Foto
KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi (baju biru) meninjau kawasan kejadian tembakan ketika mangsa sedang minum di sebuah restoran di sini, malam tadi. - Foto NSTP/Danial Saad

NIBONG TEBAL: Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru dalam kejadian di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini, malam tadi.