16 September 2009

20 maut rebut bekalan tepung percuma

KARACHI - Hampir 20 wanita dan kanak-kanak maut akibat sesak nafas ketika berebut untuk mendapatkan bekalan tepung percuma bagi penduduk miskin di Karachi, semalam.

:"Setakat ini kami menerima 20 mayat wanita dan kanak-kanak manakala jumlah mangsa yang cedera adalah lebih 30 orang," kata seorang pegawai hospital, Amin Khan.

Ketua Polis Karachi, Wasim Ahmed berkata, sekurang-kurangnya 18 wanita dan kanak-kanak maut dalam kejadian itu.

"Kematian itu disebabkan sesak nafas kerana berhimpit-himpit untuk mendapatkan bekalan tepung percuma," katanya.

Rakaman televisyen menunjukkan wanita yang memakai burka menangis manakala ambulans membawa mayat-mayat dan mangsa yang cedera ke hospital.

Seorang wanita, Fatima Hashim berkata, anak perempuannya cedera parah dalam kejadian itu yang berlaku di sebuah kawasan sempit.

Tiga Lelaki Larikan Wang Tunai RM180,000 Dari Bank

KAJANG, 15 Sept :-Tiga lelaki bersenjatakan dua revolver melarikan RM180,000 dalam satu kejadian samun di Bank Hong Leong di Jalan Besar, Seri Kembangan dekat sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Khaw Kok Chin berkata kejadian berlaku pada pukul 2.20 petang apabila dua daripada tiga suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh masuk ke dalam bank dan salah seorang daripadanya terus meluru ke kaunter juruwang.

"Seorang suspek menunggu di luar bank, manakala dua lagi yang bersenjatakan pistol meluru masuk ke dalam bank yang ketika itu terdapat empat pekerja dan enam pelanggan," katanya ketika ditemui pemberita di bank itu.

Beliau berkata seorang suspek mengarahkan pelanggan supaya diam sambil mengacu pistol, manakala seorang lagi suspek melompat masuk ke kaunter juruwang dan mengarahkan pekerja bank memasukkan wang ke dalam beg mereka.

Katanya kedua-dua suspek dipercayai menggunakan revolver .38mm namun tiada tembakan dilepaskan.

Kok berkata ketiga-tiga suspek dipercayai melarikan diri dengan menaiki motosikal.

"Ada dua pengawal keselamatan di dalam bank itu dan salah darinya memiliki 'pump gun', tetapi ketika kejadian dia (pengawal keselamatan) tiada di situ," katanya dan menambah polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bank itu untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

PAS Akan Bertemu SPR Pada 28 Sept Untuk Bincang Prosedur Undi Pos

KUALA LUMPUR, 14 Sept :- PAS akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 28 Sept depan bagi membincang mengenai prosedur undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi. Demikian seperti yang dipetik dari Bernama sebagai berkata.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini berkata sehubungan itu, PAS akan mendesak SPR mengkaji semula sistem undi pos.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan Oktober depan, Salahuddin memberitahu pemberita di sini, PAS sudah ada tiga nama untuk dicalonkan pada pilihan raya kecil tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama-nama calon itu dan hanya berkata calon bagi DUN itu akan ditentukan PAS Pusat pada masa yang terdekat ini.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah 3 Oktober sementara tarikh pengundian, jika ada pertandingan, 11 Oktober.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi dan 4,604 adalah pengundi pos.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah.

    Lima Tahanan ISA Dibebaskan

    PUTRAJAYA, 15 Sept :- Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang Selasa setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

    Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah, seperti satu berita yang disiarkan oleh Bernama hari ini.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.


    "Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang," katanya kepada pemberita.

    Hishammuddin berkata pembebasan kesemua tahanan itu adalah kerana mereka telah menunjukkan respon pemulihan positif sepanjang tempoh pemulihan dan tidak lagi dianggap menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

    5 Sebab Mengapa Kita Perlu Melabur Dengan Emas!

    http://hazimin.blogspot.com/

    Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

    Mengapa kita perlu menyimpan emas?

    1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
    ----------------------------------------------------
    Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

    Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
    kekayaan yang terunggul.

    2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
    -----------------------------------------------------------------------------
    Rujuk di sini - Statistik Bank Negara Malaysia

    Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

    Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

    Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

    3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
    ----------------------------------------------------------------------------------
    Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

    4. Aset yang terunggul
    ------------------------------
    Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

    5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
    ------------------------------------------
    Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

    Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

    Anda dah lihat akan kelebihan emas sebagai sumber pelaburan yang utama bukan?

    Mungkin anda belum faham sepenuhnya lagi mengenai ilmu pelaburan emas ini.

    Oleh sebab itulah Team Rahsia Emas menyediakan satu panduan atau ilmu mengenai pelaburan emas ini. Ingin tahu lebih lanjut mengenai ilmu pelaburan emas ini? Terus saja ke laman web di bawah untuk mendapatkannya:
    [Klik di sini]

    p/s: En Syukor iaitu nadi utama dalam Team Rahsia Emas adalah salah seorang tokoh pelaburan emas terkemuka dalam Malaysia. Beliau baru saja membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia” di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09), Universiti Kebangsaan Malaysia pada 27Ogos09 baru-baru ini.

    Butiran Hikmah di Penghujung Ramadhan

    Shah Bundy

    Ya Allah, Ya Ilahi Ya Rabb

    Engkau sambut orang yang menentang-Mu dengan santun. Engkau biarkan orang yang berbuat dosa. Engkau tunggu mereka dengan sabar sampai mereka kembali kepada-Mu. Engkau tahan mereka untuk tidak segera bertaubat supaya yang binasa tidak binasa karena-Mu, dan orang yang celaka tidak celaka karena nikmat-Mu. Tetapi hanya setelah Engkau lama membiarkan mereka dan setelah Kausampaikan rangkaian bukti atas mereka, sebagai kemurahan ampunan-Mu wahai Yang Maha Pemurah, sebagai anugrah kelembutan-Mu wahai Yang Maha Santun.

    Engkaulah yang membukakan kepada hamba-hamba-Mu pintu menuju maaf-Mu. Engkau namakan pintu itu taubat. Engkau berikan petunjuk dari wahyu-Mu kearah pintu itu supaya mereka tidak tersesat dari pintu itu. Engkau berfirman: “Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus, semoga Tuhanmu menghapus kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia, sedangkan cahaya mereka memancar di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka, seraya mereka berkata: Ya Tuhan kami, sempurnakan bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (At-Tahrim, 66: 8)

    Apalagi alasan orang yang alpa memasuki rumah itu setelah pintu dibukakan baginya dan petunjuk ditegakkan.

    Engkaulah yang menahan harga untuk hamba-hamba-Mu. Engkau inginkan mereka berlaba dalam berniaga dengan-Mu dan beruntung berkunjung kepada-Mu. Maka Engkau berfirman: “Barangsiapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya.” (Al-An’am, 6: 160)

    Engkau berfirman: “Perumpamaan infak yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada setiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Baqarah: 261)

    Engkau berfirman: “Barangsiapa meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Allah akan melipat-gandakan baginya berkali-kali lipat.” (Al-Baqarah: 245).

    Engkau yang menunjuki mereka dengan firman-Mu dan dorongan-Mu yang di dalamnya keberuntungan mereka, yang sekiranya Kaututupkan dari mereka, mata mereka tidak melihatnya, telinga mereka tidak mendengarnya, khayal mereka tidak menangkapnya. Maka Engkau berfirman: “Ingatlah Aku, Aku pasti mengingatmu. Bersyukurlah pada-Ku dan jangan ingkar.” (Al-Baqarah: 152).

    Engkau juga berfirman: “Jika kamu bersyukur pasti Aku tambah kamu. Jika kamu ingkar, sungguh azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim, 14: 7)

    Hari al-Quds Sedunia: Sambut di Masjid Jame' Kampung Baru

    Shah Bundy

    Hari al-Quds sedunia yang dilancarkan oleh al-Marhum Imam Khomeini pada bulan Ramadan 1399 AH (Ogos 1979) akan disambut lagi Jumaat ini sebagai tarikh simbolik perjuangan untuk menegakkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin di seluruh dunia tanpa mengambil kira fahaman, mazhab, dan lapisan masyarakat oleh seluruh umat Islam.

    Sehubungan dengan itu, alangkah baiknya jika:-

    Jaringan media Islam yang lebih berkesan dibangunkan demi untuk mengagihkan dan memperjuangkan isu-isu umat Islam khususnya Palestin. Para budayawan dan seniman misalnya dapat menggunakan subjek penderitaan Palestin untuk diangkat menjadi karya kreatif mahupun non kreatif bagi meningkatkan lagi kesedaran ummah terhadap isu Palestin. Karya-karya ini nanti wajar memberikan solusi kesatuan ummah yang mengatasi mazhab untuk berdepan dengan musuh Islam sebenar iaitu Zionis dan kuasa Barat. Di sebalik menyingkap masalah, formula menyelesaikan masalah itu mesti diketengahkan.

    Menggerakkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang diproksikan kepada Hezbullah dan Hamas dengan memberikan segenap bantuan kewangan, kemanusiaan dan moral kepada mereka. Usaha gigih untuk menyebarluaskan kekejaman zionis dan penderitaan rakyat Palestin harus terus digiatkan dalam apa jua medium.

    Paling penting, alangkah munasabahnya jika khutbah Jumaat ini nanti mengungkapkan isu Palestin, merungkaikan penyelesaiannya sambil mendoakan kesejahteraan dan kejayaan rakyat Palestin.

    * Nyatakan bantahan anda kepada keganasan dan pencabulan zionis di Palestina jumaat ini di Masjid Jame' Kampung Baru.

    Tiga nama tokoh PAS di Bagan Pinang

    Bekas yang dipertua PAS Teluk Kemang, Dr Rosli Yaakob tidak termasuk dalam senarai pendek calon PAS yang akan bertanding di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, 11 Oktober ini.

    Sebaliknya tiga nama yang dimajukan kepada kepimpinan PAS dalam mesyuarat jawatankuasa parti itu hujung minggu lalu merupakan pemimpin-pemimpin tempatan yang dapat dijangkakan dan disebut-sebut sebelumnya.

    Mereka adalah pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar, yang dipertua PAS kawasan Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir, satu sumber parti itu memberitahu Malaysiakini.

    Pemilihan calon yang sesuai akan dibuat dalam satu lagi mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi, kata sumber lagi.

    Pada Ahad lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata PAS telah mengenal pasti tiga calon anak tempatan untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil DUN tersebut.

    Katanya ketiga-tiga orang calon tersebut adalah pemimpin yang berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan 3 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 11 Oktober sebagai tarikh pembuangan undi.

    Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata jawatankuasa pusat PAS akan mengadakan mesyuarat khas bagi memuktamadkan calon parti itu.

    "Ia akan diadakan dalam masa terdekat," katanya, yang bertindak sebagai pengarah pilihan raya PAS bagi DUN tersebut sewaktu ditemui di hadapan Kedutaan Indonesia semalam.

    Kerusi negeri itu kosong berikutan kematian wakil rakyat BN Azman Mohamad Noor, 54 akibat jangkitan dalam darah.

    Dalam pilihan raya umum lalu, bekas naib ketua bahagian Umno Teluk Kemang, menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan Ramli, antara tiga nama yang disenaraikan PAS untuk dipilih semula, yang memperolehi 4,097 undi.

    Sumber : Malaysiakini/-

    Nostalgia corat-coret Aidilfitri pimpinan PAS

    KUALA LUMPUR, 15 Sept: Mengacah meriam buluh dan bergasak mengumpul duit raya walaupun 10 sen cuma antara rakaman kehidupan yang tidak dilupakan mereka yang kini sudah bergelar pemimpin. Hakikatnya mereka juga orang biasa, yang punyai memori Aidilfitri sama seperti yang lain.

    Seperti AJK PAS Pusat Haji Mohammad Sabu, yang ketika kanak-kanaknya terpaksa memakai baju sekolah sebagai baju raya kerana kemiskinan. Namun dalam serba kedaifan, mampu kumpul duit raya yang banyak lantas ke pekan berhampiran untuk menonton wayang.

    Walaupun tika itu comot dan tidak bersikat, jauh sekali anak gadis jatuh minat namun baginya Syawal cukup seronok dan mengujakan!

    Bagi Presiden Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Seluruh Malaysia (Anak) dan bekas AJK PAS Mazlan Aliman pula, tidak dapat dilupakan zaman kecilnya ketika demam dan sakit di bulan Ramadan.

    Apa tidaknya, malu terasa apabila neneknya mengikat tali kasut di lehernya, sebagai petua mengelak muntah dan bayangkan apabila rakan-rakan menziarah. Tebal mukanya.

    Lain pula kenakalan zaman budak-budak Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli terasa begitu berselera dan hampir berbuka puasa hanya semata-mata kerana melihat kerak kuih sepit.

    Begitu juga 'kerajinan' Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar bermain mercun dan 'melawan' meriam buluh paling kuat tanpa menghirau bahaya dan sering mengunjungi rumah terbuka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kedah ketika zaman remajanya.

    Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula tidak lupa kesusahan yang dilaluinya sehingga tidak mampu membeli baju raya untuk isteri tercinta dan istimewanya, kini isteri beliau masih menerima tempahan menjahit baju raya walaupun Salahuddin bergelar Ahli Parlimen.

    Bagi Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamarudin Jaffar menceritakan pengalamannya kerana tuntutan masa dan pengajian memaksanya berhari raya di asrama Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sejak tingkatan satu dari tahun 1964 sehinggalah 1970.

    "Kami beraya di rumah guru-guru dan warden, walaupun terpaksa berjalan kaki dari rumah ke rumah yang cukup jauh dan penat, kami tetap seronok dan semangat Raya itu ada.

    "Zaman itu cuti pendek. Tak dapat untuk balik kampung," katanya yang juga berhari raya selama menuntut di United Kingdom.

    10 sen cukup tinggi nilainya

    Beliau yang menganggotai Persatuan Pelajar Islam London pernah menganjurkan solat Hari Raya di Malaysian Hall dan dan melahirkan rasa pilu bila kedua-dua ayah bonda telah pergi kerahmatullah ketika menuntut di UK.

    Kini beliau beraya bersama keluarga dan seorang cucu yang menjadi teman hiburnya.

    Zaman kecilnya sama seperti yang lain, berjalan mengutip duit raya walaupun setiap rumah kadarnya sejumlah 10 sen cuma.

    "10 sen boleh membeli bukan setakat ais krim tetapi macam-macam lagi.

    "Dulu saya main meriam buluh pakai karbait tetapi taklah sampai putus tangan seperti sekarang ini. Dulu cerita putus-putus ni tak da...," katanya yang kini seorang Ahli Parlimen Tumpat.

    Beliau bersyukur kerana berpeluang berbuka puasa, bertarawikh dan solat subuh bersama penduduk di sekitar Parlimen Tumpat walaupun tidak dapat memenuhi semua jemputan kerana mempunyai 4 Dun dan kawasan yang cukup luas. Sungguhpun begitu ketua-ketua kampung dan pimpinan peringkat cawangan dapat beliau raikan.

    Kali ini beliau akan beraya di Kuala Lumpur memandangkan isterinya uzur dan akan memaklumkan kepada umum, Rumah Terbukanya di Tumpat.

    "Saya ucapkan Salam Aidilfitri dan mahu rakyat menyambut hari lebaran dengan mendekatkan diri kepada Allah di samping memperbaiki kehidupan dunia dan akhirat.

    "Saya menyeru umat Islam akan terus bersama perjuangan Islam dan bersama PAS sebagai harapan rakyat untuk alternatif yang baru...dan parti ini mampu mengisi harapan rakyat itu," jelasnya mengakhiri perbualan.

    Seiring dan senada ucapan itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali juga turut merakamkan Selamat Hari Raya kepada semua pendokong dan ahli PAS kerana telah menjalani proses pentarbiyahan dalam bulan ujian penuh berkah ini

    "Manfaatkan Ramadan dan Syawal yang menjelma dan jangan lupa tanggungjawab sebagai pejuang Islam di samping menjaga etika jemaah Islam.

    "Menjadikan diri contoh Islam yang baik dan jangan lupa perjuangan yang terdekat ini di Bagan Pinang,"katanya ringkas akibat keterbatasan masa dan kesibukan tugas.

    ImageBagi Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Wahid Endut yang berkongsi cerita dengan Harakahdaily berkata beliau menghadapi 'masalah' untuk pusing dan jelajah seluruh masjid di kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai 36 buah masjid termasuk DUN Wakaf Mempelam yang ada 15 buah masjid kesemuanya.

    'Mereka sayang wakil rakyat'

    Adakalanya sukar untuk memenuhi jemputan Iftar berbuka puasa dan solat tarawikh di masjid terbabit yang terlalu banyak dan mengambil sikap 'first come-first serve' iaitu mana yang menjemput lebih awal, itulah yang dipenuhi terlebih dahulu.

    "Ada juga yang merajuk ...kata tahun lepas YB dah ke sana, bila nak datang sini pula...saya faham mereka sayang kepada wakil rakyat tetapi terpaksa mohon maaf," katanya sambil bergurau tentang tubuh fizikalnya yang semakin sihat di bulan Ramadan ini.

    "Bulan Puasa ini terasa makin sihat kerana makan pun sedikit dan mana seluar yang ketat dah boleh pakai," katanya sesekali ketawa.

    Beliau akan berhari raya di Seberang Baruh di Dun Wakaf Mempelam dan terpaksa 'menangguhkan' konsep rumah terbuka kerana lazimnya di Terengganu pada Hari Raya kedua, jemputan kenduri kahwin dan kesyukuran terlalu banyak sekaligus sukar untuk beliau membuat rumah terbuka kepada umum kerana perlu memenuhi jemputan.

    "Selamat Hari Raya kepada para pengundi dan rakyat yang saya wakili di Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Wakaf Mempeleam.

    "Kita selepas ini bukan sahaja nak menghadapi Hari Raya tetapi pilihan raya. Oleh itu, bersedialah untuk bekerja keras selain bergembira di Hari Raya,"katanya yang akan ke Negeri Sembilan esok bersama Presiden PAS untuk persiapan menghadapi pilihan raya DUN Bagan Pinang.

    Lain pula cerita Mantan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin tentang pengalaman manisnya ketika Ramadan tahun lalu.

    Pengalaman paling manis ialah ketika menjadi Menteri Besar Perak di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat sewaktu menganjurkan Majlis Iftar dan solat tarawikh di Dataran Bandaraya Ipoh.

    "Cukup menyemarak Ramadan itu bilamana penduduk dan rakyat Perak berpeluang berbuka puasa di tengah-tengah bandar Ipoh sambil menjamu selera juadah berbuka yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

    "Seronok melihat orang bukan Islam, Mat-mat rempit, kutu rayau, remaja yang bersidai, lepak sampai bawa makwe datang berbuka sekali lepas itu mereka pun cabut...,"katanya ketawa.

    Beliau menjelaskan setiap hari di bulan puasa, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah lebih 500 bungkusan makanan percuma kepada orang ramai yang datang berbuka puasa dan di samping itu, beliau turut diundang menjadi imam solat tarawikh dan menyampaikan tazkirah.

    "Dalam bulan Ramadan, saya cuba penuhi jemputan di masjid-masjid di seluruh Perak. Hanya awal-awal dulu berbuka bersama keluarga selebihnya bersama rakyat di Perak

    "Alhamdulillah stamina, Allah izinkan kekuatan diberikan untuk menjelajah.

    "Saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat Perak, pendokong Islam dan PAS dan Salam Bubar DUN Perak !" katanya yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang.

    Makan serdak, saki baki kuih raya

    Biarpun sudah seminggu Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi demam dan berehat di rumah, namun beliau tetap gagah bercerita kepada Harakahdaily imbauan kenangan lama menyambut Aidilfitri di rantauan orang selama 10 tahun.

    Ketika itu beliau melanjutkan pelajaran di Syria dan Mesir, dan hanya pada tahun 1997, kembali ke tanahair meraikan bersama keluarga dirindu.

    Berbeza di negara timur tengah ini, katanya orang Arab berpesta hanya pada bulan Ramadan dan menjalani kehidupan seperti biasa dan 'sepi' kembali tatkala masuk hari raya kedua.

    "Kenangan paling indah, apabila keluarga hantar kuih-kuih raya kepada kami di sini dan bila sampai semuanya sudah hancur... dan serdak kuih dan biskut raya itulah nikmat yang kami rasai di hari raya.

    "Mana tidaknya, kuih raya ini berada dalam sebulan atau tiga minggu perjalanan sebelum sampai ke tangan kami.." katanya dengan nada yang serak akibat demam.

    Sementara itu beliau menyeru pendokong gerakan Islam dan PAS agar benar-benar terima dan menghayati "Madrasah Ramadan" atau "University of Ramadan" supaya menjadi mujahid yang bertaqwa.

    Pesannya bahawa kemenangan Islam itu pasti sebagai pernah dicapai oleh generasi terdahulu dan umat Islam mesti menang daripada ideologi yang dicipta oleh manusia.

    "Jiwa yang menang, belenggu daripada sebarang ideologi yang kufur.

    "Dengan kedatangan Syawal, lebih meningkatkan kualiti diri di samping memburu kemenangan Islam," jelasnya.

    Bagi Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah, kenangan paling indah apabila melihat anak-anaknya seramai 10 orang bergembira di Hari Raya di samping menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

    "Alhamdullilah, yang bongsu 6 tahun pun puasa penuh. Sungguhpun nak kejut sahur mereka merupakan satu perjuangan, tapi saya tetap gembira," katanya yang tidak meletakkan sebarang syarat 'ganjaran hadiah' kepada anak-anaknya itu.

    "Saya tanamkan kesedaran puasa kepada mereka dan mereka pun tak tanya ganjaran sebab akhirnya menjelang Syawal memang ada hadiah dan duit raya untuk mereka yang saya berikan," katanya yang akan berhari Raya di rumah mentua di Klang dan Pahang selepas itu.

    Beliau juga turut memperuntukkan sejumlah duit raya untuk 'tetamu-tetamu kecil' yang bertandang ke rumahnya kelak kerana menjadi satu kepuasan melihat si kecil dan kanak-kanak gembira pada hari tersebut apatah lagi apabila mendapat duit raya.

    Beli bunga api, gembirakan hati anak

    Mencuit hati adalah soalan-soalan lazim yang ditanya oleh anak-anaknya yang sama seperti kanak-kanak lain antaranya "Berapa hari lagi nak puasa?" dan "Nak raya di mana?", yang katanya tidak pernah berubah biarpun saban tahun menyambut Ramadan dan Syawal.

    "Saya beli juga baju-baju raya dan bunga api kat anak-anak saya yang kecil ni, sebab nak tengok mereka riang.

    "Ada masa kita kena 'give and take' juga supaya mereka akan sentiasa mendengar cakap kita," katanya.

    Sambil mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada muslimat seluruh negara khusnya pendokong PAS dan Pakatan Rakyat agar segala amalan baik di Bulan Ramadan diteruskan untuk memantapkan jiwa dan iman masing-masing.

    "Banyakkan berdoa di akhir Ramadan dan di Hari Raya kerana waktu itu sangat mustajab.

    "dan jangan lupa doakan kemenangan kita di Bagan Pinang akan datang di samping berkerja keras ke arahnya," katanya.

    Bagi yang muslimat ingin bertamu ke rumahnya pada Hari Raya atau hari berikutnya, Ustazah Nuridah dengan senang hati menyisipkan nombor telefonnya untuk dihubungi untuk memastikan sama ada beliau ada di rumah atau sebaliknya.

    "Tak pa, insya-allah beri nombor hp saya ni..013-9205012. Telefon dulu kalau nak datang ya. Dan Maaf Zahir Batin kepada semua," katanya dengan ramah dan mengakhiri perbualan.

    HarakahDaily.Net/-


    Perkembangan Ilmu Hadis

    Email Oleh : Zamri keciks

    Oleh. Prof. Dr. KH. Ali Mustafa Yaqub, MA

    (Guru Besar Ilmu Hadis IIQ Jakarta dan Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta)

    Hampir semua kajian keislaman sentral yang ada saat ini, embrionya telah ada pada masa Nabi Muhammad saw. Karenanya, dalam sudut pandang ini secara praktis ilmu Hadis sesungguhnya sudah dikenal semenjak Nabi masih hidup. Tentu saja cakupan kajiannya masih sangat terbatas, karena semua kesulitan yang dihadapi para sahabat dengan mudah dapat berpulang langsung kepada Nabi untuk dilakukan klarifikasinya.

    Sebagai sebuah disiplin ilmu, ilmu Hadis mempunyai obyek sentral dalam pengkajiannya. Ilmu yang populer dengan sebutan ilmu musthalah Hadis ini memfokuskan pusat kajiannya pada penelitian otentisitas suatu Hadis. Meski masih sangat terbatas dan belum terdapat acuan metodologinya, peristiwa pengecekan otentisitas Hadis sesungguhnya telah pernah terjadi pada masa Nabi.

    Suatu malam, misalnya, Umar bin al-Khattab memperoleh informasi bahwa Nabi saw telah menceraikan isteri-isterinya. Tentu saja Umar kaget mendengar berita itu. Kekagetan Umar bukan lantaran salah seorang dari isteri Nabi itu adalah puterinya sendiri, Hafshah. Kekagetan itu lebih disebabkan karena Umar merasa ada yang janggal dalam berita itu. Menurutnya, mungkinkah Nabi melakukan itu? Benar saja, berita itu ternyata hanya isapan jempol belaka. Karena keesokan harinya ia mendapatkan kepastian bahwa berita itu tidak benar adanya, dengan mengklarifikasikan hal itu langsung kepada Nabi.

    Kejadian ini memperlihatkan betapa otentisitas suatu berita dari Nabi dapat dengan mudah dikonfirmasikan langsung kepada Nabi, sehingga dapat diketahui apakah berita itu valid atau justru sebaliknya. Tentu saja akan berbeda ceritanya ketika Nabi telah wafat. Penelitian lebih khusus terhadap pembawa berita atau periwayat Hadis yang datang dari Nabi harus dilakukan. Rentang yang cukup jauh dengan sumber beritanya, yaitu Nabi itu sendiri, menyebabkan segala kemungkinan dapat saja terjadi.

    Sepeninggal Nabi, kita menemukan suasana menarik terkait dengan penyebaran Hadis. Pada masa itu, sebagian sahabat dan pembesar tabi’in harus melakukan perjalanan ke beberapa kota untuk hanya memperoleh satu Hadis saja. Metode pembukuan Hadis yang belum juga populer dan penyebaran Hadis masih tetap dilakukan melalui medium oral menyebabkan hal ini harus terjadi.

    Ada beberapa penyebab yang menyebabkan tidak populernya pembukuan Hadis-hadis itu ke dalam suatu kitab, antara lain, (1) umumnya Hadis-hadis yang berada dalam memori hafalan para ulama yang menyandang gelar âdil (berkarakteristik moral baik) dan tsiqah (terpercaya) dianggap masih otentik tanpa perubahan; (2) faktor-faktor pendukung untuk upaya pembukuan belum terasa diperlukan; dan (3) adanya larangan menuliskan (baca: pembukuan) apapun selain al-Qur’an.

    Meski demikian, kritik Hadis sebagai upaya untuk mencari suatu Hadis yang benar-benar otentik berasal dari Nabi, pada masa-masa itu sudah mulai banyak dilakukan dan lebih digalakkan. Kritik Hadis bahkan dirasa lebih diperlukan kala itu, karena Nabi tidak lagi berada di tengah-tengah mereka. Karenanya, apapun yang disandarkan pada Nabi harus diteliti, sejauh mana hal itu benar-benar otentik berasal dari Nabi.

    Lebih-lebih, seperti dituturkan Muhammad bin Sirin (w. 110 H), setelah terjadi al-fitnah al-kubra al-ula (perpecahan pertama dalam tubuh umat Islam menyusul wafatnya Usman bin Affan, 36 H). Ketika itu, setiap ada suatu Hadis disampaikan, pasti akan ditanyakan dari siapakah Hadis itu diperoleh? Apabila Hadis itu diperoleh dari penyebar bid’ah, maka Hadis itu akan tegas-tegas ditolak. Sebaliknya, jika Hadis itu diterima dari kalangan Ahlus-Sunnah, Hadis itu akan diterima untuk dijadikan hujjah (dasar hukum).

    Setelah kurun seratus tahun Hijriah pertama, periwayat-periwayat Hadis didominasi oleh perawi sahabat dan tabi’in senior (al-tabi’i al-kabir), yang tentu saja masih dapat diandalkan ketsiqahanya. Mereka juga dikenal ketat dalam menerima dan menyampaikan periwayatan. Sekiranya ada kesalahan, tentu hanya kesalahan yang sangat kecil sekali. Kesalahan-kesalahan kecil itu rupanya juga menarik sejawat mereka sebagai sesama periwat Hadis untuk memberikan catatan kritis terhadap Hadis dimaksud. Kalangan sahabat yang dikenal sebagai kritikus terhadap kevalidan suatu Hadis kala itu, antara lain, Ibnu Abbas, Ubadah bin Shamit, Anas bin Malik, dan Aisyah. Sedang dari kalangan tabi’in, sebut misalnya, al-Sya’bi, Ibn al-Musayyab, Ibnu Sirin, dan yang lainnya.

    Jika pada masa ini, kritik hanya berpusat pada satu dua orang yang memang bermasalah, karena saat itu masih sedikit sekali bisa ditemui perawi-perawi dhai’f (al-dhu’afa’). Berbeda dengan pada awal-awal seratus tahun kedua, masa tabi’in-tabi’in pertengahan (awasith al-tabi’in), di mana banyak ditemukan perawi yang meriwayatkan Hadis mursal, Hadis munqathi’, dan perawi yang sering melakukan kesalahan.

    Pada masa tabi’in-tabi’in yunior (shighar al-tabi’in), permasalahan justru semakin komplek. Munculnya faksi-faksi politik, aliran-aliran keagaman, fanatisme, persinggungan dengan budaya-budaya non Arab, dan banyaknya orang-orang yang berdusta demi kepentingan golongannya, menyebabkan semakin meruyaknya Hadis-hadis yang diidentifikasi sebagai bukan berasal dari Nabi. Hal ini mendorong para ulama yang ahli dalam jarh dan ta’dil untuk memperluas obyek kajian, melakukan ijtihad dalam meneliti para periwayat Hadis, dan kritik terhadap sanad-sanad yang berkembang di masyarakat. Tampil di garda depan dalam memimpin gerakan ini, antara lain, Syu’bah, Malik, Hisyam, Ma’mar, Dastawa’i, Ibn al-Mubarak, Ibnu Uyainah, Yahya bin Sa’id al-Qattan. Sedang pada seratus tahun ketiga, gerakan ini didominasi oleh angkatan Ahmad bin Hanbal beserta murid-muridnya, al-Bukhari, Muslim, Abu Zur’ah, Abu Hatim, al-Tirmidzi, dan al-Nasa’i.


    Perkembangan Ilmu Hadis Pada Masa Al-Syafi’i

    Ilmu Hadis mengalami perkembangan yang sangat luar biasa pada awal-awal abad ke-3 Hijriah. Sayangnya, perkembangan itu masih berkutat pada upaya untuk mengetahui Hadis yang bisa diterima (al-maqbul) dan Hadis yang tertolak (al-mardud). Karenanya, pembahasan seputar periwayat (al-rawi) dan Hadis yang diriwayatkan (al-marwi) selalu diacu berdasarkan sudut pandang itu. Perkembangan ini berupa pembukuan, yang sesungguhnya tidak lepas dari perkembangan yang terjadi pada pembukuan matan Hadis, yang merupakan proyek Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

    Pada masa ini ditemukan beberapa karya yang memberikan penilaian terhadap suatu Hadis, komentar seputar cacat dalam Hadis (illat), dan kritik terhadap beberapa periwayat Hadis. Dalam karya-karya itu juga diapresiasi mengenai beberapa komentar ulama mengenai isnad (sistem transmisi), inovasi-inovasi ulama terkait dengan permasalahan matan dan sanad, mengumpulkan kembali diskusi dan perdebatan yang berlangsung di kalangan ulama.

    Ketika terjadi perkembangan seputar karakteristik dan moralitas para periwayat Hadis yang berhubungan langsung dengan permasalahan jarh dan ta’dil, pembahasan menjadi semakin meluas yang berujung pada pemilihan antara Hadis yang “sehat” (shahih) dan yang “sakit” (saqim).

    Banyak sekali karya-karya yang ditulis mengenai beberapa obyek kajian dalam ilmu Hadis. Mengenai kondisi isnad dan periwayat-periwayat Hadis (rijal), misalnya, ditulis beberapa karya mengenai sejarah rawi, peringkat rawi (al-thabaqat) , tanggal wafat rawi (al-wafayat) , mengenal periwayatan tunggal, mengenal periwayatan rawi senior dari rawi yunior, dan kelompok rawi-rawi mudallis yang rajin berdusta. Sedang mengenai kondisi suatu Hadis, telah ditulis beberapa karya mengenai cacat dalam Hadis, ungkapan-ungkapan peringkatan Hadis yang diterima dan yang tertolak, dan interpretasi mengenai istilah-istilah teknis jarh dan ta’dil yang disampaikan para ahli Hadis. Bahkan jumlah obyek kajian yang merupakan cabang dari disiplin ilmu Hadis ini cukup fantastis. Menurut Ibn al-Mulaqqin, jumlahnya mencapai lebih dari dua ratus obyek kajian.

    Sayangnya, tidak ada satu kitab pun yang membahas secara menyeluruh dan komprehensif terhadap obyek-obyek kajian ilmu Hadis yang ada. Hampir seluruh karya yang ditulis masa itu, hanya menyoroti satu obyek kajian saja, atau kalau tidak kitab itu akan bercampur dengan pembahasan dalam disiplin ilmu yang lain. Di antara karya-karya yang ada saat itu, karya al-Syafi’i, al-Risalah, diklaim sebagai karya paling otentik dalam ilmu Hadis. Klaim ini disampaikan oleh Ahmad Syakir, editor kitab al-Risalah, yang menyatakan bahwa kitab al-Risalah merupakan kitab pertama yang ditulis dalam disiplin ilmu Hadis.

    Meski klaim ini banyak menuai kritik dari para ahli, karena nyatanya buku ini tidak tertulis sebagai suatu kitab yang memuat disiplin ilmu yang terpisah dan mandiri, namun sesungguhnya klaim itu cukup mendasar, bila dilihat dari keotentikan buku al-Syafi’i itu sebagai buku pertama yang mengulas ilmu Hadis sebagai sebuah disiplin ilmu. Dan kitab al-Syafi’i tersebut walaupun membahas sebagian kecil tentang ilmu Hadis dan pembahasannya bercampur dengan pembahasan ilmu ushul fikih, namun karya ini memang memberi warna baru dalam kancah ilmu Hadis konvensional yang saat itu masih disampaikan secara oral.

    Selain al-Risalah, karya al-Syafi’i lainnya yang juga memberikan perhatian terhadap ilmu Hadis adalah kitab al-Umm. Tak beda dengan al-Risalah, kitab al-Umm juga bercampur kajiannya dengan disiplin lainnya, seperti ilmu fikih dan ushul fikih. Ciri lain yang juga terdapat dalam kedua karya ini adalah bahwa ilmu Hadis baru dibahas sebatas kesesuaian dan keterkaitan antara ilmu Hadis dengan ilmu lain yang kebetulan dikaji secara bersamaan dalam kedua kitab itu. Dalam kitab al-Risalah, misalnya, kita hanya mendapati pembahasan kecil tentang pengertian Hadis secara umum dan secuil pembahasan tentang Hadis ahad. Lain itu, kita akan mendapati banyak pembahasan seputar permasalahan- permasalahan dalam ilmu ushul fikih.

    Dari pemotretan di atas, secara umum yang menjadi ciri khas kajian ilmu Hadis pada abad-abad awal, khususnya masa al-Syafi’i, (1) ilmu Hadis dijadikan sebagai alat untuk memilah antara Hadis yang shahih dengan yang saqim; (2) ilmu Hadis merupakan alat Bantu dalam memahami Hadis; dan (3) menkanter serangan yang dilancarkan kalangan munkir al-sunnah, meskipun pada masa-masa ini belum cukup populer.


    Pembukuan Ilmu Hadis

    Pada perkembangan selanjutnya, masing-masing disiplin ilmu telah terpisah dan mandiri dari disiplin-disiplin ilmu lainnya. Peristiwa ini terjadi pada abad ke-4 Hijriah. Ilmu Hadis telah menjadi suatu disiplin ilmu yang mapan. Perkembangan ini terjadi akibat semakin marak lahirnya disiplin-disiplin ilmu baru dan persinggungan budaya dengan bangsa lain yang kian mendorong upaya pembukuan masing-masing disiplin ilmu itu sendiri.

    Dalam disiplin ilmu Hadis, perkembangan ini ditandai dengan lahirnya karya al-Qadli Abu Muhammad bin al-Hasan bin Abd al-Rahman bin Khalan bin al-Ramahurmuzi (w. 360 H), Al-Muhaddis al-Fashil baina al-Rawi wa al-Wa’i, yang memuat beberapa cabang penting dari ilmu Hadis. Namun upayanya itu belum maksimal, karena masih banyak cabang penting lainnya dalam ilmu Hadis yang belum diapresiasi dalam karya itu. Meski demikian, al-Ramahurmuzi diakui sebagai orang pertama yang menyusun kitab ilmu Hadis dengan ketercakupan pembahasan yang cukup memadai. Dan karyanya itu memang sebuah terobosan baru dalam duni ilmu Hadis dan paling menonjol di antara karya-karya yang ada pada masanya.

    Datang setelah al-Ramahurmuzi adalah al-Hakim Abu Abd Allah al-Naisaburi (w. 405 H). Ia melanjutkan babat alas yang dirintis oleh al-Ramahurmuzi dengan menuliskan karyanya yang diberinya judul Ma’rifat Ulumul al-Hadis, yang berupaya melengkapi kajian yang terlupakan al-Ramahurmuzi. Namun, seperti dituturkan al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi, kitab al-Hakim itu tidak teratur dan belum sistematis. Ibnu Hajar juga menyampaikan penilaian yang serupa terhadap karya ini. Bahkan oleh Ibnu Hajar karya ini masih dianggap belum lengkap. Padahal kitab ini telah memuat 50 cabang dalam ilmu Hadis. Belakangan kitab ini dirangkum oleh Thahir al-Jaza’iri (w. 1338 H) dengan judul Taujih al-Nadzar.

    Kitab al-Hakim ini juga menarik perhatian Ahmad bin Abd Allah al-Ashfahani (w. 430 H), yang kemudian menulis kitab yang diberinya judul Al-Mustakhraj ala Ma’rifat Ulum al-Hadis. Kitab ini juga masih menyisakan banyak pembahasan bagi orang setelahnya untuk membuat karya yang lebih lengkap dan sempurna.

    Beberapa tahun setelah itu, Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Khatib al-Baghdadi (w. 463 H) menulis beberapa kitab yang mempunyai andil besar dalam laju perkembangan ilmu Hadis, sehingga, menurut Ibnu Nuqthat, mereka yang hidup setelah al-Khatib mutlak memerlukan karya-karya al-Khatib sebagai rujukan. Karena ketercakupan pembahasanya yang dilakukan secara luas dan mendalam. Dari karya-karya al-Khatib itu ada beberapa yang memang ditulis secara tersendiri dalam satu kitab khusus yang mencapai sekitar 50-an kitab. Sebagian yang lain ditulis dalam pembahasan yang utuh, sebut saja misalnya Al-Kifayah fi Ilm al-Riwayah dan Al-Jami’ baina Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami’.

    Kemudian al-Qadli Iyadh al-Yahshubi (w. 544 H) juga melakukan hal yang sama. Ia menulis kitab dengan nama Al-Imla’ fi Dhabth al-Riwayah wa Taqyid al-Sama’. Menyusul berikutnya Abu Hafsh Umar bin Abd al-Majid al-Miyanji (w. 580 H). Ia menulis satu juz yang membahas cukup baik pembahasan-pembahas an ilmu Hadis dalam kitab yang diberinya judul Ma La Yasa’ al-Muhaddis Jahluhu.


    Gaung Bernama Muqaddimah Ibn al-Shalah

    Pola kajian Hadis yang ada mulai al-Ramahurzi sampai al-Miyanzi tampaknya tak jauh berbeda dengan perkembangan yang terjadi pada masa-masa awal. Dalam bahasa yang sederhana dapat digambarkan bahwa grafiknya masih datar, tidak ada peningkatan juga tidak terjadi penurunan. Sorotan kajiannya masih berkutat pada bagaimana memahami suatu Hadis, memilah mana Hadis yang shahih dan mana yang saqim, dan mulai ada sedikit perbincangan mengenai munkir al-sunnah.

    Perkembangan kajian ilmu Hadis mencapai puncaknya ketika Abu Amr Usman bin Abd al-Rahman al-Syahrazuri. Nama yang terakhir disebut ini lebih populer dengan nama Ibnu Shalah (w. 643 H) yang menulis karya ilmiah sangat monumental dan fenomenal, berjudul Ulum al-Hadis, yang kemudian kondang dengan sebutan Muqaddimah Ibn al-Shalah. Kitab ini merupakan upaya yang sangat maksimal dalam melengkapi kelemahan di sana-sini karya-karya sebelumnya, seperti karya-karya al-Khatib dan ulama lainnya. Dalam kitabnya itu, ia menyebutkan secara lengkap 65 cabang ilmu Hadis dan menuangkan segala sesuatunya dengan detail. Mungkin ini pula yang menyebabkan kitab ini tidak cukup sistematis sesuai dengan judul babnya.

    Secara metodologis juga materi pembahasan, karya-karya yang muncul belakangan tidak bisa melepaskan diri untuk selalu mengacu pada kitab ini. Popularitas kitab ini disebabkan karena ketercakupan bahasannya yang mampu mengapresiasi semua pembahasan ilmu Hadis. Bahkan keunggulan kitab ini telah menarik para ulama, khususnya yang datang sesudahnya, untuk memberikan komentar kitab tersebut. Tidak kurang dari 33 kitab telah membahas kitab Ibnu al-Shalah itu, baik berupa ikhtishar (ringkasan), syarh (ulasan), nazhm (puisi, syair), dan mu’radhah (perbandingan) .

    Dalam bentuk ulasan (syarh), muncul beberapa kitab yang sangat detail memberikan ulasannya. Misalnya Al-Taqyid wa al-Idhah lima Athlaqa wa Aghlaqa min Kitab Ibn al-Shalah karya al-Iraqi (w. 608 H), Al-Ifshah an Nuqat Ibn al-Shalah karya al-Asqalani (w. 852 H), dan karya al-Badar al-Zarkasyi (w. 794 H) yang belum diketahui judulnya. Sedang dalam bentuk ringkasan (ikhtisar), antara lain memunculkan kitab Mahasin al-Ishthilah wa Tadlmin Kitab Ibn al-Shalah karya al-Bulqini. Kitab ini meski berupa ringkasan, namun banyak memberikan ulasan penting, catatan, dan beberapa penjelasan tambahan.

    Masih dalam bentuk ringkasan, muncul kitab Al-Irsyad yang kemudian diringkas lagi oleh penulisnya sendiri, Imam al-Nawawi (w. 676 H), dengan judul Al-Taqrib wa al-Taisir li Ma’rifat Sunan al-Basyir wa al-Nadzir. Anehnya, kitab yang merupakan ringkasan dari kitab-kitab sebelumnya, kemudian diberikan syarh oleh al-Suyuti (w. 911 H) dalam kitab yang diberinya judul Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi. Al-Suyuti juga menulis kitab Al-Tadznib fi al-Zaid ala al-Taqrib yang menambal di sana-sini kekurangan kitab al-Nawawi.

    Ringkasan terhadap karya Ibn al-Shalah terus saja dilakukan para ahli Hadis. Badr al-Din Muhammad bin Ibrahim bin Jama’ah al-Kannani (w. 733 H), misalnya, menulis kitab Al-Minhal al-Rawi fi al-Hadis al-Nabawi, yang kemudian diberikan syarh oleh Izz al-Din Muhammad bin Abi Bakar bin Jama’ah dengan judul Al-Manhaj al-Sawi fi Syarh al-Minhal al-Rawi. Abu al-Fida’ Imad al-Din Ismail bin Katsir (w. 774 H) juga tidak ketinggalan. Ia menulis ikhtisar terhadap karya Ibn al-Shalah itu ke dalam satu kitab yang diberinya judul Al-Ba’is al-Hasis. Upaya serupa juga dilakukan oleh Ala’ al-Din al-Mardini, Baha’ al-Din al-Andalusi, dan beberapa ualama lainnya.

    Selain dalam bentuk syarh dan ikhtisar, karya Ibn al-Shalah ini juga mendorong para ulama untuk menuliskan bait-bait syair yang berisi kaidah-kaidah pokok ilmu Hadis sesuai yang tercantum dalam kitab Muqaddimah Ibn al-Shalah. Upaya ini dikenal dengan nama nazham yang untuk pertama kalinya dilakukan oleh al-Zain al-Iraqi Abd al-Rahim bin al-Husain (806 H). Bahkan ia menulis hingga seribu-an (alfiyah) bait-bait itu dalam Nazhm al-Durar fi Ilm al-Atsar yang lebih mashur dengan julukan Alfiyah al-Iraqi.

    Entah mengapa al-Iraqi kemudian juga memberikan syarh terhadap bait-baitnya sendiri. Ada dua syarh yang ditulis oleh al-Iraqi. Syarh yang ringkas dan yang panjang lebar. Syarh yang ringkas diberinya judul Fath al-Mughis bi Syarh Alfiyah al-Hadis, sedang yang panjang belum diketahui judulnya. Di samping itu, bait-bait yang diciptakan al-Iraqi itu juga memacu para ulama untuk memberikan syarh terhadap syair gubahan al-Iraqi itu. Ada banyak ahli Hadis yang menulis sebuah karya khusus mengomentari bait-bait itu, seakan tak henti-hentinya menguras energi ide para ulama. Di antara sekian banyak karya itu, karya al-Sakhawi yang diberi judul sama dengan syarh yang ditulis al-Iraqi, Fath al-Mughis fi Syarh Alfiyah al-Hadis, merupakan karya yang paling cukup dikenal.

    Mungkin melihat popularitas Alfiyah al-Iraqi yang sedimikian hebat, al-Suyuti—ulama yang dikenal rival ilmiah al-Sakhawi—lalu menulis kitab alfiyah tentang ilmu Hadis yang berisi beberapa tambahan penjelasan penting terhadap materi dalam Alfiyah al-Iraqi. Al-Suyuti juga memberikan syarh sendiri terhadap bait-bait yang dibuatnya itu. Namun, syarh yang diberinya judul Al-Bahr al-Ladzi Zakhar fi Syarh Alfiyah al-Atsar, tak selesai ia rampungan secara keseluruhan. Belakangan hari, karya itu dilengkapi oleh ulama Indonesia asli, Syekh Mahfuz al-Tirmasi. Ulama kelahiran Tremas, dekat Ngawi, menulis sebuah syarh yang berjudul Manhaj Dzawi al-Nadhar fi Syarh Mandhumat Ilm al-Atsar, yang hingga kini masih dijadikan rujukan di beberapa perguruan tinggi di Timur Tengah.

    Pendeknya, karya-karya yang mengapresiasi Muqaddimah Ibn al-Shalah itu tak pernah berhenti mengalir dari pena-pena ulama-ulama ahli Hadis. Memang Muqaddimah Ibn al-Shalah mempunyai pesona yang luar biasa, sehingga tidak mungkin semua karya itu dapat dituliskan di sini satu persatu. Pendeknya, energi karya-karya yang ditulis dalam ilmu Hadis selalu merupakan apresiasi atas karya Ibn al-Shalah itu. Memang gaung Muqaddimah Ibn al-Shalah begitu luar biasa dahsatnya.


    Orientalis dan Ilmu Hadis

    Sejak masa yang sangat dini, seperti telah diungkap di muka, para ulama telah melakukan apa yang disebut “Kritik Hadis”, yaitu menyeleksi otentisitas berita yang bersumber dari Nabi Muhammad saw. Bahkan upaya itu telah dilakukan, ketika Nabi masih hidup. Hanya saja, kritik Hadis yang mereka lakukan pada masa Nabi maupun masa sahabat terbatas pada kritik matan Hadis. Masalahnya karena pada saat itu faktor dusta tidak dikenal dalam perilaku hidup keseharian mereka.

    Baru sesudah terbunuhnya Usman bin Affan pada tahun 36 H, menyusul munculnya faksi-faksi politik dalam tubuh umat Islam, para ulama di samping tetap melakukan kritik matan Hadis, juga mulai memberlakukan kritik rawi Hadis di mana seorang rawi sebagai pembawa atau periwayat Hadis perlu diketahui identitasnya, apakah dia termasuk orang yang taat beragama dan jujur yang kemudian dikenal dengan istilah âdil, apakah dia kuat ingatannya dan tidak pelupa, yang kemudian dikenal dengan isitlah dhâbit, dan lain-lain.

    Maka kriteria-kriteria otentisitas Hadis kemudian dirumuskan oleh para ulama generasi sesudah mereka, bahwa Hadis dinyatakan sebagai shahih (otentik) apabila ia memenuhi empat syarat. Yaitu, ia diriwayatkan dengan sanad (jalur transmisi) yang bersambung sampai pada Nabi. Sanad ini terdiri dari orang-orang yang bertakwa dan kuat ingatannya, sementara materi Hadis itu tidak berlawanan dengan al-Qur’an dan Hadis lain yang diriwayatkan dengan sanad yag lebih unggul kualitasnya, dan tidak mengandung unsur-unsur kecacatan.

    Persyaratan otentisitas Hadis seperti itu telah diterapkan oleh para ulama, khususnya ahli-ahli Hadis, dalam menyeleksi dan mengkritik Hadis, sejak abad pertama hijriah sampai kira-kira abad ke-13 hijriah tanpa ada seorang pun yang mempersoalkan. Dan baru pada tahun 1890 M, dunia penelitian Hadis dikejutkan dengan munculnya metoda ‘baru’ dalam kritik Hadis, yaitu setelah terbitnya buku Muhammadenishe Studien (Studi Islam) yang ditulis oleh Ignas Goldziher, seorang orientalis Yahudi kelahiran Hungaria yang hidup antara tahun 1850-1921 M, di mana ia menolak kriteria dan persyaratan otentisitas Hadis seperti tersebut di atas. Dan sejak saat itu sampai kini, buku Goldziher ini menjadi “kitab suci” di kalangan orientalis

    Menurut perkiraan Prof. Dr. M.M. Azami, Ignaz Goldziher adalah sarjana barat yang pertama kali melakukan kajian tentang Hadis. Kemudian, kurang lebih enam puluh tahun sesudah terbitnya buku Goldziher tersebut, Joseph Schact–yang juga orientalis Yahudi—menerbitkan hasil penelitiannya tentang Hadis, dalam sebuah buku berjudul The Origins of Muhammadan Jurisprudence. Konon lebih dari sepuluh tahun ia melakukan penelitian Hadis. Dan sejak saat itu 1950 H, buku J. Schact juga menjadi “kitab suci” kedua di kalangan orientalis.

    Di banding I. Golziher, J. Schact memiliki “keunggulan”, karena Schact sampai pada kesimpulan yang meyakinkan bahwa tidak ada satu pun Hadis yang otentik berasal dari Nabi saw, khusunya Hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum Islam. Sementara Goldziher hanya pada kesimpulan yang meragukan adanya otentisitas Hadis. Karenanya, di kalangan orientalis, buku Schact ini memperoleh reputasi yang luar biasa. Tak kurang dari Prof. Gibb mengatakan bahwa buku Schact ini kelak akan menjadi rujukan pokok bagi semua kajian tentang Peradaban dan Hukum Islam, paling tidak di dunia Barat. Bahkan Prof. Anderson dari Universitas London melarang mahasiswanya mengkritik buku Schact itu.

    Meski demikian tidak semua kajian yang dilakukan oleh kalangan orientalis bisa dikatakan otentik, memenuhi standar ilmiah dan nilai akademis. Setelah terbitnya dua buku itu, kalangan orientalis juga mengalami kevakuman selama tiga perempat abad. Mereka dalam kurun waktu itu tidak pernah menerbitkan buku, kecuali hanya menerbitkan beberapa makalah. Kajian tentang Hadis, misalnya, hanya bisa dilihat dalam sebuah buku yang ditulis A. Guillaume berjudul The Traditions of Islam (Hadis-hadis Islam). Itupun oleh Azami dianggap sebagai sebuah karya yang menjiplak teori Goldziher. Karena ia sama sekali tidak menyuguhkan sesuatu yang baru dalam penelitian Hadis. Karenanya, menurut Azami, buku Guillame ini tidak memiliki nilai ilmiah. Hal serupa juga dapat didapati pada karya Prof. Robson, yang telah menerjemahkan kitab Misykah al-Mashabih dan al-Madkhal karya al-Hakim, di mana ia semula diharapkan dapat merivisi pendapat Goldziher dan Schact. Namun ternyata ia juga terkecoh oleh teori-teori Schact.

    Bagaimanapun juga, ternyata pemikiran-pemikiran kalangan orientalis, terutama Ignaz Goldziher, berpengaruh sangat luas. Bukan hanya di kalangan orientalis saja, melainkan juga di kalangan pemikir Muslim. Sebut saja misalnya, Ahmad Amin, seorang pemikir kenamaan dari Mesir. Ia, dalam bukunya Fajr al-Islam, banyak terkecoh oleh teori-teori Goldziher dalam mengkritik Hadis. Begitu pula seorang yang bernama Mahmud Abu Rayah, juga berasal dari Mesir, dalam bukunya Adhwa ‘ala al-Sunnah al-Muhammadiyah. Ia juga banyak mengikuti metoda-metoda Goldziher. Bahkan Abu Rayah lebih sadis dalam membantai ahli-ahli Hadis dibanding Ahmad Amin.

    Dan yang tidak kalah menariknya adalah seorang ulama kontemporer, Syeikh Muhammad al-Ghazali. Baik dalam bukunya al-Sunnah al-Nabawiyyah baina Ahl al-Fiqh wa Ahl al-Hadits, maupun dalam diskusi-diskusi yang diadakan di Cairo dan lain-lain, beliau banyak melakukan kritik Hadis dengan prinsip-prinsip yang juga dipakai oleh kalangan orientalis, meskipun tidak dapat dikatakan beliau terkecoh seratus persen dengan teori-teori orientalis.

    Padahal, sekiranya bila dikaji lebih mendalam mengenai apa yang telah dilakukan oleh kalangan orientalis, akan didapat bahwa sebagian mereka ternyata mengabaikan prinsip-prinsip ilmiah dan kenyataan sejarah. Goldziher sendiri misalnya, menuduh al-Zuhri memalsu Hadis untuk kepentingan Abd al-Malik bin Marwan yang beroposisi dengan Ibn al-Zubair. Kenyataannya, al-Zuhri tidak pernah bertemu dengan Abd al-Malik kecuali sesudah tujuh tahun setelah wafatnya Ibn al-Zubair.

    Goldziher juga merubah kutipan teks pernyataan al-Zuhri yang terdapat dalam kitab Ibn al-Sa’ad dan Ibn al-Asakir. Kata “ahadits” dalam pernyataan al-Zuhri yang mengatakan, “Inna haulai al-umara akrahuna ‘ala kitabah ahadits” yang sesungguhnya berbentuk definitif (ma’rifah), yaitu “al-ahadits”. Ini tampaknya bukan ketidaksengajaan Goldziher. Karena ia dengan pasti mengerti bahwa jika tidak memakai “al”, maka konsekuensi maknanya akan berbeda dengan jika memakai “al”. Pengertian ucapan al-Zuhri yang asli adalah, para pejabat itu telah memaksanya untuk menuliskan Hadis-hadis Nabawi yang pada saat itu sudah ada tetapi belum terhimpun dalam suatu buku. Sementara pengertian ucapannya dalam kutipan Goldziher adalah, para pejabat itu telah memaksanya untuk menulis Hadis yang belum pernah ada saat itu.

    Plintiran-plintiran seperti ini mengakibatkan Goldziher dapat dengan mudah melakukan apa saja yang ia mau untuk mendukung teori dan tujuan yang hendak dicapainya. Sehingga dalam teorinya dapat ditemukan ucapan Goldziher yang mengatakan, “Bagian terbesar dari Hadis tidak lain adalah hasil perkembangan Islam pada abad pertama dan kedua, baik dalam bidang keagamaan, politik, maupun social. Tidaklah benar pendapat yang mengatakan bahwa Hadis merupakan dokumen Islam yang sudah ada sejak masa dini, melainkan adalah pengaruh perkembangan Islam pada masa kematangan”. Ini pula yang mengakibatkan Schact mengatakan, “Bagian terbesar dari sanad pada mulanya muncul dalam bentuk yang sangat sederhana, kemudian mencapai tingkat kesempurnaannya pada paruh kedua dari abad ketiga hijrah”.


    Era Baru Kajian Hadis di Timur Tengah

    Sampai akhir abad ke-19, bisa dikatakan hampir semua karya yang ditulis dalam ilmu Hadis dipengaruhi oleh tiga ulama ini. Al-Syafi’i, al-Khatib, dan Ibn al-Shalah. Begitu juga corak kajian yang mewarnai masing-masing karya itu sangat kental sekali nuansa ketiga tokoh itu. Karena memang ketiga tokoh itu yang paling besar jasanya dalam meletakkan pondasi-pondasi cabang-cabag pembahasan ilmu Hadis. Tidak heran jika dikatakan bahwa semua ahli Hadis, khususnya yang datang setelah tiga ulama itu, berhutang cukup besar kepada ketiganya.

    Namun demikian, pola kajian ilmu Hadis dengan bahasa yang sedikit ekstrem bisa dikatakan “monoton” dengan grafik datar apa adanya, meskipun ada beberapa kemajuan penting setelah munculnya Ibn al-Shalah. Perkembangan yang sama sekali baru terjadi dimulai pada awal-awal abad ke-20, setelah maraknya kajian kalangan orientalis yang menyerang secara sporadis tata bangun ilmu Hadis yang telah dibangun oleh pendahulu ulama-ulama ahli Hadis. Mereka yang mengkaji Hadis bukan untuk mencari kebenaran-kebenaran ajaran yang terkandung di dalamnya, melainkan dalam rangka mencari bukti-bukti bahwa apa yang disebut Hadis oleh kaum muslimin tidak ada kaitannya dengan Nabi Muhammad saw. Dan ketika bukti-bukti itu tidak ditemukan, karena memang tidak ada, mereka kemudian membuat argumen-arguemn palsu untuk mendukung tujuannya.

    Namun kiranya Allah tidak membiarkan hal itu terjadi. Disiapkan-Nya para ulama untuk merontokkan argumen-argumen kalangan orientalis, utamanya dua dedengkot itu. Tersebutlah sekurang-kurangnya ada tiga ulama kontemporer yang sudah menangkal teori-teori Goldziher dan Schact. Mereka adalah Prof. Mustafa a-Siba’i dalam bukunya al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri’ al-Islami (1949), Prof. Dr. Ajjaj al-Khatib dalam bukunya al-Sunnah qabla al-Tadwin (1964). Keduanya secara terpisah menyanggah argumen-argumen Goldziher. Puncaknya, adalah tokoh yang selalu kami juluki sebagai “Pendekar dari India”, Prof. Dr. Muhammad Mustafa Azami, dalam bukunya Studies in Early Hadith Literature (1967) yang secara komprehensif membantah teori-teori orientalis tentang Hadis Nabawi, terutama Goldziher dan Schact.

    Apabila al-Siba’i dengan karyanya dan Ajjaj al-Khatib juga dengan karyanya telah menangkis pikiran-pikiran orientalis Ignas Goldziher yang meragukan otentisitas Hadis, maka Azami dalam buku yang awalnya merupakan disertasinya di Universitas Cambridge, telah membabat habis semua pikiran-pikiran orientalis yang berkaitan dengan kajian otentisitas Hadis. Secara terpadu Azami telah mematahkan argumen-argumen mereka dan meruntuhkan teori-teorinya. Karenanya, tidaklah berlebihan apabila dikatakan bahwa Azami adalah pakar Muslim yang pertama kali melakukan penghancuran besar-besaran terhadap teori-teori orientalis. Azami adalah sosok cendikiawan Muslim ideal, karena meskipun belajar di bawah asuhan Barat, namun beliau tidak menjadi terompet yang meneriakkan pikiran-pikiran orientalis di kalangan masyarakat Islam. Justru sebaliknya, beliau ibarat bumerang yang menghantam posisi mereka.

    Wajar apabila dunia Islam mengakui keunggulan Azami dengan karyanya. Maka dianugerahkanlah Hadiah Internasional King Faisal dalam Studi Islam kepadanya pada tahun 1400 H/1980 M. Sementara kalangan orientalis sendiri juga terpaksa bertekuk lutut dan harus mengakui kehebatan Azami. Tak kurang seorang Prof. A.J. Arberry, tokoh orientalis terkemuka dari Universitas Cambridge, Inggris, mengungkapkan secara terbuka kekaguman dan pengakuannya atas keilmiahan, keotentikan, dan ketinggian standar ilmiah karya Azami itu.


    Corak Utama Kajian Hadis Kontemporer

    Tak urung, langkah yang telah dirintis oleh ketiga ahli ini membuat warna atmosfir dunia kajian Hadis—terutama di Timur Tengah—menjadi lebih segar. Kalau sebelumnya kajian Hadis masih sangat konvensional, setelah tiga orang ini dalam buku-buku, kitab-kitab, kajian-kajian, dan diskusi-diskusi ilmu Hadis selalu membahas tentang materi tambahan berupa sanggahan dan bantahan terhadap serangan-serangan seporadis kalangan orientalis. Kalaupun ada beberapa karya tidak melakukan itu panjang lebar, namun minimal mereka memberikan warning atas keculasan dan kecurangan kedok kajian ilmiah yang dilakukan kalangan orientalis, agar diketahui khususnya oleh kalangan terpelajar Islam, sehingga mereka tidak terkecoh lagi teori-teori itu.

    Corak lainnya menyangkut reorientasi istilah-isitilah teknis yang dipakai dalam penyebaran Hadis (tahammul al-Hadits). “Akhbarana” (kami diberitahu oleh), “haddatsana” (kami diceritai oleh), dan sejenisnya, yang oleh sementara orang dipahami hanya membuktikan adanya penyebaran Hadis secara lisan(oral transmission) . Padahal sebenarnya tidak demikian. Azami, misalnya, membuktikan bahwa istilah-istilah itu juga membuktikan adanya penyebaran Hadis secara tertulis.

    Perkembangan lainnya yang tidak dapat dikesampingkan adalah mengenai munculnya metode pentakhrijan Hadis. Corak ini menjadi corak yang paling unik dari seluruh ciri kajian Hadis kontemporer. Kalau sebelumnya takhrij hanya dilakukan oleh kalangan terbatas yang mempunyai kemampuan dan kapasitas tertentu dalam ilmu Hadis, dalam kajian Hadis kontmporer takhrij dicoba untuk dibumikan. Sehingga siapapun akan bisa mengetahui suatu Hadis dapat diterima atau tidak. Metodenya pun tidak rumit dan sangat memudahkan, asal dilengkapi buku-buku dan kitab-kitab penunjang yang memadai, penilaian terhadap suatu Hadis akan dapat dengan mudah bisa dilakuakan.

    Dalam corak ini, tokoh yang paling berjasa mengembangkan metode ini adalah Prof. Mahmud al-Tahhan, Guru Besar Hadis di Universitas Islam Kuwait, dalam bukunya Ushul al-Takhrij wa Dirasat al-Asanid. Buku al-Tahhan ini sangat membantu memudahkan pentakhrijan suatu Hadis, karena buku ini sedikitnya menghidangkan lima alternatif untuk memudahkan keberhasilan pentakhrijan suatu Hadis. Metode ini sekarang sudah lazim dipergunakan, bahkan memacu munculnya beberapa karya sejenis yang tampaknya masih mengadopsi teori dan metode takhrij al-Tahhan itu.

    Betapapun, perkembangan yang terjadi dalam dinamika ilmu Hadis yang terjadi di awal sampai paruh pertama abad ke-20 layak disyukuri. Karena apapun alasannya, pencapaian itu sangat mengagumkan dan menggembirakan. Keberhasilan ini bukan saja keberhasilan ilmiah semata. Keberhasilan ini lebih mencerminkan kemenangan psywar dari sebuah jihad aqli melawan penjajahan berkedok kajian ilmiah. Dan ulama-ulama itu berhasil memenangkannya, sehingga umat Islam layak mensyukurinya, sekaligus telah membuat kajian Hadis menjadi semakin menarik untuk dikaji.



    Pemuda PAS Perak hadir ke Majlis Berbuka Puasa di Istana Iskandariah

    Oleh : safarizal saleh



    Assalammualaikum & Salam sejahtera,

    Berikut beberapa maklumat berkaitan program tersebut:-

    1. Majlis Berbuka Puasa bersama Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak pada 13 September 2009 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

    2. Majlis Berbuka Puasa ini bersama Badan-Badan Kebajikan, Belia, Sukan dan Media

    3. Program bermula jam 6.30 petang disusuli dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, satapan DiRaja, solat Isyak, solat Terawih dan Vitir, minum malam dan majlis ramah mesra

    4. Dewan Pemuda PAS Perak yang hadir daripada Jawatankuasa Harian terdiri dari:-

    a. Ustaz Zawawi Hassan - Ketua
    b. Ustaz Mohd Nur Amin - Timbalan Ketua
    c. Salman Saleh - Naib Ketua
    d. Dr. Raja Ahmad Al-Hiss - Setiausaha
    e. Ahmad Aidi Adam - Penolong Setiausaha
    f. Safarizal Saleh - Penolong Setiausaha
    g. Zairul Azrun Zainal Abidin - Bendahari
    h. Ustaz Mohd Akmal Kamarudin - Ketua Penerangan
    i. Mohd Nazri Din - Pengarah Pilihanraya

    Terima kasih


    PROGRAM MB PAKATAN KE PARIT BUNTAR

    (klik imej untuk lihat yg lebih jelas)


    (klik imej untuk lihat yg lebih jelas)

    Catatan : Sumbangan anda masih diperlukan bagi menjayakan program dia atas. Sumbangan para penderma yang budiman dialu-alukan dan mohon disalurkan ke Tabung Amal DUN Titi Serong .

    RAKYAT PERAK DIJEMPUT KE PROGRAM BERSAMA ULAMA' PALESTIN

    Oleh : mohd hafez sabri

    IPOH 15/9/2009,Berbekalkan semangat ukhwah sesame muslim, ngo Islam (Muslim Care),akan menganjurkan satu ceramah umum bersama Mantan Imam Masjid Al-Aqsa, Syaikh Dr Muhammad Mahmoud Siyyam, akan mengadakan satu ceramah umum, bagi membincangkan isu-isu utama umat Islam di Palestin

    Menurut,Saketariat Muslim Care, Lawatan Palestin ke Perak, badan ngo tersebut memaklumkan program ceramah umum tersebut akan diadakan pada malam ini 15/9/2009, selepas solat sunat tarawih jam 9.45mlm di Dewan Bandaran Ipoh (bersebelahan Masjid Negeri).

    Wakil Ulama’ Palestin yang juga merupakan mantan Imam Masjid Al Aqsa,Mantan rektor Universiti Islam Ghazzah,AJK Muassasah Al-Quds (Al-Quds Foundation, International)ituyang juga pernah dihalau dari Ghazzah lepas intifadhah,dibawa khas ke Perak untuk mendekatkan rakyat Perak dengan tokoh-tokoh Ulama’ Palestin, dengan ini rakyat Perak dapat mendengar secara terus kisah benar umat Islam Palestin yang akan disampaikan secara langsung oleh mantan Masjid Al Aqsa tersebut.

    Dengan ini seluruh rakyat Perak dijemput hadir ke program ceramah umum tersebut mudah-mudahan dengan kehadiran hadirin akan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

    PROJEK JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA KEDUA DIKUATIRI TIDAK DAPAT DISIAPKAN

    Assalamualaikum wbt

    Y.B.,

    Saya ingin menyuarakan kebimbangan saya tentang projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua, Kota Bharu, Kelantan yang dikuatiri akan terbengkalai sekali lagi. Hal ini kerana berdasarkan tinjauan saya pada 06hb. September 2009 lalu, tidak menampakkan apa-apa perubahan yang positif bagi projek ini dan seakan terbengkalai.

    Projek jambatan yang bernilai RM150 juta ini sepatutnya dapat disiapkan pada penghujung 2009 tetapi tempoh pembinaannya dilanjutkan setahun lagi dan tarikh akhir ialah 12hb. Disember 2010. Walaupun tempoh pelaksaan projek dilanjutkan, sayangnya kontraktor yang terbabit tidak mengambil peluang yang diberikan sebaik mungkin dan perkara ini amat mengecewakan sekali terutamanya rakyat yang terpaksa menempuh kesesakan di jambatan sedia ada yang tidak mampu lagi menampung peningkatan kapasiti kenderaan bermotor.

    Projek jambatan kedua ini melibatkan pembinaan dua buah jambatan di sebelah kiri dan kanan jambatan sedia ada dan juga sebuah jejambat (flyover) sepanjang kira-kira satu kilometer. Pembinaan dua buah jambatan tersebut masih lagi di peringkat kerja-kerja asas, iaitu menanam cerucuk dan juga membina tiang-tiang jambatan. Itupun belum siap sepenuhnya dan kontraktor masih lagi terkial-kial untuk membina tiang-tiang utama sedangkan projek ini telah lama dilancarkan, iaitu pada 02hb. Ogos 2007 lagi. Dalam masa yang sama, pembinaan jejambat dari kepala jambatan sehingga ke Simpang 3 Langgar sepanjang kira-kira satu kilometer belum lagi bermula. Persoalannya mampukah semua projek ini dapat disiapkan dalam tempoh 14 bulan dari sekarang?

    Oleh itu, saya memohon jasa baik Kementerian Kerja Raya agar dapat memantau rapi pelaksanaan projek ini kerana ia melibatkan imej Kerajaan Pusat dan telah beberapa kali ditegur oleh Sultan Kelantan tetapi tidak ada usaha bersungguh-sungguh yang menjayakannya.

    Sekian terima kasih.

    Yang benar,

    Y.M. RAJA MAHADI RAJA MUHAMED
    Kuala Lumpur, Malaysia

    Sheikh Yusuf al-Qardawi: Ulama Awam Lebih Bahaya Daripada Ulama Kerajaan...

    Oleh: Hasrul Mohd
    http://al-qedahi.blogspot.com/


    فقهاء العوام أخطر من الفقهاء الذين يرضون السلطان؛ لأن من يحاولون إرضاء السلطان مكشوفون ومعروفون، وبالتالي فإن تأثيرهم محدود، خلافا لمن يتطلعون لإرضاء الناس؛ حيث يصعب كشفهم فينتشر الفساد بفعل فتاواهم وآرائهم المدمرة..".

    Ulama Awam (ulama yang disukai orang awam) lebih bahaya daripada Ulama Kerajaan (ulama yang ikut hawa nafsu kerajaan) kerana apa yang dilakukan oleh Ulama Kerajaan tersebut akan diketahui dan akan terdedah juga. Jadi pengaruh mereka akan tersekat. Ini berbeza dgn Ulama Awam yg menginginkan reda manusia melalui pendapat-pendapat mereka yg sukar dikesan dan kesalahan fatwa yg dilakukan mereka akan tersebar.

    30/7/2009.

    Ini dinyatakan oleh Sheikh Yusuf al-Qardawi dalam siaran mingguan yang popular iaitu channel "saya" yang ditayangkan pada 30 Julai 2009.

    وشدد القرضاوي على خطورة هذا النوع من الفقهاء والمفتين الذين يتهيبون الجماهير فيفتون تبعا لأهوائهم، محذرا في الوقت نفسه من علاقة الفقيه والمفتي بالحاكم، رافضا أن يقوم المفتي بـ"إنتاج الفتاوى مجاملة للسلطان، ومحاولة لإرضاء هوى الدولة"!.

    Beliau menegaskan bahawa bahaya itu merujuk kepada pendapat Ulama Awam yg beri pendapat mengikut nafsu mereka. Pada masa yg sama, beliau juga mengingatkan tentang bahaya Ulama Kerajaan yg berfatwa mengikut hawa nafsu kerajaan pemerintah.

    الحلقة التي دار موضوعها حول الاجتهاد وضرورته لتجديد الفقه الإسلامي أوضح فيها القرضاوي أن "الاجتهاد هو الطريق إلى تجديد الشريعة الإسلامية وتهيئتها حتى تحل مشاكل الناس في كل مكان وفي أي زمان".

    Siaran tersebut sebenarnya berkisar tentang ijtihad dan kepentingannya untuk tajdid fiqh Islam. Beliau menjelaskan bahawa ijtihad merupakan jalan ke arah tajdid Syariah Islam untuk menyelesaikan masalah masyarakat pada setiap tempat dan masa.

    ولفت إلى أن "عصرنا اليوم أحوج ما يكون إلى الاجتهاد، خلاف العصور السابقة التي كانت الكتب فيها تكفي الناس لحل مشاكلهم نظرا لرتابة الحياة حينها، وخلوها من التعقيدات المعاصرة.

    Berhubung dengan zaman sekarang ini, ia sudah pasti lebih memerlukan kepada ijtihad tersebut kerana ijtihad-ijtihad terdahulu adalah untuk menyelesaikan masalah ketika itu yang sudah pasti tidak sama dgn masalah pada zaman ini.

    ونبه رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين على حتمية التجديد والاجتهاد، مشيرا إلى مخالفة أصحاب أبي حنيفة له في أكثر من ثلث مذهبه وهم الذين جاءوا بعده بـ30 سنة، فكيف لأكثر من 14 قرنا، تغير فيهم وجه العالم بفعل الثورات العلمية والتقدم التكنولوجي الكبير؟!


    Beliau juga yang merupakan Ketua Persatuan Ulama Dunia mengingatkan bahawa tajdid dan ijtihad dianggap sangat perlu. Keperluan itu dilihat sebagaimana ijtihad yg dilakukan ulama Hanafiyyah yang berbeza dgn pengasas mazhab tersebut iaitu Imam Hanafi meskipun jaraj masa mereka baru saja 30 tahun. Apatah lagi kita sekarang yang berjarak masa 14 kurun dan dipenuhi dgn pelbagai teknologi.


    ووضع القرضاوي بعض الشروط العلمية والخلقية والدينية التي يرى وجوب توافرها في المجتهد مثل: التأهيل العلمي العالي، والمعرفة الكافية بالكتاب والسنة والفقه، والإلمام بالمسائل التي اختلف فيها الفقهاء، والقدرة على تمثل الواقع وتحقيق مقاصد الشريعة.

    Dalam berijtihad, beliau meletakkan beberapa syarat, antaranya ialah:
    a) Capai darjat ilmu yang tinggi.
    b) Fahami secara mendalam terhadap al-Quran, Hadis dan fekah.
    c) Memahami permasalahan perkara khilafiyyah di kalangan para ulama.
    d) Mengetahui permasalahan terkini dan maqasid syariah.

    Kesimpulan:
    1) Ulama Kerajaan memang bahaya kerana kekadang pendapat mereka adalah untuk menepati kehendak hawa nafsu kerajaan.
    2) Pada masa yg sama, Ulama Awam juga bahaya kerana masyarakat yang bencikan Ulama Kerajaan sudah pasti akan menerima pendapat Ulama Awam itu, meskipun ulama tersebut juga kekadang menggunakan nafsu.
    3) Masyarakat perlu berhati-hati ketika meminta pendapat dari Ulama Awam di samping berhati-hati dengan Ulama Kerajaan jika ternyata mereka gunakan nafsu.
    4) Ijtihad sangat penting pada zaman moden kerana ia sudah pasti berbeza permasalahannya berbanding zaman ulama terdahulu.
    5) Namun, ijtihad memerlukan syarat-syarat tertentu seperti disebut di atas.

    Majlis Hari Raya YB Hj. Yahya Abdullah bersama anak perantau

    Oleh : maktar hashim




    Memohon Sumbangan Kewangan Untuk Melanjutkan Pengajian ke Jordan

    oleh: SYAUQie

    Mohammad Sufian (kanan sekali) dan kedua ibu bapanya di hari keraian Graduan KIAS pd 17 Ogos 2009

    Assalamualaikum,

    mohon jasa baik daripada Tuan/Puan/Encik/Cik sekalian untuk menyumbangkan bantuan kepada saudara Mohammad Sufian bin Talib yang akan menyambung pengajian di peringkat sarjana muda Syariah wal Qanun di Universiti Al Al-Bayt Jordan. Beliau dan beberapa orang sahabat yang lain akan mula berangkat ke Jordan pada minggu hadapan iaitu 22hb Sept 2009.

    sedikit maklumat tentang diri beliau, Mohammad Sufian Bin Talib di lahirkan di Melaka pada 3 Mac 1988, kini menetap di negeri Johor Darul Ta'zim. mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan batu Anam Segamat (95-00). Menyambung pengajian diperingkat menengah tahfiz di Maahad Ihya al-Ahmadi Banting Selangor (01-03)dan seterusnya di Madinatul Ilmi Kandis Bachok Kelantan (04-05). Telah menghabiskan program diploma dalam bidang al-Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)(06-09).

    Adik Beradik seramai 7 orang termasuk seorang anak angkat dan beliau adalah anak ke 4. Merupakan satu-satunya ahli keluarga yang mendalami agama. Ayah adalah seorang bekas anggota angkatan tentera Malaysia. Sekarang tidak bekerja kerana mengidap penyakit buah pinggang kronik yang menyebabkan hilang upaya bekerja. Kos perubatan yang amat tinggi menyebabkan bebanan yang ditanggung keluarga semakin banyak. Ibu pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya mengambil upah membuat kuih muih sebagai menambah pendapatan isi rumah. Sehingga sekarang keluarga tidak pernah menampat sebarang bantuan dari mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta dan hanya mengharapkan ehsan dua orang adik beradik yang telah bekerja dan bekeluarga untuk menampung keluarga.

    Telah diterima untuk menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dalam takhassus Syariah di Universiti Al al-Bayt, Jordan. Tempoh pengajian hanya memakan masa dua (2) tahun sahaja (Tempoh asal selama 4 tahun) dengan menggunakan aplikasi pindah kredit dari kursus diploma yang telah saya ambil di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri, Kelantan.

    huluran bantuan daripada tuan-tuan sekalian amat diperlukan untuk membantu meringankan beban tanggungan yuran pengajian yang hampir mencecah RM14 ribu setahun (tidak termasuk perbelanjaan sara hidup). Beliau tidak mendapat tajaan/biasiswa/pinjaman daripada mana2 badan pertubuhan/ kerajaan Malaysia mahupun kerajaan negeri untuk menanggung kos pengajian selama dua tahun di sana.

    bantuan dan sumbangan bolehlah di hulurkan melalui akaun Maybank beliau seperti berikut:

    Mohammad Sufian Bin Talib

    Maybank Malaysia Berhad
    151052124638

    beliau boleh dihubungi di talian: 013-4030897

    semoga segala bantuan yang dihulurkan sama ada sedikit @ banyak akan diterima dan dikira oleh Allah s.w.t sebagai amalan jariah di bulan barakah ini.

    sekian, terima kasih.

    Semalam disanjung hari ini dipancung

    by roslan sms

    Saya semalam membaca laporan darihal kritikan para perwakilan MIC dalam perhimpunan agung parti kaum India itu terhadap bekas PM Tun Dr Mahathir yang dituduh cuba mencampuri urusan parti berkenaan serta menjatuhkan maruah Presiden mereka Samy Vellu. Tun sebelumnya telah menyatakan sokongannya terhadap kem yang menentang kem Samy. (Kem Samy akhirnya menang besar dalam pemilihan Sabtu lepas).

    Dalam Utusan Malaysia hari ini rupa-rupanya dilaporkan yang dalam kemarahan para perwakilan itu ada yang mencadangkan agar potret gambar Tun dikalungkan dengan kalungan selipar! Pimpinan Umno dalam Utusan hari ini menyelar tindakan biadap para perwakilan itu terhadap bekas Presiden kesayangan mereka.

    Bayangkan beberapa tahun lalu ketika beliau PM, Tun dijulang dan diasanjung bukannya oleh kalangan Umno malah termasuklah Samy dan pimpinan serta ahli-ahli MIC. Tetapi hari ini apabila tiada lagi kuasa, manusia yang mereka julang dan sanjuung itu diterajang dan diperlakukan bagai sampah. Kasihan Tun.

    Memang dengan takdir Allah swt hari ini kita berkesempatan dipertonton banyak perkara yang satu ketika dahulu tidak terbayang oleh benak kepala kita. Terbayangkah anda yang kerajaan BN/Umno Selangor yang menongkat langit itu boleh jatuh berkecai? Dan hari ini juga Dr Khir Toyo dilaporkan disoal-siasat lebih 6 jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM! Oleh itu tidak hairan yang Tun yang satu ketika dahulu disanjung bagaikan Raja hari ini mahu dikalungkan dengan selipar...........rupanya bukan sahaja Melayu Tun, India pun sudah mudah lupa.........

    PRU -11 : AliBaba Dengan 40 Penyamun

    Oleh : Zabidie Abas

    Gamat apabila Datuk Seri Samy Vellu menyalahkan seluruh Barisan Nasional bersalah pada pilihanraya umum yang lepas.

    Tunjuk sana-sini, tuduh sana-sini dan hamun sana-sini.

    Semua tidak mengaku salah. Di dalam hadis mashyur diberitahu bahawa salah satu tanda-tanda orang munafik ialah apabila berkata ia berdusta.

    Penyamun Mengaku Nabi

    Sebelumnya BN berkata Tun Abdullah Badawi punca utama. Abdulalh pula menuduh Tun Mahathir pula. Selepas itu pilihanraya kecil Datuk Ahmad Maslan dan En. Khairi Jamaluddin berkata pengundi hantu antara faktor utama kekalahan PRK DUN Permatang Pasir .

    Hari ini hero baru, Naib Pemuda UMNO pula memberi amaran kepada Samy Vellu. Apa kesudahan gejolak ini. Pencatat teringat kata-kata Ahmad Maslan selepas dilantik sebagai Menteri Penerangan, beliau menyatakan 60,000 jentera UMNO punca kekalahan BN pada PRU lepas.

    Ini hikayat para lanun dan perompak harta rakyat dan negara. Tidak mustahil para Sultan dan Raja pula dipersalahkan nanti. Apapun pencatat berharap pemuda Pakatan Rakyat tidak leka PRK Bagan Pinang 10 Oktober nanti. Lebih undi 4600 pos sedia untuk diselewengkan.