05 Julai 2014

Piala Dunia: Neymar terlepas aksi temu Jerman, retak tulang belakang

7 Ramadhan 1435. [MOD] -
Piala Dunia: Neymar terlepas aksi temu Jerman, retak tulang belakang NEYMAR disahkan tidak dapat beraksi lagi dalam baki perlawanan Piala Dunia selepas doktor mendapati dia mengalami keretakan pada segmen tulang belakang (vertebra).
FORTALEZA: Brazil menerima tamparan hebat selepas layak ke separuh akhir, pagi tadi apabila penyerang utama, Neymar disahkan tidak dapat beraksi lagi dalam baki perlawanan Piala Dunia selepas doktor mendapati dia mengalami keretakan pada segmen tulang belakang (vertebra). 

Piala Dunia: Brazil sah tiket separuh akhir kecewakan Colombia

7 Ramadhan 1435. [MOD] -

Foto
PEMAIN Brazil, Marcelo meraikan kemenangan pasukannya pada perlawanan bola sepak peringkat suku akhir Piala Dunia antara Brazil dan Colombia di Arena Castelao di Fortaleza, Brazil. - Foto AP
FORTALEZA: Satu rembatan padu hasil sepakan percuma daripada David Luiz membantu Brazil membenamkan Colombia 2-1, awal pagi tadi dan sekali gus menempah tiket ke separuh akhir bertemu Jerman buat menggapai cita-cita besar memburu gelaran Piala Dunia keenam.

Jerman layak ke separuh akhir kalahkan Perancis

7 Ramadhan 1435. [MOD] -

RIO DE JANEIRO: Jerman menempah tiket berharga ke separuh akhir keempat berturut-turut dalam kempen Piala Dunia sejak 2002 hasil kejayaan menundukkan Perancis 1-0 di Stadium Maracana, sebentar tadi.

Jaringan pertahanan, Mats Hummels pada minit ke-13 perlawanan sudah cukup buat juara dunia tiga kali itu mengatasi Perancis dalam perlawanan yang kurang menarik seperti diharapkan.

Gol tunggal Jerman berpunca menerusi sepakan percuma Toni Kroos dengan Hummels yang gagal dikawal pertahanan Perancis dan berjaya melepaskan tandukan cantik menewaskan penjaga gol yang juga kapten, Hugo Lloris.

Al Fatihah : Sharifah Aini meninggal dunia

7 Ramadhan 1435. [MOD] -

Foto
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 

Sedekah bukan jenayah, Hanipa bidas Ku Nan

7 Ramadhan 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin meminta agar Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor mempelajari undang-undang terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai undang-undang.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.

Hanipa yang juga seorang peguam berkata, seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali ia dibuktikan bersalah dan pelaksanaan denda serta-merta itu jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang yang sedia ada.

Tahniah Felixia, Neelofa dan Fara Fauzana

7 Ramadhan 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang mula berhijrah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ianya termasuk kepada bekas model dan pelakon Felixia Yap yang melafazkan syahadah memeluk Islam semalam.