11 Jun 2012

Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

“Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

selangorku/-

“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

“Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

“Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,” ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

“Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing,” kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

selnagorku/-

Dakwaan keganasan: Uefa siasat Rusia

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KESATUAN Bola Sepak Eropah (Uefa) mula membuka kertas siasatan Rabu ini ke atas Persekutuan Bola Sepak Rusia (RFS) berikutan laporan wujudnya unsur keganasan penyokong mereka ketika aksi menentang Republik Czech, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, seramai empat petugas keselamatan terpaksa dimasukkan ke hospital selepas diserang penyokong di Stadium Municipal, Poland.

Malah turut membuka siasatan selepas menerima laporan mengenai membabitkan isu perkauman yang menyaksikan pertahanan Czech, Theodor Gebre Selassie menjadi mangsa ejekan apabila ada penyokong mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, 'Bola Sepak menentang Racism di Eropah (Fare)' Piara Power berkata, hasil pemerhatian, Fare mengesahkan ejekan tersebut memang ditujukan buat Gebre Selassie.

Sementara itu, menurut kenyataan dikeluarkan Uefa, Jawatankuasa Kawalan dan Disiplin Uefa, sudah meneliti laporan keselamatan dan gambar-gambar insiden terbabit dan akan memulakan prosiding siasatan ke atas RFS atas dakwaan kelakuan tidak senonoh penyokong, membaling bunga api dan menggantung banting haram di dalam stadium selain kejadian di luar stadium.

“Siasat turut melibatkan sekumpulan kecil membabitkan 30 orang penyokong yang menyerang petugas.

Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan akan mengambil tindakan ke atas individu terbabit,” katanya.

Uefa bagaimanapun masih belum menerima butiran terperinci punca kejadian berlaku, namun memberi jaminan terhadap keselamatan penyokong sepanjang Euro 2012 berlangsung.

Minggu lalu dua pemain berkulit hitam turut dilaporkan menjadi mangsa perkauman ketika sesi latihan Belanda di Poland.

Bagaimanapun, pengurus mereka bagaimanapun tidak membuat laporan kepada Uefa.

Uefa bagaimanapun memberi jaminan akan mengambil tindakan sekiranya perkara sama berulang.

sinar harian/-

BERSIH 3.0: TERAS Gesa KDN Dan PDRM Bertanggungjawab

21 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 11 MEI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa segera bertanggungjawab terhadap keganasan pihak polis mengawal Himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu yang dihadiri lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum.

Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Azmi Hamid berkata, tindakan pihak polis menggunakan kekerasan melampau kepada peserta himpunan Bersih 3.0 adalah sebagai suatu tindakan tidak bermoral dan di luar tamadun kemanusiaan.

“Saya minta KDN dan PDRM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan dilakukan oleh polis sewaktu himpunan Bersih lalu,” katanya ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Katanya, pihak polis mengambil jalan mudah dengan melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air kimia kepada peserta Bersih 3.0 yang juga dihadiri oleh warga tua dan wanita.

“TERAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak polis ke atas orang awam termasuk petugas media dan ternyata mereka gagal mengawal keadaan himpunan yang berlangsung secara aman pada mulanya.

” Himpunan BERSIH 3.0 adalah himpunan aman yang sengaja dicemari bagi menghalalkan penangkapan dan meletakkan segala kesalahan kepada rakyat dan bukan kepada pihak polis,” jelasnya.

Sabtu lalu, keadaan himpunan BERSIH 3.0 terkawal sehingga dicemari provokasi pihak polis berpakaian biasa serta insiden ganas pihak polis memukul petugas media dan orang awam.

Walaupun media milik kerajaan cuba menyalahkan orang ramai namun pelbagai saluran media alternatif serta internet turut memaparkan pelbagai keganasan yang dilakukan pihak polis.

Selain itu, TERAS mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) meletakkan jawatan kerana matlamat yang dibawa Bersih 3.0 gagal diambil tindakan sewajarnya oleh SPR.

“Mereka ini adalah orang yang diberi amanah untuk memastikan perjalanan pilihanraya berlaku secara adil dan bersih namun tidak mustahil SPR gagal berfungsi membersih daftar pemilih disebabkan mereka ini adalah ahli Umno sebagaimana didedahkan sebelum ini.

“TERAS juga menggesa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana terbukti jahil berkaitan isu senarai nama pengundi yang meragukan Ssehingga menyebabkan rakyat terpaksa berhimpun memprotes sebagaimana himpunan BERSIH lalu,” katanya lagi.

SELANGORKU/-

Anwar: Dakwa 2 konstabel tak cukup

21 Rejab 1433H. [MOD] -

Pertuduhan terhadap anggota polis berpangkat rendah yang didakwa melakukan kekerasan kepada jurugambar semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tidak memadai, kata ketua pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) berkata, ia tidak dapat menangani isu penggunaan kekerasan oleh pihak polis pada masa akan datang.

Beliau mempertikaikan tindakan tindakan mendakwa dua anggota polis berpangkat konstabel sedangkan menurutnya pegawai atasan terlepas.

Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri sebelum ini berkata, hanya dua konstabel polis diambil tindakan sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap dakwaan kekejaman polis semasa perhimpunan pada 28 April itu.

malaysiakini/-

Tamrin: Dr M Sengaja Dorong Anwar Lawan Bapa Saya

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1993 bertukar sebaliknya apabila Anwar didorong oleh Presiden Umno, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Demikian menurut bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abd Ghafar ketika menyampaikan ucapan beliau dalam program Diskusi Isu Terkini di Lembah Pantai malam tadi.

“Saudara Anwar ni saya dah kenal lama dari saya Pemuda (Umno) lagi dan saya percaya dia.

“Masa tu dia memang tak nak lawan Pak Ghafar, dia beritahu saya, beritahu Pak Ghafar dia tak nak lawan, tetapi tiba-tiba sahaja berubah.

“Selepas perkara tu berlaku, saya tanya dan arwah bapa saya juga pernah bercakap dengan orang-orang seperti Datuk Mazlan Harun, Mat Sabu.

“Mereka kata, yang mainkan dia tu, Dr Mahathir. Ini cerita sebenar,” ujar Tamrin dihadapan kira-kira 800 yang menghadiri program itu.

Selain itu menurut Tamrin, beberapa pemimpin kanan Umno ketika itu turut memaklumkan kepada beliau akan perkara yang sama.

“Saya sendiri diberitahu Allahyarham Datuk (kini Tan Sri) Mohamed Rahmat, Allahyarham Datuk (kini Tan Sri) Megat Junid dan Gabenor Melaka sekarang ini, Tun Khalil Yaakob.

“Mereka kata yang menggalakkan Anwar lawan Pak Ghafar ni adalah Dr Mahathir.

“Sebagai orang muda, kalau saya pun, kalau boss dah bagi jalan saya akan lawan, siapa tak nak jadi Perdana Menteri.

“Ini yang dalam Umno berlawan nak jadi naib presiden, nak jadi ketua wanita tu pasal apa? Nak jadi Perdana Menteri lah tu.

Tamrin memberitahu, persahabatan beliau dan Anwar tetap terjalin kerana beliau mengetahui kedudukan sebenar.

“Tak jadi masalah. Sebab itulah persahabatan saya dengan Anwar ni dari dahulu sampai sekarang tak berganjak sebab saya tahu niat dia tak mahu lawan tetapi Dr Mahathir dah galakkan.

“Kemudian arahkan orang ini, orang itu untuk galakkan lagi Anwar,” ujar beliau lagi.

Pada 1993, Ghafar mengambil keputusan berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Anwar dalam pemilihan parti itu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution memulakan program Diskusi Isu Terkini itu dengan melancarkan Kelab Nurul Izzah (NIC).

Selain Tamrin, Saifuddin dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah sendiri, turut menyampaikan ucapan malam tadi adalah Rafizi Ramli dan Tunku Harmy Tunku Hanan.

selangorku/-

Parti Presiden baru Perancis menang PRU Parlimen

21 Rejab 1433H. [MOD] -

PARIS - Parti Socialists pimpinan Presiden baru Perancis, Francois Hollande dan parti-parti sekutunya memperoleh kemenangan dalam pusingan pertama pilihan raya umum Parlimen, yang berlangsung semalam.

Pusingan kedua pengundian akan diadakan minggu depan.

Keputusan akhir menunjukkan parti sayap kiri dan hijau memperoleh 46 peratus undi berbanding 34 peratus oleh parti sayap tengah-kanan UMP.

Keputusan pilihan raya ini dijangka akan menjadi penentu pelaksanaan pembaharuan oleh pemimpin baru ini, yang awal bulan lalu dipilih sebagai presiden yang baru.

Ramalan awal menunjukkan pakatan Hollande boleh memperoleh antara 283 hingga 329 kerusi di Dewan Kebangsaan apabila pusingan kedua diadakan minggu depan.

Dengan gandingan Greens, kerajaan pimpinan beliau boleh memperoleh 295 hingga 347 kerusi, yang cukup kukuh untuk melaksanakan pembaharuan apabila Bajet 2012 dibentangkan bulan ini.

Peratus keluar mengundi sekitar 57 peratus. Seramai 46 juta pengundi layak memilih perwakilan bagi mengisi 577 kerusi di Parlimen.

sinar harian/-

Akibat elak objek

21 Rejab 1433H. [MOD] -

TAIPING: Hanya kerana mengelak objek di atas lebuh raya, lima sekeluarga terpaksa menangisi pemergian ahli keluarga mereka paling kecil apabila kanak-kanak lelaki berusia 14 bulan itu maut selepas tercampak daripada kereta dipandu bapanya.

Kanak-kanak itu dikenali sebagai Mohamad Fiffy Furqan Mohd Fahmi maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala sejurus terlepas daripada riba ibunya, Norasmah Ngah Seri, 32, dalam kejadian jam 3.20 pagi di Kilometer 203.8 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara itu.

Dalam kejadian itu, kereta dipandu bapa mangsa, Mohd Fahmi Salleh, 34, hilang kawalan dan terbabas sebelum dirempuh daripada belakang oleh Perodua Viva dinaiki empat sekeluarga.

Rempuhan menyebabkan mangsa terlepas daripada pangkuan ibunya daripada tempat duduk depan kereta sebelum tercampak keluar menerusi tingkap kereta yang terbuka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata ketika kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumah mereka di Jitra, Kedah.

metro/-

Hotel terkenal kini terbiar

21 Rejab 1433H. [MOD] -

PORT DICKSON - Strukturnya terbina kukuh tidak menyembah bumi walaupun dihentam badai laut, namun manfaatnya tiada.

Deretan bangunan terbiar dan terbengkalai yang dapat dilihat di sepanjang Pantai Telok Kemang melakarkan pemandangan kurang cantik bagi setiap pengunjung ke bandar peranginanyang terkenal ini.

Malah ada yang memandang sinis kerana bentuk yang kurang sempurna itu masih dikekalkan tanpa sebarang usaha untuk dibangunkan bagi memajukan lagi industri pelancongan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abd Wahab Shamsuddin berkata, bangunan terbengkalai atau bangunan tinggal di bawah penguasaan MPPD adalah tertakluk kepada Akta Bangunan dan Parit yang mensyaratkan agar pemilik atau pengusaha bangunan tersebut memagar dan membersihkan kawasan itu, termasuk juga jaminan keselamatan.

“Rekod juga menunjukkan semua pemilik bangunan, terutama di sekitar Telok Kemang, yang tujuan asalnya bagi pembinaan hotel dan apartmen adalah ‘bersih’, di mana mereka mematuhi akta yang telah dikuatkuasakan, selain membuat pembayaran cukai tanah dan cukai bangunan kosong.

“MPPD tiada kuasa mutlak untuk mengeluarkan arahan agar pemaju atau pemilik memajukan semula bangunan terbengkalai mereka dan sebagainya, selagi mereka patuh kepada akta dan membayar cukai,”katanya.

Zaman gawat beri kesan

Sinar Harian difahamkan, bangunanberkenaan tergendala pembinaannya, dipercayai sewaktu zaman kegawatan ekonomi sekitar 1990-an. Malah terdapat juga sebuah hotel yang satu ketika dahulu menjadi hotel terkenal di daerah ini, tetapi ditutup dan terbiar sehingga kini.

Abd Wahab berkata, selain bangunan terbengkalai, ada juga bangunan yang siap, namun tidak dapat diurus dengan baik dan ada bangunan apartmen yang telah siap dan terjual setiap unitnya, namun terbengkalai berikutan tiada Sijil Layak Menduduki (CF).

“Contohnya, ada sebuah apartmen, sewaktu rancak pembinaannya, pemaju mendapat CF sementara kerana ia dibangunkan mengikut fasa dan mendatangkan kepercayaan kepada pembeli untuk mereka memiliki unit di situ.

“Namun akibat kegagalan pemaju membina longkang utama, menafikan haknya untuk mendapat CF penuh dan sekarang ia tiada pihak pengurusan, malah banyak unit yang ditinggalkan pemilik dan ada dilelong bank. Sebahagian besar pemilik unit apartmen juga dikesan gagal melangsaikan cukai taksiran,” katanya.

Nilai tunggakan unit apartmen cecah RM9 juta

Menurutnya , nilai tunggakan bagi kategori unit apartmen, termasuk juga di beberapa bangunan apartmen lain di daerah ini mencecah RM9 juta dan mereka yang gagal melangsaikan tunggakan tersebut akan dibawa ke mahkamah bagi tindakan undang-undang.

“Rekod juga menunjukkan terdapat tanah dan bangunan terbengkalai yang diambil oleh Kerajaan Negeri kerana pemiliknya gagal membayar cukai tanah,” katanya. Sementara itu, Abd Wahab berkata, sekurang-kurangnya tiga hotel baru sedang dalam perancangan dan pembinaan di Port Dickson yang akan terus merancakkan lagi sektor pelancongan Negeri Sembilan amnya.

“Pada hujung minggu atau cuti persekolahan, Port Dickson secara keseluruhannya setiap hari menerima kunjungan pelancong hampir 50,000 orang. “Kita mempunyai 66 hotel dan hampir 10,000 apartmen. Daripada jumlah ini, ia nyata tidak mampu menampung kunjungan puluhan ribu pengunjung, lantas sebarang pembangunan yang mengekalkan ciri kehijauan alam semula jadi sangat digalakkan dan dialu-alukan.

“Malah pemilik bangunan terbengkalai atau bangunan tinggal disarankan supaya memikirkan cara untuk memajukan semula bangunan tersebut ,” katanya.

sinar harian/-

Pengkhianatan BN memang realiti, bukan persepsi

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menutup kelemahan BN yang semakin terhakis sokongan dengan menyalahkan media baru yang menyebarkan fitnah kepada BN sehingga orang mula membenci dan membentuk persepsi buruk terhadap Umno BN.

"Selama ini yang membuat fitnah ialah cyber trooper pro Umno cuba menggunakan media baru untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat namun tetap tidak berjaya," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Terbaru, katanya terdapat gambar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bersalam dengan Ambiga, pada hal gambar asal Ambiga bersalam dengan Hillary Clinton.

Sebelum ini, kata beliau gambar Lim Guan Eng menyembelih lembu korban disebarkan sedangkan hakikatnya ialah gambar Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang sedang menyembelih lembu korban.

"Apakah isu NFC yang diberi kepada suami Sharizat sebanyak RM250 juta satu persepsi?

"Adakah cerita hapus hutang sebanyak RM589 juta kepada Tan Sri Tajudin Ramli satu persepsi sedangkan anak-anak muda yang berhutang dengan PTPTN sebanyak RM30,000 dikejar sampai dalam kelambu?" ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan apakah satu fitnah apabila pemimpin PR mendedahkan isu kontrak bernilai RM30.8 juta yang melibatkan syarikat Istijuara Sdn Bhd milik anak Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Tanya beliau lagi, adakah Raja Farhana Raja Nong Chik akan mendapat projek sebanyak ini jika bukan anak Raja Nong Chik.

"Apakah tindakan bebal pemimpin Umno yang memberhentikan PTPTN kepada Unisel dan KUIS satu fitnah?" tanya beliau lagi.

Tambahnya, tindakan seorang pemimpin yang buta perut terhadap konsep federalisme, seolah-olah Selangor bukan berada di dalam peta Malaysia.

Justeru, tegasnya politik ugut bukan lagi sesuai di zaman millenium baru, ia sesuai di zaman batu.

"Stail ini seolah-olah melawan arus yang besar dan memberi kesan kepada persepsi buruk kepada kerajaan BN," jelasnya.

Katanya, anak-anak muda yang menjadi pengundi baru seramai 2.4 juta yang berumur 40 tahun ke bawah amat benci stail politik seperti itu yang mana mereka akan terjemahkan di dalam peti undi.

Beliau berkata, kehadiran hampir 70% anak muda di dalam himpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya adalah angka petunjuk mereka benci dengan politik kotor BN.

Harakah Daily

967 gas pemedih mata dlepaskan pada Bersih 3.0

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.

Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu.

Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut.

Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.

"Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan," katanya.

Harakah Daily

Ganas: Konstabel didakwa, pegawai atasan terlepas

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengkaji semula Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ekoran tindakan keras anggota itu terhadap peserta Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Tegasnya, panel penyiasatan yang dibentuk dilihat tidak ada keupayaan menjalankan siasatan yang bebas.

Dalam soalan tambahannya, beliau berkata dalam himpunan tempoh hari jumlah mereka yang cedera parah terlalu besar berbeza dalam himpunan sebelum ini.

Malah beliau menyifatkan pertuduhan terhadap dua anggota polis berpangkat konstabel yang didakwa melakukan kekerasan kepada jurugambar dalam insiden itu, tidak mencukupi.

Ini kerana katanya, pegawai atasan yang bertanggungjawab akan terlepas begitu sahaja.

"Dakwa dua pegawai di peringkat bawahan untuk melepaskan orang yang lebih tinggi yang bertanggungjawab. Itu bukan alasannya," katanya.

Pertuduhan itu, katanya tidak akan berjaya menangani isu tindakan kekerasan polis pada masa akan datang.

Ketika menjawab, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula IPCMC.

Nazri sebelum ini berkata, hanya dua konstabel polis diambil tindakan sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap dakwaan kekejaman polis semasa perhimpunan pada 28 April itu.

Harakah Daily

Jeneral AS mohon maaf susulan korban Afghanistan

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KABUL - Komander tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, semalam memohon maaf di atas kematian orang awam dalam serangan udara di kediaman seorang warga tua minggu lalu.

Jeneral John Allen dilaporkan mengambil tindakan berlepas ke wilayah Logar untuk bertemu dengan pemimpin, penduduk serta mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

"Saya tahu kemaafan tidak akan mengembalikan mereka yang terkorban di dalam tragedi itu tetapi saya mahu anda tahu bahawa pihak kami meminta maaf dan akan menuntut keadilan buat keluarga terlibat," kata Allen kepada sekumpulan penduduk Afghanistan ketika mengadakan pertemuan di wilayah Pul-i-Alam.

Ketika kejadian, tentera bersekutu diarahkan melakukan serangan udara di rumah mangsa selepas mempercayai seorang komander Taliban yang diburu mengadakan pertemuan di situ.

Serangan itu menyebabkan seorang warga tua dan 16 saudara-maranya termasuk kanak-kanak terbunuh.

Sinar Harian

Kes B Kepong: Pengadu minta Mat Sabu dibebaskan

21 Rejab 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

Harakah Daily

Dewan Rakyat tolak usul bincang isu Scorpene

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut dalam kamar kerana tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 23(1)h.

Sebelum itu, Nurul Izzah mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) bagi mencadangkan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai.

Melalui surat yang dikemukakan beliau meminta agar dewan mendesak Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan isu komisen dan penjualan dokumen rasmi sulit dalam kes Kapal Selam Scorpene.

Menurutnya lagi, pendedahan isu komisen dan penjualan rasmi sulit Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai Scorpene kepada Syarikat Pertahanan Perancis seperti yang didakwa oleh Suaram di Bangkok pada 30 Mei yang lepas boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

"Suatu dokumen yang sulit iaitu penilaian Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) terhadap Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan itu didakwa telah dibeli oleh sebuah Syarikat Pertahanan Perancis.

"Laporan yang didedahkan oleh Peguam Perancis, Joseph Breham yang mewakili NGO Hak Asasi Manusia atau Suaram mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, dikatakan untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen.

Tambahnya lagi, dokumen rahsia tersebut merupakan satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan yang mana ia merupakan laporan yang sangat sulit.

Menurutnya lagi, pendedahan ini perlu diperjelaskan kepada Dewan Rakyat dan juga rakyat bagi memberitahu betapa seriusnya isu itu lebih-lebih lagi melibatkan rahsia pertahanan negara.

"Kita tidak mahu rahsia negara boleh digadaikan begitu sahaja demi kepentingan politik sesetengah pihak.

"Saya mengesa Kerajaan Malaysia menjelaskan secara terperinci peranan syarikat Terasasi yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam," katanya.

Nurul Izzah turut menyatakan Dewan Rakyat sebelum ini tidak pernah dimaklumkan berkenaan dengan peranaan Terasasi dan juga peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi yang melibatkan kertas penilaian Scorpene.

"Perkara ini sepatutnya dibincangkan tetapi saya kecewa kenapa ia ditolak adakah kerana ingin melindungi pihak-pihak tertentu itu," sambung beliau lagi.

Harakah Daily

Kelantan benarkan balik qari wanita sertai tilawah

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi laluan semula kepada qari wanita (qariah) untuk menyertai tilawah membaca Al- Quran bermula tahun depan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ketika ia disekat 22 tahun lalu, ia hanya disekat sementara bukannya diharamkan.

Langkah ini, katanya diambil memandangkan banyak hasrat disampaikan melalui pertemuan dan surat agar membenarkan ianya diadakan semula "akhirnya ikatan sekatan itu dibuka semula bermula tahun hadapan."

Beliau berkata, kebenaran ini diberikan berdasarkan pendekatan serupa yang diambil Rasulullah dalam isu menziarahi kubur.

"Ketika itu, ada yang menangis, jilat kubur, cium dan lain-lain lagi," katanya.

Begitu juga di Kelantan, peringkat awal dahulu masyarakat tidak begitu berpegang pada syariat khususnya dalam menjaga aurat, berpakaian menjolok mata hingga tidak ada perbezaan lelaki dan wanita.

Sedangkan Allah jadikan ianya berbeza antara lelaki dan wanita, katanya.

"Kini banyak dah tutup aurat, amalan hidup juga berbeza banding dulu," katanya.

Beliau berkata kepada media selepas majlis makan tengahari bersama MB untuk meraikan johan tilawah Al-quran peringkat kebangsaan Anuar Ghazali.

Anuar yang mewakili Kelantan menjadi johan dalam tilawah itu dengan mendapat pencapaian tertinggi iaitu 93.6 peratus dan juga johan paling muda, 36 tahun.

Beliau bakal mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Ketika ditanya, tidakkah ia bakal menjadi isu, Nik Aziz menjawab, Kelantan sudah sentiasa menjadi isu dan tidak putus-putus.

"Lagipun dulu hanya kita sekat bukan haram terus," katanya.

Harakah Daily

Sudah 14 kali Umno ganggu ceramah PAS di Gopeng

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja.

"Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke," demikian tulis Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki di dalam blognya hari ini.

Berikut ialah tulisan beliau.

Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja. Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke.

Pihak polis tidak pula menghalang ceramah UMNO BN yang dianjurkan tanpa permit dan kebenaran polis. Sedangkan ceramah PAS ada kebenaran polis dan ikut peraturan. Kehadiran mereka tidak lebih 50 orang pun, berbanding ceramah PAS yang dihadiri hampir 500 orang.

PAS tetap bersabar sekalipun diganggu dan diprovokasi sedemikan rupa. Inilah politik biadab dan kebinatangan UMNO BN. Sempit sangatkah bumi Sg Rapat sehingga mereka anjurkan program berdekatan dengan program PAS, kalaupun nak buat ceramah ditempat yang sama, UMNO boleh buat malam esok dan jawab semua hujjah kita.

Harakah Daily

PRU13: Apa khabar kempen di TV?

21 Rejab 1433H. [MOD] -

Banyak pihak mengalu-alukan pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, pada 6 Jun lalu, bahawa kabinet meluluskan cadangan Kementerian Penerangan mengenai akses media semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Berita Harian dalam laporan muka depan melaporkan, semua parti politik yang bertanding pada PRU13 akan diberi peluang sama rata menjelaskan manifesto masing-masing menerusi semua badan penyiaran tempatan, khususnya stesen televisyen.

Dr Rais berkata, perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan "akses sama rata" diluluskan jemaah menteri.

"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 Perlembagaan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima," tambahnya.

Bagaimanapun, pada 7 Jun, Dr Rais berkata, had masa dan butiran terperinci mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi setiap parti politik yang ingin berbuat demikian akan dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai bentuk garis panduan berkenaan termasuk dari segi masa bagi memberi keadilan kepada semua parti.

Sebagai aktivis media yang turut memperjuangkan isu ini sejak sekian lama, saya cuba melihat dari sisi positif pengumuman awal Dr Rais itu, sambil mengharapkan ia satu "pembaharuan politik" pentadbiran Najib Razak, selaras proses pendemokrasian yang rancak berjalan di seluruh dunia, sekali gus mewujudkan "padang sama rata" sistem pilihan raya kita.

Sebelum ini, Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, tanpa menyentuh isu-isu kritikal seperti konsep permit, peraturan penerbitan yang tidak masuk akal (apatah lagi membabitkan organ parti seperti Harakah), dan dasar pemilikan media.

Tentulah "perubahan kosmetik" itu dikira belum menyentuh persoalan asas yang menjadi pertikaian dalam perbincangan isu-isu utama berkaitan demokrasi dan kebebasan bersuara, namun saya tetap melihatnya sebagai langkah positif yang memerlukan pengukuhan lebih konkrit.

Umum maklum, Bersih 3.0, yang memperjuangkan proses pilihan raya yang adil dan bersih menjadikan agenda membebaskan media sebagai salah satu daripada lapan perkara yang dituntutnya.

Sejak merdeka, selepas melalui 12 pilihan raya umum, parti-parti saingan kepada Perikatan dan kemudiannya BN, bukan saja "digelapkan" berita mereka, tetapi menjadi mangsa putar belit media.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah dianugerahkan sebagai "musuh kebebasan akhbar", selama beberapa tahun, oleh badan pemantau media antarabangsa.

Sejak beberapa bulan lalu, saya bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), agak kerap menggesa agar tuntutan akses media (dan tempoh kempen minimum 21 hari) dipandang serius dan diperjuangkan bersungguh-sungguh, bersama tuntutan-tuntutan lain, yang dianggap lebih utama, seperti membersihkan senarai daftar pemilih.

Malah, KAMI telah menganjurkan Konvensyen Akses Media Dalam PRU13, di Hotel Nouvelle, pada 12 Mei, dihadiri lebih 100 orang, dengan penalis seperti bekas Ketua Pengarang New Straits Times, A Kadir Jasin; Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar; kolumnis Hishamuddin Rais; pensyarah media, Dr Abu Hassan Hasbullah dan Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan.

Segera saya teringat saranan V Anbalagan dalam program sehari itu, agar media yang dibiayai dana awam, misalnya RTM dan Bernama (Kadir menambah Jabatan Penerangan), selepas Parlimen dibubarkan, tidak lagi boleh dikendalikan Kementerian Penerangan, tetapi diurus selia oleh satu badan bebas.

Pemimpin Umno-BN selalunya tidak dapat membezakan antara aset kerajaan dengan milik parti. Sebagai parti yang turut bertanding untuk merebut dan mempertahankan kuasa, pemimpinnya menjadikan segala kemudahan kerajaan, khususnya agensi strategik seperti RTM, sebagai jentera parti.

Lebih menyedihkan apabila siaran TV swasta, misalnya di bawah kumpulan Media Prima, seperti TV3, lebih bertindak sebagai perkakas propaganda BN. Berdepan PRU13, TV3 diberi kepercayaan tinggi oleh penasihat media Najib untuk menyempurnakan pelbagai kempen awal BN. Lihat saja program "Jelajah Janji Ditepati" dan usaha sama TV3 dengan kerajaan-kerajaan negeri tertentu; semuanya sarat dengan kepentingan politik Umno.

Apa pun, Dr Rais tidak perlu menunggu sehingga pembubaran Parlimen untuk mengumumkan syarat dan kondisi "akses media sama rata itu". Sepatutnya sudah ada rundingan dengan semua parti, yang dikendalikan badan lebih bebas, seperti saranan Anbalagan itu.

Ada yang mencadangkan, selain hebahan manifesto, perlu dianjurkan satu debat siaran langsung TV, membabitkan PM Najib dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Seorang pembaca Harakah mengirim SMS kepada saya: "Jika debat itu berlaku, seperti slogan lagenda tinju Muhamad Ali, "When I move, the world stop", seluruh negara akan terpukau nanti."

Ada yang bertanya, berapa lama masa yang bakal diperuntukkan buat parti-parti yang bertanding? Apakah tempoh itu berkadaran kepada jumlah calon bagi setiap parti? Adakah ia disiarkan pada waktu puncak? Apabila Rais merujuk kes di England, dengan mendakwa BBC memberi sekitar 10 ke 15 minit untuk menyiarkan manifesto parti-parti, apakah beliau cuba membayangkan tempoh sama juga bakal diberikan?

England merupakan negara yang mengamalkan kebebasan media sepenuhnya. Sedangkan di Malaysia, semua stesen TV -- termasuk Astro Awani yang kelihatan cuba lari daripada tradisi usang RTM dan TV3 -- dikuasai elit penguasa, yang boleh diarah sesuka hati oleh Pejabat Perdana Menteri, apatah lagi dalam saat kritikal PRU13.

Bagi saya, sebenarnya BN langsung tidak memerlukan slot khas itu pun. Sebaik saja Parlimen dibubarkan, semua stesen TV beroperasi seperti BILIK GERAKAN KEMPEN BN. Tetamu yang diundang untuk program bual bicara pastinya bertindak seperti jurucakap Umno-BN. Tengoklah nanti, daripada sejam siaran Buletin Utama TV3, lebih separuh akan dimonopoli propaganda kempen BN sambil menyerang tanpa batas Pakatan Rakyat, malah lebih buruk cuba memutar-belitkan fakta.

Kepada BN, jika diperuntukkan tempoh 5 minit untuk kempen menjelaskan secara rasmi manifesto itu, malah pada waktu larut malam pun, ia sudah lebih daripada cukup,' kan? Bukankah semasa pelancaran manifesto BN sendiri, semua stesen TV akan membentangkannya dengan lengkap dan sempurna? Ya, BN tak memerlukan pun slot itu! (Dan jangan lupa, setiap tahun, perhimpunan agung Umno akan disiarkan secara langsung, bukan saja oleh RTM, tetapi juga TV3, terutama semasa ucapan perasmian dan majlis penutup)

Sepintas lalu, berdasarkan laporan media, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyambut baik keputusan kerajaan itu. Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz turut mengalu-alukan kesediaan kerajaan, tetapi mahu ia dilakukan berterusan bukan hanya musim pilihan raya semata-mata.

"Selain manifesto, PAS mencadangkan semua parti dibenarkan berkempen setengah jam sehari selepas Parlimen dibubarkan sehinggga pilihan raya," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Saya sendiri mengharapkan tuntutan akses media sama rata ini dapat diperbahaskan dengan lebih menyeluruh lagi selepas pengumuman dr Rais itu.

Harakah Daily

Musyidul Am dan Presiden PAS ke Johor

21 Rejab 1433H. [MOD] -

BATU PAHAT: PAS negeri Johor akan melancarkan program Gelombang Hijau Menuju Ke Putrajaya di sini dan di Muar pada Sabtu, 16 Jun ini dengan penyampaian amanat penting Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Program ini sebagai lanjutan dari Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Star 1 Jun lalu.

Program tersebut terbahagi kepada tiga segmen seperti berikut:

Pada jam 11 pagi hingga 3.00 petang, 16 Jun: Jamuan Rakyat bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di nombor 79 Jalan Besar Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Tetamunya, Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Kupon menyertainya berharga RM10.00 dijual.

Menyusul ialah program Hi-Tea bersama Presiden PAS pada jam 4.30 hingga 6.30 petang, di KM 9 Kampung Sungai Terap Jalan Bukit Pasir, Muar.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pada sebelah malamnya, ‘Munajat dan Ceramah Perdana’ di Nombor P17 Kampung Parit 2 Sagil, Ledang.

Penceramah: Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Haji Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS, Johor, Datuk Dr Haji Mahfodz Mohamed.

PAS negeri Johor mengharapkan semua ahli dan penyokong supaya menghadiri program tersebut dan menangguhkan semua program lain yang telah dirancang sebelum ini.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat akan berada di Johor dan akan menyampaikan ceramahnya pada 29 Jun.

Semua program PAS di negeri Johor ini adalah dalam rangka bersiapan PAS negeri Johor untuk menghadapi pilihan raya akan datang di mana PAS bersama Pakatan Rakyat negeri Johor dilihat mempunyai potensi besar untuk menang di negeri tersebut.

Harakah Daily

Pemuda Pakatan Melaka sedia hadapi PRU

21 Rejab 1433H. [MOD] -

MELAKA: Perpaduan dan kerjasama satu pasukan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Melaka semakin erat dari masa ke semasa.

Semalam satu lagi program besar menggabungkan ketiga-tiga parti komponen PR di Melaka diadakan di mana Himpunan Pemuda PR Melaka telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Ketiga-tiga pimpinan Pemuda PR di peringkat pusat turun padang ke Melaka membuktikan keutuhan dan kesepaduan kerja antara mereka.

Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada petugas-petugas pemuda PR Melaka.

Program yang dijalankan di Dewan Pejabat DAP Melaka, Lorong Pandan di sini semalam, dihadiri lebih dari 300 petugas pemuda dan pimpinan PR setempat.

Dalam ucapan masing-masing, ketiga-tiga pimpinan tertinggi pemuda ketiga-ketiga parti melahirkan keyakinan bahawa PR akan menumbangkan BN pada PRU 13 nanti seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pemuda PAS akan turun habis-habisan pada pilihanraya umum ke 13 nanti bagi memastikan PR menang bagi menggantikan kerajaan BN yang jelas gagal mentadbir Malaysia.
"Pemuda PAS sentiasa bersedia untuk menggalas tugas yang diamanahkan oleh pimpinan PAS dan PR," ujar beliau.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar menyelar tindakan Umno/BN Melaka yang bertindak liar mengganggu ceramah dan program PR di Melaka akhir-akhir ini.

"Gangguan yang di lakukan UMNO Melaka dalam setiap program yang dilaksanaka Pakatan Rakyat Melaka menjadi bukti bahawa UMNO sudah tertekan dan tidak berupaya untuk berlawan hujah dengan PR".

"Bila mereka tertekan dan tidak berupaya menjawab segala fakta dan hujah kita, mereka menggunakan samseng dan gangster mengganas dan mengganggu program kita," tambah Shamsul.

Sementara itu Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke dengan tegas mengulangi ikrar untuk memastikan PR menubuhkan kerajaan baru di peringkat pusat dan negeri.

"Rakyat jelas sudah menolak BN, kita akan pastikan PR menang majoriti kerusi Parlimen dan Dun, kita akan bentuk kerajaan baru yang jauh lebih baik dari BN," tegas Anthony Loke yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua DAPSY Melaka, Tey Kok Kiew, Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah dan Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw.

Harakah Daily

Himpunan Hijau berbeza dengan Gelombang Biru

21 Rejab 1433H. [MOD] -

Himpunan hijau anjuran PAS adalah siri ijtimak yang diadakan sejak lebih tiga puluh tahun di peringkat nasional, negeri dan kawasan. Di peringkat nasional dianjurkan tidak secara tahunan, tetapi mengikut masa yang dikira sesuai bagi mengumpulkan ahli di seluruh negara.

Setiap himpunan mempunyai tema bagi memperkasakan aqidah perjuangan PAS dan membangkitkan semangat ahli serta penyokong.

PAS tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan pihak lain, termasuk yang menganjurkan beberapa himpunan gelombang biru yang dikatakan menghimpun berjuta peserta.

Bahkan ternyata perbezaan yang jauh laksana langit dan bumi, seperti berbezanya warna hijau dan biru itu. Aturcara dan pengisiannya juga sangat tidak sama.

Ahli dan penyokong PAS sahaja dikerah datang dari seluruh pelusuk negara. Mereka datang mengikut arahan pemimpin dengan kenderaan dan cara masing-masing dengan duit sendiri.

Mereka yang datang menyertai gelombang biru lain caranya. Kalau tidak ada habuan yang nampak dimata dan seronok didengar, mereka tidak bersedia pun untuk datang.

Himpunan hijau dihitung sendiri oleh mereka yang datang dan menyaksikannya. Gelombang biru memerlukan tambah nilai dengan berbagai cara penggambaran melalui sudut yang ramai peserta, bukannya semua sudut dan disolek melalui penyiaran melalui media yang dikuasai sepenuhnya.

Setiap ahli dan penyokong PAS yang datang ke himpunan hijau mengharapkan pahala daripada Allah. Duit dan tenaga terpaksa dikorbankan kerana yakin adanya pahala, walau apapun orang mengata.

Mereka yang menyertai gelombang biru sila nyatakan, adakah mereka juga mahukan pahala?

Himpunan hijau didahulukan dengan pesanan supaya para pimpinan disemua peringkat supaya berjuang dengan sifat taqwa dan ikhlas menegakkan Islam tepat dengan petunjuk Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. dengan akhlak yang mulia dan hanya percaya kepada janji Allah dunia dan akhirat.

Kalau ditunjuk-tunjuk zahir sahaja tiada fadilatnya dan cabut lari, tanpa dilihat habuannya dengan mata kasar dan tidak diketahui bila masa mencapainya, sehingga ternganga, tiba-tiba diminta menghulurkan derma pula, tetapi yakin dan percaya kepada janji Allah.

Gelombang biru dipenuhi ucapan janji kebendaan dan kemewahan melempah ruah. Diminta menunggu bila hendak ditaburkan. Akan diberi apabila ditadah tangan, disuap sebaik sahaja dinganga dan ada yang datang dijemput untuk mengambil atau dibawa bergolek datang ke rumah atau menadah poket untuk diisi. Semuanya sudah siap dengan angka berbilion ringgit.

Kemuncak himpunan hijau dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjamaah, sembahayang hajat secara bermunajat mengadu dan merayu kepada Allah dan sembahayang isya berjamaah.

Selepasnya mendengar ceramah para pemimpin PAS dan tokoh masyarakat daripada berbagai bidang yang baru menyertai PAS. Diselangi pula dengan laungan takbir, sama ada menyubur semangat atau dibenci syaitan yang tidak suka dengan laungan takbir. Seterusnya diakhiri dengan doa yang dipimpin oleh Mursyid Am.

Ada pun kemuncah gelombang biru ialah pesta hiburan oleh kumpulan K- pop atau sewaktu dengannya. Walau pun melangkah waktu sembahayang fardu, kerana agama hak masing-masing tidak bercampur dengan politik. Diikuti pula nyanyian bergema bersama sorak surai terlalu gembira, disertakan dengan tari-menari kerana terlalu gembira.

PAS mengerahkan ahli bagi himpunan hijau supaya bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum, walau pun belum diumumkan. Kerja pilihanraya mesti dilakukan daripada sekarang. Bersiap sedia menghadapi piliharaya dengan cabaran banyak penipuan yang nyata dan tersembunyi.
Gelombang biru dianjurkan untuk menabur umpan terlebih dahulu secara janji kalau menang dan sewaktu pilihanraya juga sudah dapat upah.
Para pemimpin dalam keadaan teragak-agak menentukan tarikh pilihanraya kerana mereka yang datang belum tentu mengundi Barisan Nasiaonal.

Penganjur tetap dibayangi kebimbangan gelombang berlalu dengan meninggalkan mata kail sahaja dan umpannya hilang entah ke mana.

Demikianlah perbezaan mukadimah dan pengisian diantara Himpunan Hijau anjuran PAS dan gelombang Biru anjuran Umno.

Himpunan hijau membuktikan bahawa hampir sejuta ahli PAS sedia mengikut arahan para pemimpinnya diseluruh negara, bukan sahaja berhimpun, bahkan bekerja dengan pendekatan terkini bersama Pakatan Rakyat.

Kerahan dibuat hanya kepada ahli-ahli Pas sahaja, kerana kita tidak mahu diramaikan oleh bukan ahli PAS, termasuk kalangan parti-parti pakatan rakyat. Sekurang-kurangnya menyatakan PAS boleh ganti Umno dan Gagasan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional.

Maka PAS menyeru secara khusus kepada umat Islam, kebanyakannya adalah berbangsa Melayu, bahawa parti kebangsaan Melayu yang bernama Umno sudah habis tempoh tugasnya dan perlu direhatkan, seperti parti–parti lain diseluruh dunia yang mengamalkan demokrasi.

Bukan sahaja telah berlalu lebih lima puluh tahun sejak merdeka menjadi tulang belakang kepimpinan negara, tetapi menjadi parti yang leka dan melekakan rakyat dengan hiburan dan janji kemewahan demi terus menang walau pun menipu rakyat tanpa menyelesaikan masalah yang telah berlalu.

Dihinggapi pula masalah baru dan masalah yang akan datang. Walau pun sudah ada kalangan pemimpinnya yang berani berkata :”Melayu Mudah Lupa!”.

Himpunan hijau menghimpunkan ahli dan penyokong Pas daripada berbagai bangsa yang menganut Islam dan kalangan bukan Islam yang mendukung perjuangan politik Islam melalui Dewan Himpunan, dengan Islam memimpin umat manusia majmuk menegalkan keadilan kepada semua.

Pas bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat termasuk kalangan bukan Islam dan bukan Melayu tetap menerima hakikat wujudnya masyarakat majmuk berpaksikan resolusi bersama bertunjangkan apa yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Islam Agama Persekutuan dan hak yang adil kepada berbagai agama yang dianut oleh rakyat.

Hak istimewa bumiputera dan layanan adil terhadap pelbagai kaum yang juga menjadi rakyat.

Bahasa kebangsaan menjadi bahasa rasmi dan mengiktiraf adanya bahasa ibunda masing-masing.

Raja berperlembagaan yang berhak juga memerhati sekiranya ada kesilapan bukannya simbol tanpa kuasa.

Pendekatan yang menyatukan rakyat melalui asas tersebut dengan betul dan seksama dan bukannya mengapikan semangat fanatik perkauman, apatah lagi dijadikan senjata untuk melagakan rakyat bagi mengekalkan kuasa secara zalim.

PAS mendukung konsep negara berkebajikan yang diterapkan dalam buku jingga. Berhasrat melahirkan kepimpinan negara yang menunaikan amanah, bukannya mendapat kuasa yang menjadi peluang kepada segelintir manusia dan menghiburkan rakyat supaya leka mudah ditipu.

Pakatan Rakyat akan menyerahkan kepada rakyat menjadi hakim yang adil pada setiap pilihanraya yang benar-benar menjadi hak rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat boleh diturunkan kalau bersalah bukannya secara menipu.

Himpunan hijau adalah latihan kepada ahli Pas bahawa mereka datang berhimpun tanpa paksaan dan habuan. mereka datang sebagai rakyat yang memahami haknya yang sebenar, bukan rakyat yang diajar sentiasa berbohong dengan mengampu para pemimpin yang sentiasa menyuap umpan yang mengenyangkan perut dan membodohkan akal.

Himpunan hijau adalah menyatakan perjuangan Pas untuk semua rakyat, kerana Islam itu adalah rahmat Allah kepada seluruh alam.

----------------------------------------------------------
Penulis adalah PRESIDEN PAS

Harakah Daily

Khalid cabar pusat jangan ambil cukai Selangor

21 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mencabar Kerajaan Pusat agar tidak mengambil wang cukai daripada kerajaan negeri Selangor jika tidak mahu membantu rakyat Selangor.

Beliau berkata, pendidikan percuma mampu dilaksanakan sekiranya segala sumber cukai rakyat negeri Selangor tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat sebaliknya diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan negeri.

“Jika dilihat, negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.

“Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas Majlis Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang semalam.

Ujar Khalid lagi “Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.

“Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.

“Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan,” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, Abdu Khalid juga enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan.

Abdul Khalid dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.

“Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.

“Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka,” kata beliau.

Harakah Daily

Arab Saudi positif kekal kuota haji

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata hasil pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al Faisal baru-baru ini memberi gambaran positif kuota haji Malaysia tidak terjejas susulan ekoran perhimpunan BERSIH 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Mekah pada 26 April lalu.

Katanya, pada pertemuan itu, beliau menerangkan perkara sebenar berhubung kejadian perhimpunan itu yang bukan menjadi amalan budaya rakyat di negara ini.

“Pertemuan itu menunjukkan perkhabaran positif dan saya percaya melalui hubungan baik Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dengan Raja Arab Saudi (Raja Abdullah) dan hubungan akrab saya dengan Menteri Luar Arab Saudi kuota (haji) tidak terjejas.

“Mereka juga mahu jaminan perkara itu (perhimpunan) tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya selepas menghadiri makan malam bersama pesara kerajaan di kawasan Parlimen Kimanis, malam tadi.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram di kedua-dua masjid suci itu pada 26 April lalu.

Anifah berharap kuota rakyat Malaysia untuk menunaikan haji pada tahun ini tidak akan terjejas susulan insiden yang mengundang perhatian serius daripada Kerajaan Arab Saudi itu.

Katanya, jika kuota tahun ini terjejas ia akan memberi kesan pada tahun akan datang seperti yang berlaku pada Iran yang digantung selama tiga tahun kerana mengadakan demonstrasi di negara itu.
Beliau percaya kerajaan Arab Saudi tidak akan berbuat sedemikian kerana mereka pernah memuji rakyat Malaysia jemaah yang terbaik.

Terdahulu ketika berucap, Anifah berkata rakyat di negara ini khususnya Sabah perlu menolak dakyah pihak tertentu terutama pembangkang, sebaliknya menyokong kepimpinan transformasi Perdana Menteri yang berjaya memakmurkan negara ini. – BERNAMA

Sekolah, kilang diperbuat daripada buluh

21 Rejab 1433H. [MOD] -

Bangunan kilang Big Tree Farms yang diperbuat daripada buluh di Sibang Kaja.

SIBANG KAJA, Pulau Bali - Bangunan sekolah dan kilang coklat di sini dibina daripada buluh bagi menggantikan keluli sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar.

Kilang Big Tree Farms setinggi tiga tingkat itu dibuka pada tahun lalu dan ia merupakan bangunan komersial yang terbesar di dunia dibina daripada buluh.

Menurut pengasas bersama kilang itu, Ben Ripple, 37, tiada bahan binaan lain setanding buluh dan ia tidak merosakkan tanah.

Sebanyak 25 bangunan Sekolah Hijau yang menempatkan 240 pelajar dibina daripada buluh.

Kebanyakan daripada pelajar itu merupakan anak ekspatriat asing. - Agensi

Tanah sekolah ke JKKK: Mahkamah benar semakan kehakiman

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Trengganu Datuk Mohd Yazid Mustafa telah menolak bantahan pihak Peguam Negara yang menentang permohonan Darul Bayan Development Sdn Bhd (DBDSB) bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman (judicial review) untuk mencabar keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Trengganu dan 2 yang lain iaitu Responden di dalam kes tersebut.

Dengan keputusan ini, Mahkamah semalam membenarkan permohonan sekolah agama itu (gambar) untuk mencabar keputusan sebelum ini yang menghalang mereka mencabar perampasan tanah mereka dan diberikan kepada JKKK.

Pada 25 Mac yang lalu DBDSD telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan responden yang memberikan hakmilik kepada lima orang individu lain meskipun hartanah tersebut asalnya telah diluluskan oleh Kerajaan PAS Trengganu pada 22 Oktober 2003 untuk diberikan kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang dikendalikan oleh DBDSB.

Berdasarkan carian di Pejabat Tanah Dungun DBDSB mendapati 5 orang individu yang diberikan hakmilik hartanah tersebut kepada anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung atau isteri masing-masing.

Mereka adalah adalah Rosli bin Hashim iaitu ahli JKKK Kampung Cacar, Muhamad bin Idris ahli JKKK Kampung Limbung, Paka, Suhaini binti Abd Karim, isteri Pauzi Nong Nain Pengerusi JKKK Kg Limbung, Ibrahim bin Abdullah, ahli JKKK Kampung Limbung dan Abd Ghani bin Muda suami kepada Anita binti Arifin, Setiausaha JKKK Kampung Limbung.

Di dalam bantahannya pihak Peguam Negara menyatakan hartanah yang diluluskan oleh Kerajaan PAS sebelum ini adalah tanah TOL yang diberikan untuk tempoh 3 tahun dengan syarat-syarat tertentu.

Peguam Negara berhujah meskipun terdapat bukti TOL untuk tahun 2003 namun selepas 2004 tiada bukti TOL diluluskan oleh Responden.

Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam kes North East Plantation sebelum ini Mahkamah Persekutuan telah menyatakan selagi tanah belum didaftarkan ke atas nama seseorang kerajaan berhak untuk merampas tanah yang diberikan itu dan mahkamah tidak boleh campurtangan.

Peguam DBDSB pula berhujah bahawa kes ini bukan melibatkan isu tanah TOL semata-mata sebaliknya ianya melibatkan isu keadilan (fairness).

Peguam berhujjah adil atau tidak untuk responden (kerajaan negeri Terengganu) memberikan hakmilik hartanah yang telah diluluskan kepada Sekolah Rendah Islam dengan secara arbitrari diberikan pula kepada pihak lain tanpa diberikan hak untuk didengar kepada pihak yang menjadi mangsa di dalam kes itu.

Peguam berhujah fakta kes ini menunjukkan wujudnya perlanggaran prinsip keadilan asasi iaitu prinsip audi alteram partem (hak untuk didengar) dan prinsip kesamarataan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang Mahkamah tidak harus mengenepikan begitu sahaja.

Peguam DBDSB juga berhujah memandangkan kelulusan telah diberikan untuk hartanah itu diberikan kepada pihak pemohon iaitu DBDSB maka kelulusan itu perlu dibatalkan terlebih dahulu oleh Responden sebelum ia boleh diberikan kepada pihak lain.

Tentang ketiadaan bukti diperharui TOL sejak tahun 2004 peguam berhujah ianya bukan salah pihak DBDSB sebaliknya ianya hasil tindakan Responden sendiri yang sejak tahun 2004 iaitu selepas Kerajaan BN ambil alih Terengganu pemohonan untuk diperharui TOL telah dibekukan oleh Responden sendiri.

Di dalam penghakiman bertulisnya mahkamah memutuskan DBDSB telah berjaya menunjukkan bahawa kes mereka bukan kes yang remeh sebaliknya wujudnya prima facie untuk kes tersebut diteruskan di peringkat seterusnya.

Mahkamah juga, kata hakim , mendapati fakta kes ini boleh dibezakan dengan kes North East Plantation.

DBDSB diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Nasar Khan manakala Peguam Negara pula diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan.

Harakah Daily

Siapa pemimpin diam yang dimaksudkan Muhyiddin?

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Siapakah yang dipersalahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila berkata Barisan Nasional kini berhadapan dengan publisiti negatif, dan menyeru para pemimpin berkenaan untuk berani dan menjawab segala dakwaan yang ditimbulkan.

Di majlis Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan semalam, walaupun Muhyiddin menyalahkan pembangkang dengan mendakwa bahawa mereka menyebarkan dakwaan secara bijak dan luar biasa sehingga timbulnya persepsi buruk pada BN, tapi secara tidak langsung beliau turut menyalahkan para pemimpin BN yang tidak menjawab isu yang ditimbulkan oleh pembangkang.

"Jangan kata anda tak tahu (bila menjawab dakwaan pembangkang). Terdapat jurang antara realiti dan persepsi awam terhadap isu-isu – isu-isu yang dibangkitkan pembangkang yang dikaitkan dengan kerajaan dan pemimpin kita,” kata beliau.

BN berdepan dengan banyak isu – daripada isu skandal lembu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, skandal kehilangan RM30 bilion Bank Negara, isu Felda dan isu Lynas – semuanya dijawab secara terus oleh pemimpin BN.

Tetapi isu yang tidak disentuh sehingga kini ialah skandal Scorpene yang kini disiasat di mahkamah Perancis yang melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sehingga kini, ketika disoal wartawan mengenai isu ini, Muhyiddin telah menjawab, ‘Tiada komen.’

Sudah tentunya beliau menjawab demikian, kerana beliau sememangnya tidak terlibat, dan yang terpalit adalah bosnya Najib, yang sehingga kini boleh dikategorikan dalam golongan yang tidak berani dan pasif sebagaimana yang disebut Muhyiddin dalam menjawab dakwaan pembangkang.

Walaupun telah berkali-kali menyatakan bahawa BN akan menang besar di PRU-13, Najib masih tidak mengumumkan pembubaran parlimen.

Muhyiddin pula dipetik Sinar Harian sebagai berkata ‘pilihanraya tak lama lagi, tapi tidak terlalu dekat.’

Apakah pertembungan Najib dan Muhyiddin menyumbang kepada faktor pilihanraya umum ditangguhkan?

Dalam kontroversi pembekuan PTPTN ke Universiti Selangor, seorang penganalisa politik tempatan melihat penarikan semula pembekuan tersebut telah memalukan Muhyiddin, setelah memberikan sokongan padu kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dalam tindakan politik kebudak-budakan itu.

Namun, sekiranya pembekuan itu tidak ditarik balik, kata beliau, orang yang mendapat malu dan bahang adalah Najib sendiri, seolah-olah beliau yang merestui permainan politik yang tidak matang tersebut.

“Muhyiddin sedar bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedang bernafas di tepi lehernya menunggu jawatan no 2 Umno dalam pemilihan parti tahun ini.

"Beliau turut sedar mempertahankan jawatan no 2 di Umno adalah mustahil kerana Najib bakal memberikan sokongan kepada Hishamuddin.

"Satu-satunya jalan selamat untuk beliau ialah menjadi Presiden Umno dan sekaligus Perdana Menteri menggantikan Najib,” kata penganalisa politik yang rapat dengan Umno itu.

Oleh sebab itu, kata beliau, Muhyiddin perlu muncul sebagai juara orang Melayu dan Umno dan menyakinkan mereka bahawa beliaulah orang yang paling sesuai mengetuai Umno ke PRU-13.

Penganalisa tersebut berkata, kenyataan yang dilakukan Muhyiddin kebelakangan ini – di mana beliau menyebut masa depan negara bergantung kepada perpaduan orang Melayu adalah tanda Muhyiddin telah memulakan langkah untuk menjaga kareer politiknya.

“Namun, hasrat itu tidak akan dicapai sekiranya Najib menang 2/3 majoriti di PRU-13. Sekiranya Najib mengambil risiko untuk membuat PRU awal, percayalah Najib tidak akan mendapat 2/3 yang diharapkan untuk kekal di kerusi presiden Umno kerana faktor yang telah disebutkan tadi,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Harakah Daily

Mubarak kritikal, tak sedarkan diri

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Keadaan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak semakin kritikal dan beliau berulang kali tidak sedarkan diri sejak dihantar ke penjara Torah di pinggir bandar raya ini untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup lapan hari lalu, kata pegawai.

Pihak berkuasa memberi kebenaran kepada isteri beliau, Suzanne dan dua menantunya untuk mengunjungi Mubarak awal pagi semalam, selepas khabar angin kematian Mubarak tersebar luas di ibu negara Mesir itu.
“Keadaan kesihatan bekas presiden semakin merosot, namun stabil sedikit sekarang,” kata seorang pegawai.

Beliau berkata, sejak kunjungan isterinya Mubarak mengalami masalah denyutan jantung dan memerlukan bantuan untuk bernafas.

Pegawai yang namanya tidak didedahkan berkata, Mubarak kini bergantung hidup hanya dengan makanan cair dan dadih.

Kesihatan Mubarak semakin merosot sejak beliau didapati bersalah 2 Jun lalu kerana gagal menghentikan pembunuhan penunjuk perasaan ketika kebangkitan yang menggulingkan beliau pada 2011.

Selepas hukuman dijatuhkan, Mubarak dipindahkan ke hospital penjara dan bukan hospital tentera tempat beliau ditahan sejak April tahun lalu.

Pihak berkuasa sebelum menolak beberapa permintaan daripada keluarga bekas presiden itu untuk memindahkan beliau ke sebuah pangkalan tentera.

Kelmarin, Suzanne dilarang memasuki unit rawatan rapi di mana Mubarak ditempatkan, berikutan arahan pihak berkuasa yang mengehadkan kunjungan kepada hanya sekali sebulan. – AP

Remaja kantoi ketika intai jiran mandi

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Apa sudah jadi remaja sekarang. Seorang remaja bawah umur yang tidak bersekolah ‘kantoi’ ketika mengintai jirannya sedang mandi dalam satu kejadian di Kampung Tanjung, di sini, pada 26 Januari lalu.

Lebih malang, remaja berusia 16 tahun itu berjaya dicekup suami jirannya itu sendiri, setelah perbuatan tersebut disedari mangsa yang berumur 27 tahun.

Berikutan kejadian itu, remaja yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian kemeja, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya, sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Abdul Hayyi kemudiannya menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin

sinar harian/-