19 Januari 2011

Khir enggan jawab tuduhan.

14 safar 1432H.

Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini seperti dipetik dari satu sms yang disiarkan oleh malaysiakini hari ini

"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," kata Khir Toyo.

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin mendedahkan beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah Kes Khir toyo didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik individu bernama Shamsudin Hayroni.

Kenyataan Media Setiausaha Politik MB Selangor

Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum dengan kes melibatkan mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang berdepan tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam gejala rasuah. Kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat yang dimiliki Shamsudin Hayroni.

Bagi mengelak timbul spekulasi dan tanggapan buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor menjelang perbicaraan kes Dr Khir, Kerajaan Negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek yang telah diberikan kepada Shamsuddin Hayroni ketika Dr Khir menjadi Menteri Besar.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza iaitu:

1. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16,Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000
2. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta
3. Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000
4. Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53
5. Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.00

Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan. Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada tahun 2000.

Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta. Bagaimanapun, MMKN pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan.

Pendedahan maklumat ini dibuat bagi memastikan Kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni. Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Kerajaan Negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Faekah Husien,
Setiausaha Politik MB Selangor.

"Dewa Puisi" Li Bai (1)


14 Safar 1432H.

Li Bai yang berbangsa Han dilahirkan pada tahun 701 dan meninggal dunia pada tahun 762 Masehi. Beliau yang bergelar "Qing Lian Ju Shi" (Penghuni di tebing Tasik Bunga Teratai Hijau) masih mempunyai nama sampingannya, iaitu Li Tai Bai.

Li Bai diiktiraf sebagai penyajak romantik yang gemilang pada zaman Dinasti Tang. Karya-karyanya bergaya terbuka hati dengan dipenuhi khayalan yang beraneka macam. Beliau mahir memilih kata-kata yang sesuai dengan nada yang diperlukan sehingga berjaya menjadikan karya puisinya seolah-olah suatu karya muzik. Jika dilihat dari segi keseluruhan, karya ciptaan Li Bai selalu diibaratkan sebagai batu permata yang semula jadi.

Demi mewarnai karyanya, Li Bai sering menimba bahan-bahan daripada balada dan mitos tradisional China. Kejayaannya dalam bidang puisi romantik meletakkan beliau pada satu kedudukan yang setinggi dengan Qu Yuan, sasterawan yang tersohor yang hidup pada zaman Negeri-negeri Berperang, kira-kira seribu tahun sebelum Li Bai. Kedua-dua mereka diiktiraf sebagai pendorong utama dalam mengembangkan puisi romantik pada zaman purba di China.

Jika hanya menilai pencapaian puisi pada zaman Dinasti Tang, Li Bai diberi kedudukan yang setinggi dengan Du Fu, penyajak yang cemerlang yang pandai menghasilkan karya yang berunsur sejarah. Kedua-dua mereka digelar "Li Du".

Terdapat seorang lagi penyajak yang mungkin boleh berbanding dengan Li Bai, iaitu Li He. Beliau juga mahir menghasilkan karya yang berunsur romantik dengan menggunakan kata-kata yang berlebih-lebihan untuk mencipta khalayan yang luar biasa. Cuma, karya-karya Li Bai kelihatan semulajadi, iaitu tidak nampak kesan yang direka-reka, sedangkan Li He cenderung memilih-milih perkataan bagi mereka-rekakan karyanya.

Li He masih suka mengisi cerita sejarah atau pepatah dari tokoh ternama ke dalam karyanya sehingga karyanya kelihatan penuh dengan unsur "kesengajaan". Proses menghasilkan puisi yang dilakukan oleh Li He boleh disifatkan sebagai "berhempas pulas menggunakan setiap titik peluhnya", tetapi proses yang dilakukan oleh Li Bai disifatkan sebagai "sebebas-bebasnya".

Pada hakikatnya, pencapaian kedua-dua orang Li Bai dan Li He dalam bidang puisi tidak mungkin dinilai pada taraf yang setimpal.

Nenek moyang Li Bai berasal dari Cheng Ji, Longxi (Kaunti Qinan, Provinsi Gansu sekarang). Pada tahun terakhir dalam zaman Dinasti Sui, iaitu tahun 617 Masehi, keluarga Li Bai berhijrah ke Kota Suiye di Asia Tengah (Tokmok, bahagian utara Kyrgyzstan sekarang). Katanya, Li Bai dilahirkan di sana.

Ketika Li Bai berumur 5 tahun, keluarganya berpindah ke Kaunti Zhangming, Bandar Mianzhou (Kaunti Jiangyou, Provinsi Sichuan sekarang).

Li Bai mula berjalan ke luar Provinsi Sichun pada usia 20 tahun, dan menjelajah ke kawasan yang sejauh ke Tasik Dongting serta Sungai Xiang di selatan, dan negeri Wu dan Yue di timur. Ketika itu, beliau memilih tinggal di Anlu (Kaunti Anlu, Provinsi Hubei sekarang).

Li Bai ingin mengenali teman baru dan bergaulan dengan kalangan elite melalui penjelajahannya, dengan tujuan mutlaknya disyorkan oleh seseorang tokoh ternama untuk dilantik ke jawatan tinggi dalam kerajaan. Dengan demikian, beliau barulah berkemungkinan merealisasikan cita-citanya dalam bidang politik. CRI/-

Halia hutan boleh rawat kanser


14 Safar 1432H.

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui teknologi perubatan baru bagi merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) dengan menggunakan herba semula jadi yang dikenali sebagai lempoyang atau halia hutan (Gambar).

Penyelidiknya, Dr Ahmad Bustamam Abdul, berkata penemuan membuktikan bahan itu sesuai digunakan untuk merawat pesakit kanser serviks dengan selamat apabila penggunaannya hanya mematikan sel tidak normal saja.

Katanya, walaupun menggunakan dos yang tinggi ia tidak membahayakan pesakit kerana ia tidak memberi kesan kepada tisu normal manusia.

“Penggunaan Z2 ini juga mengurangkan pelbagai komplikasi yang timbul pada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi.

“Kami menjalankan kajian ke atas manusia serta model haiwan berpenyakit kanser serviks di makmal bagi kajian aktiviti anti- kanser terutama terhadap pangkal rahim,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Promosi Hasil Penyelidikan UPM, di Institut Biosains, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Saleh Jaafar dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Madya Dr Samsilah Roslan.

Dr Ahmad Bustamam berkata, menerusi penemuan teknologi bahan semulajadi itu, kos rawatan pesakit kanser ini berkurangan berbanding penggunaan ubatan berasaskan bahan bukan semula jadi termasuk yang diimport yang menelan belanja tinggi.

“Bahan ini menjalani ujian praklinikal haiwan di makmal yang membuktikan ia mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat serta berupaya membunuh sel kanser sama seperti ubatan anti- kanser komersial lain. “Bahan semula jadi ini amat stabil sehingga enam bulan dalam larutan air pada suhu bilik dan mampu dikomersialkan sebagai Douches and Suppositori,” katanya yang memulakan kajian pada 2002 bersama lima penyelidik lain di universiti berkenaan.Metro/-

Azhar calon BN di Tenang.

14 Safar 1432H.

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azhar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.

Azhar juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang sebelum ini.

Speaker isytihar kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong

14 Safar 1432H.
Oleh : Hazayani Zakaria.

SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong.

Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau memaklumkan demikian pada satu sidang media khas di Dewan Annex di sini hari ini.

Makluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

NIK AZIZ `LAGI GILA' - ISA PENDEK KEMPEN POLITIK DI TENANG

14 Safar 1432H.
Oleh : Kuek Ser Kuang Keng.

Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.

"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.

"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

Elak kerja di tempat arak: S'gor peruntuk RM10 juta

14 Safar 1432H.

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

“Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

“Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

“Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat,” katanya.

Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.

Tawaran 100 hari PR : Najib dalam ketakutan dan meracau

14 Safar 14342H.
Oleh : Hafizi Pauzi

PARTI BUNTAR, 19 Jan : Ucapan Perdana Menteri di DUN Tenang yang menyatakan bahawa undi terhadap PR akan membawa Malaysia ke arah Negara bankrap dan ia adalah satu kenyataan yang boleh disifatkan sebagai satu lagi pembohongan yang dahsyat dan tidak berfakta. Demikian ulasan dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

“Saya ingin bertanya, apakah ideologi sebenar BN jika slogan sering ditukar-tukar setiap kali bertukar PM? Masa Tun Mahadhir wawasan 2020 diperjuangkan, masa Tun Abdullah Islam Hadhari dan terkini zaman Najib 1 Malaysia pula, berjuta wang rakyat habis semata-mata untuk tukar logo sana sini,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu Drs. Khalil menempelak tindakan Najib yang masih mengeksploitasi kenyataan Karpal "over my dead body" walaupun beliau (karpal) telah sehaluan dalam isu Negara Islam dan mengingatkan BN supaya jangan bangkitkan isu itu lagi.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga kini masih bersifat seperti seekor tikus terhadap pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya di televisyen dengan disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Beliau (Najib) dalam ketakutan, sebab itu dia meracau , dia saya lihat sangat takut dengan gelombang buku jingga Pakatan Rakyat, tempelaknya lagi.

Beliau juga menambah bahawa jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji 100 hari tersebut hanyalah RM19.2 billion, iaitu jumlah yang sama nilainya dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menyifatkan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat adalah untuk rakyat dengan mengembalikan RM51 billion wang Negara ke pangkuan rakyat semula, jelasnya.

Teo Nie Ching - Ugutan Tentera Jihad ?

14 Safar 1432H
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tengah hari ini akan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, seorang kakitangan yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.

Ayam tersebut diletakkan bersama sekeping nota yang dilekatkan pada pintu tersebut bertulis 'Ingat, ini satu peringatan Teo Nie Ching! Tentera Jihad'.


"Kita jumpa benda itu lebih kurang jam 8.30 pagi ini.

"Darah masih lagi keluar dari ayam ini, dan kita rasa ia baru disembelih," katanya.

Ekoran itu, beliau bersama Teo akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 11.30 pagi ini.

Teo Nie Ching sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh akhbar Utusan yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.

Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo sekali lagi didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.(HarakahDaily)

Pandangan Rakyat tentang Najib !


14 Safar 1432H [MOD]

Dibawah beberapa pandangan rakyat tentang Najib. Pandangan ini disalin tampal dari Malaysiakini. Apa kata rakyat...!


Jefferson76: PM Najib Razak, you have given the public lame excuses about why you cannot debate another political party on your economic policies. It is also quite shameful to see a prime minister talking in such a course and degrading manner.

If you have all the answers, so by all means do enlighten us in a public debate. It has nothing to do with Sodomy II and everything to do with showing the voters how you handle criticism on the issues at hand.


Blackknight: Najib, after hearing your obscene and crude remarks, I want to raise another one - how can we trust you when you appointed former Negeri Sembilan menteri besar Isa Samad who was guilty of money politics to be Felda chairperson? This alone will pave the way to Felda's bankruptcy.

Naaah: If the PM isn't afraid of Anwar Ibrahim, then why does the police often stop Anwar from speaking in public ceramah? Why do Utusan Malaysia and all the BN-controlled media slander Anwar?

I would like to correct the PM - the sodomy charge against Anwar is not his personal problem. The people of Malaysia and renowned international figures see this as improper prosecution.


Habib RAK: Yes Najib, you are afraid to debate Anwar. You are the PM and he is the opposition leader. Both are official positions recognised in Malaysia and the world over. So, since you have all the information, just debate. Don't give excuses.


Docs: How come Najib does not want to debate with Anwar on political and economic issues? In most developed nations (eg, UK, US, etc), we see politicians squaring off live on TV. Isn't developed nation status is what BN is vying for?

Citing "personal problem" is a lame excuse. What about Najib's personal problems: Altantuya Shaariibuu and an uncontrollable wife?


VP Biden: Najib is a coward for taking cheap shots at Anwar. If you like, you can bring up the personal issues at the debate as well. But first things first, be a man and take up the challenge.


Anonymous_5fb: Lihatlah macam mana Najib berucap. Nilai-nilai kemelayuan yang disegani oleh rakyat Malaysia bangsa lain sudah musnah oleh Umno sejak zaman Dr Mahathir Mohamad dan kini jadi lebih teruk lagi oleh Najib. Tengoklah MB Abdul Ghani Othman yang bersama dengannya dalam gambar, dia pun rasa malu dengan Najib.

Ya, mungkin memang benar Najib tak takut dengan Anwar kerana dia (Najib) boleh guna jentera-jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Tapi, adakah dia tu takut dengan bayangnya sendiri? Kematian gadis Mongolia Altantuya pun belum selesai, bukan?

Kesian, nilai-nilai kemelayuan yang cantik dan halus sudah terkecai dalam tangan orang yang anggap mereka Musliman. Sungguh sakit hati kelakuan sedemikian terang-terang dibogelkan di mata orang-orang Melayu Felda ini. Apa sudah jadi dengan Melayu Umno ni?

Buat apa nak caci orang secara peribadi, Najib? Anda memang tak takut dengan Anwar, mungkin kerana ada isteri anda Rosmah Mansor di hadapan kamu. Alangkah lebih baik debat dengan Anwar mengenai ekonomi dan polisi negara?

Seperti yang anda kata, kamu ada informasi dalam tangan anda. Kamu pasti menang dalam debat. Tetapi kamu harus ingat, peneroka-peneroka Felda sudah ditipu kerajaan Umno bukan? Makamah pun sudah putuskan Felda harus membayar pampasan kepada peneroka-peneroka tersebut. Bukankah begitu?


Marvin: Anwar has challenged you to debate on the economic and other public policies, why can't you just accept the challenged and face him like a man? What is the point of threatening him with other revelations of his personal life while you have some skeletons in your own closet (we all know about Port Dickson and Mongolia)?


JBGuy: Najib, all the rhetoric or innuendos is not want we the rakyat want. We want an intelligent debate by our PM against the opposition leader to be able to judge who is better placed to lead Malaysia. Your stance clearly shows that you are skirting the issues by hiding behind an obviously trumped-up charge as proven in Sodomy I.

I am disappointed with your attitude as I have not witnessed much change since you took over. In fact, things are looking increasingly bad with prices going up and various scandals mushrooming, such as PKFZ, Sime Darby and KTMB.

You are not half the man your father was, even when he wasn't much of a leader.


Orang_Gila_Malaya: Now we know who our PM is. He only dares to counter Anwar's challenge in front of Felda settlers where people have limited access to the Internet. There are only a few settlers that have access to Internet, the rest just rely on Astro, mainstream media and papers. Why don't he say it at Dataran Merdeka, where people are well-versed with the current political situation in Malaysia?

Felda has helped the bumiputeras to achieve a better life but besides the monthly cash received from Felda and the land, what else do the settlers get in term of self-development? Go and see yourself what the youth of Felda are doing daily. It's not them who work the farm. The credit shall go to the Indonesians, Nepalis and Bangladeshis.


Anonymous: Najib, we have two murderers with no motive. One of the people accused, Abdul Razak Baginda, was your buddy. There was a controversial submarine purchase when you were defence minister. The immigration records of the victim erased. One of her friends testified she saw you photographed with the victim.

A private investigator P Balasubramaniam testified in a statutory declaration that you knew the victim. The SMS messages you sent to a Umno-linked lawyer showed your extraordinary concern in the case.

Then there was the Perak power grab, Teoh Beng Hock's death, Sodomy II, the Selangor state secretary crisis. I think you have more personal problems than anybody else in Malaysia.


Dipetik Dari Dari Mkini_en(tampalan diambil dari blog edyesdotcom)

Berdebatlah Najib, nak lihat Anwar demam

14 Safar 1432H.Oleh : Abdul Aziz Mustafa.

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".

Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.

"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.

Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).

"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.

Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?

"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya.

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

14 Safar 1432H.

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Bantu siasat Khir: S'gor dedah projek RM273 juta

14 Safar 1432H.

Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.
Projek rundingan terus

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.
Bantu siasatan

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

Isa Samad wajar tarik balik ucapan biadab


14 Safar 1432H [MOD]..



KUALA LUMPUR, 19 Jan: Tan Sri Isa Samad yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru kelihatan hilang waras apabila melemparkan kata-kata kesat kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai gila sewaktu berkempen di Tenang, Johor.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi (gambar) berkata, apa yang diungkap Isa persis ucapan dan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah yang gagal menyangkal hujah Nabi s.a.w. ketika mengajak mereka beriman kepada Allah, Tuhan yang Maha Mencipta.

“Inilah sifat jahiliah sepanjang zaman, setelah gagal berhujah lalu mereka akan melemparkan sumpah seranah dan caci maki sekaligus menunjukkan betapa rendahnya keperibadian serta tahap berfikir,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahan pula, katanya ucapan dan kata-kata kesat sedemikian dilemparkan oleh Isa dalam keadaan beliau berada di dalam satu majlis yang sangat jelek.

“Tanpa sedar diri yang sedang bergelumang dosa, lalu ia menuduh liar ke arah orang lain terutama insan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan ketinggian peribadi dan ilmunya,” katanya.

Justeru, tegasnya Isa Samad wajar menarik balik kata-kata yang celupar dan biadab andai berasa dirinya seorang pemimpin yang baik.

Jika tidak, katanya tentu sahaja rakyat bijak menilai terutamanya masyarakat Felda terhadap tahap keperibadian Isa yang dilihat tidak memaparkan nilai akhlak pemimpin yang bermoral dan terpuji, malah lebih kelihatan seperti gengster berdepan musuhnya.

“Dewan Pemuda PAS sangat kesal dengan pendekatan politik sedemikian, kelihatan seperti mereka sangat terdesak mendepani gelombang yang digerakkan oleh PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang diperkaya pula dengan ketinggian budi dan akhlak pemimpinnya,” katanya.(HarakahDaily)

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang


14 Safar 1432H [MOD]..

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau kerana risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.(HarakahDaily)

Kuasa Desakan Rakyat

14 Safar 1432H.
Oleh : Mr. President.

Kuasa desakan mengatsi segalanya. Inilah yang berlaku. Hakikat dan kebenarannya yang boleh kita pegang, kita rasa, kita peluk, kita cdakap cium serta boleh kita tengok denga mata kita.

Jalan yang sebelum ni rosak teruk kini sudah pun dibaiki dengan elok sekali oleh pihak bertangungjawab yang sudi mendengar desakan serta keluhan dan rintihan serta jugak jerit tangis pengguna saban saat dan masa.

Terima kasih sepenuhnya kepada Allah Taala, Tuhan sekalian alam dan juga Pemerintah Agong di alam maya ciptaan-Nya ini, tiada apa2 yang dapat mengatasi-Nya walaupun menggunakan teknologi NANO serta ilmu2 kebatinan di alam ini.

Allah itulah juga yang menurunkan perasaan belas kasihan serta timbang rasa dan jigak rasa tangungjawab kedalam hati nurani para pemerintah negara kita untuk membuka lembaran kerja-kerja pembaikian jalan Sungai Sam-Dabong. Syukur pada-Mu ya Allah.

Berpuluh-puluh kali aduan serta rungutan, dan jugak hebahan di dalam akhbar Sinar Harian berkaitan kerusakan jalan tersebut. Semuanya kini sudah hampir tamat lah penderitaan para pengguna.

Terima kaseh lah kepada pekerja-pekerja yang membuat kerja membaiki jalan tersebut. Walaupun jawapan yang diberikan melalui aduan-aduan kami ialah "TIADA PERUNTUKAN" & "MEMOHON PERUNTUKAN". Namun berkat usaha desakan yang berterusan, maka Allah Taala memperkenankan doa kami semua. Alhamdulillah.

Memang itu merupakan tangungjawab pihak-pihak yang bertangungjawab ke atas keselesaan dan keharmonian jalan itu. Memang itu tugasnya. tak perlu diroyak acap kali.

Kita manusia nk tak perlu disuruh makan, jika lapar, tentu akan cari makanan. Tak tau lah kalau ada di dalam dunia ni jika ia lapar maka ia akan gi main bola ke, gi buat kerusi ko, gi jogging ko...mana tahu kan...Rolik dio dh, kalau kita lapar, maka dalam kepala otok tu, nak makan, nak makan, nak makan.

Begitu jugak dengan keadah jalan rosak nih, jika ianya rosak, rolik dio dh kena baiki, Tak perlulah rakyat membuat bising serata alam. Ini tidak, kena geger dulu barulah nk bergerak baiki. Ko guano???

Walau apa pun, saya secara peribadi, siapa-siapa pun baiki, saya ucapkan tahniah lah. tak kira lah siapa pun baiki, PAS ke, UMNO ke, BN ke, DAp ke, MCA ke, Pasok Momogum ko, Makkal Sakti ke, PKR ke, Bebas ke, SNAP ke, lantaklah siapa pun, bukannya duit mereka, semuanya duit rakyat tuh.

Marilah siapa-siapa nk mengaku pun, kami tak hirau dan tak nak amik kisah langsung pun!!!. Menyalak lah kamu nak mengaku kamu yang baiki, kamu yang luluskan projek ni, menyalak lah sepuasnya. Ada kami kisah???!!! Sebab bagi kami, keharmonian jalan lebih penting daripada nak tahu siapa yg baiki. FULL STOP!!!

Selain itu jugak, kepada individu, pemimpin, pertubuhan yang suka sangat marahkan kami sebelum ni sebab duk bangkitkan isu jalan rosak ini. Kami harap anda semua sedarlah diri tu sikit yer, dan menangislah sepuas-puasnya sebab jalan ini sudah dibaiki. Anda semua marah ianya dibaiki ke macam mana???

Dekpun murih sangat kepada kami nih??? Bakpo sebenarnya?? Takut terjejas kerajaan ko? takut ranap sokongan ko?? acu cerito mari gak...Eh, mudah jah sifir dio, kami bising-bising isu ni pun, sebab UTAMA ialah nk DIBAIKI jah, bukannya nk KAWASAN BALAK pun.

Justeru, kami akan terus pantau jalan tersebut adakah akan rosak lagi selepas ini. Kepada semua pembaca, kami semua tidak mahu lagi mendengar alasan jalan ini rosak akibat LORI BALAK!!!!. Sebab JKR ke, JPP ke, Kesedar ke, Kerajaan Negeri Kelantan ke, dah tahu dah jalan ni adalah laluan lori-lori balak SETIAP HARI!!!.

Jadi, bila buat jalan tu, kenalah dapat tangung beban untuk lori balak tersebut. Kalu dh tahu muatan feri tu 400 orang, mengapa disumbat sehingga 700?? Bila karam, salahkan kapten feri xpandai pandu, ada ke patut macm tu???

Tahniah dan syabas kepada semua sahabat-sahabat kami yang sepanjang masa mengikuti perkembangan isu JALAN ROSAK SUNGAI SAM-DABONG, di Dun Dabong ini sejak dari awal hingga ke akhirnya.

AKU INSAN PALING BAHAGIA BILA MELAUI JALAN TERSEBUT. PUAS HATI!!!

Berdebatlah Najib, rakyat nak lihat Anwar demam


14 Safar 1432H [MOD].

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".

Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.

"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.

Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).

"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.

Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?

"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya.(HarakahDaily)

Amaran PAS: Jangan guna isu negara Islam ‘pecah perintah’ Pakatan

Oleh : MOD

14 Safar 1432H

KUALA LUMPUR, 19 Jan — PAS menegaskan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara Islam tetap menjadi impian parti itu buat selama-lamanya walaupun tidak termaktub dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat meluluskan Dasar Bersama ketika konvensyen pertama pada Disember 2009 dan keluar dengan Buku Jingga pada pertemuan tahunan mereka bulan lalu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti Islam itu akan sentiasa “mengidamkan" pemerintahan sebuah negara Islam.

“Meskipun atas keinginan kami untuk terus memperjuangkan sebuah pemerintahan negara Islam, izinkan ia jadi impian kami sampai kiamat.

“Tiada halangan, DAP juga tidak dihalang untuk berimpian, kita punyai cita-cita yang tersendiri atas perjuangan PAS.

“Ini adalah permuafakatan yang kita capai dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Jangan jadikan ia (negara Islam) cara pecah perintah kami (Pakatan Rakyat)," katanya ketika Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, PAS lebih selesa bekerjasama DAP dan PKR daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

“Kami PAS bekerjasama untuk menegakkan keadilan menentang kezaliman bersama rakan DAP dan PKR.

“Kami ingin bekerjasama dengan sesiapa termasuk DAP walaupun mereka bukan Islam.

“Tapi demi keadilan kami bekerjasama dengan DAP daripada mana-mana pihak yang enggan menegakkan keadilan,” katanya.

Isu negara Islam selama ini menjadi “duri dalam daging” dalam Pakatan Rakyat namun Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh ketika Konvensyen Pakatan Rakyat bersedia berbincang dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menyelesaikannya.

Ia juga menjadi modal serangan ke atas PAS yang membentuk Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat turut disertai Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS pusat itu dihadiri kira-kira 100 orang.

Tambah Dzulkefly, negara yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan muflis sekiranya gagal menguruskan urus tadbir negara dengan baik.

Beliau berkata kerajaan kini berdepan dengan peperangan untuk mengatasi “hutang dunia”.

“Negara bertanggungjawab untuk mengatasi hutang negara, yang berjaya adalah negara yang mampu uruskan hutangnya.

“Apabila kita perkenalkan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Perdana Menteri takut dan mula menakut-nakutkan kalau Pakatan Rakyat memerintah negara akan muflis.

“Mereka (BN) guna kaedah untuk menakutkan rakyat tapi bukan mudah kerana rakyat sudah celik maklumat," katanya sambil menambah, hutang terkumpul negara seluruh dunia berjumlah RM246 trilion dan ia bertambah setiap tahun.

“Seperti kita maklum hutang negara sudah melebihi 50 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun kira-kira RM250 bilion buat pertama kali dalam sejarah,” tambah Dzulkefly.

Pua berkata melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat negara boleh mengambil alih konsensi lebuh raya tanpa memufliskan negara.

“Mereka (BN) kata pengambilan ambil alih lebuh raya akan memufliskan negara tapi tidak sebaliknya kita boleh membantu rakyat.

“Janji 100 Hari Pakatan Rakyat mementingkan rakyat bukan membebankan,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Sementara itu, Rafizi berkata, 10 inisiatif dalam program itu diambil untuk ringankan beban rakyat yang dibebankan dengan kadar pendapatan yang rendah.

“Sebab kita buat itu adalah untuk membantu rakyat mengurangkan kos, yang jadi masalah BN menekan rakyat di bawah.

“Kita akan tingkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat melalui program 100 Hari Pakatan Rakyat ini,” katanya.

Pada 19 Disember lalu, Pakatan Rakyat menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari “kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan 10 program”, antaranya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Lain-lain inisiatif ialah:

— Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat

— Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan mmenaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang

— Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan

— Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar

— Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda

— Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus

— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman

— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

(Malaysian Insider)

Mufti Perak: Pembesar suara selain untuk azan tak perlu

Oleh : MOD
14 Safar 1432H January 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga berkata pengurusan masjid atau surau tidak perlu menggunakan pembesar suara selain untuk tujuan azan, tetapi menegaskan pihak berkuasa tidak perlu mewujudkan garis panduan yang baru.

Kata beliau, hanya untuk tujuan azan yang perlu menggunakan pembesar suara manakala bacaan-bacaan lain tidak perlu.

“Hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara, yang lain tidak perlu. Bacaan lain hanya gunakan (pembesar suara) dalam masjid sahaja.

“Tak usahlah nak ganggu orang lain, lagipun tak disuruhkan dalam Islam gunakan pembesar suara selain azan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah Harussani, peraturan supaya pembesar suara digunakan hanya untuk azan juga tidak perlu kerana ia garis panduan sudah sedia ada.

“Saya ingat ia (peraturan) sudah ada, cuma kita tidak laksanakan.

“Apa-apa pun bagi saya, hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara. Yang lain tidak perlu,” katanya.

Sebelum ini bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan selain azan, yang dibuat melalui pembesar suara supaya tidak mengganggu orang luar dan juga mereka dalam masjid.

Kontroversi isu azan timbul selepas seorang peguam bukan Islam mempertikaikan bunyi azan yang terlalu kuat sehingga mengganggunya.

Namun peguam tersebut, Ng Kian Nam yang juga ahli MCA memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata isu azan tersebut telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Beliau juga mencadangkan supaya semua rakyat di negara ini menghormati antara satu sama lain demi menjaga keharmonian negara.

“Azan berkumandang untuk memanggil orang Islam bersolat, jadi ia bukan masalah dan bukan isu.

“Ketika saya di Amerika dulu, ketika azan orang Islam di sana tidak menggunakan pembesar suara kerana tidak mahu mengganggu orang lain.

“Macam kita di Malaysia begitu juga, kita kena menghormati antara satu sama lain. Jangan sampai mengganggu mereka,” katanya.

Nik Mustapha juga kecewa apabila isu azan tersebut telah dipolitikkan kerana pemimpin-pemimpin melihat ia dari sudut politik.

“Kenapa nak jadikan isu? Kenapa nak dipolitikkan?

“Kalau lihat dari sudut politik maka ia jadi isu politik, dulu perkara seperti ini tidak pernah berlaku pun.

“Jadi kenapa nak bincangkan perkara ini? Apa yang penting kita menghormati antara satu sama lain, menghormati adat resam. Yang penting hidup dalam keadaan harmoni, saya tidak faham kenapa ia dipolitikkan,” katanya dengan nada kecewa.

Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya.

Ekoran itu, Perkasa dan Pekida telah mengadakan protes di pekarangan masjid berkenaan bagi mengecam tindakan Ng yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.(Malaysian Insider)

Kes OKT Kuala Kangsar bersambung esok.

14 Safar 1432H

Perbicaraan terhadap Orang Kena Tahan (OKT) dalam Demonstrasi di Kuala Kangsar pada 6Februsri 2009 disambung semula esok, 19 Jan di Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar . Demikian makluman yang disampaikan oleh salah seorang peguambela OKT yang juga Ahli Badan Perhubungan PAS Perak, Sdr. Aminuddin Zulkifli yang dihubungi lewat petang kelmarin.

Menurutnya juga kemungkinan pihak mahkamah akan membaca keputusan penghakiman kes tersebut.

Sebelum ini sepatutnya kes ini didengar pada 15 Disember yang lepas tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu kepada esok.