18 Februari 2014

Isu keselamatan, Ipoh zon bahaya !

18 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasa cukup bimbang dengan laporan media tentang isu keselamatan terutamanya dan yang terbaru dilaporkan seorang pemain bolasepak kelab tempatan yang ditetak mati setelah keluar daripada sebuah bank di Ipoh baru-baru ini amat mencemaskan. Kami merasakan tahap keselamatan di Bandaraya Ipoh tidak memuaskan dan dalam masa yang sama turut membimbangkan pelancong asing yang kini sedang berada di Ipoh sempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini.


Kami melihat begitu mudah kejadian seumpamanya boleh berlaku terutamanya di sebuah bandar seperti di Ipoh. Persoalan kami, adakah kawalan keselamatan begitu longgar sekali di Bandaraya Ipoh? Adakah pihak Kerajaan Negeri Perak telah menyalurkan peruntukan yang dibentangkan di dalam Bajet 2014 yang lalu tentang keperluan keselamatan? Pernahkah Barisan Nasional (BN) Negeri Perak menjanjikan soal keselamatan rakyat menjadi agenda mereka? Dimanakah peranan pihak Pasukan Keselamatan terutamanya Polis di dalam menjaga keselamatan rakyat?

Kami tidak ingin mengheret isu keselamatan dalam janji-janji politik, tetapi peka akan isu keselamatan sebagai keperluan kehidupan yang aman sebagai warga Ipoh perlu dipastikan. Bagi kami, semua pihak wajar duduk semeja menjadikan agenda keselamatan bagi menjanjikan keharmonian bermasyarakat di sesebuah bandar terutamanya. Kami mendesak agar isu keselamatan di Bandaraya Ipoh perlu diberikan jaminan kepada rakyat dengan segera!


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: