3 Muharram 1435H. [MOD] -
Tokyo: Bagi Takaaki Sasaki, menjadi pelanggan pertama beratur untuk mendapatkan iPad baru adalah cara untuk mengucapkan terima kasih kepada Apple Inc kerana memainkan peranan penting mengubah hidupan setahun lalu.
Sasaki yang mencipta aplikasi popular di Jepun, adalah antara beratus-ratus rakyat Jepun yang menyerbu gedung Apple di daerah Gitza ketika pintu kedai mula dibuka untuk iPad Air yang mula dijual di negara itu Jumaat lalu.
Pelancaran itu datang dengan sedikit saja publisiti berbanding iPad atau iPhone sebelum ini, dengan pelanggan berpotensi mungkin terpengaruh dengan sambutan kritikal yang sebahagian besar adalah positif, tetapi didominasi dengan bicara bahawa iPad Air bukan pengubah landskap.
Pelancaran di seluruh dunia bermula di Australia dengan Apple di negara itu mengatakan sudah ada barisan di luar kedai apabila pintu dibuka dengan beberapa ratus orang dilaporkan berbaris di luar kedai di Sydney.
Di gedung tiga tingkat Apple di Beijing, premis Apple terbesar di Asia, setiap pelanggan disambut dengan sorakan dan tepukan daripada kira-kira 25 kakitangan yang memakai baju biru terang manakala 12 pekerja lain berdiri bersedia untuk tepukan kedua di kaunter tunai di bahagian bawah kedai itu.
Di Singapura, Edmond Ong, jurucakap bagi peruncit Epicentre, berkata jualan kali ini hambar berbanding pelancaran iPad tahun lalu.
“(Bagaimanapun) Kami tidak terlalu bimbang kerana masih ramai pelanggan yang datang untuk mendapatkan iPad pagi ini,” katanya.
Penguasaan Apple susut
iPad Air bersaing untuk meraih perhatian pembeli kerana perlu bersaing dengan pelbagai tablet pesaing lain yang kian berkembang walaupun ketika pasaran meletup.
“Angka yang dikeluarkan Khamis lalu menunjukkan penghantaran tablet di seluruh dunia meningkat sebanyak satu pertiga kepada 47.6 juta unit pada suku ketiga berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan penguasaan pasaran Apple susut kepada 29.6 peratus, jumlah paling rendah setakat ini,” kata teknologi firma penyelidikan pasaran IDC.
iPad Air adalah lebih nipis daripada versi sebelum ini dengan berat kira-kira 450 gram dan dikatakan pantas,” kata Naib Presiden Apple, Phil Schiller pada sesi pelancaran di San Francisco pada 23 Oktober.
Apple turut mempamerkan versi iPad Mini yang dinaik taraf yang akan mula dijual pada akhir bulan ini dengan memiliki paparan retina.
Kedua-dua model baru itu menampilkan cip A7 dengan pemproses 64-bit. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan