17 November 2021

Kedah batalkan premis judi

 

KERAJAAN Negeri Kedah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengumumkan bahawa tidak akan lagi mengeluarkan mana-mana kelulusan lesen premis judi di seluruh negeri Kedah dan menghadkan penjualan minuman keras secara terbuka kepada semua pengguna bukan Islam di semua PBT.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bahawa keputusan berkenaan diambil hasil daripada perbincangan dalam Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri pada minggu lalu.