07 November 2013

Tuan Ibrahim umum tanding Naib Presiden


3 Muharram 1435H. [MOD] -

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man lewat petang ini mengeluarkan kenyataan tentang jawatan yang akan ditandinginya.

Beliau mengumumkan menerima pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dalam Muktamar PAS yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Keputusan penerimaan pencalonan

Terdahulunya, saya ucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya  dalam Mesyuarat Agung PAS kawasan masing-masing.

Masjid bawah tanah pertama di dunia

3 Muharram 1435H. [MOD] -
http://detikislam.blogspot.com,07 Nov 2013

Turki kini sedang membina sebuah Masjid di bawah tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival Dunia untuk kategori tempat ibadah.

TG Nik Aziz terima Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate

3 Muharram 1435H. [MOD] -


KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate oleh kerajaan negeri.

Anugerah julung kali diadakan itu sempena program Penganugerahan Tokoh Anak Muda Kelate 2013 yang diadakan dua tahun sekali.

Mesyuarat ke-3, DUN Perak dimulakan dengan pembentangan Bajet 2014

3 Muharram 1435H. [MOD] -

IPOH: Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini dengan menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, membentangkan Bajet Perak 2014. 

Speaker DUN Perak, Datuk S K Devamany berkata, pembentangan bajet akan dilakukan pada 25 November manakala empat hari seterusnya diperuntukkan untuk sesi perbahasan serta soalan lisan dan bertulis sebelum diikuti sesi penggulungan oleh EXCO kerajaan negeri dan Menteri Besar.

Dera: Pemilik Taska Serah Diri Hari Ini


3 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati yang dikehendaki polis berhubung dakwaan mendera kanak-kanak yang diasuhnya, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) di sini, Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata wanita itu, Rozita Awang, 35, menyerah diri pada 10.30 pagi setelah diarah polis untuk berbuat demikian, Rabu,

Kekecohan Berhubung Setem Promosi Kementerian Pelancongan Selesai


3 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pereka setem pos untuk promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 Kementerian Pelancongan telah mencapai penyelesaian dengan jurufoto yang menjadi pemilik gambar yang digunakan dalam deraf setem berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Perancangan) Datuk Azizan Noordin memberitahu Bernama hari ini bahawa Kementerian Pelancongan akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkenaan minggu depan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung isu itu dan menyelesaikan semua perkara mengenainya.

RM490,000 untuk setiap penerbangan jet eksekutif

3 Muharram 1435H. [MOD] -


  • Satu jawapan bertulis oleh kerajaan di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa perjalanan menggunakan tujuh pesawat kapal terbang dan helikopter persendirian kerajaan pada 2012 melibatkan kos purata hampir setengah juta ringgit untuk setiap penerbangan.

Imigresen NS tahan 24 pengawal warga Nepal


3 Muharram 1435H. [MOD] -


  • Seramai 24 pengawal keselamatan warga Nepal ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar Seremban dan Nilai, lewat semalam.
       
    Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Abdul Kadir Hussin berkata, kesemua pengawal keselamatan itu ditahan di tempat kerja masing-masing iaitu premis perniagaan, kolej, kilang dan kelab sukan.

Buku Iqra': 447 kesalahan, 18 tahun tiada pembetulan

3 Muharram 1435H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, mempersoal tindakan kerajaan yang sehingga kini masih belum membetulkan sejumlah 477 kesalahan dalam buku Iqra' yang diajar kepada pelajar sekolah kebangsaan dalam mata pelajaran pengajian al-Quran di seluruh negara.

PAS gesa Karpal sendiri beri penjelasan

3 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:PAS meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tampil memberi penjelasan terbuka terhadap tuduhan kononnya beliau mahu pendaftaran PAS dibatalkan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu penting bagi merungkai segala kekeliruan yang timbul akibat laporan media yang memetik kenyataannya sebelum ini.

Karpal mahu PAS dibatal hanya putar belit

3 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR:“Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan,” jelas Lim Kit Siang dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam tadi.

Justeru, Ketua Parlimen DAP itu meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Berikut kenyataan beliau.

Semua orang mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Terbaru ialah dakwaan bahawa Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mahu pendaftaran PAS dibatalkan.

Kami hidup suasana harmonis – Cina Kelantan


3 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily/-
KOTA BHARU: “Tinggal di Kelantan yang diterajui kepemimpinan ulama tidak pernah menghalang kami melakukan amalan dan budaya mengikut kaum Cina.

“Tidak pernah ada halangan dibuat kerajaan negeri yang ditadbir PAS sejak lebih 23 tahun lalu. Malah kami dapat hidup dalam suasana harmonis,” kata aktivis masyarakat Cina, Chia Chuan Lay.

Beliau berkata, tidak benar sama sekali kalau pihak yang mendakwa orang bukan Islam terkongkong di Kelantan sejak ditadbir PAS.

Malam Pertama Presiden Mursi di Penjara Burj Arab

3 Muharram 1435H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com

Kaherah - Sumber keselamatan Mesir menyebutkan bagaimana Presiden Mursi menghabiskan malam pertamanya, Isnin (4/11/2013) di penjara Burj Arab, Alexandria. 

Beliau menghabiskan malam itu dengan melaksanakan solat, tilawah Al-Qur’an dari waktu asar hingga subuh.

Ikhwanul Muslimin gagal batalkan pengharaman pertubuhan

3 Muharram 1435H. [MOD] -

KAHERAH 7 Nov. - Ikhwanul Muslimin hari ini gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan mahkamah mengharamkan pergerakan tersebut.

Sumber tersebut menyatakan, Ikhwanul Muslimin turut gagal dalam membatalkan keputusan merampas aset-aset pergerakan tersebut.

Sebuah mahkamah pada September lalu mengharamkan pergerakan Islam paling berpengaruh di Mesir itu.

Senat Thai tolak pengampunan

3 Muharram 1435H. [MOD] -

BANGKOK 6 Nov. - Dewan Senat Thailand dijangka menolak rang undang-undang pengampunan yang menimbulkan kontroversi selepas pengkritik mendakwa ia bertujuan untuk membawa pulang bekas Perdana Menteri yang hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra.

Penolakan usul tersebut, dijangka bakal meredakan ketegangan politik di negara ini, apabila beribu-ribu penyokong pembangkang dan anti-Thaksin mengadakan demonstrasi di Bangkok bagi membantah pelaksanaan undang-undang itu.

Rang undang-undang berkenaan akan dibahaskan di Dewan Senat pada Isnin ini dan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 76 daripada 150 senator untuk diluluskan.

Jerebu di China semakin teruk

3 Muharram 1435H. [MOD] -

BEIJING 7 Nov. - Bandar-bandar di China telah diarah supaya menutup sekolah, memendekkan waktu bekerja serta menghentikan sebarang bentuk aktiviti luar ketika masalah pencemaran udara semakin teruk melanda negara tersebut.

``Sebarang kemungkinan akan diberikan perhatian dan diambil tindakan ketika keadaan jerebu semakin teruk serta boleh menjejaskan kesihatan,’’ kata Menteri Perlindungan Alam Sekitar.

iPad Air terima sambutan hangat

3 Muharram 1435H. [MOD] -
iPad Air terima sambutan hangat
Pengunjung mencuba iPad Air baru ketika ia mula dilancarkan di Tokyo, 1 September lalu. - Foto AFP
Tokyo: Bagi Takaaki Sasaki, menjadi pelanggan pertama beratur untuk mendapatkan iPad baru adalah cara untuk mengucapkan terima kasih kepada Apple Inc kerana memainkan peranan penting mengubah hidupan setahun lalu.