03 Disember 2013

Jenayah: Kerajaan perlu bentang pelan konstruktif

29 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) meminta kerajaan segera membentangkan pelan strategi konstruktif bagi memastikan keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak.


Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tiga beradik yang mati dibunuh di Alor Setar Kedah Sabtu lalu, ahli jawatankuasa DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, pelan strategik ini merupakan peranan holistik yang sepatutnya digerakkan oleh kerajaan secara terarah.

Suspek Kes Rompakan Di Brickfields Guna Kad Pengenalan Individu Lain

29 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di sebuah rumah di Jalan Persiaran Syed Putra, Brickfields pada Ahad didapati menggunakan kad pengenalan orang lain.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata siasatan mendapati kad pengenalan itu diperoleh dalam satu kejadian rompakan di Kelana Jaya kira-kira pukul 2.40 pagi semalam sebelum suspek merompak rumah di Brickfields itu bersama dua rakannya.

Polis Selangor tumpaskan sindiket proses dadah bernilai RM1.38 juta

29 Muharram 1435H. [MOD] -
Shah Alam: Polis Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM1.38 juta. 


Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata hasil makluman orang ramai, pihaknya membuat intipan keatas sebuah rumah di Damansara dan berjaya menahan lima lelaki di dalam rumah terbabit. 

Sejuta Rakyat Syria Kekurangan Makanan - Palang Merah

29 Muharram 1435H. [MOD] -
GENEVA: Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Syria mengalami kekurangan makanan dengan konflik dalam negara dan masalah di pintu masuk menghalang kemasukan bahan bantuan luar, kata agensi Palang Merah pada Selasa.

"Satu anggaran yang konservatif menunjukkan sejuta rakyat tanpa makanan," kata Ketua Pengurusan Krisis di Palang Merah Antarabangsa (IFRC), Simon Eccleshall.

Bangunan Lima Tingkat Runtuh di Sao Paolo

29 Muharram 1435H. [MOD] -
SAO PAULO: Sebuah bangunan lima tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di pinggir Sao Paulo malam Isnin namun setakat ini tiada laporan mengenai mereka yang cedera atau maut.


Lebih 70 anggota bomba bersama anjing pengesan dikejarkan ke tempat kejadian di Bandar Guarulhos untuk mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap.

Amaran hujan lebat di Pahang dan Johor

29 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka berterusan hari ini.

               
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam tadi menyebut hujan lebat dijangka dialami di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera di Pahang serta Mersing, Kluang, Segamat dan Batu Pahat di Johor.

76 lagi pengawal keselamatan warga asing ditahan

29 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Polis menahan seramai 76 pengawal keselamatan asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di empat daerah iaitu Sentul, Brickfields, Dang Wangi dan Cheras semalam.

   
Operasi bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang itu dianggotai seramai 115 pegawai dan anggota dari kesemua jabatan di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) dan lapan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Banjir: 1,035 penduduk Mersing dipindah

29 Muharram 1435H. [MOD] -
JOHOR BAHARU:  Bilangan penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Mersing semakin meningkat apabila sejumlah 1,035 orang membabitkan 306 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan malam tadi.

               
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkifli Hashim berkata setakat pukul 10 malam, kesemua mangsa yang terjejas melibatkan penduduk di 16 kawasan iaitu Kampung Air Tawar, Kampung Lubuk, Felcra Sri Mahkota Endau, Semaloi dan Kampung Bukit Pasir.

Banjir: Sungai Golok hampir paras amaran

29 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Paras air Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, Kelantan hampir mencapai paras amaran.


Dengan bacaan 7.87 meter pada jam 5 petang semalam, ditambah hujan lebat sejak malam tadi meletakkan penduduk sekitarnya dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Tarif naik: Kilang guna elektrik, harga barang naik lagi

29 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Walaupun kerajaan menyatakan hanya penggunaan purata sebulan yang melebihi 300 kW (atau jumlah bil lebih RM77 sebulan) yang akan menerima kesan dari kenaikan elektrik, hakikatnya seluruh lapisan masyarakat pengguna di Malaysia akan menerima tempias kenaikan itu.


Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, ini kerana kebanyakan kilang pengeluar barangan pengguna, kilang memproses makanan dan minuman, kedai-kedai runcit, stor simpanan makanan mentah dan beku, warung-warung dan perniagaan-perniagaan lain mempunyai kadar penggunaan elektrik yang sangat tinggi sebulan. 

Allahyarham Fauzi Shaari selamat dikebumikan

29 Muharram 1435H. [MOD] -

NONEBekas Pengarah Jabatan Siatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari selamat dikebumikan di Shah Alam hari ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syeksen 21, Shah Alam jam 10.30 pagi disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut hadir ketika pengebumian beliau ialah ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali.

Sementara itu, suasana muram menyelubungi kediamannya di Seksyen 10, Shah Alam, yang tidak putus-putus dikunjungi sanak saudara dan sahabat handainya.

Siapa jual Lembah Bujang, PAS atau BN?

murugesan gas pc 28051029 Muharram 1435H. [MOD] -

Seorang pemimpin MIC hari ini menyatakan perasaan terkejutnya dengan langkah kerajaan menjual tanah tempat berdirinya candi bersejarah di Lembah Bujang dan mahukannya ditebus kembali.

"Bolehkah kerajaan negeri mendedahkan bila ia dijual?

"Adakah ia dilakukan oleh kerajaan PAS sebelum ini atau kerajaan BN? Walau siapa pun yang melakukan, perkara ini tidak boleh dimaafkan," kata anggota jawatankuasa pusat MIC S Murugesan.

Katanya, ini kerana, Lembah Bujang merupakan tapak bersejarah yang lebih tua daripada kerajaan Melayu Melaka.

Sah : Tarif elektrik naik 15%

29 Muharram 1435H. [MOD] -



 
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga semasa 33.54 sen sekilowatt.

MB arah kerja perobohan candi dihentikan

29 Muharram 1435H. [MOD] -



 
Kerajaan negeri Kedah mengeluarkan arahan kepada pemaju untuk menghentikan segera operasi perobohan beberapa tapak tinggalan candi Sungai Batu di Lembah Bujang.

Laporan Bernama yang memetik kenyataan Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menyebut, pemaju berkenaan diarahkan untuk menghentikan segera aktiviti berkenaan.

76 Pegawal Keselamatan Asing Ditahan Dalam Operasi Polis

29 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 76 pengawal keselamatan asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di empat daerah iaitu Sentul, Brickfields, Dang Wangi dan Cheras pada Isnin.

Operasi bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang itu dianggotai seramai 115 pegawai dan anggota dari kesemua jabatan di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) dan lapan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).