18 Februari 2014

Gempa bumi sederhana landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa Peninsula, Sulawesi, Indonesia pada jam 11.34 pagi tadi. 

Jabatan Metereologi Malaysia berkata pusat gegaran ialah 146 km barat laut Gorontalo, Indonesia dan 568 km tenggara Semporna, Sabah. 


Pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang amaran ancaman tsunami, katanya. - BERNAMA 

Ulamak PAS Perak anjur demonstrasi bantah Kassim Ahmad

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Satu demonstrasi aman bagi mengutuk kebiadaban Dr. Kassim Ahmad anjuran Dewan Ulamak PAS Perak akan diadakan pada 21 Februari 2014 Jumaat ini . Selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Ipoh, Perak. demikian satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Salleh Mat Said , Setiausaha Dewan Ulamak hari ini.PAS Perak.

Dalam surat itu beliau juga menjemput semua Ahli PAS untuk hadir dan mereka yang akan berucap termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak dan pimpinan PAS Perak


Kenakan tindakan tegas terhadap Kassim Ahmad

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Tidak ada umat Islam yang tidak marah apabila Dr Kassim Ahmad menyentuh sensitiviti agama Islam apabila mendakwa umat Islam terlalu mendewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. Beliau turut menyentuh bahawa golongan ulama telah diseleweng melalui amalan “kasta paderi” iaitu mereka (golongan ulama) melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.

Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan bertempat di Putrajaya dengan menampilkan Dr Kassim Ahmad, individu yang dilabel sebagai anti hadis dan menjulang personaliti tersebut ke kedudukan tertinggi. Entah apa jasanya sehingga pemikiran beliau diseminarkan dan diwacanakan dengan beliau sendiri dijemput memberikan ulasan. Agak menghairankan bagaimana program sebegini boleh mendapat kelulusan, mendapat tempat teristimewa di kawasan Putrajaya dalam keadaan program agama yang lain diburu dan dipantau ketat. Mengapa tiada tindakan sebelum program dijalankan bagi memastikan tiada pandangan yang pelik dan mengelirukan umat Islam dilontarkan ketengah masyarakat.

Herman Tino Nyatakan Minat Tanding PRK Kajang

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Herman Tino telah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang, memulakannya dengan hashtag #Herman4Kajang di Twitter.
Beliau yang mengungguli carta pada era 1980-an dengan rentak dangdut telah mencipta #Herman4Kajang bagi mengukur reaksi orang ramai mengenai hasratnya untuk bertanding kerusi itu.
Herman berkata, beliau hanya akan bertanding jika rakyat di Kajang memberikan lampu hijau kepadanya.

Denmark haramkan sembelih cara Islam, Yahudi

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

DENMARK - Denmark akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional Yahudi.

Kerajaan Denmark menerusi Kementerian Pertanian dan Makanannya akan mengharamkan kaedah penyembelihan haiwan mengikut cara tradisional Yahudi dan Islam berikutan langkah-langkah yang sama telah pun dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.

Oleh itu satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu semua haiwan yang akan disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.

PM Thai terpaksa bertugas dari pejabat sementara

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -]

Pusat bagi Mengekalkan Keamanan dan Ketenteraman Thailand (CMPO) akan melakukan satu lagi ikhtiar hari ini bagi menuntut kembali lima tapak bantahan daripada penunjuk perasaan antikerajaan.

Operasi ini dipanggil 'Misi Keamanan Bagi Bangkok' namun berpotensi mencetuskan konfrontasi dengan penunjuk perasaan.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran NBT (stesen TV kerajaan) dan saluran MCOT untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa kerajaan patuh kepada kedaulatan undang-undang dalam melaksanakan operasi itu, kata Sunisa Lertpakawat, timbalan jurucakap kerajaan sementara.

Isu keselamatan, Ipoh zon bahaya !

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasa cukup bimbang dengan laporan media tentang isu keselamatan terutamanya dan yang terbaru dilaporkan seorang pemain bolasepak kelab tempatan yang ditetak mati setelah keluar daripada sebuah bank di Ipoh baru-baru ini amat mencemaskan. Kami merasakan tahap keselamatan di Bandaraya Ipoh tidak memuaskan dan dalam masa yang sama turut membimbangkan pelancong asing yang kini sedang berada di Ipoh sempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini.

Hospital k'jaan sesak dengan kes denggi

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak kritikal diminta mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kawasan masing-masing bagi mengelak kesesakan di hospital-hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, dengan merujuk ke klinik-klinik kesihatan, pesakit akan menerima rawatan segera kerana Jabatan Kecemasan dan Trauma di beberapa hospital kerajaan kini sesak dengan kes demam denggi.

MP: Kalau membazir, BN tak payah bertanding

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Dakwaan bahawa pilihan raya kecil DUN Kajang satu pembaziran menyebabkan Ahli Parlimen Shah Alam mencabar BN supaya tidak meletakkan calon dan memberikan laluan mudah PKR menang tanpa sebarang perebutan kerusi.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat yakin calon mereka akan menang seperti dalam pilihan raya umum ke-13 lalu sekalipun meletakkan calon yang kurang dikenali sebelum ini iaitu Lee Chin Cheh.

Ambil tindakan terhadap "Anti Hadith".

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman 

Kerajaan Malaysia dan ahli politik MESTI mengecam ajaran sesat yang menolak keperluan kepada hadith, menolak kesahihan hadith sekaligus menolak baginda nabi Muhammad salla allahu ‘alaihi wasallam sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam Al-Quran.

Menolak hadith beerti menolak Al-Quran kerana Allah memerintahkan nabi menjelaskan Al-Quran kepada manusia. Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadith dan sunnahnya. Lihat ayat dari surah an-Nahl ayat ke 44 dan 64. Antaranya firman Allah

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Ertinya : Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui ( An-Nahl : 44)

Industri penerbangan Indonesia rugi besar akibat letusan Gunung Berapi Kelud

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Pekerja membersihkan kapal terbang yang diselaputi abu Gunung Berapi Kelud. - Gambar Reuters.Pekerja membersihkan kapal terbang yang diselaputi abu Gunung Berapi Kelud. - Gambar Reuters.Letusan Gunung Berapi Kelud di Malang, Jawa Timur pada Khamis lepas menyebabkan industri penerbangan di Indonesia terpaksa menanggung kerugian besar.
Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto di Yogyakarta yang paling teruk terjejas akibat letusan gunung berapi berkenaan mencatat kerugian sebanyak 450 juta Rupiah (RM128,000) sehari.

Kurang defisit: Teruskan program rasionalisasi subsidi

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: “Saya menolak cadangan untuk meneruskan program rasionalisasi subsidi bagi memastikan sasaran defisit 3.5 peratus daripada KDNK tercapai pada tahun ini,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Zaharudin Muhammad.

Katanya, kerajaan tidak perlu mendabik dada dengan penurunan kepada 3.9 peratus defisit fiskal tahun 2013 berbanding 4.5 peratus pada tahun 2012 kerana ia telah memaksa rakyat mengikat perut dengan siri-siri kenaikan barang kawalan sehingga mencatatkan peningkatan kadar inflasi 2.1 peratus.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada Laporan Ekonomi dan Kewangan Suku Keempat 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bertarikh 12 Februari lalu.

Tambahnya, defisit fiskal yang berkurangan tersebut didorong oleh pengurangan perbelanjaan operasi kerajaan sebanyak 4.6 peratus berikutan emolumen dan subsidi yang lebih rendah di samping peningkatan pendapatan negara yang terhasil daripada cukai syarikat sebanyak 6.8 peratus dan pendapatan pelaburan yang tinggi.  

Percukaian dan Negara Berkebajikan

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Ekonomi Berkat. Vol 10

1.Seperti juga tata kelola perbankan Islam yang dipandu oleh jawatankuasa syariah, bukankah menjadi suatu praktis unggul bagi kerajaan mempunyai jawatankuasa syariah kewangannya yang tersendiri? Yang menjadi keutamaan ialah memastikan aliran sumber kewangan untuk membiaya emolumen perkhidmatan awam yang sepatutnya dibayar dengan hasil yang jelas halalnya.

2.Hal ini kerana wang gaji dan elaun yang diberikan akan digunakan untuk membiaya kehidupan berkeluarga, makan dan minum suami, isteri dan anak-anak. Apakah pengasingan ini sudah berlaku atau pun sekadar isu picisan dalam kepedulian pemerintah? Di manakah cakna kerajaan dalam soal ini jika mahu ekonomi kita berkat .

3.Agenda keempat - “Percukaian dan Negara Berkebajikan”

Nostalgia 40 tahun demonstrasi Baling 5 April

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS Kedah akan menganjurkan himpunan 'Nostalgia 40 tahun Demonstrasi Baling' pada 5 April depan di Baling bagi mengenang kembali apa yang dialami oleh masyarakat sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media semalam berkata, 40 tahun lalu rakyat Baling telah hidup dalam kemiskinan, namun senario yang dihadapi oleh rakyat sebelum ini tidak berubah apabila rakyat tetap miskin akibat daripada kos sara hidup yang semakin meningkat.

10 maut, berbelas terperangkap runtuhan bangunan di Korea Selatan

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
10 maut, berbelas terperangkap runtuhan bangunan di Korea Selatan ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Korea Selatan berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah runtuhan bangunan di Gyeongju, selatan Seoul, negara itu, hari ini. - Foto REUTERS
SEOUL: Seramai 10 orang maut dan sekurang-kurangnya 12 lagi terperangkap selepas sebuah auditorium runtuh di pusat peranginan di bandar Gyeongju, Korea Selatan malam tadi, kata pekerja penyelamat. 

Kira-kira 450 pelajar dipercayai menghadiri persembahan konsert di bangunan terbabit apabila bumbung auditorium itu runtuh pada kira-kira jam 9.15 malam waktu tempatan. 

Seorang terkorban, 77 cedera rusuhan di pusat tahanan imigresen PNG

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

SYDNEY: Seorang terkorban dan 77 lagi mengalami kecederaan pada malam kedua rusuhan pusat tahanan imigresen di Pulau Manus, Papua New Guinea, kata pegawai hari ini.

"Berita kematian memang sesuatu tragedi," kata Menteri Imigresen Australia, Scott Morrison. 


Ahad lalu, seramai 35 tahanan melarikan diri daripada pusat tahanan berkenaan. - AFP