02 Julai 2021

LAPORAN THE MALAYSIAN INSIGHT FITNAH UMMAH.

 


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah meneliti kenyataan dan laporan berita serta klip video yang disiarkan oleh The Malaysian Insight (TMI) pada 1 Julai 2021 yang bertajuk seperti dibawah yang mengaitkan dengan nama UMMAH.
Saya bagi pihak UMMAH menafikan kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi UMMAH.
Saya berpandangan The Malaysian Insight telah salah maklumat dan laporan. Media The Malaysian Insight sewajarnya cermat dan berhemat dalam mengeluarkan laporan. Ini boleh mengelirukan banyak pihak. Saya sendiri telah semak 'tabbayun' perkara ini dengan Tn Hj Aminuddin. Beliau adalah Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Saya menghormati sikap dan pendirian beliau yang mewakili Pembela.
Mengapa dan apa agenda The Malaysian Insight melagakan dan mengaitkan UMMAH dengan kenyataan tersebut ?
Saya menasihatkan agar The Malaysian Insight semak betul-betul laporan yang dikeluarkan, ini boleh menjejaskan nama UMMAH. Kami adalah sebuah NGO yang berusaha memperkasakan perpaduan ummah di negara ini bagi memartabatkan kuasa orang Islam dan Melayu merentasi parti politik.
Sikap kami bebas sama ada menyokong, menasihat dan menegur kepada semua pihak berdasarkan objektif kami dengan menghormati serta meraikan kepelbagaian sikap dan pendirian sesama NGO dinegara ini. Perpaduan, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara ialah dengan memartabatkan Islam dan Melayu adalah matlamat kami.
Maka disebabkan laporan media ini telah tersebar dan mencalarkan imej UMMAH sebagai NGO bebas mempertahankan maruah bangsa, agama dan tanahair. UMMAH telah membuat satu laporan polis bagi menuntut agar pihak berkuasa membuka kertas siasatan.
UMMAH juga menuntut The Malaysian Insight mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan memberi penjelasan atas laporan yang dikeluarkan.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
2 Julai 2021

Tiada ulasan: