02 Julai 2021

KERAJAAN SELANGOR KOYAK- GAGAL TANGANI COVID SECARA BERKESAN.

 



Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) melihat 'trend' kes positif Covid harian dinegeri Selangor bermula daripada 24 Jun hingga 30 Jun yang masih tidak menurun daripada dua ribu kes sehari, telah menjadi negeri penyumbang terbesar kepada jumlah kes positif harian negara.
Walau pun negeri Selangor mempuyai Task Force yang diketuai oleh mantan Menteri Kesihatan dan Exco Kesihatan negeri Selangor.
Negeri Selangor paling #Koyak sekarang ni.Terpaksa buat PKPD di 8 buah daerah.
Apa peranan Task Force Covid Selangor ni ?, dan apakah nasihat mereka kepada kerajaan negeri dan pusat sehingga kes positif masih pada garis dua ribu lebih.
Ini akibat daripada operasi sektor perkilangan yang dibenarkan dan telah menjadi penyumbang terbesar kes positif, yang masih beroperasi.
Aktiviti ekonomi yang dibenarkan oleh PBT juga menyumbang kepada kes positif yang tinggi.
Apa nasihat dan peranan Task Force kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam perkara diatas ?
Jumlah ini menjadikan negara lambat melandaikan kes covid secara keseluruhan walaupun negeri-negeri yang lain telah pun banyak berkurangan keparas bawah daripada seribu kes sehari.



Kerajaan negeri dilihat lemah dan gagal memberikan cadangan dan langkah-langkah segera bagi mengatasi perkara diatas.
Selangor telah menjadi negeri yang paling tertinggi kes positif.Ummah menegaskan kerajaan negeri wajar lebih bertanggujawab dan proaktif kerana jika negeri Selangor masih pada keadaan sekarang ia akan memberi gambaran yang buruk kepada usaha kerajaan persekutuan.
Peranan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Yb Dr Mariah juga sangat mengecewakan rakyat, kerana sasaran jumlah vaksinasi negeri yang rendah, hanya diantara 20-50 ribu sehari berbanding boleh memaksimakan sasaran kepada 100 ribu sehari.Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang kurang juga menyebabkan program ini tidak berjalan lancar.
Kerajaan negeri sewajarnya segera responsif dan segera bertindak.Ini tanggungjawab Kerajaan negeri membantu dan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi menjayakan program vaksinasi rakyat.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
2 Julai 2021.

BANTUAN BEKALAN ASAS MAKANAN

 

Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Jika anda sedang mengangkat bendera putih di depan rumah atau anda sekeluarga sudah terputus bekalan dan belum mendapat bantuan bekalan asas makanan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Boleh maklumkan di ruangan komen di bawah.

LAPORAN THE MALAYSIAN INSIGHT FITNAH UMMAH.

 


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah meneliti kenyataan dan laporan berita serta klip video yang disiarkan oleh The Malaysian Insight (TMI) pada 1 Julai 2021 yang bertajuk seperti dibawah yang mengaitkan dengan nama UMMAH.
Saya bagi pihak UMMAH menafikan kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi UMMAH.

TABUNG BANTUAN MAKANAN ASAS COVID-19

 


Kami telah mula menerima aduan dan sedang menggerakkan sumbangan makanan asas kepada yang memerlukan.
Namun, masih memerlukan sedikit sumbangan dana daripada kalian bagi menambah kuantiti sumbangan yang akan diagih.

Lebih 500,000 terima agihan RM1.1 bilion bantuan JKM

 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (kanan) beramah mesra bersama ibu tunggal, Noorlin Abd Razak dan ibunya Norini Hussin, yang merupakan penerima sumbangan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika membuat tinjauan mengenai mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat Kerinchi, Pantai Dalam hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (kanan) beramah mesra bersama ibu tunggal, Noorlin Abd Razak dan ibunya Norini Hussin, yang merupakan penerima sumbangan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika membuat tinjauan mengenai mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat Kerinchi, Pantai Dalam hari ini.

KUALA LUMPUR: Seramai 517,769 individu di seluruh negara, menerima agihan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1.1 bilion setakat Mei tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata jumlah penerima berkenaan adalah daripada lebih 22,000 permohonan yang diluluskan oleh JKM.

Malaysia tuan rumah hoki Piala Dunia Remaja

 Subahan optimis Piala Dunia Remaja itu mampu jadi pemangkin kepada pembangunan hoki negara.

Subahan optimis Piala Dunia Remaja itu mampu jadi pemangkin kepada pembangunan hoki negara.

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya memenangi bidaan sebagai tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Presiden Konfiderasi Hoki Malaysia (MHC Datuk Seri Subahan Kamal yang mengesahkan perkara ini berkata bahawa beliau gembira melihat Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah acara itu untuk kali keempat.

Budak maut terkena renjatan elektrik

 Kawasan lapang di Kampung Tembiluk, Mengkabong, Tuaran, lokasi mangsa dipercayai bermain layang-layang sebelum insiden renjatan elektrik berlaku. NSTP/RECQUEAL RAIMI

Kawasan lapang di Kampung Tembiluk, Mengkabong, Tuaran, lokasi mangsa dipercayai bermain layang-layang sebelum insiden renjatan elektrik berlaku. NSTP/RECQUEAL RAIMI

TUARAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan lapang di Kampung Tembiluk, Mengkabong di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata sebelum insiden jam 12.45 tengah hari itu, mangsa dipercayai bermain layang-layang bersama seorang rakannya yang berusia 12 tahun.

6,982 pesakit baharu COVID-19

 

PUTRAJAYA: Sebanyak 6,982 pesakit baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia sejumlah 765,949 kes.

'Sidang Parlimen segera sebelum 1 Ogos'

 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini. - Foto fail NSTP

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.

Affin peruntuk RM20 juta skim BizDana-i Start-Up

 


Affin Bank Bhd
Affin Bank Bhd

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd memperkenalkan tranche kedua skim pembiayaan BizDana-i Start-Up dengan peruntukan baharu sebanyak RM20 juta, meningkat daripada RM15 juta yang diperuntuk pada Oktober tahun lalu.

'Tolong Palestin, jumpa pelajar Malaysia'

 Caprice sempat mengunjungi Pendakwah dan aktivis masyarakat, Ebit Lew yang turut berada di Gaza. - Foto IG Caprice

Caprice sempat mengunjungi Pendakwah dan aktivis masyarakat, Ebit Lew yang turut berada di Gaza. - Foto IG Caprice

KUALA LUMPUR: Berbekal niat membantu rakyat Palestin dan bertemu pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah, Mesir, penyanyi, Caprice berangkat sendirian ke wilayah bergolak itu, minggu lalu, lalu mengejutkan peminat dan pengikut laman sosialnya.

Sukan Olimpik Tokyo diadakan secara tertutup

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga memberi amaran temasya sukan Olimpik di sini, mungkin diadakan secara tertutup, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di beberapa bandar tiga minggu sebelum ia membuka tirai.

Bulan lalu, penganjur memutuskan untuk mengehadkan seramai 10,000 hadirin atau separuh kapasiti venue atau tempat perlawanan untuk temasya sukan yang tertangguh itu.

Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum Isnin

  Gambar hiasan

Gambar hiasan

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam bagi 2021 pada Isnin ini.

KPM berkata, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran mulai 5 hingga 15 Julai secara dalam talian menerusi Portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam di pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Lelaki Kanada dapat rezeki tidak disangka


Lukisan David Bowie ini pernah dilaporkan hilang hingga menjadi perhatian media sebelum ini. (Gambar AFP)

Seorang lelaki kaya sekelip mata apabila sebuah lukisan milik penyanyi legenda, David Bowie yang dibeli pada harga AS$4 (RM17) berjaya dilelong dengan harga AS$88,000 (RM365,758).

Lukisan kanvas potret abstrak itu sebenarnya adalah sebahagian daripada 47 siri lukisan dihasilkan Bowie antara 1995 hingga 1997 yang bertajuk Dead Heads.

Penghantar makanan peroleh keputusan cemerlang STPM

 

Penghantar makanan Muhammad Izzuddin Amirrudin, 20, berkongsi kegembiraan sambil menunjukkan keputusan cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 yang diumumkan hari ini. Foto Bernama.

SEREMBAN - Seorang penghantar makanan sambilan tidak menyangka memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada Khamis.

Muhammad Izzuddin Amirrudin, 20, yang memulakan khidmat sebagai penghantar makanan GrabFood dua bulan lalu berkata, keputusan tersebut disemak secara dalam talian ketika dia sedang menunggu pesanan makanan pelanggan di restoran.

Pembelian panik menjelang PKPD mukim di Selangor

KUALA LUMPUR: Penduduk dalam mukim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor, pagi ini bergegas membeli pelbagai barangan keperluan menjelang penguatkuasaan perintah itu yang akan berkuat kuasa mulai tengah malam nanti.

Seawal jam 7 pagi, tinjauan mendapati penduduk di Bandar Bukit Sentosa dan Bandar Bukit Beruntung dalam Mukim Serendah, Hulu Selangor, berbaris panjang di luar sebuah pasar raya di bandar itu, walaupun premis perniagaan terbabit dibuka jam 8 pagi.