26 Januari 2014

Ustaz Harun insan istimewa buat diriku.

24 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Ustaz Harun Taib nama yang sering menjadi sebutan oleh ahli PAS. Pandangan pedas dan tegas. Saya mula mengenali ayahanda Ustaz Harun secara dekat sejak mula bertugas sebagai Pegawai di Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) pada tahun 1998. 

Rata-rata orang ramai bila disebut nama Ustaz Harun Taib seperti menikus kecuakan. Mungkin dari raut wajah dan pakaiannya kelihatan seperti seorang yang garang. Tapi itu adalah persepsi sahaja bagi siapa yang tidak mengenalinya. 

Ketika itu kebanyakan kami petugas petugas di pejabat DPPP menjadikan pejabatku rumahku. Maka sememangnya segalanya di Markaz PAS Taman Melewar. Pejabat DPPP terletak di tingkat atas manakala Pejabat Dewan Ulama Pas pula terletak tingkat bawah. Selalunya almarhum Ustaz Harun akan bermalam di pejabat DUPP setiap kali selepas mesyuarat DUPP atau Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Cukai Pintu : Pendapatan mudah bebankan rakyat

24 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Saya akui, cukai pintu adalah pendapatan tetap kepada Pihak Berkuasa Tempatan tetapi ianya tertakluk kepada perkhidmatan yang turut diberikan seperti pengutan sampah di rumah, pemotongan rumput kediaman dan juga pembersihan longkang perumahan. Ketiga-tiga eleman tersebut asas Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan pentempatan pendudukan Cukai Taksiran akan dikenakan kepada mereka.

Berdasarkan geografi pentempatan dan kedudukan bandar ataupun luar bandar memainkan peranan nilai Cukai Taksiran yang bakal dikenakan kepada penduduk setempat. Malah pecahan kepada Kampung Tradisi dan Kampung Tersusun juga membezakan Cukai Taksiran yang akan dikenakan termasuk Kawasan Taman-Taman oleh kerana nilai hartanah semasa turut menjadi panduan.