh itu jika terdapat hadis-hadis yang lain yang pada lahirnya seolah-olah memuji atau memandang tinggi kepada kemiskinan, haruslah diruju'kan kepada hakikat kemiskinan yang terpuji yang telah dijelaskan tadi. Jika tidak, maka hadis-hadis itu akan bertentangan dengan hadis - hadis dan ayat-ayat al-Qur'an yang terang menyarankan kelebihan kekayaan dan kelebihan infaq fisabilillah.
Mengapa orang-orang kaya begitu ramai memasuki neraka? Jawabnya kerana kebanyakan mereka telah menyalahgunakan kekayaan itu di dalam kegiatan-kegiatan maksiat yang dilaknat Allah dan kerana mereka telah ditimpa oleh penyakit-penyakit kekayaan iaitu tamak dan haloba, penting diri, bakhil, takbur, lupa daratan, menindas kaum miskin, tidak memperdulikan halal haram dan meninggalkan infaq fisabilillah.
Tegasnya orang-orang kaya yang ramai memasuki neraka bukanlah kerana kekayaan, malah kerana penyelewengan dan kefasiqan hidup mereka yang dapat dilihat dimana-mana masyarakat merekalah saudagar-saudagar yang memperniagakan segala macam maksiat, merekalah perintis-perintis hiburan, permainan dan pertunjukkan yang haram dan merekalah pendorong dan penggalak di belakang kefasiqan-kefasiqan masyarakat. Mereka menggunakan harta mereka untuk merosak dan membeli dhamir orang-orang yang baik untuk meluluskan maksud-maksud mereka yang jahat, malah mereka menggunakan pengaruh harta mereka untuk memaksa kerajaan untuk melindungi kepentingan- kepentingan mereka.
Kerana tindak-tanduk mereka yang tidak jujur itulah menyebabkan perjalanan mereka ke syurga di halangi oleh berbagai-bagai proses pemeriksaan dan hisab yang menyeksakan mereka. Tersebut dalam sebuah Hadis lain yang seakan-akan Hadis ( 92 ):
Dari Usamah bin Zaid r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda " aku berdiri di pintu syurga, tiba-tiba aku melihat kebanyakan orang yang memasukinya ialah orang-orang miskin, sedangkan hartawan-hartawan telah ditahan, melainkan penghuni-penghuni neraka mereka terus diperintah supaya di humbankan ke dalam nereka, dan aku berdiri di pintu syurga tiba-tiba aku melihat kebanyakan orang memasuki neraka adalah kaum wanita."
Diriwayatkan oleh al- Bukhari dan Muslim.
Menurut al - A'lamah al- Syeikh Mansyur maksud " hartawan-hartawan telah ditahan " ialah orang-orang kaya dan pembesar - pembesar di dunia adalah di tahan untuk menjalani proses pemeriksaan dan hisab, siapa di antara mereka yang di dapati melakukan jenayah, kufur, penyelewengan, dan kejahatan-kejahatan maksiat akan di masukkan ke dalam neraka.
Kelewatan para hartawan yang menyeleweng dari memasuki syurga telah di jelaskan oleh sebuah Hadis yang lain :
" Dari Abi Hurairah r.a Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda : orang-orang Islam yang miskin dapat memasuki syurga sebelum orang-orang kaya terdahulu selama setengah hari ( waktu akhirat ) bersamaan 500 tahun ( waktu dunia ). "
Mengapa kebanyakan penghuni neraka terdiri daripada kaum wanita ?
Sebabnya sudah tentu bukan kerana mereka jenis wanita.
Pada prinsipnya kaum lelaki dan wanita sama saja di sisi Allah : di sana tiada sebarang diskriminasi pahala dan dosa dan dilandaskan di atas jenis. Siapa yang lebih bertaqwa dialah yang lebih tinggi di sisi Allah. Oleh itu Hadis ini sama sekali tidak bertujuan untuk menyarankan bahawa kaum wanita itu lebih rendah darjatnya dari kaum lelaki sebagaimana yang mungkin difaham dari tinjauan sekilas.
Mungkin sebabnya terletak pada faktor jumlah kaum wanita di dunia adalah melebihi jumlah kaum lelaki sebagaimana yang dibuktikan oleh perangkaan penduduk dunia dari dahulu hingga sekarang, oleh itu tidaklah menakjubkan jika bilangan mereka yang menjadi penghuni neraka adalah lebih besar dari kaum lelaki, apatah lagi jika ditinjau bahawa jumlah manusia kafir dan masyarakat di dunia di sepanjang zaman adalah jauh lebih ramai dari manusia mukmin. Hakikat ini telah dikuatkan pula oleh kenyataan Hadis bahawa kaum perempuan adalah lebih ramai dari kaum lelaki.
Mungkin sebabnya yang hakiki terletak pada penyelewengan dan penyalahgunaan pengaruh dan sifat-sifat kewanitaan dan akibatnya menyebabkan kaum lelaki terjerumus di dalam perangkap-perangkap kejahatan, kefasiqan dan jenayah. Ahli jiwa sepakat mengakui bahawa pengaruh seks pada wanita merupakan pengaruh yang amat menjahanam di dalam kehidupan lelaki. Al - Qur'an sendiri telah meletakkan kaum wanita pada barisan pertama dalam kumpulan pendorong-pendorong nafsu keinginan manusia firman- Nya :
" Telah dijadikan kesukaan pada manusia menyintai berbagai-bagai nafsu keinginan iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas sawah dan ladang. Itulah kenikmatan hidup di dunia, sedangkan di sisi Allah pula terdapat syurga tempat kembali yang amat indah " Al - 'Im ran ( 14 )
Dari situ ternyatalah bahawa wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki di dunia. Ini di sebabkan kerana tabiat lelaki itu mencari wanita, sedangkan tabiat wanita menunggu dan memancing dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wanita, kerana itu wanitalah lebih mempersonakan lelaki dari lelaki mempersonakan wanita. Hakikat ini telah di jelaskan oleh Rasulullah s.a.w :
" Aku tidak tinggal selepasku ujian lebih bahaya kepada lelaki melainkan wanita."
Muttafaqa ' Alaih
Ujar Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti " Wanita mampu, jika mahu, untuk menjadikan dirinya satu bahaya yang dahsyat kepada lelaki sehingga tidak dapat dihindarinya, dan ia juga boleh menjadikannya dirinya selaku yang boleh membawa lelaki ke jalan yang selamat dan sentosa. "
" Beberapa banyak umat yang agung runtuh akibat pergaulan bebas lepas dan kemusnahan akhlak, dan faktor pokoknya ialah wanita, kerana itu tugas Islam yang paling besar yang di letakkan pada bahu wanita ialah supaya ia menyembunyikan senjata pesona atau seksnya di depan lelaki seberapa yang terdaya olehnnya agar mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka."
" Sebab yang membawa wanita menjadi penghuni neraka yang terbanyak seperti yang tersebut oleh hadis yang soheh itu ialah adalah berbagai-bagai faktor yang terpentingnya ialah mereka tidak mematuhi dengan penuh taqwa dalam melaksanakan tugas agung (menyembunyikan senjata seksnya ) yang diletakkan di atas bahu mereka. "
TERKINI PERMATANG PASIR
Polis mula ditempatkan dengan ramai di semua-semua pusat pengundian. Di SK Penanti, FRU di tempatkan ekoran kekecohan yang berlaku di situ.
Jam 10 pagi tadi, SPR melaporkan 5775 atau 28.46 peratus pengundi telah membuang undi.
JAM 11.00 PAGI
Para penyokong kedua-dua pihak salang berbalas sorakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Pauh. Beberapa pemimpin Pakatan hadir. Antaranya Dr Dzulkifli Ahmad, Nasruddin Tantawi, Lim Kit Siang, Zuraidah Kamarudin.
Di SRJK Cina Lay Keow Permatang Pauh, penyokong PAS tidak puas hati apabila penyokong BN mengibarkan bendera dacing sedangkan ia dilarang oleh SPR. Berlaku kekecohan tetapi berjaya dikawal oleh polis. Ronnie Liu berada di kawasan itu.
"Penyokong Pakatan kita minta jaga keamanan dan jangan terpengaruh dengan provokasi. Yakin pengundi tahu dan buat pilihan yang bijak dan sangat penting pengundi bagi kemenangan kepada PAS di Pulau Pinang,"kata Ronnie.
JAM 10.35 PAGI
Tiga pusat pengundian panas dengan kata mengata antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pusat-pusat pengundian itu adalah Sekolah Rendah Permatang Pasir, Pekan Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Penanti.
Namun tidak ada kejadian buruk berlaku.
HarakahDaily.Net/-
Demo-Kerasi Sudah Mati
Dari Laman Nurani
Sistem Demokrasi yang diagung-agungkan UBN sekarang ini sudah mati keseluruhannya. Bermula dari PRK Bukit Gantang lagi apabila pelbagai peraturan baru yang diperkenalkan SPR kepada semua parti politik yang bertanding.
Di Manek Urai, bendera PKR tidak diobenarkan dinaikkan di Manek Urai, atas alasan PKR tidak bertanding di Manaek Urai. Riuh diperkatan hal ini. Sehingga siap berbalah lagi dengan SPR. Apa ni? Alasan lagi kononya Pakatan Rakyat tidak berdaftar. Ini menyanggah peraturan pilihanraya yang jelas membenarkan mana-mana parti politik yang menyokong parti yang bertanding adalah dibenarkan. Peraturan ini meyanggah peratutan tatatertib ini. Pening la... Demokrasi macam mana nih.
Terbaru di Permatang Pasir, sistem demokrasi dan hak asasi manusia yang hidup di muka bumi ini sekali lagi dinafikan SPR, dibawah kerajaan 1Malaysia, UBN. Peraturan tidak membenarkan berkempen pada hari mengundi dan tiad membenarkan diwujudkan meja semakan pemilih (barung) oleh parti-parti yang bertanding. Ini seolah-olah mahu mengikat kaki dan tangan serta mulut rakyat. Walaupun tidak nampak, tetapi ianya jelas menzalimi rakyat.
Eh, pilihan raya apa kalau tidak boleh berkempen? Ni siap ugut lagi dalam kaca-kaca televiseyen, corong speaker radio, bahawa mana-mana parti yang berkempen akan didakwa. Eh, bengong!, kita nk bertanding pilihanraya, bayaran deposit bukan RM1.50. Beribu-ribu, oleh itu, parti politik berkempenlah untuk memenangkan calon yang bertanding. Ini menyekat orang berkempen, piliharaya apa ni... Mana demokrasi? kata agungkan sangat demokrasi???
Berapa ramai dah rakyat Malaysia yang mati akbiat berkempen dan membuka barung di hari mengundi? Cuba jawab. Berapa orang rakyat Malaysia yang menderita akibat bekempen dan membuka barung di hari mengundi? Jangan persolakan terpaksa menggunakan aggota polis yang ramai. dah memang tugas polis dah menjaga keselamatan awam. Ke polis ni hanya menjaga ceramah-ceramah PAS sahaja di Malaysia ni? Buat apa SPR pertikai penglibatan aggota polis yang ramai? Kan dah memang tugas mereka. Jangan dah baling sembunyi tangan. Macam di PRK Manek Urai, penglibatan anggota polis yang amat menggalakan, mengapa tidak berbangkit? Mengapa berbangkit di Permatang Pasir? Mengapa anggota polis tak menjaga dalam negara macam di Manek Urai? Baru la kes ragut, samun tak berlaku.
Saya tidak nampak lain dalam drama murahan ini. Pengarahnya tetap juga sama dengan drama katak lompat yang pernah saya terbitkan sebelum ini. Cuba kita renung kembali di PRK Pengkalan Pasir, Pasir Mas. Mana ketelusan SPR??? Kata baik, bagus, berjurus. Tetapi ada yang meninggal di Kota Mekah, balik mengundi. Ada juga yang mengaku di mahkamah bahawa dia mengundi lebih dari satu kali. Tetapi, mana dakwaan yang dibuat? Apa tindakan mahkamah demokrasi yang diagung-agungkan?
Eh, kita semua tidaka kan lupa la pengkhianatan UBN terhadap rakyat dan Islam. Benda ini akan tetap saya dan kita semua akan ceritakan kepada generasi akan datang walaupun UBN sudah berkubur dan sudah tidak ada kesan lagi.
Jangan lupa Kes Memali. Saya JANJI, akan ceritakan kes ini sepanjang masa kepada generasi-genarasi sekarang dan yang belum lahir hari ini. Dan saya yakin, anda semua akan menceritakan perkara yang sama juga. Biar generasi kita kenal siapa UMNO, siapa Barisan Nasional ni. Jangan hanya kenal meraka di kaca-kaca televisyen sahaja.
Kepada kerajaan Malaysia yang ku sanjungi. Pulihkan segera dmokrasi kepada rakyat sebelum terlambat. Ingat, adakah dato'-dato' seri semua akan gunakan polis dan FRU untuk lawan rakyat jika rakyat bangkit??? Ingatlah zaman gelap, zaman Renaissance, zaman Revolusi di Eropah. Siapa yang bangkit kalau bukan rakyat? Masa tu, mana para pemimpin kuku besi? Ibgatlah, JANJI ALLAH PASTI BERLAKU!!!
Sendiri Berak, Sendiri Basuh
Amboi-amboi bersorak hari ini juak-puak BN-Umno mengenai ADUN Lunas menjadi calon bebas dan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. gembira sungguh dengan berita tersebut.
Bermacam tomahan, pendapat dan bidasan dilontarkan. Terlompat-lompat juak-puak Umno dihadapan media. Mungkin semasa bersahur meraka dah berkira-kira apa yag hendak dicakapkan dengan wartawan. Pencatat membaca Utusan Malaysia dengan minat pagi ini.
Muka enam ada gambar Datuk Seri Zahid Hamidi berkempen di N11, berita Tan Sri Muhyiddin tidak kelihatan. Gamaknya Ahli Parlimen Pagoh itu malu bertemu wartawan Utusan Malaysia semalam.
Dengar-dengar jentera BN se-Malaysia mula menuding jari ke arah Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang yang juga Menteri Pertahanan yang 'slow' pertahanannya. Macamanalah mahu mempertahankan negara, 'Pangliman Perang' yang dilantik mengemudi pertarungan N11 berpalit dengan krisis peribadi.
Jika ditakdirkan Malaysia berjiran dengan Israel, belum bertempur Lans Kopral tentera Israel baru mahu terkentut tentera Malaysia lari lintang-pukang. Al-maklum Menteri Pertahanan dilantik oleh seseorang yang penuh dengan skandal.
Satu lagi, Menteri Pelajaran Malaysia = Pengarah Pilihanraya Kecil BN-Umno Se-Malaysia. Pancatat tidak mahu komen lebih-lebih. Bukan sahaja veteran Umno Johor geleng kepala. Pemuda-Pemuda Umno Johor pun semacam mahu hantuk kepala kat tembok.
Penyudahnya Ahli Parlimen Pontian hanya boleh berkata, "PKR akan ikut jejak Semangat 46" dihadapan wartawan. Mahu berkempen calon BN-Umno N11, pengundi optimis lari bila lihat kelibat beliau.
Perdana Menteri seperti mantan PM yang sudah, berkempen pilihanraya kecil haram baginya. "Sendiri berak, sendiri basuh" mungkin itu yang dikatakan dalam hati Datuk Seri Najib Razak kepada Muhyiddin dan Zahid Hamidi.
Dicatat oleh Zabidie Abas