NONEBekas Pengarah Jabatan Siatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari selamat dikebumikan di Shah Alam hari ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syeksen 21, Shah Alam jam 10.30 pagi disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut hadir ketika pengebumian beliau ialah ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali.

Sementara itu, suasana muram menyelubungi kediamannya di Seksyen 10, Shah Alam, yang tidak putus-putus dikunjungi sanak saudara dan sahabat handainya.

Isterinya beliau Datin Fauziah Ngah Nordin ketika ditemui kelihatan tenang dan tetap melayani tetamu yang hadir ke rumahnya.

Anak bongsu Allahyarham, Mohd Faznur berkata bapanya sebelum ini menerima rawatan selama 18 hari di Hospital Selayang.

Bapanya turut mendapatkan rawatan tradisional tetapi masalah buah pinggang dan hati itu semakin teruk dan ditahan di unit rawatan rapi Hospital Selayang sejak Rabu lalu. kata Mohd Faznur kepadaMalaysiakini.
NONEAllahyarham, yang berasal dari Larut Matang, Perak turut meninggalkan tiga lagianak lelaki.

Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu.

Mohd Fauzi menyertai PAS pada 2012 dan bertanding di kerusi parlimen Larut dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN Datuk Hamzah Zainuddin dalam pertandingan tiga penjuru itu.

Pemimpin tertinggi parti tersebut dalam tulisan di Facebook merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan juga menghargai jasa Mohd Fauzi kepada PAS.

NONEMursyidul am parti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jasa Allahyarham kepada PAS amat banyak, terutama dalam kempen pilihan raya umum ke-13.

“Saya menyifatkan kematian beliau sebagai satu kehilangan kepada PAS dan juga kehilangan satu lambang integriti yang begitu ulung dalam perkhidmatan polis di negara ini,” kata Nik Aziz.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham, yang disifatkannya sebagai kehilangan besar kepada gerakan Islam.

Mohd Fauzi turut diingati sebagai seorang yang aktif dalam majlis ilmu dan juga tidak kekok menjadi imam atau bilal.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Riduan Mohd Noor berkata Allahyarham juga aktif melalui NGO Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT).

"(Allahyarham) bergerak ke seluruh negara untuk bertemu dengan anggota polis yang telah bersara, memberikan motivasi untuk pahlawan negara supaya bersama perjuangan Islam.

"PAS secara mendadak diminati oleh pesara polis dan tentera dehingga tertubuhnya KERABAT," tulisnya di Facebook.MK/-